30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaBerita UtamaWalaupun kelaparan, dia hanya mengambil kuih dan air, alasan pemuda ini sungguh...

Walaupun kelaparan, dia hanya mengambil kuih dan air, alasan pemuda ini sungguh menyedihkan

Ketika pandemik Covid 19 mula-mula melanda dunia, semua orang terkesan, baik si miskin mahupun si kaya. Ada yang terpaksa menerima nasib diberhentikan kerja, ada yang terpaksa mengikat perut kerana wang simpanan semakin berkurangan, ada juga yang terpaksa meminta bantuan orang lain walhal sebelum ini tidak pernah bersikap sedemikian. “Malu nak minta kat orang“. Selagi ada kudrat, akan diusahakan sebaik mungkin namun, dalam keadaan terhimpit terpaksa ditebalkan muka juga. Begitulah yang terjadi kepada seorang kelindan lori apabila dia terpaksa meminta bantuan orang lain kerana dia terlalu lapar.

Kisah menyayat hati ini dikongsi oleh Zarul Zabidi menerusi catatannya di Facebook. Cerita ditulis adalah berdasarkan pengalamannya sendiri. Bukan untuk menunjuk dirinya hebat, tetapi atas rasa syukur dan moga-moga dijadikan teladan buat orang lain.

Pada suatu hari ketika sedang membeli makanan, Zarul didekati seorang pemuda.

“Abang, saya lapar, saya nak makan, saya tak ada duit, abang bayarkan boleh?”

Tanpa berfikir panjang, Zarul bersetuju untuk membayar makanan pemuda itu. Dia menyuruh pemuda itu untuk mengambil sahaja apa-apa makanan yang dia mahukan kerana dia mahu belanja pemuda tersebut untuk hari itu.

Zarul langsung tidak menduga apabila pemuda berkenaan hanya mengambil dua biji kuih seri muka dan sebungkus air milo ais sahaja. Dia bertanya kepada pemuda tersebut, mengapa tidak ambil nasi berlauk atau roti canai.

Kata pemuda tersebut, “kuih seri muka ni kan bawah dia ada pulut nasi, cukup la bang 1 pagi 1 petang nanti saya makan.”

“Saya segan bang ini pertama kali dalam hidup saya meminta orang,” jawab pemuda tersebut.

Zarul seolah-olah tersentak dengan jawapan jujur pemuda tersebut. Zarul bertanyakan apakah jenis pekerjaan pemuda itu.

Menurut pemuda tersebut, dia bekerja sebagai kelindan lori, gaji yang diterimanya adalah mengikut perjalanan lori. Jika tiada perjalanan, tiada gaji.

PEXELS

Zarul berasa sedih dengan nasib pemuda tersebut. Memikirkan ada orang lain yang lebih susah, Zarul bersyukur dengan nikmat yang diperoleh selama ini.

Zarul juga berdoa agar Tuhan melimpahkan rezeki buatnya agar dia dapat membantu orang yang tidak bernasib baik seperti pemuda tersebut.

Netizen yang membaca kisah tersebut turut bersimpati dengan nasib pemuda tersebut. Tidak kurang juga yang mendoakan Zarul agar rezekinya sentiasa mengalir seperti air sungai yang mengalir.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI