24.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaBerita UtamaBalai Seni Negara dibuka semula selepas 2 tahun, masuk percuma untuk khalayak...

Balai Seni Negara dibuka semula selepas 2 tahun, masuk percuma untuk khalayak ramai

Selepas 2 tahun pandemik COVID-19 melanda, Balai Seni Negara akhirnya dibuka semula sejak 2 minggu yang lalu pada 21 Jun 2022 dengan penampilan wajah baharu.

Disamping perlu ditutup bagi kerja-kerja naik taraf galeri serta pengubahsuaian bumbung, Balai Seni Negara kini secara rasmi dan aktif mengalu-alukan khalayak awam untuk berkunjung bagi menghayati keindahan karya seni tempatan dan luar negara.

Balai Seni Negara yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur mula dibuka semula pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. 

Balai Seni Negara / Facebook

Buat masa ini, pengunjung tidak perlu membuat temu janji dan hanya boleh ‘walk in’, melainkan untuk menyertai acara seni tertentu.

Balai Seni Negara dalam bangunan setinggi 3 tingkat ini menampilkan pelbagai karya seni yang indah, yang kini mempamerkan NUSA sebagai pembuka tirai, sebuah pameran koleksi tetap negara di Galeri Reka, Tun Razak, 2A, 2B dan 3B.

466 buah karya tetap dipamerkan yang mengangkat koleksi merangkumi pelbagai aspek seperti sosial tempatan, persoalan identiti, sejarah dan sejarawan, kepelbagaian mitologi dan intelektual masyarakat tempatan besar atau kecil, yang sesuai buat pencinta seni dan inspirasi artis tempatan, lapor Dewan Budaya.

“Pemilihan karya NUSA merangkumi karya agung yang menyentuh tema dan konsep ‘Tenggara’ yang melangkaui zaman dan era. Antara karya yang dipamerkan, ‘Kampung Nelayan’ karya terkenal Chung Chen Sun yang dikategorikan sebagai Khazanah Warisan Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan koleksi kontemporari seperti ‘Enrique de Malacca Project’ oleh Ahmad Fuad Osman yang dilancarkan sejak 2016 hingga kini,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Nancy Shukri ketika ucapan perasmian.

Balai Seni Negara / Facebook

Apa yang menjadikan perjalanan ke Balai Seni Negara kini lebih menarik ialah ia menawarkan tempat letak kereta percuma dan kemasukan percuma setiap hari.

Selain pameran tetap, para pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai karya menarik, iaitu Pameran Diplomasi Budaya sebagai sebuah kerjasama rakan strategik serantau. Karya yang meraikan cerita rakyat Australia, ‘Walking Through a Songline’ dipamerkan di Galeri 3A bermula Jun hingga September.

Pameran yang menampilkan karya artis kontemporari ditampilkan di ruangan lobi galeri Ruangan Hanya Satu-Single, seperti ‘Anti Panic Buying’ oleh Shafiq Nordin sehingga 4 September. Dua karyawan muda lain yang mempamerkan karya seni mereka di sini pada tahun ini ialah Red Hong Yi dan Saiful Razman.

Balai Seni Negara / Facebook

Disamping, Pameran Fotoseni menampilkan koleksi Seni Visual Negara yang dihimpun sejak tahun 1963 sehingga 2021, yang mula dipamerkan pada 21 Jun 2022 sehingga Februari 2023.

Jika anda seorang yang berjiwa seni, apa kata luangkan masa menikmati dan menghayati pelbagai karya seni anak tempatan yang menarik di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.

Kunjungi laman Facebook, Twitter dan Instagram rasmi Balai Seni Negara untuk maklumat lanjut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

TREN TERKINI