27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaGaya HidupPasangan Muslim berhati mulia bantu anjing merintih di luar rumah mereka meminta...

Pasangan Muslim berhati mulia bantu anjing merintih di luar rumah mereka meminta tolong lepaskan jerutan tali di lehernya

Walaupun seorang Muslim tidak boleh memegang haiwan anjing secara sengaja, tetapi ia dibenarkan ketika dalam keadaan darurat apabila haiwan itu berdepan situasi yang sedang membahayakan nyawanya.

Sepasang suami isteri baru-baru ini merakamkan detik mereka menyelamatkan seekor anjing jalanan yang sedang dalam kesakitan selepas lehernya dijerut dengan seutas tali tebal oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. 

Facebook

Menerusi video pengguna TikTok @ratu_otai, dilihat suaminya mendekati seekor anjing yang terbaring lesu dengan tali yang bersimpul menjerut leher haiwan jalanan ini.

Mata menyedihkan anjing ini meminta simpati supaya ikatan tali itu dilepaskan.

Facebook

Tidak diketahui siapa yang tergamak menganiaya haiwan tidak berdosa, memperlakukan anjing ini dengan niat untuk menyeksa dan membiarkannya tercekik sehingga mati sekiranya tidak diselamatkan.

Sebelum itu, anjing itu dilihat berkeliaran di hadapan rumah pasangan ini dan kedengaran merintih seperti sedang dalam kesakitan.

Facebook

“Anjing ni berkeliaran di halaman rumah, hampir setiap malam menangis meminta tolong, leher dijerut, susah sakit hendak makan,” dalam kapsyen @ratu_otai.

Pada mulanya, anjing itu bertindak agresif disebabkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi selepas suami @ratu_otai berselawat dan berzikir, dia berjaya ditenangkan dan seterusnya dapat melepaskan tali jerutan itu dengan menggunakan gunting.

Facebook

Anjing itu kemudian diusap manja dan diberikan makanan oleh pasangan ini. Dengan rasa kesyukuran, akhirnya si comel dapat diselamatkan.

Facebook

Kata pasangan ini, bukan selalu dapat menyelamatkan anjing terbiar dan mengusapnya dengan rasa kasih sayang. Alang-alang kena bersamak selepas itu, tidak mengapa menyentuh anjing ini untuk menenangkannya.

Facebook

Sudah pasti jasa pasangan ini akan diingati anjing itu buat seumur hidupnya, dan semoga Allah membalas kebaikan hati mereka dengan rahmat dan kurniaan rezeki yang luas.

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI