30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaSambutan hari lahir bertukar tragedi, namun mujur kanak-kanak malang itu berterus terang,...

Sambutan hari lahir bertukar tragedi, namun mujur kanak-kanak malang itu berterus terang, nyawanya dapat diselamatkan

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Segala keperluan cuba dicukupkan, segala kemahuan cuba dipenuhi, segala kemudaratan cuba dielakkan namun kemalangan tetap boleh berlaku. Begitulah yang terjadi kepada keluarga Katie Jacobsen semasa sambutan hari lahir anaknya. Pada mulanya mereka sekeluarga begitu gembira meraikannya namun ia bertukar tragedi apabila sesuatu menimpa anaknya itu. Tetapi, mujurlah anaknya itu berterus terang tentang apa yang terjadi, nyawanya dapat diselamatkan.

Katie pada mulanya tidak mahu berkongsi kisah yang menimpa anaknya namun atas rasa tanggungjawab, dia menulis catatan di Facebook agar ramai orang tahu betapa bagusnya madu hingga dapat menyelamatkan nyawa anaknya.

Pada 26 Ogos lalu, Katie sekeluarga meraikan hari lahir anaknya di rumah. Mereka memesan set makan malam dari restoran Cracker Barrel. Terdapat biskut dan beberapa paket kecil madu bersama hidangan tersebut. Selepas menikmati makan malam, mereka duduk bersantai di ruang tamu. Tidak lama kemudian, anaknya Maggie datang dan menunjukkan mulutnya kepada Katie dan berkata, “saya dah telannya.”

Katie bertanya, “telan apa?”

“Benda bersinar.” jawab anaknya.

Katie terus melihat persekitaran rumah untuk mencari ‘benda’ yang dimaksudkan oleh anaknya dan Katie terlihat anak patung Barbie di atas meja. Suami Katie, Levi turut berada di situ. Dia membesarkan matanya dan berkata, “Saya baru sahaja mengeluarkannya.”

Barulah Katie mengerti bahawa ‘benda bersinar’ yang dimaksudkan anaknya itu adalah bateri butang yang terdapat dalam kaki anak patung tersebut. Pakaian anak patung tersebut sudah terlucut. Katie sedar bahawa itu adalah petanda buruk.

Mereka terus bergegas ke hospital. Ketika Katie sedang bersiap, dari corong telefon ibunya memesan untuk memberikan kanak-kanak malang itu madu. Mujurlah masih terdapat beberapa paket madu lagi di atas meja. Mereka terus menyuruh Maggie makan madu tersebut dan membawa baki paket madu untuk dimakan semasa dalam perjalanan ke hospital.

Ketika pegawai perubatan memeriksa Maggie, mereka mengesahkan memang terdapat bateri butang dalam tubuh si kecil itu tetapi bateri tersebut telah turun ke perut yang mana ia kurang berbahaya. Maggie ditahan di wad semalaman kerana doktor bercadang untuk mengeluarkan bateri tersebut pada keesokan paginya. Namun selepas memeriksa lagi kedudukan bateri tersebut mereka menarik nafas lega kerana bateri tersebut telah masuk ke usus yang mana risiko menjadi semakin berkurangan. Maggie dibenarkan pulang selepas sarapan pagi.

Katie sekeluarga bersyukur kepada Tuhan kerana Maggie terselamat dan doktor memberitahu bahawa tindakan awal mereka memberikan madu kepada kanak-kanak itu adalah tindakan yang tepat.

Ini kerana, madu tersebut dapat menyaluti bateri dan mengelakkannya daripada tersekat.

Katie tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai orang. Dia gembira kerana dapat membantu menyampaikan maklumat penting berkenaan tindakan awal yang boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak tertelan bateri.

Susulan daripada hantaran tersebut, beberapa orang ibu menghubungi Katie, berkongsi pengalaman mereka yang kehilangan anak akibat tertelan bateri. Biarpun masih bersedih akibat kehilangan anak yang disayangi, namun mereka terpanggil untuk berkongsi pengalaman agar dapat membantu orang lain yang menghadapi situasi yang sama.

Bateri butang sangat berbahaya kepada kanak-kanak. Jika tertelan, ia boleh memasuki saluran permakanan esofagus atau saluran pernafasan bronchus. Dalam kedua-dua keadaan ini, ia sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Oleh itu, elakkan daripada memberikan sebarang mainan yang menggunakan bateri butang kepada anak anda.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI