Siri kartun Upin & Ipin sudah tersedia popular dan menjadi fenomena di Malaysia mahupun di negara jiran Indonesia.
Tidak dinafikan, siri kartun itu meraih jutaan penonton tidak mengira usia kerana mereka terhibur melihat kelucuan dan kepetahan gelagat si kembar Upin dan Ipin bersama rakan-rakannya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang menonton kartun Upin & Ipin di dalam penjara yang telah mencuri tumpuan.

Muka samseng banduan ini terus tersenyum comel bila menonton gelagat Upin dan Ipin.
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang menonton siri kartun popular Upin & Ipin yang sedang ditayangkan di televisyen.

Ada yang duduk bersila dan ada juga yang berbaring. Dipercayai, mereka ini adalah banduan yang ditempatkan di sebuah penjara di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.
Agak melucukan apabila salah seorang banduan yang bertatu dilihat ketawa dan tersenyum riang apabila menonton babak lucu dalam siri Upin & Ipin itu.

Ramai yang tidak menyangka lelaki ini boleh tersenyum kerana pada mulanya mukanya kelihatan nampak garang.

Video tular itu telah mendapat perhatian netizen di ruangan komen dengan rata-rata mereka meluahkan rasa terkejut dengan suasana di dalam penjara yang berbeza, tidak seperti yang digambarkan dalam filem.
Banduan-banduan ini santai dan harmoni sahaja ketika menonton Upin & Ipin seperti mana kanak-kanak riang yang terhibur hati menonton kartun di hujung minggu.
Pilihan Editor: