25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupKeanu Reeves secara sukarela gembira jawab semua soalan peminat remaja di lapangan...

Keanu Reeves secara sukarela gembira jawab semua soalan peminat remaja di lapangan terbang, siap boleh tanya balik

“Momen kecil boleh membuat perubahan dalam kehidupan orang lain,” itu yang disaksikan sendiri oleh penerbit televisyen Andrew Kimmel apabila melihat aktor tersohor Hollywood Keanu Reeves melayan peminatnya dengan sifat merendah diri.

Keanu Reeves digambarkan penerbit itu sebagai ‘lakonan berkelas’ selepas aktor ini menjawab beberapa soalan daripada peminat remaja di lapangan terbang ketika menunggu bagasinya selepas pulang dari penerbangan antarabangsa.

Pertemuan idola ikonik bersama peminat muda itu didokumentasikan oleh Andrew Kimmel yang memuji Keanu dengan berkata “momen kecil seperti ini boleh membuat perubahan dalam kehidupan ramai orang lain.”

Twitter

Selepas penerbangan dari London ke New York, seorang remaja lelaki terserempak dengan Keanu Reeves yang meminta tanda tangannya sambil bertanya beberapa “siri soalan pantas”.

Andrew Kimmel dalam ciapan di Twitter menulis bintang The Matrix dan John Wick itu “dengan gembira menjawab satu demi satu..”

Dalam pertukaran soalan jawapan yang menghangatkan hati sehingga menjadi tular di Twitter, pelakon berusia 57 tahun itu memberitahu remaja berkenaan, beliau berada di London untuk penggambaran dokumentari.

Keanu juga berbual tentang menghadiri Grand Prix Formula 1 di Silverstone pada hujung minggu.

Kemudian aktor itu memberitahunya yang beliau berada di New York selama lima hari untuk menonton persembahan broadway.

Twitter

Andrew Kimmel berkongsi transkrip ringkas perbualan mereka:

Remaja: Kenapa anda berada di London?

Keanu: Penggambaran dokumentari.

Remaja: Saya melihat dalam talian anda berada di Grand Prix.

Keanu: Ya, Grand Prix (dalam loghat Perancis, tanpa membetulkannya). F1! Kereta lumba!

Remaja: Anda memandu ke?

Keanu: Bukan F1, tapi saya suka menunggang motosikal.

Remaja: Anda tinggal di NY (New York)?

Keanu: Saya tinggal di LA (Los Angeles).

Remaja: Berapa lama anda akan berada di New York?

Keanu: Empat hari! Tidak… lima. Lima hari!

Remaja: Kenapa anda berada di NY?

Keanu: Hendak menonton persembahan broadway!

Remaja: Persembahan broadway apa?

Keanu: American Buffalo! Mamet!

Remaja: Di mana anda tinggal di NY?

Keanu: Midtown!”

Andrew Kimmel kemudian menulis, “Pada masa ini remaja itu kehabisan soalan, jadi Keanu pula yang bertalu-talu bertanya balik. Mengapa anda berada di Eropah? Galeri apa yang anda lawat di Paris? Apa yang jadi kegemaran anda?”

Dan tambahnya, “Lelaki ini tidak mungkin lebih baik, terutamanya selepas mengharungi penerbangan antarabangsa.”

Twitter

“Saya fikir saya akan berkongsi momen ini kerana lelaki itu memperlihatkan ‘lakonan berkelas’ dan detik-detik kecil seperti ini boleh membuat perubahan besar dalam kehidupan ramai orang lain. Kami memerlukan lebih ramai Keanu Reeves!”

Keanu Reeves sebelum ini digelar “lelaki paling baik di Hollywood” kerana amat terkenal dengan cara beliau berinteraksi dengan para peminatnya tanpa memilih siapa dan sentiasa bersikap merendah diri.

Bintang Hollywood itu berada di British Grand Prix di Silverstone ketika persediaan untuk projek dan peranannya dalam dokumentari F1.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI