26 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 146

Tiga kategori ragam anak yang berbeza ibu bapa kena tahu, yang paling mudah itu kira rezeki

0

Bagi mereka yang sudah menjadi ibu bapa kadangkala ada yang mengeluh berhadapan kesukaran menguruskan anak-anak, tetapi tidak kurang juga yang berkata anak mereka sangat baik dan senang dijaga.

Sebenarnya anak-anak itu mewarisi perangai ibu bapa mereka juga, jadi macam-macam ada ragamnya.

Perkongsian pengguna Facebook, Mohd Fhais Salim menerangkan sebenarnya terdapat tiga kategori tingkah laku anak-anak yang berbeza. Ikuti hantaran beliau di bawah:

Facebook

Bila ada ibu bapa yang cerita anak mereka baik, senang patuh arahan dan jarang meragam. Saya akan senyum je dan cakap, Alhamdulillah syukur rezeki anda.

Sikit pun tak terdetik dalam hati, nak tahu bagaimana dia didik anak.

Sebabnya, bila kita faham betul betul tentang temperament kita akan tahu bahawa dia hanya murah rezeki anak.

Ini kerana ada 3 kategori temperament ( tingkah laku ) anak-anak yang berbeza.

1. Mudah ( easy )

Pixabay

Hampir 40 peratus kanak-kanak dalam kategori ini. Mereka ini serba serbi mudah, senang hendak urus, mudah kerjasama, jarang meragam sehinggakan ada yang rasa mereka sangat hebat mendidik.

2. Slow Warm Up

Pixabay

Kira-kira 15 peratus kanak-kanak dunia berada dalam kategori ini. Yang ini separuh-separuh. Kadang-kadang susah, kadang-kadang senang. Kalau kita tahu trik yang betul senang hendak urus anak. Penting faham dan connect dengan anak.

3. Susah ( difficult )

Pixabay

Hanya 10 peratus sahaja kategori ini. Ini lah anak yang buat kerja mendidik itu jadi sangat mencabar. Kena banyak sabar, kena tahan marah dan jadi sangat kreatif kalau hendak didik anak begini.

Sebab itu la bila kita nampak ada ibu bapa yang mengeluh dan bersusah payah mengurus anak-anak usahlah kita menyindir dia pula.

Kita tak tahu pun situasi dia bagaimana. Mungkin payah dia mengurus anaknya jauh lebih susah dan lebih memenatkan berbanding kita.

Pexels

Dapat anak yang mudah diurus syukur banyak-banyak sebab itu rezeki kita yang ramai orang di luar sana berdoa siang dan malam memohon dikurniakan anak yang baik dan soleh. Sesungguhnya banyak yang perlu bersyukur.

Semoga perkongsian Mohd Fhais Salim memberi manfaat.

Pilihan Editor:

Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali

0

Pemindahan wang dalam talian sememangnya amat berguna dan memudahkan urusan kerana anda boleh menghantar wang kepada sesiapa sahaja dengan hanya menekan nombor akaun di hujung jari.

Memandangkan akaun bank adalah gabungan nombor, adalah sangat mudah untuk melakukan kesilapan dan itulah yang berlaku kepada seorang gadis bernama Fahada Bistari.

Dalam muat naik video TikTok yang telah menjadi tular dengan lebih 3.1 juta tontonan, Fahada berkongsi bagaimana dia secara tidak sengaja telah memindahkan wang daripada gaji pertamanya kepada seorang individu yang tidak dikenali.

YouTube

“Hari ini saya dapat gaji pertama. Jumlahnya taklah banyak sebab saya baru bekerja beberapa hari. Saya telah masukkan wang kepada ibu saya tetapi dipendekkan cerita, saya secara tidak sengaja telah masukkan wang kepada ke akaun orang lain,” luahnya dengan nada sedih.

Bercerita lanjut tentang bagaimana perkara itu boleh berlaku, Fahada berkata sebelum ini dia pernah membantu ibunya membuat pembayaran ke nombor akaun itu.

Oleh kerana dia sangat teruja untuk memberikan wang gaji pertama kepada ibunya, dia tidak memeriksa semula dengan teliti nama pada akaun itu dan terus sahaja melakukan pemindahan.

YouTube

Fahada yang seronok pada mulanya, kemudian telah menghantar resit pemindahan wang itu kepada ibunya dan dia terkejut apabila mendapati telah memindahkan wang kepada orang lain yang tidak dikenali.

“Ibu saya memberikan saya nombor telefon orang itu dan saya menghubungi, menghantar mesej dan WhatsApp kepadanya. Saya hendak minta balik duit itu tetapi dia macam lambat baca mesej dan telefon tak angkat,” katanya.

“Akhirnya, orang itu menghantar mesej dengan meminta saya menganggapnya sebagai sedekah sahaja wang itu buat pahala,” kata Fahada.

YouTube

Selepas mendengarnya, Fahada berkata sambil menangis teresak-esak, “Bukan saya tidak mahu sedekah tetapi gaji saya tak banyak dan saya dah niat untuk memberikannya kepada ibu saya.”

Pada penghujung video, Fahada berkata ini adalah satu pengajaran yang perlu dipelajari supaya dia tidak lagi membuat kesilapan di masa hadapan.

Namun begitu, selepas video TikTok itu menjadi tular dengan ramai yang berasa simpati dengan nasibnya, pemilik akaun berkenaan yang juga seorang pemuda telah memulangkan semula wang itu kembali kepada Fahada pada keesokan harinya.

“Rasa risau juga pada mulanya kalau duit itu tidak dapat balik, tapi ini kecuaian saya sendiri dan saya tidak boleh menyalahkan dia dengan sepenuhnya,” kata Fahada kepada mStar.

YouTube

Fahada juga menjelaskan salah faham dan kekeliruan orang ramai supaya tidak menyalahkan individu tersebut kerana katanya mungkin sebab dia sibuk maka mesej dan panggilannya tidak dijawab, dan mesej mengatakan meminta wang itu sebagai sedekah hanyalah sebagai gurauan daripada pemuda itu.

Kata Fahada, pemuda itu sempat menghantar mesej “jangan sedih-sedih ya..” selepas memulangkan semula kesemua wang itu ke dalam akaun Fahada. Lagipun tak baik dan tak berkat simpan duit orang lain yang bukan kita punya kan..

Dan wang gaji pertama itu telah pun selamat di ‘bank in’ ke dalam akaun sebenar dan dikongsikan bersama ibu Fahada. Syukur masalah Fahada telah selesai dan lain kali kita sentiasa berhati-hatilah ya..

Pilihan Editor:

Kes rasuah projek solar: Rosmah didapati bersalah, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta

0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 September, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta kepada Datin Seri Rosmah Mansor atas kesalahan rasuah.

Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah dalam perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid berjumlah RM1.25 bilion melibatkan 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mensabitkan Rosmah dalam penghakimannya berkata kes sedemikian sudah meresapi hampir setiap lapisan masyarakat dan perlu dibendung sebelum menjadi pandemik.

Twitter

Dalam penghakiman setebal 116 halaman, hakim Mohamed Zaini berkata jika rasuah dibiarkan tanpa sebarang kekangan, masyarakat di negara ini akan menerimanya sebagai satu kebiasaan dalam hidup atau dunia perniagaan.

“Saya telah mengambil kira faktor rayuan yang dikemukakan oleh peguam yang bijaksana serta respons pihak pendakwaan. Pertimbangan utama dalam memutuskan hukuman yang sesuai ialah kepentingan awam,” katanya.

“Hukuman harus menggambarkan rasa tidak senang atau jijik terhadap jenayah itu. Hukuman juga mestilah mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan. Ia juga hendaklah menjadi faktor pencegah kepada tertuduh dan orang lain daripada melakukan jenayah seperti ini,” tambahnya.

Hakim Mohamed Zaini berkata hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 26(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 diperuntuk di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 hendaklah apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau jumlah RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. 

Beliau menjelaskan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen itu adalah berat yang menandakan keseriusan kesalahan rasuah.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Twitter

Hakim Mohamed Zaini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan ke atas Rosmah dan hukuman berjalan serentak. Hukuman adalah bermula dari tarikh penghakiman.

“Hukuman berjalan serentak kerana kesalahan yang dilakukan adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tertuduh juga didenda sebanyak RM970,000,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan, atau penjara 10 tahun,” katanya ketika membacakan keputusan penghakiman itu.

Peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh kemudian meminta hukuman penjara sehari.

Ketua pendakwa raya Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan bantahan dengan menggesa Mahkamah Tinggi mengambil kira berat kesalahan itu, dengan berkata, “Jika hanya penjara sehari dikenakan, ia akan menghantar mesej yang salah”.

Hakim Mohamed Zaini berkata peguam Rosmah telah menyatakan kepada mahkamah bahawa pihak tertuduh akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan meminta agar hukuman penjara dan denda ditangguhkan, yang tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.

“Oleh itu, saya menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan tertuduh di Mahkamah Rayuan selesai. Jaminan RM2 juta yang dibuat sebelum ini dilanjutkan dengan syarat yang sama sehingga rayuan selesai,” katanya.

Berikutan itu, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan dipenjarakan setakat ini.

Twitter

Jika gagal dalam rayuan pertamanya di Mahkamah Rayuan, Datin Seri Rosmah Mansor boleh memfailkan rayuan ke mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan.

Dalam pada itu, peguam Rosmah berkata denda RM970 juta yang dikenakan “belum pernah terjadi” dan merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah perundangan Malaysia.

“Siapa yang mampu membayar denda hampir RM1 bilion?.. Anak guam saya tidak mempunyai sebarang punca pendapatan. Adakah ini yang kita sifatkan sebagai keadilan?” soalnya ketika membuat kenyataan media.

Peguam Datuk Jagjit Singh memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 2 September 2022.

Pilihan Editor:

Tun M positif Covid-19, dirawat di IJN

0

Tun Dr Mahathir bin Mohamad,97 disahkan postitif Covid-19 pada pagi 31 Ogos. Beliau dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan untuk beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan.

Perkara tersebut telah dimuat naik secara rasmi di halaman Facebook Dr Mahathir bin Mohamad.

FACEBOOK

Di doakan agar Tun M diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.

Pilihan Editor:

Trak MILO dan Abang Bomba Sado curi perhatian semasa perarakan Hari Kemerdekaan

0

Selepas dua tahun hari kemerdekaan negara diraikan tanpa kemeriahan akibat pandemik, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 pada tahun ini kembali ceria dengan kibaran Jalur Gemilang puluhan ribu hadirin yang menyaksikannya di Dataran Merdeka.

Perarakan dan persembahan Hari Kemerdekaan kali ini menyaksikan pembabitan lebih 20,000 peserta dan antara yang menarik perhatian ialah trak MILO dan Abang Bomba Sado!

Bermula apabila rakyat Malaysia sememangnya tidak dapat menafikan rasa sayang mereka terhadap minuman Milo yang terkenal.

Tangkap Skrin YouTube

Sebungkus Milo ais kedengaran seperti minuman yang sesuai untuk dinikmati sambil mengagumi anggota bomba berotot dan sado yang dilihat pada persembahan dalam sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos, dan itu disaksikan ribuan penonton apabila mereka disajikan dengan perjalanan nostalgia trak Milo membuat penampilan menjadi tetamu kehormat dalam perarakan Hari Kemerdekaan kali ini.

Jika diteliti, anda dapat melihat salah seorang penumpang dengan bangga mengibarkan Jalur Gemilang kecil dari tempat duduknya sambil orang ramai bertepuk tangan. Jika anda menonton perarakan dari rumah, anda mungkin tertanya-tanya sama ada trak Milo hanya dipandu untuk tontonan hadirin, membuatkan mereka berasa ‘dahaga’ untuk minuman terkenal itu.

MGAG/Facebook

Hantaran Facebook MGAG dalam ruangan komen beberapa netizen yang berada di sana memberitahu sebenarnya mereka ada mendapat minuman Milo percuma!

Sementara itu, ramai yang mengambil kesempatan pada hari itu untuk menyampaikan betapa gembiranya mereka melihat trak Milo di Dataran Merdeka. Ada yang gembira kerana trak Milo dimasukkan ke dalam perarakan Hari Kebangsaan kerana Milo sangat terkenal dan tidak lekang dengan Malaysia.

Para netizen juga bergurau trak Milo adalah satu-satunya senjata yang diperlukan untuk memerintah dunia, selain ia mengembalikan kenangan indah zaman kanak-kanak.

MGAG/Facebook

Para penonton, tanpa mengira usia, semuanya bersorak teruja apabila trak Milo memasuki lintas pentas.

Tidak pernah ada masa yang buruk untuk Milo, tetapi sesuatu yang lain juga datang yang mencetuskan ‘dahaga’ di Malaysia – dan ia bukan minuman!

Anggota bomba yang menyelamatkan mata anda!

Tangkap Skrin YouTube

Bagi mereka yang menyaksikan perarakan itu, tumpuan kepada sekumpulan anggota bomba berotot sado di atas trak bomba yang mengambil bahagian dalam perarakan benar-benar telah mencuri tumpuan bagai halilintar!

Tangkap Skrin YouTube

Menerusi laman Facebook Berita RTM yang telah berkongsi klip pendek sepasukan anggota bomba berdiri di atas trak bomba sambil memegang Jalur Gemilang.

Tangkap Skrin YouTube

Keterujaan melihat anggota bomba berotot, tampan dan sado mengibarkan Jalur Gemilang semasa perarakan pastinya menggembirakan kebanyakan penonton wanita.

Tangkap Skrin YouTube

Kedengaran beberapa hadirin wanita bersorak kepada anggota bomba tersebut, “Abang bomba sado kami!”

MGAG/Facebook

Berita Harian melaporkan lebih 70,000 rakyat Malaysia yang patriotik dan cintakan negara memenuhi Dataran Merdeka,Kuala Lumpur bagi meraikan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos lalu.

Pilihan Editor:

Sambutan hari lahir bertukar tragedi, namun mujur kanak-kanak malang itu berterus terang, nyawanya dapat diselamatkan

0

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Segala keperluan cuba dicukupkan, segala kemahuan cuba dipenuhi, segala kemudaratan cuba dielakkan namun kemalangan tetap boleh berlaku. Begitulah yang terjadi kepada keluarga Katie Jacobsen semasa sambutan hari lahir anaknya. Pada mulanya mereka sekeluarga begitu gembira meraikannya namun ia bertukar tragedi apabila sesuatu menimpa anaknya itu. Tetapi, mujurlah anaknya itu berterus terang tentang apa yang terjadi, nyawanya dapat diselamatkan.

Katie pada mulanya tidak mahu berkongsi kisah yang menimpa anaknya namun atas rasa tanggungjawab, dia menulis catatan di Facebook agar ramai orang tahu betapa bagusnya madu hingga dapat menyelamatkan nyawa anaknya.

Pada 26 Ogos lalu, Katie sekeluarga meraikan hari lahir anaknya di rumah. Mereka memesan set makan malam dari restoran Cracker Barrel. Terdapat biskut dan beberapa paket kecil madu bersama hidangan tersebut. Selepas menikmati makan malam, mereka duduk bersantai di ruang tamu. Tidak lama kemudian, anaknya Maggie datang dan menunjukkan mulutnya kepada Katie dan berkata, “saya dah telannya.”

Katie bertanya, “telan apa?”

“Benda bersinar.” jawab anaknya.

Katie terus melihat persekitaran rumah untuk mencari ‘benda’ yang dimaksudkan oleh anaknya dan Katie terlihat anak patung Barbie di atas meja. Suami Katie, Levi turut berada di situ. Dia membesarkan matanya dan berkata, “Saya baru sahaja mengeluarkannya.”

Barulah Katie mengerti bahawa ‘benda bersinar’ yang dimaksudkan anaknya itu adalah bateri butang yang terdapat dalam kaki anak patung tersebut. Pakaian anak patung tersebut sudah terlucut. Katie sedar bahawa itu adalah petanda buruk.

Mereka terus bergegas ke hospital. Ketika Katie sedang bersiap, dari corong telefon ibunya memesan untuk memberikan kanak-kanak malang itu madu. Mujurlah masih terdapat beberapa paket madu lagi di atas meja. Mereka terus menyuruh Maggie makan madu tersebut dan membawa baki paket madu untuk dimakan semasa dalam perjalanan ke hospital.

Ketika pegawai perubatan memeriksa Maggie, mereka mengesahkan memang terdapat bateri butang dalam tubuh si kecil itu tetapi bateri tersebut telah turun ke perut yang mana ia kurang berbahaya. Maggie ditahan di wad semalaman kerana doktor bercadang untuk mengeluarkan bateri tersebut pada keesokan paginya. Namun selepas memeriksa lagi kedudukan bateri tersebut mereka menarik nafas lega kerana bateri tersebut telah masuk ke usus yang mana risiko menjadi semakin berkurangan. Maggie dibenarkan pulang selepas sarapan pagi.

Katie sekeluarga bersyukur kepada Tuhan kerana Maggie terselamat dan doktor memberitahu bahawa tindakan awal mereka memberikan madu kepada kanak-kanak itu adalah tindakan yang tepat.

Ini kerana, madu tersebut dapat menyaluti bateri dan mengelakkannya daripada tersekat.

Katie tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai orang. Dia gembira kerana dapat membantu menyampaikan maklumat penting berkenaan tindakan awal yang boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak tertelan bateri.

Susulan daripada hantaran tersebut, beberapa orang ibu menghubungi Katie, berkongsi pengalaman mereka yang kehilangan anak akibat tertelan bateri. Biarpun masih bersedih akibat kehilangan anak yang disayangi, namun mereka terpanggil untuk berkongsi pengalaman agar dapat membantu orang lain yang menghadapi situasi yang sama.

Bateri butang sangat berbahaya kepada kanak-kanak. Jika tertelan, ia boleh memasuki saluran permakanan esofagus atau saluran pernafasan bronchus. Dalam kedua-dua keadaan ini, ia sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Oleh itu, elakkan daripada memberikan sebarang mainan yang menggunakan bateri butang kepada anak anda.

Pilihan Editor:

Walaupun kelaparan, dia hanya mengambil kuih dan air, alasan pemuda ini sungguh menyedihkan

0

Ketika pandemik Covid 19 mula-mula melanda dunia, semua orang terkesan, baik si miskin mahupun si kaya. Ada yang terpaksa menerima nasib diberhentikan kerja, ada yang terpaksa mengikat perut kerana wang simpanan semakin berkurangan, ada juga yang terpaksa meminta bantuan orang lain walhal sebelum ini tidak pernah bersikap sedemikian. “Malu nak minta kat orang“. Selagi ada kudrat, akan diusahakan sebaik mungkin namun, dalam keadaan terhimpit terpaksa ditebalkan muka juga. Begitulah yang terjadi kepada seorang kelindan lori apabila dia terpaksa meminta bantuan orang lain kerana dia terlalu lapar.

Kisah menyayat hati ini dikongsi oleh Zarul Zabidi menerusi catatannya di Facebook. Cerita ditulis adalah berdasarkan pengalamannya sendiri. Bukan untuk menunjuk dirinya hebat, tetapi atas rasa syukur dan moga-moga dijadikan teladan buat orang lain.

Pada suatu hari ketika sedang membeli makanan, Zarul didekati seorang pemuda.

“Abang, saya lapar, saya nak makan, saya tak ada duit, abang bayarkan boleh?”

Tanpa berfikir panjang, Zarul bersetuju untuk membayar makanan pemuda itu. Dia menyuruh pemuda itu untuk mengambil sahaja apa-apa makanan yang dia mahukan kerana dia mahu belanja pemuda tersebut untuk hari itu.

Zarul langsung tidak menduga apabila pemuda berkenaan hanya mengambil dua biji kuih seri muka dan sebungkus air milo ais sahaja. Dia bertanya kepada pemuda tersebut, mengapa tidak ambil nasi berlauk atau roti canai.

Kata pemuda tersebut, “kuih seri muka ni kan bawah dia ada pulut nasi, cukup la bang 1 pagi 1 petang nanti saya makan.”

“Saya segan bang ini pertama kali dalam hidup saya meminta orang,” jawab pemuda tersebut.

Zarul seolah-olah tersentak dengan jawapan jujur pemuda tersebut. Zarul bertanyakan apakah jenis pekerjaan pemuda itu.

Menurut pemuda tersebut, dia bekerja sebagai kelindan lori, gaji yang diterimanya adalah mengikut perjalanan lori. Jika tiada perjalanan, tiada gaji.

PEXELS

Zarul berasa sedih dengan nasib pemuda tersebut. Memikirkan ada orang lain yang lebih susah, Zarul bersyukur dengan nikmat yang diperoleh selama ini.

Zarul juga berdoa agar Tuhan melimpahkan rezeki buatnya agar dia dapat membantu orang yang tidak bernasib baik seperti pemuda tersebut.

Netizen yang membaca kisah tersebut turut bersimpati dengan nasib pemuda tersebut. Tidak kurang juga yang mendoakan Zarul agar rezekinya sentiasa mengalir seperti air sungai yang mengalir.

Pilihan Editor:

Jejak tapak kaki dinosaur berusia 113 juta tahun timbul selepas dasar sungai di Taman Lembah Dinosaur Texas kering

0

Kemarau teruk yang melanda akibat cuaca panas melampau ketika musim panas di Amerika Syarikat telah mengakibatkan penemuan jejak tapak kaki dinosaur berusia 113 tahun.

Bekas jejak dinosaur itu ditemui di sungai yang terletak di Taman Lembah Dinosaur Negeri yang berada di Texas.

Jejak tapak kaki dinosaur tersebut ditemui pada Ogos lalu di permukaan dasar sungai yang telah mengering akibat kemarau.

Facebook

Gambar dalam hantaran di Facebook menunjukkan kesan tapak kaki dinosaur menuju ke dasar sungai yang dibarisi pokok kering di negeri Texas yang terletak di selatan Amerika Syarikat.

Kesan tapak kaki tersebut dikatakan merupakan kesan tapak kaki spesies dinosaur ‘Acrocanthosaurus’ yang tidak pernah dilihat sejak tahun 2000 kerana ia berada di bawah paras air sungai dan beberapa lapisan sedimen, yang menyebabkan ia tertimbus dan tidak kelihatan.

Acrocanthosaurus itu dilaporkan memiliki berat lebih kurang 6,350 kilogram atau 7 tan dan 15 kaki atau 4.5 meter tinggi.

Facebook

Pegawai di Jabatan Taman dan Hidupan Liar Texas, Stephanie Salinas berkata jejak Acrocanthosaurus tersebut berkemungkinan adalah jejak tapak kaki terpanjang yang ditinggalkan oleh seekor dinosaur di Amerika Utara.

Dikenali sebagai ‘Laluan Jejak Lone Ranger’, dianggarkan terdapat 140 kesan tapak kaki dinosaur tersebut yang ditemui di lokasi tetapi hanya 60 sahaja yang dapat dilihat.

Facebook

Walau bagaimanapun, selepas musim kemarau berakhir, jejak dinosaur ini akan lenyap semula selepas hujan turun dengan paras air sungai itu beransur-ansur naik dan pulih.

Cuaca panas melampau yang melanda Amerika Syarikat juga telah mendedahkan penemuan beberapa mayat manusia di kawasan takungan air terbesar Amerika Syarikat iaitu Tasik Mead di Nevada yang mengering.

Pilihan Editor:

Bawa 9 balang berisi duit syiling ke pusat jualan, pasangan suami isteri ini bayar tunai beli kereta idaman Toyota Rush

0

Setiap orang mesti mempunyai keinginan untuk memiliki kereta idaman dan akan berusaha mendapat atau mengumpulkan wang bagi merealisasikan impian masing-masing. 

Orang kata sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, itu yang dilakukan oleh pasangan suami isteri dari Indonesia ini yang telah menabung duit syiling sejak tahun 2018 dan kisah mereka berjaya membeli kereta idaman menjadi inspirasi.

Peniaga gerai jalanan di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Asriadi Syamsuddin dan isterinya Ratna akhirnya berjaya membeli kereta idaman mereka iaitu Toyota Rush secara tunai dengan menggunakan duit syiling hasil simpanan wang jualan daripada perniagaan.  

Menurut mereka, sepanjang berniaga pasangan ini ada menyimpan duit syiling yang tidak digunakan ke dalam balang air sehingga jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah yang membolehkan mereka membeli kereta idaman itu.

Harga kenderaan SUV Toyota Rush yang dibayar tunai di pusat jualan Toyota Makassar itu adalah 271 juta Rupiah atau kira-kira RM81,000.

Asriadi berkata kebanyakan wang syiling dalam balang itu adalah pemberian pelanggan yang datang membeli barangan jualan mereka.

“Tidak terasa seperti saya menabung selama empat tahun kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya,” kata Asriadi.

“Apabila saya melihat balang air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, saya keluarkan dan mendapati nilainya telah mencecah ratusan juta rupiah,” tambahnya yang terkejut dengan jumlah itu.

Ketika mengunjungi pusat jualan Toyota untuk menyatakan hasrat membeli kereta idaman itu, para kakitangan di sana lagi bertambah terkejut apabila melihat pasangan ini membawa 9 balang air yang berisi duit syiling, tetapi mereka tetap melayan pelanggan itu dengan baik dan hormat.

Pengurus cawangan jualan Toyota bandar Makassar, Ariefyanto Arsyad berkata ini adalah kali pertama cawangannya menyambut pelanggan dengan membawa balang-balang air berisi duit syiling untuk membeli kenderaan.

“Ini pengalaman luar biasa buat kami kerana belum pernah ada pelanggan membeli kereta menggunakan duit syiling secara tunai,” katanya.

Jelasnya, apabila mereka mengira satu persatu duit syiling itu, didapati wang yang dibawa pasangan suami isteri itu cukup kesemuanya 271 juta rupiah untuk membeli Toyota Rush secara tunai.

Difahamkan sebelum itu, Asriadi telah bertanya terlebih dahulu untuk membeli Toyota Rush dengan duit syiling dan cawangan itu bersetuju. Asriadi kemudian telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10 juta rupiah (RM3,010) dan pada keesokan harinya membawa 9 tong air berisi duit syiling itu dan beberapa kotak berisi wang kertas bagi menjelaskan baki bayaran.

Pilihan Editor:

Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya

0

Tugas cikgu di sekolah bukan hanya mengajar murid-murid mengikut silibus yang telah ditetapkan tetapi lebih daripada itu. Jika ada murid yang menangis kerana mahukan ibu bapa, cikgu yang akan memujuk mereka. Jika ada murid yang tidak cukup wang untuk membeli makanan, cikgu juga yang akan membantunya. Kisah kali ini yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadhli Salleh di laman Facebooknya begitu menyayat hati hinggakan dia sendiri tersentak melihat kebenarannya.

Pada suatu hari, ada seorang murid lelaki yang terlalu aktif dengan sengaja memecahkan bangku di kantin sekolah. Bangku itu adalah bangku buah-buahan yang dibeli dengan duit kiriman sahabat-sahabat cikgu yang baik hati.

Menurut Mohd Fadhli Salleh, unit disiplin, guru kelas dan pentadbir berbincang akan perihal tersebut dan mereka memutuskan keperluan memanggil ibu bapa murid berkenaan bagi membincangkan kelakuan anak mereka yang terlalu aktif itu. Tambah Mohd Fadhli Salleh lagi, tujuannya adalah untuk mencari jalan terbaik bagi murid tersebut agar tidak ternafi haknya untuk belajar dengan sempurna.

Difahamkan, murid lelaki tersebut mempunyai seorang kakak yang turut berada dalam pemerhatian Mohd Fadhli Salleh kerana setiap kali hadir ke sekolah, murid perempuan tersebut berpakaian comot.

Mengimbau kembali detik kedatangan ayah murid lelaki tersebut, Mohd Fadhli Salleh begitu terkejut melihat penamplian si ayah yang memakai sepasang kasut lusuh dipenuhi selut dan kotoran.

“Kami beritahu kerosakan yang dibuat anaknya perlu diganti, dengan serba salah dia cakap boleh tetapi tunggu dapat gaji. Jantung aku seakan berhenti mendengar jawapan pendek itu.

“Nilai bangku itu tidaklah besar di zaman ini tetapi masih ada yang perlu tunggu gaji, namun, bila saya bertanya di luar pejabat rupanya dia telah ulang alik dari Kuang ke Gombak hanya dengan motosikal dengan keadaan panas terik,” tulis cikgu Mohd Fadhli Salleh di Facebook.

Menurutnya, lelaki itu mempunyai empat orang anak namun dua orang lagi yang merupakan pasangan kembar mengikut si ibu setelah suami isteri itu bercerai.

“Patutlah anak perempuannya tidak pandai pakai tudung. Rupanya dijaga oleh ayah sejak sekian lama.

“Pakaiannya patutlah selalu nampak comot. Tidak terjaga seperti orang lain yang punya keluarga. Rupanya tinggal bersama ayah,” kata Mohd Fadhli Salleh.

Selepas mendengar jawapan daripada si ayah, Mohd Fadhli Salleh mengambil keputusan untuk menggantikan bangku yang rosak tersebut.

Ramai netizen yang bersimpati dengan nasib yang menimpa tiga beranak itu. Mereka juga tidak putus-putus mendoakan rezeki untuk cikgu Mohd Fadhli Salleh kerana sanggup menghulurkan bantuan kepada keluarga kecil itu.

Pilihan Editor: