31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024
UtamaBerita Utama'Supermoon', rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena ini pada jam 5.09 petang nanti

‘Supermoon’, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena ini pada jam 5.09 petang nanti

Pada 13 Julai 2022 jam 5.09 petang (waktu Malaysia), rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sendiri ‘Supermoon’ iaitu fenomena bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) bagi tahun 2022 dengan jarak posisi perigee adalah 357,263 km. Ini kerana, fenomena ini hanya kelihatan dibeberapa tempat di Eropah, Afrika, Amerika dan Asia dimana Malaysia adalah salah satu lokasi tersebut. Perkara ini disahkan dan dikongsi oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui hantaran rasmi mereka.

AGENSI ANGKASA MALAYSIA

Apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) ia dikenali sebagai ‘Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon’. Manakala apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) ia dikenali sebagai ‘Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon atau Mini New Moon’. Oleh itu, semasa ‘Supermoon’ berlaku, Bulan Penuh boleh kelihatan sehingga 7% lebih besar daripada Bulan Penuh biasa dan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’.

TIME AND DATE

Bulan beredar mengelilingi Bumi dalam orbit berbentuk elips (satu sisi bulan lebih dekat dengan Bumi daripada yang lain) dengan purata nilai keeksentrikan 0.0549. Oleh itu, purata jarak Bulan dari Bumi (pusat-ke-pusat) adalah berbeza-beza pada setiap masa dengan jarak purata paling dekat (disebut perigee) adalah 363,396 km dan jarak purata paling jauh (disebut apogee) adalah 405,504 km. Pada petang ini, jarak posisi perigee adalah 357,263 km.

Jarak sebenar Bulan di apogee dan perigee boleh berbeza-beza beberapa peratus disebabkan oleh gangguan graviti Matahari pada orbit sipi Bulan. Sepanjang tempoh 5,000 tahun dari 1999 hingga 3000 (2000 BCE hingga 3000 CE), jarak perigee Bulan berbeza-beza dari 356,355 hingga 370,399 km (julat 14,044 km), manakala apogee Bulan berbeza dari 404,042 hingga 406,725 km (julat 2,683 km). Oleh sebab itu, jarak pengehadan untuk ‘Supermoon’ bergantung pada jarak tepat apogee dan perigee dalam orbit tertentu.

ASTROPIXELS

‘Supermoon’ walau bagaimanapun, bukanlah istilah astronomi rasmi. Ia pertama kali dicipta oleh ahli astrologi, Richard Nolle, pada tahun 1979. Beliau mentakrifkannya sebagai ‘Bulan Baru’ atau ‘Bulan Penuh’ yang berlaku apabila Bulan berada pada kedudukan paling dekat (dalam 90%) dengan Bumi pada orbitnya. Namun, tidak jelas mengapa dia memilih potongan 90% dalam definisinya itu.

Selain fenomena ‘Supermoon’, terdapat fenomena lain yang telah dan dijangka berlaku pada bulan Julai ini. Antaranya ialah Bulan Suku Pertama pada jam 10.14 pagi, 07 Julai lalu. Diikuti, fenomena Bulan Penuh atau Bulan Purnama dimana Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 02.37 pagi, 14 Julai 2022. Bulan Penuh Perigee, adalah bulan purnama yang berada paling dekat dengan Bumi, kelihatan terbesar dan tercerah untuk tahun 2022 yang juga dikenali sebagai ‘Supermoon’. Selepas itu, fenomena Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 10.18 malam, 20 Julai dan pada jam 01.54 pagi 29 Julai, Bulan akan memasuki fasa Bulan Baru. Berikut adalah kalendar astronomi bulan Julai untuk makluman anda.

AGENSI ANGKASA MALAYSIA

Walaupun penjajaran Matahari dan Bulan menyebabkan peningkatan kecil dalam aktiviti tektonik (berhubung dengan struktur batuan dan featur topografi yang terhasil dari canggaan kerak bumi; gempa bumi yang bukan disebabkan oleh tindakan volkano, gelongsoran tanah, atau runtuhan gegua), kesan ‘Supermoon’ di Bumi adalah kecil. Ramai saintis telah menjalankan kajian, dan mereka tidak menjumpai apa-apa perkara penting yang boleh mengaitkan ‘Supermoon’ dengan bencana alam.

Menurut NASA, gabungan bulan berada pada kedudukan paling hampir pada Bulan Penuh, tidak seharusnya menjejaskan keseimbangan tenaga dalaman Bumi kerana terdapat pasang surut bulan setiap hari.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI