33.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaBerita Utama5 individu ditahan bantu siasatan penipuan haji babit RM2.37 juta yang sebabkan...

5 individu ditahan bantu siasatan penipuan haji babit RM2.37 juta yang sebabkan 380 jemaah terkandas

Polis menahan lima individu warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan pakej haji yang memperdaya kira-kira 380 bakal jemaah haji.

Suspek termasuk pemilik agensi pelancongan, seorang ejen, dan dua pekerja agensi swasta terbabit. Antara yang ditahan ialah dua wanita, seorang daripadanya dikaitkan dengan beberapa kes dakwaan penipuan melibatkan pakej haji.

Facebook

Tangkapan dibuat selepas 57 laporan polis diterima berhubung dakwaan penipuan pakej haji, dengan para mangsa mendakwa kerugian lebih RM2.37 juta, lapor Bernama pada 9 Julai.

Daripada 57 laporan polis itu, 25 mangsa di Selangor mendakwa kerugian RM620,000, 23 mangsa di Kuala Lumpur kerugian RM766,500, dan empat laporan polis di Pahang dengan kerugian RM874,000.

Twitter

Masing-masing satu laporan polis dengan mangsa di Pulau Pinang melaporkan kerugian berjumlah RM32,000, RM25,000 di Perak, RM16,000 di Negeri Sembilan, dan RM38,000 di Terengganu manakala pengadu di Johor belum melaporkan sebarang kerugian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Sementara itu, seorang ejen pelancongan berusia 29 tahun mendakwa dia dan ejen lain sepertinya, yang pernah menggunakan agensi pelancongan terbabit, turut menjadi mangsa.

Twitter

Ejen pelancongan yang dikenali sebagai Nas berkata, kebanyakan rakan sejawat yang mendaftarkan pelanggan mereka dengan agensi pelancongan itu ditipu dengan janji dan harapan palsu, lapor Free Malaysia Today.

Menurut Nas, syarikat pelancongan itu menggunakan “nama besar” untuk mendapatkan kepercayaan dan menjual pakej haji.

“Kami hanya ejen pelancongan untuk kumpulan jemaah yang mendaftar pakej haji dengan kami. Syarikat pelancongan yang kami berurusan biasanya mengendalikan pengurusan tiket dan permohonan visa. Mereka yang tidak biasa dengan proses itu mungkin menyalahkan ejen pelancongan tetapi realitinya adalah kami juga telah ditipu,” dakwanya.

Facebook

Difahamkan kira-kira 380 bakal jemaah haji yang terkandas di KLIA pada 7 Julai lalu dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui saluran menggunakan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota jemaah haji Malaysia ditetapkan Arab Saudi yang diperolehi Tabung Haji.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI