Gerun apabila membayangkan daya gigitan buaya itu sangat kuat. Sekali menggigit mangsanya dengan kuat, dia tidak akan melepaskannya dengan mudah. Menjadi mimpi ngeri buat haiwan mangsa yang hidup di alam liar.
Buaya itu mampu menakutkan sesiapa sahaja tidak kira haiwan spesies lain apatah lagi manusia. Tetapi, dalam satu video yang menjadi tular di China, seekor kucing tidak takut dengan buaya rupanya.
Rakaman video itu memaparkan seekor anak kucing dengan berani tidak mengendahkan taring tajam dan mulut besar buaya, tanpa ada rasa takut terus meragut makanan dari mulut buaya itu dengan sifat ingin tahunya.
Kemudian si comel segera berpaling dan pergi dengan megah dan selamba. Mereka yang memerhatikan aksi itu terus menjerit, “Berderau darah saya!”
Seorang netizen dari China berkongsi video berdurasi 8 saat yang menunjukkan anak kucing itu perlahan-lahan menghampiri seekor buaya yang sedang berehat di atas tanah, mata kucing itu tertumpu kepada makanan di dalam mulut buaya, melihat buaya itu tidak bertindak balas ketika dia begitu dekat untuk mengacah dan mencapai makanan.
Dengan berani si comel memasukkan kaki ke dalam mulut buaya yang separuh terbuka, mengheret keluar cebisan daging yang belum ditelan, dan dengan gembira mengambil makanan itu lantas pergi secara selamba.
Anak kucing yang tidak takut dan mungkin tidak terfikir yang dia boleh menjadi “makanan ringan” sang buaya, asalkan dapat memuaskan rasa ingin tahunya dan tidak lagi berlapar.
Selepas video itu tular, ramai yang meninggalkan komen apabila mereka terkejut melihat anak kucing berani sungguh merampas makanan buaya yang dilihat bergerak-gerak dan sedar dengan kehadiran si bulus:
“Saya berpeluh sejuk..”
“Kucing yang berani..”
“Beraninya dia merampas makanan buaya…”
“Ini bukan permainan tarik gigi buaya..”
“Daging itu penuh dengan air liur buaya.”
Kagum melihat tiada haiwan seberani kucing yang berjaya mengacah mulut buaya dengan kakinya, dan dapat merampas makanan pula dengan sifat tak tahu malunya.
Pilihan Editor: