26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaInspirasiCikgu prihatin, potongkan rambut dan bersihkan kepala murid perempuan yang dipenuhi kutu

Cikgu prihatin, potongkan rambut dan bersihkan kepala murid perempuan yang dipenuhi kutu

Nampaknya tugas seorang cikgu bukan sekadar mengajar di sekolah sahaja malah lebih daripada itu dan adakalanya tidak terjangkau dek akal. Perkara ini terbukti apabila seorang cikgu yang begitu prihatin telah memotong rambut dan membersihkan kepala murid perempuan yang dipenuhi kutu. Kejadian tersebut berlaku di Jakarta, Indonesia dan dilaporkan oleh laman berita Wolipop.

Menurut sumber, cikgu wanita yang bernama Zera itu membawa seorang murid perempuan ke luar kelas. Setelah meminta murid tersebut duduk, Cikgu Zera pun menggunting rambut murid tersebut sedikit demi sedikit.

Cikgu Zera turut meminta bantuan daripada rakan cikgu lain untuk menyikat rambut murid perempuan itu.

Sambil tangannya ligat menggunting rambut, Cikgu Zera bertanyakan murid tersebut adakah ibunya mengetahui tentang kewujudan kutu di kepalanya itu. Murid perempuan tersebut menjawab, “tahu cikgu, tapi ibu sentiasa sibuk bekerja.”

Menurut Cikgu Zera, setiap hari murid perempuan itu memakai tudung ke sekolah. Disebabkan itu, rambutnya menjadi lembap dan kutu itu pun semakin membiak.

Apabila rambut murid perempuan itu disikat, kelihatan banyak kutu bertaburan di atas alas yang dihamparkan, ada yang masih hidup dan ada yang telah mati.

Tambah Cikgu Zera lagi, itulah kali pertama dia mengendalikan murid yang mempunyai banyak kutu di kepala.

Sebut sahaja kutu pasti sudah terbayang di mata serangga kecil yang mempunyai tiga pasang kaki itu. Berwarna kelabu kecoklatan dan tidak bersayap, sebenarnya terdapat tiga jenis kutu pada manusia iaitu kutu kepala, kutu badan dan kutu kemaluan.

Kutu kepala atau nama saintifiknya Pediculus capitis adalah sejenis kutu yang mudah menjangkiti golongan kanak-kanak terutamanya murid-murid sekolah. Manakala kutu badan (Pediculus humanus) dan kutu kemaluan (Pthirus pubis) pula biasanya menjangkiti golongan yang tidak menjaga kebersihan badan.

Disebabkan kutu adalah serangga yang bergerak secara merangkak, maka cara jangkitan kutu kepala yang paling utama adalah melalui sentuhan daripada rambut ke rambut.

Jangkitan boleh berlaku ketika melakukan aktiviti harian atau berkongsi tempat tidur dengan individu yang dijangkiti kutu. Selain itu, berkongsi peralatan seperti sikat, skaf, tuala dan topi juga memudahkan lagi jangkitan kutu daripada satu orang ke satu orang yang lain.

Kutu kepala boleh dikesan dan dirawat. Caranya ialah:

  1. Lumurkan perapi rambut pada keseluruhan rambut.
  2. Sikat rambut dengan menggunakan sikat biasa bagi meleraikan rambut yang kusut.
  3. Dengan menggunakan sikat kutu (sikat bergigi rapat), sisirkan rambut secara berhati-hati bermula daripada kulit kepala hingga ke hujung rambut.
  4. Periksa kehadiran kutu pada celah-celah gigi sikat kutu selepas setiap kali sikatan.
  5. Keseluruhan bahagian rambut disikat secara sistematik sekurang-kuragnya dua kali.

Membotakkan kepala adalah cara yang paling mudah untuk merawat masalah kutu kepala. Namun, tindakan ini mungkin melukakan perasaan sesetangah pesakit.

Oleh itu, gunakanlah syampu antikutu (pedikulosid) yang boleh didapati di pasaran. Ikut arahan yang terdapat pada syampu antikutu tersebut agar proses merawat kutu kepala dapat berjalan dengan lancar.

Kebiasaannya, selepas meletakkan syampu antikutu di keseluruhan rambut, ia perlu dibiarkan selama beberapa jam sebelum dibilas. Ulang penggunaan syampu antikutu selepas tujuh hari bagi memastikan semua kutu yang terdapat di kepala dapat dibasmi.

Selain menggunakan syampu antikutu, penyisahan kutu melalui sikatan basah secara kerap (diulang pada hari ke-5, 9 dan 13) juga boleh dilakukan terutama bagi golongan peringkat awal kanak-kanak atau mereka yang tidak gemar melakukan terapi secara kimia.

Jika anak anda mempunyai masalah jangkitan kutu kepala, segeralah merawatnya. Kasihanilah mereka yang tidak selesa, kurang fokus dan kerap menggaru akibat jangkitan kutu kepala yang tidak dirawat. Cegah sebelum parah.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI