Tidak pernah terfikir pula niat baik seseorang mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang lain kerana dia telah mempermudahkan urusan harian kita boleh pula menjadi beban. Tambahan pula ucapan terima kasih itu telah menjadi kelaziman sebagai tanda penghargaan kepada seseorang dan spontan sahaja boleh terkeluar daripada mulut kita.
Alkisah berlaku di Taiwan, ketika seorang pengguna Facebook sedang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti, dia secara tidak sengaja menemui “Nota Pengumuman” bernada pelik yang ditampal oleh pemandu bas tersebut.
Isinya bukan untuk meminta dan mengingatkan semua penumpang supaya menekan loceng atau menyentuh kad, tetapi untuk mengingatkan penumpang supaya tidak terlalu sopan!
Gambar dan hantaran di kumpulan Facebook “On the Road Observation Academy”, menunjukkan notis dengan tulisan hitam putih di dalam bas yang jelas berkata: “Tolong jangan ucapkan ‘terima kasih’ apabila turun dari bas”, dan perkataan “jangan ucap” ditulis dengan tebal dan menonjol, seolah-olah merasakan nada pemandu yang sudah letih dan bosan mendengar ucapan ‘terima kasih’.
Sambil tersenyum warganet ini dalam hantarannya berkata, “Buat pertama kali saya melihat pemandu meminta tolong kepada penumpang seperti ini”, dan hatinya berasa unik dan pelik pada masa sama.
Selepas hantaran itu menjadi tular, ramai warganet yang membincangkannya kerana yang selalu sudah biasa dengan sikap sopan berasa agak janggal kerana tidak dapat mengucapkan terima kasih dengan memberi komen:
“Saya tidak biasa..”
“Hello! Saya masih ingin mengucapkan terima kasih kerana saya sangat menghargai tugas pemandu..”
“Pemandu ini hati kering.”
“Saya tidak mengucapkan terima kasih, saya rasa bersalah.”
“Terima kasih yang menjadi kerja keras..”
“Nampaknya saya perlu mengatakan kepadanya saya cinta kamu pada masa hadapan!”
“Kalau begitu… bolehkah saya mengucapkan selamat tinggal kepada pemandu itu?”
Sebagai tambahan menjawab kekeliruan kebanyakan penumpang bas ini, beberapa warganet meninggalkan komen yang mereka telah bertanya kepada pemandu mengapa dan jawapannya: “Saya mengambil dan menurunkan beribu-ribu penumpang setiap hari. Agak memenatkan untuk bersikap sopan lebih daripada seribu kali.”
Beberapa warganet itu juga mendedahkan beberapa penumpang pernah mengadu kepada pemandu kerana mereka tidak mendapat jawapan daripadanya dan katanya, “Jangan, tidak perlulah menjadi terlalu sopan semua!”
Pilihan Editor: