Seorang lelaki melayu mencuri perhatian orang ramai apabila dia menyanyikan lagu tamil. Perkara ini dikongsikan oleh VARNAM MY menerusi Facebook mereka.
Menurut Varnam MY, lelaki melayu tersebut menyanyikan lagu popular llayaraja bertajuk ‘Thendral Vanthu Theendum Pothu’ daripada filem ‘Avanthaaram’.
Mereka terpesona dengan nyanyian lelaki tersebut. Petikan gitar juga menambahkan lagi kemerduan suara lelaki itu.
Rata-rata netizen juga turut terpesona dan meninggalkan komen yang positif terhadap nyanyian lelaki itu.
Ada netizen yang mengatakan mungkin sebutan perkataan tamil tersebut tidaklah begitu sempurna tetapi nyanyian lelaki tersebut masih boleh diterima dan sedap di dengar.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rupa-rupanya lelaki tersebut ialah Pasya, peserta Mentor 7. Mentor ialah satu program pencarian bakat menyanyi anjuran TV3 satu ketika dahulu. Perkara ini disahkan sendiri oleh Ummi Hazel yang merupakan bekas guru kepada Pasya.
Tidak kira bangsa apa pun kita sebenarnya, kita harus menghormati antara satu sama lain. Untuk menambah nilai diri, eloklah kita pelajari bahasa bangsa lain.
Lebih 10 bulan lalu, penduduk yang tinggal di Shah Alam, Selangor berdepan bencana banjir terburuk dalam masa lebih 25 tahun. Banyak rumah musnah dan kebanyakannya tidak bersedia untuk bencana itu.
Paras air melepasi bumbung di beberapa kawasan perumahan dan bot penyelamat diperlukan untuk menyelamatkan mangsa di kawasan terjejas.
Banjir pada hujung tahun lalu telah memberi kesan kepada lapan buah negeri dengan lebih 70,000 kehilangan tempat tinggal serta mencatatkan kerugian kira-kira 6.1 bilion.
Mangsa yang terjejas berkongsi keperitan berhadapan bencana banjir dengan sebahagian daripada mereka masih trauma dan sehingga kini ada yang belum pulih sepenuhnya dengan terus berusaha membaiki rumah dan harta benda terjejas.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan pada 20 September yang menyebut musim banjir sudah tiba dan berkemungkinan akan kekal sehingga awal tahun depan.
Musim tersebut berkemungkinan besar akan menjejaskan lebih 10 juta rakyat Malaysia dan musim banjir mungkin bakal melanda bermula bulan November hingga Januari 2023.
Presiden Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadim), Roslan Ab. Ghani berkata, “Sukar untuk meramalkan sama ada banjir akan berlaku atau tidak kerana cuaca hari ini tidak menentu dan boleh berubah dengan cepat, ia di luar jangkaan menyebabkan bencana boleh berlaku di luar kawasan dan di luar musim.”
Beliau menekankan, “malah bahagian yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini kini mengalami banjir.”
Beliau menggesa rakyat perlu bersiap sedia dan mengingatkan setiap negeri untuk memperkasakan komuniti masing-masing di peringkat daerah dalam soal pengurusan banjir dan memastikan pusat pemindahan berhampiran disediakan apabila diperlukan.
Amat menyedihkan apabila di Malaysia pada hari ini kita berasa tidak lagi selamat, kerana berita rompakan terdengar di mana-mana. Kadangkala ia dilakukan secara terang-terangan di siang hari, apatah lagi ketika pemandu yang sedang memandu kereta di waktu subuh yang sunyi lagilah penjenayah ini begitu berani.
Rakaman video ini memberi peringatan kepada semua di luar sana, walaupun sudah diingatkan berulang kali, bahawa anda perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada setiap masa untuk memastikan pintu kereta wajib dikunci semasa memandu.
Laman Facebook 我们是马来西亚人 We are Malaysians baru-baru ini telah memuat naik satu rakaman video dari kamera papan pemuka, yang memaparkan kelibat seorang lelaki yang memutuskan untuk memberhentikan keretanya secara tiba-tiba bagi menghalang laluan kenderaan ini untuk menjadi bakal mangsanya.
Ketika itu, pemandu dan dua penumpang lain baru berhenti di lampu isyarat di Balakong, Cheras Selatan pada awal pagi.
Berdasarkan kamera papan pemuka itu, kelihatan pemandu dan dua penumpangnya baru keluar dari sebuah hospital swasta di lokasi itu dan berhenti di persimpangan lampu isyarat untuk membelok ke kanan atau mungkin ingin membuat pusingan U. Ketika berada di sana, hampir tidak ada kereta lain di jalan raya memandangkan kejadian berlaku pada waktu hampir subuh.
Semasa menghalang bakal mangsa dengan kenderaannya, lelaki itu bergerak dengan keretanya yang melawan arus telah segera turun dan mula berjalan ke arah mangsa, mendorong pemandu bertindak pantas untuk berundur dan memecut laju kenderaannya menuju ke arah utara.
Lelaki penjenayah itu kemudiannya kelihatan berlari kembali ke keretanya untuk mengejar pemandu ini.
Salah seorang mangsa dalam kereta itu kedengaran memberitahu pemandu untuk memecut lebih laju kerana penjenayah itu semakin menghampiri mengejar mereka.
Jika dilihat dengan teliti pada rakaman video, anda akan dapati lelaki itu sudah bersiap sedia menunggu sesiapa sahaja untuk menjadi mangsanya di satu persimpangan jalan itu yang agak sunyi, dan dia bergerak memandu melawan arus apabila kenderaan mangsa sedang berhenti di lampu isyarat, dan pantas menghalangnya.
Video itu tamat apabila mangsa cuba mengelak lelaki itu ketika dia terus mengejar mereka. Dan nombor plat kenderaan lelaki itu telah berjaya dirakam.
Bila dalam keluarga bertambah ahli baru, pasti akan ada kakak atau abang yang mengambil peranan untuk jadi penyayang terlebih ekstra untuk menjaga adiknya yang baru lahir, tanpa perlu disuruh.
Silap-silap kakak atau abang akan jaga adiknya lagi baik berbanding ibu dan ayah, seperti si kakak ini yang tidak jemu berkepit dengan adiknya yang masih bayi.
Dalam satu rakaman video TikTok yang tular, seorang kakak yang masih kecil dilihat menjaga adiknya dengan sangat baik dan bertanggungjawab sehingga telah menarik perhatian ramai.
Sejak dari kecil, ibu bapa akan cuba memenuhi semua keperluan dan kemahuan anak-anak. Susah mana pun, mereka akan mengusahakannya sehingga tercapai. Pengorbanan mereka memang tidak terbalas walau segunung emas kita berikan kepada mereka. Namun, sebagai anak, pasti kita bercita-cita untuk membalas jasa ibu bapa apabila dewasa kelak. Begitu jugalah dengan penghantar Grab dari Indonesia ini. Dia berhasrat untuk membelikan mesin pengisar baharu buat ibunya.
Menurut jejaka ini, pada pagi itu, dia mendapati mesin pengisar ibunya rosak. Sebagai peniaga air minuman buah-buahan, ibunya sangat memerlukan mesin pengisar untuk mengisar buah-buahan sebelum dijadikan jus minuman.
Melihatkan kepayahan yang dihadapi si ibu, jejaka ini bertekad untuk membelikan ibunya mesin pengisar baharu. Dia berhasrat untuk membelikan mesin pengisar baharu dengan upah yang diperolehnya sebagai penghantar Grab pada hari itu.
Sejak awal pagi lagi, jejaka ini telah keluar rumah untuk bekerja. Dia berdoa agar dia dapat membuat banyak penghantaran kerana semakin banyak penghantaran yang dapat dilakukan semakin lumayan upah yang bakal diterima.
Walaupun motornya mengalami sedikit masalah, dia tidak terus pergi membaikinya. Ketika waktu makan pun, jejaka ini berjimat cermat dan hanya membeli makanan sekadar yang dapat mengenyangkan perutnya. Dia mahu mengumpul upah tersebut untuk membelikan ibunya mesin pengisar baharu.
Jejaka tersebut berpuas hati dan bersyukur dengan penghantaran yang dapat dilakukan pada hari itu. Selepas memperoleh upah, dia segera pergi membeli mesin pengisar baharu untuk dijadikan hadiah buat ibunya.
Selepas itu, dia pergi mendapatkan ibunya. Dia mengatakan terdapat bungkusan untuk ibunya. Jejaka ini juga turut menitipkan nota buat ibunya. Selepas meletakkan bungkusan istimewa itu, jejaka ini meminta diri untuk menyambung pekerjaannya.
Selepas jejaka itu beransur, ibunya pergi mendapatkan bungkusan tersebut. Dia membaca nota yang terdapat pada bungkusan tersebut. Dari kejauhan, kelihatan si ibu tersenyum!
Ibunya begitu terharu melihatkan bungkusan yang dikirimkan oleh anaknya itu. Dia tersenyum gembira bukan semata-mata disebabkan dia mendapat mesin pengisar baharu tetapi dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang begitu baik dan bertimbang rasa.
Jejaka itu mendapatkan ibunya. Mereka saling berpelukan sebagai tanda kesyukuran.
Ibunya mencuba mesin pengisar baharu tersebut dan mendapati ia berfungsi dengan baik. Dia begitu gembira sekali. Pekerjaannya akan menjadi lebih lancar selepas ini.
Anak beranak ini kelihatan sangat bahagia. Mereka bukan sahaja saling memerlukan antara satu sama lain tetapi saling menyokong pekerjaan masing-masing. Mereka saling mendoakan agar rezeki mereka bertambah-tambah lagi.
Ibu bapa memang tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak. Tetapi sebagai anak, kita perlu membalas jasa mereka dengan sebaik mungkin. Mungkin kita tidak dapat memberikan wang yang banyak atau membelikan mereka barangan yang mahal-mahal, tetapi cukuplah jika kita dapat mengurangkan beban mereka. Semoga semua anak-anak dikurniakan rezeki yang luas agar kita dapat berkongsi dengan ibu bapa kita.
Baru-baru ini, seorang wanita bernama Liu Hui dari Jiangxi, China berkongsi kepada umum bahawa dia memperoleh 6000 yuan (RM3900) sebulan dengan hanya memelihara dua ekor kucing majikannya.
Menurut laporan yang ditulis oleh Sina, ketika Liu sedang mencari kerja pada bulan Ogos lalu, dia terlihat iklan jawatan kosong bahagian pentadbiran di sebuah syarikat di Hangzhou yang tidak memerlukan pengalaman terdahulu.
Selepas memohon jawatan tersebut, dia diberitahu bahawa beban kerja tersebut sangat kecil dan tugas utama yang sebenarnya ialah memelihara dua ekor kucing majikannya.
Kucing-kucing tersebut tinggal di pejabat dan setiap seekor kucing mempunyai bilik berasingan dengan keluasan 20 hingga 30 meter persegi. Majikan Liu Hui sangat menyayangi kucing-kucingnya dan sering menziarahi mereka sama ada selepas dia pulang daripada lawatan perniagaan ataupun pada hujung minggu.
“Saya dipertanggungjawabkan untuk memberi makan kepada kucing-kucing itu, menukarkan air, memotong kuku, membuang najis dan sebagainya. Saya bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, setiap hari termasuk hujung minggu,” kata Liu.
Menurut Liu, dia akan memperoleh gaji sebanyak 6000 yuan (RM3900) selepas disahkan sebagai pekerja tetap syarikat berkenaan.
Memandangkan pekerjaan tersebut tidaklah begitu sukar, Liu yakin bahawa dia boleh bekerja lama dengan syarikat tersebut.
Lagi pula, Liu sebenarnya memang sukakan kucing! Jadi, pekerjaan ini dianggap sebagai pekerjaan impiannya. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, apabila Liu akhirnya dapat memelihara kucing walaupun hanya sebagai pemelihara kucing majikannya.
Jika anda hendak memelihara kucing buat pertama kali, berikut adalah tips yang boleh anda ikuti agar kucing tersebut sihat dan dapat dipeliihara dengan mudah:
Jangan terlalu banyak memberi makanan kering kepada kucing.
Berikan air minuman yang secukupnya kepada kucing.
Sediakan kotak pasir dan bersihkan pasir tersebut dengan kerap.
Mengasi kucing adalah lebih baik agar terjaga kesihatannya.
Pilih doktor haiwan yang peramah.
Buat pecinta kucing di luar sana, pasti anda pun akan merebut peluang jika ditawarkan pekerjaan seperti ini bukan? Duit dapat, bermain dengan kucing pun dapat.
Siri kartun Upin & Ipin sudah tersedia popular dan menjadi fenomena di Malaysia mahupun di negara jiran Indonesia.
Tidak dinafikan, siri kartun itu meraih jutaan penonton tidak mengira usia kerana mereka terhibur melihat kelucuan dan kepetahan gelagat si kembar Upin dan Ipin bersama rakan-rakannya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang menonton kartun Upin & Ipin di dalam penjara yang telah mencuri tumpuan.
Ada yang duduk bersila dan ada juga yang berbaring. Dipercayai, mereka ini adalah banduan yang ditempatkan di sebuah penjara di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.
Agak melucukan apabila salah seorang banduan yang bertatu dilihat ketawa dan tersenyum riang apabila menonton babak lucu dalam siri Upin & Ipin itu.
Video tular itu telah mendapat perhatian netizen di ruangan komen dengan rata-rata mereka meluahkan rasa terkejut dengan suasana di dalam penjara yang berbeza, tidak seperti yang digambarkan dalam filem.
Banduan-banduan ini santai dan harmoni sahaja ketika menonton Upin & Ipin seperti mana kanak-kanak riang yang terhibur hati menonton kartun di hujung minggu.
Ada kalanya selepas mendapat gaji, anda bertekad untuk menyimpan wang hasil titik peluh dengan seberapa banyak yang boleh demi masa depan, kata anda di dalam hati.
Tetapi sedikit yang anda tahu, tabiat berbelanja seseorang mungkin telah menyumbang kepada kegagalan untuk menyimpan wang yang mencukupi.
Baru-baru ini, dalam akaun TikTok, seorang perancang kewangan, Hilyati berkongsi enam tabiat sesetengah pekerja yang membuka pintu kepada lebih banyak isu kewangan.
Pada masa lalu, Kopi O’ lama yang bagus dari Kopitiam ikonik dan legenda sudah cukup memuaskan keinginan kafein harian anda. Walau bagaimanapun, zaman telah berubah. Minum Nescafe pun anak muda sekarang mula memandang rendah.
Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat beberapa pelajar yang belum lagi mampu menjana apa-apa wang secara tetap telah bergaya memegang secawan kopi mewah di tangan.
Jika anda tidak dapat melihatnya dalam kehidupan sebenar, anda mungkin akan menemuinya dalam Insta Story rakan anda. Secara amnya, secawan Iced Latte berharga kira-kira RM12 hingga RM15, dan sesetengah tempat mengenakan bayaran lebih tinggi daripada itu.
“Sebagai pelajar, mereka gembira membeli kopi mahal. Hidup kena bergaya!” Hilyati bernada sinis.
Sukakan sesuatu tetapi tidak mampu untuk membelinya? Kerana takut menyesal jika anda tidak mendapatkan pakaian mewah, kasut atau pakaian rambang mata? Tidak perlu melihat lebih jauh daripada penyelamat yang paling biasa – kad kredit.
Ramai menyedari hutang kad kredit perlu dibayar setiap bulan selepas seseorang menerima gaji. Malangnya, mentaliti sebegitulah yang perlahan-lahan menutup nasib anda kerana hutang cenderung meningkat tanpa disedari.
Jika anda seorang yang amat suka menggunakan kad kredit, anda mungkin perlu menjejaki tabiat perbelanjaan tidak bermanfaat itu.
Penggemar filem, terutamanya yang pantang mendapat peluang untuk menyaksikan filem terbaru di pawagam untuk pengalaman mengasyikkan. Walaupun tidak ada yang salah dengan menonton wayang, ia mungkin menjadi isu jika anda tidak menjejaki aliran wang dari poket, terutamanya jika anda mempunyai tabiat bertandang ke pawagam setiap minggu.
Sebuah filem baru dikeluarkan memakan belanja tiket kira-kira RM20. Jika anda memerlukan makanan ringan untuk dimakan sambil mata terpaku pada skrin besar, satu set popcorn dan minuman berkarbonat dijual pada harga kira-kira RM18.
Maknanya sejumlah RM38 untuk satu sesi menonton wayang sahaja.
Merokok dan vape bukan sahaja menyumbang kepada isu kesihatan tetapi juga isu kewangan. Harga untuk sekotak rokok lebih mahal berbanding sebelum ini, dan jika anda seorang yang gemar menghisap vape, anda perlu kerap menggantikan pod dan mengisi semula e-jus.
Pernahkah anda terfikir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tabiat buruk itu dan menyimpan wang? Bayangkan apa yang anda boleh beli dengan wang yang dibelanjakan untuk “batang kanser” itu.
5. Penghantaran dalam talian sebagai penyelamat, kata anda!
Malas, atau tiada mood untuk memasak? Atau tidak dapat membawa diri anda sendiri untuk membeli makanan? Tidak semua wira memakai mantel. Kita kini dimanjakan dengan pilihan makanan bawa pulang di hujung jari.
Hanya pilih apa yang anda idamkan dan wira penyelamat masa anda akan menghantarnya ke depan pintu. Sudah tentu, mereka tidak datang secara percuma kerana caj penghantaran dikenakan. Caj mungkin mahal terutamanya jika lokasi rumah anda berada jauh dari tempat makan itu dan ia merupakan satu-satunya pilihan anda.
Dengan kebergantungan kepada penghantaran dalam talian menjadi kebiasaan, hanya menunggu masa sebelum wang anda kehabisan.
6. Saya perlu memberi ganjaran kepada diri sendiri
Tidak salah untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri. Lagipun, ia adalah wang titik peluh sendiri dan anda sekali-sekala layak berehat. Tetapi bagaimana jika anda memberi ganjaran yang berlebihan kepada diri sendiri sebelum mengutamakan simpanan anda?
Ini membuatkan diri tertanya-tanya, adakah kita terlalu banyak menggunakan alasan “kerja yang membebankan” sehingga kita perlu memberi ganjaran kepada diri sendiri yang berada di luar kemampuan kita?
“Jika anda mempunyai hampir tidak cukup pada akhir setiap bulan, anda masih akan berterusan mengalami tekanan. Kitaran yang sama berterusan,” kata Hilyati.
Oleh itu, apa kata anda mula menyimpan mulai sekarang dengan mengurangkan perbelanjaan daripada tabiat anda seperti di atas. Selamat mencuba sampai boleh!
Nampaknya tugas seorang cikgu bukan sekadar mengajar di sekolah sahaja malah lebih daripada itu dan adakalanya tidak terjangkau dek akal. Perkara ini terbukti apabila seorang cikgu yang begitu prihatin telah memotong rambut dan membersihkan kepala murid perempuan yang dipenuhi kutu. Kejadian tersebut berlaku di Jakarta, Indonesia dan dilaporkan oleh laman berita Wolipop.
Menurut sumber, cikgu wanita yang bernama Zera itu membawa seorang murid perempuan ke luar kelas. Setelah meminta murid tersebut duduk, Cikgu Zera pun menggunting rambut murid tersebut sedikit demi sedikit.
Cikgu Zera turut meminta bantuan daripada rakan cikgu lain untuk menyikat rambut murid perempuan itu.
Sambil tangannya ligat menggunting rambut, Cikgu Zera bertanyakan murid tersebut adakah ibunya mengetahui tentang kewujudan kutu di kepalanya itu. Murid perempuan tersebut menjawab, “tahu cikgu, tapi ibu sentiasa sibuk bekerja.”
Menurut Cikgu Zera, setiap hari murid perempuan itu memakai tudung ke sekolah. Disebabkan itu, rambutnya menjadi lembap dan kutu itu pun semakin membiak.
Apabila rambut murid perempuan itu disikat, kelihatan banyak kutu bertaburan di atas alas yang dihamparkan, ada yang masih hidup dan ada yang telah mati.
Tambah Cikgu Zera lagi, itulah kali pertama dia mengendalikan murid yang mempunyai banyak kutu di kepala.
Sebut sahaja kutu pasti sudah terbayang di mata serangga kecil yang mempunyai tiga pasang kaki itu. Berwarna kelabu kecoklatan dan tidak bersayap, sebenarnya terdapat tiga jenis kutu pada manusia iaitu kutu kepala, kutu badan dan kutu kemaluan.
Kutu kepala atau nama saintifiknya Pediculus capitis adalah sejenis kutu yang mudah menjangkiti golongan kanak-kanak terutamanya murid-murid sekolah. Manakala kutu badan (Pediculus humanus) dan kutu kemaluan (Pthirus pubis) pula biasanya menjangkiti golongan yang tidak menjaga kebersihan badan.
Disebabkan kutu adalah serangga yang bergerak secara merangkak, maka cara jangkitan kutu kepala yang paling utama adalah melalui sentuhan daripada rambut ke rambut.
Jangkitan boleh berlaku ketika melakukan aktiviti harian atau berkongsi tempat tidur dengan individu yang dijangkiti kutu. Selain itu, berkongsi peralatan seperti sikat, skaf, tuala dan topi juga memudahkan lagi jangkitan kutu daripada satu orang ke satu orang yang lain.
Kutu kepala boleh dikesan dan dirawat. Caranya ialah:
Lumurkan perapi rambut pada keseluruhan rambut.
Sikat rambut dengan menggunakan sikat biasa bagi meleraikan rambut yang kusut.
Dengan menggunakan sikat kutu (sikat bergigi rapat), sisirkan rambut secara berhati-hati bermula daripada kulit kepala hingga ke hujung rambut.
Periksa kehadiran kutu pada celah-celah gigi sikat kutu selepas setiap kali sikatan.
Keseluruhan bahagian rambut disikat secara sistematik sekurang-kuragnya dua kali.
Membotakkan kepala adalah cara yang paling mudah untuk merawat masalah kutu kepala. Namun, tindakan ini mungkin melukakan perasaan sesetangah pesakit.
Oleh itu, gunakanlah syampu antikutu (pedikulosid) yang boleh didapati di pasaran. Ikut arahan yang terdapat pada syampu antikutu tersebut agar proses merawat kutu kepala dapat berjalan dengan lancar.
Kebiasaannya, selepas meletakkan syampu antikutu di keseluruhan rambut, ia perlu dibiarkan selama beberapa jam sebelum dibilas. Ulang penggunaan syampu antikutu selepas tujuh hari bagi memastikan semua kutu yang terdapat di kepala dapat dibasmi.
Selain menggunakan syampu antikutu, penyisahan kutu melalui sikatan basah secara kerap (diulang pada hari ke-5, 9 dan 13) juga boleh dilakukan terutama bagi golongan peringkat awal kanak-kanak atau mereka yang tidak gemar melakukan terapi secara kimia.
Jika anak anda mempunyai masalah jangkitan kutu kepala, segeralah merawatnya. Kasihanilah mereka yang tidak selesa, kurang fokus dan kerap menggaru akibat jangkitan kutu kepala yang tidak dirawat. Cegah sebelum parah.
Tidak dinafikan agar sukar sebenarnya untuk memastikan cukai jalan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik kerana jika tidak dikendalikan dengan betul, ia akan mudah rosak. Ada ketikanya pula, sekeping kertas yang nipis itu boleh hilang akibat tersalah letak. Namun usah risau kerana anda masih boleh mendapatkan penggantian cukai jalan yang rosak atau hilang. Berikut adalah panduan untuk mendapatkan semula cukai jalan yang rosak atau hilang yang ditulis dan dikongsikan oleh anisssurayaaa di Twitter.
Pergi ke mana-mana cawangan JPJ yang berhampiran dengan anda.
Isi borang JPJ K7 (Borang Permohonan Salinan / Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau Salinan / Gantian Lesen Kenderaan Motor atau Salinan lesen Perdagangan Kenderaan Motor).
Hantar borang yang sudah dilengkapkan di kaunter dan tunjukkan kad pengenalan anda.
Untuk makluman, bagi penggantian cukai jalan yang rosak anda akan dikenakan denda, manakala penggantian cukai jalan yang hilang pula adalah percuma.
Denda bagi penggantian cukai jalan motosikal yang rosak:
Semenanjung: RM20
Sabah: RM25
Sarawak: RM20
Denda bagi penggantian cukai jalan kereta dan kenderaan lain yang rosak:
Semenanjung: RM50
Sabah: RM25
Sarawak: RM20
Berikut adalah soalan lazim mengenai cara untuk mendapatkan semula cukai jalan yang rosak atau hilang:
Soalan: Sekiranya pemilik kenderaan tidak dapat hadir, bolehkah digantikan dengan wakil? Jawapan: Boleh, dengan syarat wakil perlu membawa salinan kad pengenalan pemilik kenderaan, salinan geran kenderaan, salinan kad pengenalan wakil, borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi.
Soalan: Bolehkah permohonan penggantian cukai jalan kenderaan dibuat secara dalam talian? Jawapan: Tidak boleh. Pemohon perlu membuat permohonan terus di pejabat atau cawangan JPJ yang berhampiran.
Jika anda kehilangan cukai jalan atau cukai jalan itu rosak, segeralah membuat permohonan penggantian cukai jalan tersebut.