26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupPenguin paling muka, memerang ludah semula, antara gelagat haiwan di akuarium Jepun...

Penguin paling muka, memerang ludah semula, antara gelagat haiwan di akuarium Jepun apabila diberikan ikan berharga murah

Pekerja di sebuah akuarium di Jepun berhadapan dengan cabaran yang cukup getir apabila penguin dan memerang enggan makan ikan yang diberikan. Akuarium tersebut terpaksa menukar kepada ikan yang lebih murah untuk diberikan kepada beberapa jenis hidupan laut di sana. Tindakan tersebut adalah susulan kadar inflasi yang meningkat yang menyebabkan pihak akuarium terpaksa memotong kos makanan haiwan-haiwan tersebut. Antara haiwan yang terkesan ialah penguin dan memerang.

Akuarium Hakone-en yang terletak di tengah-tengah Kanagawa, Jepun memberi menu baharu kepada penguin dan memerang yang terdapat di sana. Seorang pekerja akuarium tersebut direkodkan sedang dikerumuni sekumpulan penguin yang tidak bermaya semasa waktu makan. Walapun terdapat sebaldi ikan di hadapannya, penguin-penguin tersebut kelihatan tidak teruja dan tiada seekor pun yang menghampiri pekerja akuarium tersebut.

Pekerja wanita tersebut menyuakan seekor ikan ke mulut Raja penguin. Penguin tersebut langsung tidak terfikir untuk memakannya, malah menutup paruhnya dan memalingkan mukanya daripada ikan tersebut. Wanita tersebut mencuba untuk menyuakan ikan itu semula beberapa kali, tetapi penguin itu tetap menolaknya.

Hal yang sama terjadi apabila pekerja akuarium tersebut hendak memberi makan kepada memerang. Pada mulanya memerang kelihatan begitu teruja apabila pekerja akuarium datang dengan membawa sebaldi makanan berupa kepingan ikan yang dipotong dadu.

Namun, sebaik sahaja memerang itu menggigit makanan yang diberikan, ia meludahkan makanan tersebut. Melihatkan kelakuan memerang itu, memerang-memerang lain turut meninggalkan makanan tersebut.

Pihak akuarium telah membuat keputusan untuk menukarkan makanan haiwan daripada ikan tenggiri kuda Jepun (aji) kepada tenggiri (saba). Hal ini kerana harga tenggiri kuda meningkat kira-kira 20 ke 30 peratus berbanding tahun lepas dan sebahagiannya disebabkan tangkapan yang rendah.

Akuarium itu masih membeli beberapa tenggiri kuda untuk diberikan kepada haiwan di sana tetapi tidak bercadang untuk kembali sepenuhnya sehingga harga jatuh. Menurut CNN, memerang dan penguin lebih rela makan tenggiri yang lebih murah apabila dicampur dengan tenggiri kuda.

Selain menukar jenis ikan, akuarium itu juga menggunakan langkah penjimatan kos lain seperti mengurangkan bilangan pam edaran daripada dua kepada satu. Dengan itu, ia telah mengurangkan separuh bil elektriknya.

“Kami tidak akan memaksa mana-mana haiwan untuk makan apa yang mereka tidak mahu,” kata Shimamoto, sambil menambah bahawa akuarium itu tidak bercadang untuk menaikkan harga kemasukannya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI