Bagi yang suka pergi ke Watsons, anda akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam di dalam untuk melihat-lihat dan seterusnya membeli-belah.
Sama ada anda perasan atau tidak, sebaik memasuki Watsons, seorang pekerja akan segera menyerahkan bakul kecil. Sesetengah pelanggan mungkin hanya mahu masuk dan membeli barang yang mungkin tidak banyak, jadi mereka akan menolak.
Anda fikir mereka agaknya bimbang tiba-tiba pelanggan akan membeli terlalu banyak barang dan sukar untuk dibawa? Tetapi sebenarnya, ada sebab lain.
Terdahulu, seorang warganet yang dipercayai salah seorang pekerja Watsons telah berkongsi ‘rahsia’ ini di Twitter. Warganet terbabit mendedahkan jika anda melihat seorang pekerja memberi bakul kecil itu, maka tolong jangan menolaknya, kerana itu adalah KPI yang mereka perlu penuhi.
Gambar Watsons Malaysia
“Jika anda masuk ke Watsons, sila jangan menolak untuk mengambil bakul yang kami berikan, kerana ia berkaitan dengan KPI kami. Walaupun anda hanya membeli satu barang, kami sangat gembira kerana anda mengambil bakul itu daripada kami,” jelasnya dalam ciapan itu.
Twitter
Ia bertujuan bagi membolehkan sistem mengesan jumlah bakul yang digunakan oleh pelanggan dalam sehari. Jangan risau kerana ketika anda mengimbas semasa pembayaran, tiada caj tambahan akan dikenakan.
Twitter
Dia juga secara bergurau meminta warganet dan pelanggan Watsons tidak melakukan perkara pelik, apabila dengan sengaja mengambil bakul yang banyak untuk ‘checkout’, kerana setiap bakul dengan pembelian hanya satu resit dikira, dan bakul-bakul yang diambil juga akan diimbas.
Twitter
Akhirnya, warganet ini juga mendedahkan walaupun ini adalah permintaan syarikat, tidak mengapa jika pelanggan benar-benar tidak mahu mengambilnya, dan dia juga tidak akan memaksa, hanya sekadar memberi saranan.
Twitter
Ciapan itu telah menyedarkan ramai warganet yang hanya mengetahuinya hari ini, bahkan ada yang meminta maaf untuknya!
Twitter
Jadi inilah sebabnya, sekarang semua orang sudah tahu dan faham.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak mungkin mengiktiraf golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual & transgender), konsep negara sekular & ideologis komunis.
Anwar melontarkan kenyataan tersebut dalam program Naratif Khas bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada malam 7 Januari lalu. Katanya, ada pihak tertentu yang membangkitkan perkara tersebut dan cuba menyebarkan perkara tidak benar.
“Kadang orang politik ini dia kata umpama kalau Anwar jadi perdana menteri maka habis Islam dan sekular akan bertapak, LGBT disahkan, orang komunis bertapak.
“Ini igauan siang hari. Tentunya tidak berlaku dan insya-Allah di bawah kuasa pentadbiran saya perkara ini tidak mungkin berlaku,” katanya.
Anwar berkata sedemikian ketika ditanya mengenai dakwaan yang menyifatkannya sebagai pemimpin yang menjalankan pemerintahan berbentuk diktator.
Dalam pada itu, Anwar berkata perjanjian persefahaman kerja sama antara Pakatan Harapan (PH) dengan gabungan parti yang menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan diadakan bukan kerana pentadbirannya tidak kukuh tetapi kerana majoriti yang diperoleh ketika itu terlalu kecil.
Untuk membuktikan sokongan, Anwar sendiri telah membawa Usul Undi Percaya pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang lalu sementelah selepas pihak pembangkang mempersoalkan keabsahannya.
Hasil usulan Undi Percaya yang dibawa oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada hari pertama persidangan tersebut, Anwar mendapat dokongan kuat dengan lebih suara bersetuju.
Selain daripada itu, Anwar berkata tindakan saman yang diambilnya terhadap beberapa individu adalah perlu sekiranya dirasakan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya agak melampau. Katanya lagi, jika kewibawaan dan kredibilitinya sebagai pemimpin tercabar, pemfitnah harus diajar bahawa kebebasan ini bukan kebebasan untuk fitnah.
“Apatah lagi kalau kita pakai payung agama, kemudian kita fitnah, kita buat qazaf, saya minta tok guru mereka, ustaz mereka ajar mereka dahulu sebelum ajar orang-orang lain,” katanya.
Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022, Anwar telah menyaman beberapa individu termasuk Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Myhyiddin Yassin kerana mendakwa pemimpin itu memfitnah dan membuat tuduhan palsu terhadapnya.
Berita baik buat rakyat Malaysia yang mempunyai saman trafik tertunggak dan masih belum membayarnya.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menawarkan pengurangan kadar saman trafik sehingga 50 peratus bermula 10 hingga 12 Januari ini di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee Kuala Lumpur.
Menerusi kenyataan di laman Facebook, JSPT KL berkata, tawaran tersebut diberikan pada tarikh yang ditetapkan sahaja, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Selain itu, individu yang ingin mendapatkan tawaran diskaun tidak boleh membuat pembayaran melalui laman web MYEG dan harus hadir secara fizikal ke balai trafik berkenaan.
“Bayaran atas talian hanya melalui aplikasi mybayarsaman dan OKS (orang kena saman) perlu hadir bagi mendapatkan barcode diskaun mybayarsaman.
“Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan tunai atau kad debit atau kad kredit. Tetapi admin menggalakkan pembayaran secara tunai untuk mengelakkan masalah semasa pembayaran,” katanya.
Tawaran diskaun itu tidak dihadkan untuk saman di Kuala Lumpur sahaja, tetapi sah untuk semua saman dari seluruh Malaysia.
Selain itu, tawaran diskaun ini layak untuk saman yang dikeluarkan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja dan tidak melibatkan saman agensi-agensi lain.
Bagaimanapun, diskaun tersebut tidak diberikan kepada 9 jenis kesalahan iaitu kesalahan tidak boleh kompaun, kesalahan status perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos, kesalahan memotong secara bahaya (potong Q), kemalangan, kesalahan memotong di garisan berkembar, kesalahan lorong kecemasan dan kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah.
“Orang awam yang ingin melakukan pembayaran perlu membuat semakan saman terlebih dahulu kemudian pindaan saman dan seterusnya pembayaran saman,” jelas JSPT KL.
Khabar angin kononnya Kerajaan Perpaduan sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan atau mengurangkan pencen pesara termasuk bekas anggota Kabinet adalah tidak munasabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana perkara itu membabitkan isu peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Berita Harian melaporkan Perdana Menteri menjelaskan cadangan pemansuhan atau pengurangan pencen anggota Kabinet perlu diteliti dan dirujuk semua pihak.
“Pencen bekas anggota Kabinet… pencen ini seperti yang diketahui adalah peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.
“Ada khabar angin mengatakan Kerajaan Perpaduan akan mempertimbangkan untuk memansuhkan pencen (pesara) atau mengurangkannya, itu tidak munasabah kerana isu ini adalah perkara di bawah Perlembagaan dan perlu diteliti serta dirujuk semua pihak,” katanya.
Bagaimanapun, katanya langkah lain boleh diambil pada ketika ini termasuk membatalkan kemudahan biasa dan peruntukan kereta untuk anggota Kabinet kerana ia melibatkan pentadbiran dan bukannya peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara ini dibangkitkan selepas bekas Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkongsi kerajaan boleh menjimatkan antara RM100 juta hingga RM150 juta dalam perbelanjaan negara setiap tahun sekiranya pencen bekas anggota Kabinet dimansuhkan.
4 Januari – PM tepis khabar angin, Kerajaan Perpaduan pertimbang hapus atau kurangkan pencen pesara termasuk bekas anggota kabinethttps://t.co/U8zNu5VQeY
Beliau berkata, berdasarkan sistem semasa negara dan bilangan bekas anggota Kabinet yang layak menerima pencen, kos yang ditanggung untuk Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen ialah RM100 juta hingga RM150 juta setahun.
Tambah Noor Amin, pihak terbabit tidak sepatutnya diberi pencen kerana ia dibayar berdasarkan sistem eksekutif, bukannya legislatif, dan cukup sekadar mengambil gratuiti yang lumayan.
Gerun apabila membayangkan daya gigitan buaya itu sangat kuat. Sekali menggigit mangsanya dengan kuat, dia tidak akan melepaskannya dengan mudah. Menjadi mimpi ngeri buat haiwan mangsa yang hidup di alam liar.
Buaya itu mampu menakutkan sesiapa sahaja tidak kira haiwan spesies lain apatah lagi manusia. Tetapi, dalam satu video yang menjadi tular di China, seekor kucing tidak takut dengan buaya rupanya.
Weibo
Rakaman video itu memaparkan seekor anak kucing dengan berani tidak mengendahkan taring tajam dan mulut besar buaya, tanpa ada rasa takut terus meragut makanan dari mulut buaya itu dengan sifat ingin tahunya.
Kemudian si comel segera berpaling dan pergi dengan megah dan selamba. Mereka yang memerhatikan aksi itu terus menjerit, “Berderau darah saya!”
Weibo
Seorang netizen dari China berkongsi video berdurasi 8 saat yang menunjukkan anak kucing itu perlahan-lahan menghampiri seekor buaya yang sedang berehat di atas tanah, mata kucing itu tertumpu kepada makanan di dalam mulut buaya, melihat buaya itu tidak bertindak balas ketika dia begitu dekat untuk mengacah dan mencapai makanan.
Weibo
Dengan berani si comel memasukkan kaki ke dalam mulut buaya yang separuh terbuka, mengheret keluar cebisan daging yang belum ditelan, dan dengan gembira mengambil makanan itu lantas pergi secara selamba.
Anak kucing yang tidak takut dan mungkin tidak terfikir yang dia boleh menjadi “makanan ringan” sang buaya, asalkan dapat memuaskan rasa ingin tahunya dan tidak lagi berlapar.
Weibo
Selepas video itu tular, ramai yang meninggalkan komen apabila mereka terkejut melihat anak kucing berani sungguh merampas makanan buaya yang dilihat bergerak-gerak dan sedar dengan kehadiran si bulus:
“Saya berpeluh sejuk..”
“Kucing yang berani..”
“Beraninya dia merampas makanan buaya…”
“Ini bukan permainan tarik gigi buaya..”
“Daging itu penuh dengan air liur buaya.”
Weibo
Kagum melihat tiada haiwan seberani kucing yang berjaya mengacah mulut buaya dengan kakinya, dan dapat merampas makanan pula dengan sifat tak tahu malunya.
Pada 5 Januari, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengadakan lawatan mengejut ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dan meninjau keadaan operasi di sana.
Jika anda ingin memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, selepas ini anda mungkin TIDAK perlu lagi menghabiskan masa berjam-jam untuk menunggu dan berbaris bagi tujuan itu.
Dalam hantaran Facebook Anthony Loke, beliau mendedahkan pusat JPJ dan cawangan di seluruh negara telah menambah beberapa kiosk yang membolehkan pengunjung memperbaharui dokumen mereka. Kiosk kini dipasang untuk mengurangkan kesesakan orang ramai di kaunter.
Anthony Loke mengumumkan waktu operasi untuk kiosk akan dilanjutkan selepas waktu pejabat. Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang dan boleh berurusan dengan JPJ untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen mereka yang tamat tempoh dengan menggunakan kiosk yang disediakan.
Anthony Loke membuat pengumuman mengenai penambahbaikan selanjutnya. Beliau berkata pendigitalan JPJ bukan sahaja berakhir dengan pemasangan lebih banyak kiosk tetapi rakyat Malaysia boleh mengharapkan perkhidmatan dalam talian tidak lama lagi.
“Bayangkan memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan melalui aplikasi pada telefon pintar anda. Cepat dan mudah bukan? Ya, JPJ sedang mengusahakannya,” Anthony memberi jaminan kepada rakyat.
Pemasangan kiosk dan perkhidmatan dalam talian yang akan tersedia tidak lama lagi akan mengurangkan barisan para pengguna untuk urusan di kaunter.
Ia juga akan menjimatkan lebih banyak masa kerana proses penting bertambah mudah dan boleh segera dilakukan dengan hanya beberapa klik pada skrin anda menggunakan peranti.
Pengumumannya bukan sahaja memberi kejutan, malahan ramai warganet yang memuji Menteri Pengangkutan ini atas usaha dan kerja keras serta perubahan demi perubahan yang beliau janjikan pasti akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Sepasang suami isteri merupakan suspek utama dalam kes letupan bom yang diletak dalam bungkusan, didakwa merancang pembunuhan menggunakan alat letupan kawalan jauh selepas suami mengetahui mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya.
Pada malam 29 Disember 2022, seorang tukang masak maut di hadapan sebuah restoran di Kuala Lumpur selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas keretanya meletup.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 malam di hadapan restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya.
Gambar NST
Mangsa berusia 28 tahun yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan tangan disahkan meninggal dunia sejam kemudian kira-kira jam 9.50 malam, ketika menerima rawatan di Hospital Ampang. Polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Kemudian pada malam 3 Januari 2023 sepasang suami isteri telah ditahan di sebuah rumah di Serdang, Kedah. Kedua-duanya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan.
Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah melakukan serbuan di sebuah rumah di Serdang, Kedah, dan menahan pasangan suami isteri terbabit pada kira-kira jam 7.20 malam, menurut Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi.
Gambar Bernama
“Polis percaya penahanan kedua-duanya akan membantu dalam siasatan berterusan terhadap kes ini,” Malay Mail memetik kenyataan Sasikala pada 4 Januari.
Suspek suami isteri yang masing-masing berusia 33 dan 30 tahun telah direman selama tujuh hari sehingga 10 Januari.
Berita Harian melaporkan siasatan awal polis menjurus ke arah cemburu sebagai motif pembunuhan tukang masak itu, yang dilakukan menggunakan bom buatan sendiri.
Siasatan menunjukkan si suami mengesyaki mangsa berusia 28 tahun mempunyai hubungan dengan isterinya. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diberikan.
Gambar NST
Sementara itu, New Straits Times melaporkan polis menemui beberapa objek, seperti peranti power bank, pemotong kertas, dan beberapa bateri bersama dengan kesan bahan letupan, di tempat kejadian.
Berdasarkan serbuan di Kedah, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menemui kandungan yang sama yang ditemui di lokasi kejadian untuk menghasilkan bahan letupan, lapor Berita Harian yang memetik kenyataan Pemangku Ketua Polis Selangor.
Polis dilaporkan percaya pengetahuan untuk membina bom itu diperoleh daripada media sosial Facebook.
New Straits Times melaporkan pada 6 Januari dengan sumber memetik pada ketika hari kejadian, pasangan suami isteri itu dilihat berada berhampiran restoran tempat mangsa bekerja.
Gambar Buletin TV3
“Alat kawalan jauh ditekan sebaik melihat mangsa memegang bungkusan yang diletakkan di atas bonet keretanya. Perbuatan mereka dirakam pada kamera litar tertutup (CCTV),” kata sumber itu sambil menambah pasangan disyaki membuang pakaian dan alat kawalan jauh untuk mengelakkan syak wasangka dan melarikan diri ke Kedah.
Suami terbabit dilaporkan membuat bahan letupan itu bersama isterinya. Mereka membuat peranti itu di rumah mereka di Serdang, Kedah, menurut sumber.
Cemburu didakwa menjadi motif di sebalik kes pembunuhan, namun polis memberi amaran kepada orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.
Tidak pernah terfikir pula niat baik seseorang mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang lain kerana dia telah mempermudahkan urusan harian kita boleh pula menjadi beban. Tambahan pula ucapan terima kasih itu telah menjadi kelaziman sebagai tanda penghargaan kepada seseorang dan spontan sahaja boleh terkeluar daripada mulut kita.
Alkisah berlaku di Taiwan, ketika seorang pengguna Facebook sedang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti, dia secara tidak sengaja menemui “Nota Pengumuman” bernada pelik yang ditampal oleh pemandu bas tersebut.
Gambar how543.com
Isinya bukan untuk meminta dan mengingatkan semua penumpang supaya menekan loceng atau menyentuh kad, tetapi untuk mengingatkan penumpang supaya tidak terlalu sopan!
Gambar dan hantaran di kumpulan Facebook “On the Road Observation Academy”, menunjukkan notis dengan tulisan hitam putih di dalam bas yang jelas berkata: “Tolong jangan ucapkan ‘terima kasih’ apabila turun dari bas”, dan perkataan “jangan ucap” ditulis dengan tebal dan menonjol, seolah-olah merasakan nada pemandu yang sudah letih dan bosan mendengar ucapan ‘terima kasih’.
Gambar how543.com
Sambil tersenyum warganet ini dalam hantarannya berkata, “Buat pertama kali saya melihat pemandu meminta tolong kepada penumpang seperti ini”, dan hatinya berasa unik dan pelik pada masa sama.
Selepas hantaran itu menjadi tular, ramai warganet yang membincangkannya kerana yang selalu sudah biasa dengan sikap sopan berasa agak janggal kerana tidak dapat mengucapkan terima kasih dengan memberi komen:
Gambar how543.com
“Saya tidak biasa..”
“Hello! Saya masih ingin mengucapkan terima kasih kerana saya sangat menghargai tugas pemandu..”
“Pemandu ini hati kering.”
“Saya tidak mengucapkan terima kasih, saya rasa bersalah.”
“Terima kasih yang menjadi kerja keras..”
“Nampaknya saya perlu mengatakan kepadanya saya cinta kamu pada masa hadapan!”
“Kalau begitu… bolehkah saya mengucapkan selamat tinggal kepada pemandu itu?”
Sebagai tambahan menjawab kekeliruan kebanyakan penumpang bas ini, beberapa warganet meninggalkan komen yang mereka telah bertanya kepada pemandu mengapa dan jawapannya: “Saya mengambil dan menurunkan beribu-ribu penumpang setiap hari. Agak memenatkan untuk bersikap sopan lebih daripada seribu kali.”
Gambar how543.com
Beberapa warganet itu juga mendedahkan beberapa penumpang pernah mengadu kepada pemandu kerana mereka tidak mendapat jawapan daripadanya dan katanya, “Jangan, tidak perlulah menjadi terlalu sopan semua!”
Walaupun seorang Muslim tidak boleh memegang haiwan anjing secara sengaja, tetapi ia dibenarkan ketika dalam keadaan darurat apabila haiwan itu berdepan situasi yang sedang membahayakan nyawanya.
Sepasang suami isteri baru-baru ini merakamkan detik mereka menyelamatkan seekor anjing jalanan yang sedang dalam kesakitan selepas lehernya dijerut dengan seutas tali tebal oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi video pengguna TikTok @ratu_otai, dilihat suaminya mendekati seekor anjing yang terbaring lesu dengan tali yang bersimpul menjerut leher haiwan jalanan ini.
Mata menyedihkan anjing ini meminta simpati supaya ikatan tali itu dilepaskan.
Tidak diketahui siapa yang tergamak menganiaya haiwan tidak berdosa, memperlakukan anjing ini dengan niat untuk menyeksa dan membiarkannya tercekik sehingga mati sekiranya tidak diselamatkan.
Sebelum itu, anjing itu dilihat berkeliaran di hadapan rumah pasangan ini dan kedengaran merintih seperti sedang dalam kesakitan.
“Anjing ni berkeliaran di halaman rumah, hampir setiap malam menangis meminta tolong, leher dijerut, susah sakit hendak makan,” dalam kapsyen @ratu_otai.
Pada mulanya, anjing itu bertindak agresif disebabkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi selepas suami @ratu_otai berselawat dan berzikir, dia berjaya ditenangkan dan seterusnya dapat melepaskan tali jerutan itu dengan menggunakan gunting.
Kata pasangan ini, bukan selalu dapat menyelamatkan anjing terbiar dan mengusapnya dengan rasa kasih sayang. Alang-alang kena bersamak selepas itu, tidak mengapa menyentuh anjing ini untuk menenangkannya.
Sudah pasti jasa pasangan ini akan diingati anjing itu buat seumur hidupnya, dan semoga Allah membalas kebaikan hati mereka dengan rahmat dan kurniaan rezeki yang luas.
Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo mendakwa rejim China “secara sedar menjangkiti penduduk di seluruh dunia” ketika negara itu bersedia untuk membuka semula sempadannya di tengah-tengah peningkatan rekod jangkitan COVID-19.
China sedang bergelut dengan wabak COVID-19 yang meletus tetapi masih belum memuncak. Kira-kira 248 juta orang, atau 18 peratus daripada penduduk negara, dianggarkan telah dijangkiti virus itu antara 1 hingga 20 Disember, menurut memo daripada mesyuarat dalaman pengawal selia kesihatan tertinggi negara itu yang bocor dalam talian.
Ketika virus melanda negara berpenduduk 1.4 bilion itu, rejim mengumumkan pada minggu lalu akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari, menghapuskan salah satu sekatan terakhir yang masih ada daripada dasar ketat sifar-COVID yang menjejaskan kehidupan seharian ratusan juta dan menggugat ekonomi China.
Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo (Gambar oleh Amir Levy/Getty Images)
Semasa temu bual pada 1 Januari bersama usahawan dan hos rancangan bual bicara John Catsimatidis dalam The Cats Roundtable, Mike Pompeo memberi amaran tentang kemunculan semula adegan huru-hara seperti yang berlaku di Itali pada permulaan wabak itu.
“Data menunjukkan tidak baik. Tetapi kedengarannya seperti kita mungkin mempunyai seramai sejuta—sejuta, John, sejuta—rakyat China yang dijangkiti,” sambungnya.
“Lima puluh peratus daripada populasi mereka pergi melancong, tidak ada sebab kita harus membenarkan warga China melakukan ini, sekali lagi, menghantar orang yang dijangkiti dari China ke seluruh dunia, dengan sengaja menjangkiti orang lain di seluruh dunia.”
Keprihatinan antarabangsa
Sejak bermulanya pandemik, rejim komunis telah mendapat kritikan yang meningkat kerana menutup maklumat berkaitan COVID-19. Di tengah-tengah letusan wabak semasa, kekurangan data yang telus telah menimbulkan kebimbangan antarabangsa, terutamanya mengenai kemungkinan varian baharu yang lebih kuat muncul dari China.
Itali, negara Eropah pertama yang dilanda COVID-19 dengan teruk selepas virus itu muncul di China pada akhir 2019, telah bergerak pantas untuk mewajibkan ujian COVID-19 untuk semua pelancong yang datang dari China, termasuk mereka yang melalui Itali ke destinasi lain. “Langkah itu penting untuk memastikan pengawasan dan pengesanan kemungkinan varian virus untuk melindungi penduduk Itali,” kata Menteri Kesihatan Itali Orazio Schillaci kepada parlimen pada 28 Disember.
Lapangan terbang utama di Milan sudah mula menapis ketibaan dari Beijing dan Shanghai pada 26 Disember. Pada penerbangan pertama dari China yang akan diuji selanjutnya, 35 daripada 62 penumpang diuji positif COVID-19, kata seorang pegawai kesihatan Itali.
Pengembara dari China memasuki pusat ujian COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Paris-Charles-de-Gaulle di Roissy, Perancis pada 1 Januari 2023. (Gambar oleh Julien De Rosa/AFP/Getty Images)
Amerika Syarikat pada minggu lalu mengumumkan akan mewajibkan penumpang mengemukakan keputusan negatif COVID-19 atau bukti pulih sepenuhnya sebelum menaiki penerbangan ke Amerika Syarikat dari China.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat berkata langkah itu bertujuan untuk memperlahankan penyebaran COVID-19 di Amerika Syarikat di tengah letusan wabak besar-besaran di China, memandangkan apa yang dipanggil “kekurangan data jujukan epidemiologi dan virus yang mencukupi dan telus dilaporkan” dari China. Agensi itu sedang mempertimbangkan langkah-langkah seperti pensampelan air sisa dari penerbangan antarabangsa untuk mengesan varian baharu yang berpotensi.
Dalam temu bual pada Ahad, 1 Januari, Pompeo mengecam pemimpin Parti Komunis China Xi Jinping, dengan memberi amaran virus yang dilepaskan oleh pembukaan semula rejim secara tiba-tiba boleh menjangkiti “berjuta-juta lagi.”
“Xi terlepas dengan ini sekali lagi. Saya kesal kerana dia tidak bertanggungjawab,” kata bekas ahli dewan itu. “Dia tidak dipertanggungjawabkan. Tetapi kita masih perlu berbuat demikian untuk 6 juta orang yang meninggal dunia antara musim bunga 2020 dan hari ini, tetapi dia yang melakukannya sekali lagi.”
“Sama seperti pada musim bunga 2020 dia menghantar orang ke seluruh dunia yang dia tahu telah dijangkiti. Dia melakukan perkara yang sama sekali lagi. Dia akan menjangkiti berjuta-juta orang lagi, kita tidak sepatutnya membiarkan itu berlaku.”
Keraguan terhadap data rasmi
Pemandangan hospital yang menyedihkan, ramai dengan suntikan intravena di tepi jalan, dan barisan van jenazah di luar rumah pembakaran mayat telah mencetuskan ketidakpercayaan yang meluas terhadap maklumat rasmi COVID-19 rejim.
Data serantau dari wilayah dan bandar China baru-baru ini menganggarkan kadar jangkitan mungkin melebihi 50 peratus di beberapa kawasan, menggambarkan gambaran yang lebih menggerunkan daripada apa yang didedahkan oleh pihak berkuasa pusat negara itu. Kadar jangkitan di wilayah barat daya Sichuan, yang mempunyai populasi lebih 84 juta, melebihi 63 peratus, menurut kenyataan 26 Disember oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Sichuan.
Di sebalik lonjakan jangkitan yang semakin meningkat, China hanya mengiktiraf satu kematian baharu COVID-19 pada 2 Januari, menurut Reuters, menjadikan jumlah kematian kepada 12 orang sejak rejim PKC tiba-tiba berbalik arah pada 7 Disember.
Pesakit Covid-19 menunggu di ruang legar Hospital Tangshan Gongren di China pada 30 Disember 2022. (Gambar oleh Noel CELIS /AFP/Getty Images)
Pegawai kesihatan China baru-baru ini menjelaskan mereka mentakrifkan kematian COVID-19 sebagai individu yang meninggal dunia akibat radang paru-paru atau kegagalan pernafasan yang disebabkan oleh COVID-19. Itu tidak termasuk kematian daripada punca berkaitan COVID yang lain, serta kematian individu yang mempunyai penyakit asas.
Michael Ryan, ketua kecemasan kesihatan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkata kriteria sempit itu akan “sangat memandang rendah jumlah kematian sebenar,” laporNew York Times pada 23 Disember.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 30 Disember sekali lagi menggesa pegawai kesihatan China untuk sentiasa berkongsi maklumat khusus dan masa sebenar tentang situasi COVID-19 di negara itu, sambil berterusan menilai lonjakan jangkitan terkini.
Risiko Tahun Baru Cina
Jangkaan untuk perjalanan percutian telah meningkat apabila China mengalih sekatan perjalanan dan keperluan keras lain buat pertama kali dalam hampir tiga tahun.
Sempena Tahun Baru Cina yang bermula pada 22 Januari tahun ini, menjangkakan rangkaian kereta api negara itu membawa 5.5 juta penumpang, kata penyiar negara CCTV.
Pihak berkuasa di Istana Potala yang menakjubkan di Tibet berkata ia akan dibuka untuk pelawat pada 3 Januari, selepas ditutup pada Ogos lalu akibat wabak COVID-19. Beberapa hotel di resort pelancongan selatan Sanya telah ditempah sepenuhnya untuk Tahun Baru Cina, lapor media tempatan.
Pengembara dari China menunggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 30 Disember 2022. (Gambar oleh Anthony Kwan/Getty Images)
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, media kerajaan telah berusaha untuk meyakinkan orang ramai bahawa wabak COVID-19 terkawal dan menghampiri kemuncaknya.
Bagaimanapun, penyelidik luar meramalkan senario yang membimbangkan untuk perayaan Tahun Baru Cina pertama selepas pembukaan semula China. Menjelang 23 Januari, hari kedua Tahun Baru Cina, negara mungkin menyaksikan seramai 25,000 orang mati akibat COVID-19 setiap hari, menurut anggaran terkini oleh Airfinity, firma analisis kesihatan yang berpangkalan di London. Jangkitan dijangka mencapai kemuncak pertama pada 13 Januari, dengan 3.7 juta kes sehari.
Pada masa ini, virus itu menjangkiti 1.8 juta orang di China setiap hari, dengan kes kumulatif berjumlah 20.4 juta sejak 1 Disember, kata Airfinity dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 29 Disember dan dikemas kini dengan nombor yang lebih menggerunkan pada 30 Disember. Itu menunjukkan bahawa China berkemungkinan besar melihat 11,000 kematian berkaitan virus sehari, lebih daripada dua kali ganda anggarannya dari seminggu lalu, kata Airfinity.