25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaBalai bomba tertinggi di dunia bakal dibina di Gunung Kinabalu

Balai bomba tertinggi di dunia bakal dibina di Gunung Kinabalu

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mencipta sejarah apabila akan membina balai bomba di Gunung Kinabalu, menjadikannya lokasi tertinggi di dunia untuk balai bomba.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, proses mewujudkan balai bomba pada ketinggian lebih 3,382 meter dari paras laut di Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu sedang dalam peringkat dokumentasi.

Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

“Lokasi berkenaan merupakan kawasan warisan dunia dan terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembinaan dijalankan. Saya difahamkan peruntukan untuk melaksanakan projek ini sudah ada,” katanya kepada BERNAMA.

Tambahnya, balai bomba itu akan menjadi pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar).

Gambar Hiasan / Pixabay

“Apabila siap kelak, ia akan memudahkan pasukan Mosar yang kini berpangkalan di Balai Bomba Ranau menjalankan operasi sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini di Gunung Kinabalu,” jelasnya.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut berkongsi kerajaan negeri menghargai komitmen JBPM meletakkan penempatan dan kesiapsiagaan Mosar di Gunung Kinabalu.

Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

“Mosar merupakan anggota bomba yang mempunyai kepakaran khusus dan kompeten bagi melaksanakan tugas menyelamat di kawasan pergunungan. Berdasarkan statistik menyelamat yang dihadiri Mosar, bermula Januari hingga Jun tahun lalu, sebanyak 26 kes menyelamat telah dijalankan oleh pasukan ini,” kata Datuk Seri Hajiji.

Mosar ditubuhkan pada 2015 susulan gempa bumi yang berlaku di Gunung Kinabalu, Sabah pada 5 Jun 2015.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI