28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 7, 2025
Utama Blog Laman 229

Pemilik gegas pulang untuk mengunci pintu kecil, kejutan melihat ‘golden retriever’ menjenguk jendela sambil memeluk sahabat si putih comel

0

Seorang pemilik memelihara seekor anak kucing comel berwarna putih susu di rumah. Kebiasaan kucing kecil ini sangat patuh dan enggan berenggang dengan selalu mengekori tuannya ke mana sahaja.

Selalu juga, apabila tuannya sedang memasak dan membasuh pakaian, dia akan selalu mengintai bagaimana keadaannya.

Sehinggakan memang boleh membuatkan pemilik keliru memberi reaksi sama ada mahu ketawa atau menangis kerana si putih comel sering mengekori.

Tetapi baru-baru ini, kelakuan kucing putih ini tiba-tiba berubah. Tidak lagi seperti dahulu, dan lebih suka berlari ke luar berbanding berada di dalam rumah.

Mulalah pemiliknya berasa sedikit pelik. Adakah dunia luar itu kini lebih menarik? Atau adakah terdapat sesuatu perkara yang lebih menarik perhatian melebihi kesayangan kepada tuannya sendiri?

Sehinggalah pada hari itu, ketika pemilik ini keluar pergi bekerja, untuk menjadi cerita tiba-tiba dia telah terlupa untuk mengunci pintu kecil buat anak kucing ini, supaya dia tidak boleh keluar.

Ketika dia tergesa-gesa keluar, tiba-tiba sahaja teringat setelah sampai ke tempat kerja yang dia telah terlupa mengunci pintu untuk si comel.

Selepas itu, pemilik ini terpaksa bergegas pulang semula ke rumah, kerana bimbangkan kucing itu keluar rumah dan merayau tidak pulang. Jadi kejutan apa yang berlaku?

Rupanya insiden bergegas pulang ke rumah kerana bimbang itu hanya untuk melihat pemandangan indah dan comel di hadapannya. 

Dilihatnya anak kucing itu dipeluk erat oleh rakan anjingnya si golden retriever.

Yang paling penting menyentuh hati, si putih kelihatan sangat gembira dan selesa, sambil mereka berdua-duaan sama-sama memerhati pemandangan indah di luar jendela.

Melihat pemandangan persahabatan berlainan spesies menghangatkan hati, pemilik mula menjadi sedikit cemburu.

Rasanya anak kucing kesayangan sudah mendapat pasangan baru, jadi adakah dia akan mengalihkan kasih sayang daripada pemiliknya?

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Terjumpa ‘objek beku mengiau’ di tepi jalan, lelaki ini bawa pulang untuk mencairkannya hanya menyedari ia ‘harta karun’ yang cantik

0

Seorang lelaki di Rusia bernama Slava sedang memandu di jalan raya bersalji ketika musim sejuk, apabila tiba-tiba terlihat kelibat benda gelap yang samar-samar mengiau berada di tepi jalan dalam salji tebal.

“Pada pandangan pertama, saya mula menyangka objek itu adalah haiwan dan mungkin memerlukan bantuan saya,” kata Slava.

CatPusic/YouTube

Betul firasatnya, apabila objek itu adalah seekor anak kucing yang diliputi ais, dan tiada orang lain yang menghampiri untuk melihat keadaannya. 

Slava memutuskan untuk menghulurkan bantuan sebaik yang mungkin.

CatPusic/YouTube

“Dia sangat sejuk, jadi saya membalutnya dengan tuala dan membawanya pulang. Di dalam kereta, selepas menghidupkan pemanas, ini telah membantu mencairkan ais daripada badannya,” Slava menceritakan detik itu.

CatPusic/YouTube

Dengan cara begitu sahaja, lelaki Rusia ini membawa kucing itu pulang, menghidupkan pemanas elektrik dan lampu, untuk menghilangkan kesejukan itu sambil menghangatkannya dengan beberapa selimut yang besar.

CatPusic/YouTube

Kucing itu diselamatkan oleh Slava, dan kemudian menamakannya Nika.

CatPusic/YouTube

Slava kemudian membawa si comel Nika ke hospital haiwan untuk pemeriksaan, di mana doktor terpaksa memotong ekornya akibat gigitan fros. 

CatPusic/YouTube

“Dia tahu kami telah menyelamatkannya, jadi dia kuatkan hati hanya duduk di situ, bersabar dengan saya, tidak bergelut atau mengeluh,” kata Slava.

CatPusic/YouTube

Akhirnya, kucing itu telah berjaya diselamatkan daripada menerima sahaja kematian dan membiarkan diri mengalami beberapa siri pertemuan malang. 

CatPusic/YouTube

Kini, Nika tinggal bersama penyelamatnya, Slava yang memilih untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan kerana dia fikir sudah nasib dan jodohnya untuk bertemu dengan kucing berbulu gebu dan bermata hijau cantik ini.

CatPusic/YouTube

Paling penting, si bulus Nika nampak sihat, lincah dan semakin cantik! Slava benar-benar telah membiarkan dirinya mengutip ‘harta karun’ berharga dan menceriakan hati hanya pada ketika dia berada di tepi jalan bersalji.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

KJ : Malaysia tak mampu laksanakan ‘lockdown’

0

Kebanyakan negara kini kembali melaksanakan perintah berkurung susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 varian Omicron.

Malaysia dalam pada itu tidak mampu menggunakan pendekatan sama dengan melaksanakan perintah berkurung dalam menangani pandemik.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan berkenaan ternyata memberi implikasi terhadap ekonomi dan akan menjejaskan kebajikan rakyat.

“Malaysia tidak mampu melaksanakan perintah berkurung daripada aspek ekonomi dan kebajikan rakyat. Strategi kita adalah mitigasi”.

“Kita perlu menguruskan kes positif dengan berkesan, tingkatkan vaksinasi, patuhi SOP, #TRIIS supaya kadar kematian, penggunaan ICU dan kemasukan ke hospital berkurangan”.

Tambahnya lagi, tindak balas menggunakan kaedah yang berkesan perlu dilakukan namun ia tidaklah keterlaluan.

“Kita buka sempadan kerana ia diperlukan oleh rakyat kita yang belajar, berniaga di luar negara, dan juga untuk mereka yang datang berniaga di sini”.

“Sampai bila kita hendak tutup sempadan? Kita sudah buka, seboleh mungkin kita bergerak ke hadapan”.

“Kita tidak toleh ke belakang, sebab itu saya cakap don’t mention the ‘L’ (lockdown) word. Lockdown itu kita toleh ke belakang”.

Ujar beliau, dirinya dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham sememangnya mengelakkan perintah berkurung daripada dilaksanakan semula.

“Sudah tentu kalau kita laksanakan lockdown, kita boleh dapat kes sifar, kita menang. Tapi apa guna?”

“Penduduk terkesan dengan masalah kesihatan mental dan negara berdepan pula dengan ketidakstabilan ekonomi”, ujarnya lagi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

KTMB gantung tugas kakitangan gara-gara tren tidak berhenti

0

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bertindak menggantung tugas kakitangan yang terlibat dalam insiden tren tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, Kuala Krai pada pagi 9 Januari.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, KTMB memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sementara tindakan disiplin akan diambil sekiranya berlaku kecuaian oleh kakitangan terbabit dalam insiden berkenaan.

“KTMB mengesahkan tren Shuttle Timuran No 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat pada pukul 4:05 pagi tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada jam 7:08 pagi”.

“KTMB memandang serius dan kesal dengan kejadian tersebut terutama melibatkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang baru memulakan sesi persekolahan pada Ahad”.

Tambah kenyataan itu, tindakan penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan dan KTMB menjamin insiden yang sama tidak akan berulang.

KTM turut memaklumkan bahawa kakitangan yang terlibat juga telah digantung tugas.

Terdahulu, sekitar 100 orang pelajar di Kampung Kuala Gris, Kuala Krai tidak berpeluang untuk mengikuti hari pertama persekolahan.

Ia disebabkan oleh tren yang menjadi pengangkutan mereka untuk ke sekolah pada hari itu tidak berhenti di stesen terbabit.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tidak kisah jawab pertanyaan sama walau hati tersangat pedih, ibu derita demensia berkati kesabaran anak lelakinya sebagai penjaga

0

Apabila ibu tersayang disahkan menghidap penyakit demensia, ia pasti merupakan satu cabaran dan dugaan yang besar buat anak-anak. 

Demensia adalah satu penyakit gangguan pada otak yang menyebabkan kesukaran mengingat, berfikir dengan jelas, membuat keputusan atau mengendalikan emosi.

Tidak semua anak boleh menjaga seorang ibu atau bapa yang mempunyai masalah demensia untuk satu tempoh yang lama. Tahap kesabaran dan pemahaman yang tinggi mengenai penyakit ini amat diperlukan.

Facebook

Tom dari Cleveland, Ohio tinggal bersama ibunya yang berusia 92 tahun dan menderita demensia. Dia tidur di ruang tamu rumah ibunya sejak 4 tahun lalu.

Ibunya sering bertanya kepadanya setiap hari seperti dia seorang yang asing dan tidak pernah dikenali. 

Facebook

Tidak kisah, janji ibunya sentiasa bercakap, ada aktiviti dan dia boleh melayannya.

Setiap pagi ketika sarapan, dengan soalan yang sama Tom akan menjawab dia anak lelakinya dan ibunya mempunyai keluarga besar dengan 6 orang anak, dan Tom akan menamakan kesemua adik-beradiknya.

Facebook

Ibunya kadang kala akan membuat riak muka kagum dan kemudian menjadi keliru lalu bertanyakan soalan yang sama setiap hari.

Seperti mengenai anak-anaknya, usianya, di mana suaminya dan pekerjaan Tom untuk menyara keluarga.

Facebook

Tom tinggal bersama ibu tersayang di rumah itu, tetapi adik-beradiknya yang lain turut mengambil giliran menjaga ibu mereka.

Ketika Tom bekerja sebagai pemandu penumpang di lapangan terbang, adik-beradiknya akan mengambil tempatnya dan melayan ibu mereka dengan cara yang sama.

Facebook

Mereka akan memastikan ibu mereka tidak kesunyian dan terus berkomunikasi walaupun dia akan mula keliru spontan bertanyakan soalan yang sama beberapa saat atau beberapa minit kemudian.

Facebook

“Walaupun ibu sering keliru, saya tahu kamu siapa. Kamu ibu saya, dan saya akan sentiasa berada di sini di sisi kamu,” kata Tom kepada ibunya.

“Terima kerana meluang masa berharga kamu untuk menjaga ibu kamu, Tuhan berkati kamu dengan banyak hadiah, kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindunganNya,” doa ibunya.

Facebook

Tom turut tidak dapat menahan sebak apabila menyedari lebih 2 juta warganet dari seluruh dunia telah melihat gambar dan video mereka, sambil ramai meninggalkan komen mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ibunya.

Facebook

Satu tugas yang berat, tetapi sokongan berjuta orang telah membuat Tom serta mereka yang mengalami pengalaman yang sama sepertinya menjadi lebih kuat dan bersemangat untuk melakukannya dengan penuh keikhlasan.

Facebook

Bila lagi kita berpeluang menjaga ibu sendiri dengan penuh kasih sayang, hargai setiap detik yang ada. Perkara itu sahaja yang paling penting.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Runtuhan tebing air terjun di Brazil korbankan sekurang-kurangnya enam nyawa manakala 20 masih hilang

0

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 20 yang lain hilang apabila berlakunya runtuhan tebing yang menimpa beberapa buah bot di sebuah tasik pelancongan di Brazil, pada 9 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan, Leftenan Jabatan Bomba Minas Gerais, Pedro Aihara berkata, 20 lagi individu masih hilang dalam kejadian itu manakala 24 mangsa berjaya diselamatkan.

Edgard Estevo da Silva, seorang lagi jurucakap bomba, berkata bahawa anggaran jumlah individu yang hilang ialah seramai 20 orang manakala mereka yang cedera ialah seramai 32 orang.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada tengah hari waktu tempatan, Sabtu lalu di mana serpihan batu besar terpecah dari gaung dan jatuh menjunam di atas tiga buah bot yang sedang dalam perjalanan ke Tasik Furnas, kawasan pelancongan di wilayah Capitolio.

Sebuah video yang mula tersebar di media sosial, yang telah disahkan oleh pihak berkuasa Brazil, menunjukkan sekumpulan bot kecil bergerak perlahan berhampiran tebing batu di Tasik Furnas, apabila berlaku keretakan pada sebuah batu besar, sebelum ia jatuh menimpa sekurang-kurangnya dua buah bot.

Satu lagi video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa minit sebelum kejadian runtuhan berlaku di mana beberapa orang memberi amaran bahawa “banyak batu yang jatuh” dan menjerit kepada penumpang bot lain supaya menjauhi tebing tersebut.

Presiden Jair Bolsonaro melaporkan bahawa sebaik sahaja kejadian itu berlaku, Tentera Laut Brazil telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa dan membawa keluar mereka yang tercedera.

Kerja-kerja mencari mangsa yang turut melibatkan penyelam walau bagaimanapun mengalami gangguan dan dihentikan atas sebab keselamatan sebelum disambung semula pada waktu pagi keesokan harinya.

Menurut anggota bomba, runtuhan tersebut berlaku mungkin ekoran hujan lebat yang turun selama beberapa hari kebelakangan ini di kawasan tenggara Brazil.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Mural bawah tanah yang menakjubkan berusia ratusan tahun ditemui di wilayah Shanxi, China

0

Sehingga hari ini masih banyak khazanah dunia yang masih tersimpan di dalam bumi. Saban ketika ada sahaja penemuan-penemuan bersejarah yang mengagumkan ditemui di seluruh pelosok dunia. Setiap penemuan pastinya mempunyai kisah serta sejarahnya yang tersendiri dan pastinya apa sahaja yang ditemui ialah sesuatu yang sangat penting dan berharga buat peradaban dunia.

Tahun lalu, dunia sekali lagi menyaksikan sebuah penemuan khazanah yang cukup luar biasa ditemukan dan kali ini ia berlaku di China.

Apa yang ditemukan adalah sebuah tapak di mana terdapat beberapa buah bilik yang kelihatan seperti makam sebuah keluarga kerana bentuknya yang sama. Apa yang lebih menarik terdapat lukisan mural yang cantik dan masih elok dan selepas diteliti pakar mendapati bahawa makam dan mural tersebut mungkin dibina sejak ratusan tahun yang lalu.

Mural pada makam tersebut dilihat masih baik dan terpelihara. Ia memaparkan garis-garis yang sangat terperinci, memiliki warna yang terang yang memenuhi ciri-ciri lukisan semasa zaman purba di China.

Menurut berita tempatan Xinhua, Makam itu ditemui di wilayah Shanxi di tengah China dan kawasan itu ditemui semasa pembinaan jalan raya pada 2021.

Tiga bilik pengebumian itu dipercayai mula dibina sejak zaman dinasti Ming (1368-1644). Walaupun dua daripada bilik itu masih terpelihara dengan baik terdapat satu bumbung yang telah runtuh sehingga meninggalkan hanya sebahagian daripada mural.

Kedua-dua makam yang terpelihara dengan baik adalah serupa antara satu sama lain, dengan imej bunga, matahari, bulan, burung dan lain-lain imej.

Dalam satu gambar, kita dapat melihat dua adegan yang kelihatan menunjukkan seorang lelaki sedang berdiri di sebelah pokok yang dicat dengan gaya masyarakat China kuno.

Struktur dan persamaan menunjukkan bahawa bilik itu adalah makam keluarga, dan ahli arkeologi juga menemui bangunan istiadat di tapak tersebut. Para saintis juga menemui syiling tembaga, cermin tembaga dan seramik.

Menurut media yang terlibat ahli arkeologi China memulakan 2022 dengan mengumumkan penemuan beberapa makam di wilayah Henan di tengah China yang bermula pada Zaman Negari-negari Berperang (Warring States Period) iaitu pada 475-221 SM.

Makam tersebut dipercayai merupakan sebahagian daripada tanah perkuburan kerana ia tersusun rapi. Ahli arkeologi telah menggali 100 makam dan menemui lonceng emas yang dianggap sangat menarik.

Antara penemuan lain ialah ‘Thirteen Tombs’ yang dibina pada dinasti Ming, iaitu makam paling terkenal dari era itu yang merupakan tempat berehat bagi banyak maharaja dari dinasti itu. Kesemua itu terletak di pinggir bandar berhampiran Beijing.

Tempat itu dipercayai dipilih oleh Maharaja Yongle yang memerintah dari tahun 1402-1424 dan terkenal dengan kekejamannya dalam mengejar kuasa dan kemuliaan. Antara binaan yang paling terkenal ketika zaman pemerintahannya ialah Forbidden City (Kota Larangan) yang siap dibina pada tahun 1420.

Lembah ‘Thirteen Tombs’ dikatakan mempunyai feng shui yang baik dan Maharaja Yongle telah membina sebuah makam di kawasan itu, yang terletak betul-betul di kaki banjaran gunung Jondu.

Sebagai tempat peristirahatan maharaja, makam-makam itu dipelihara baik dengan menampilkan seni bina zaman Ming. Objek lain yang turut dipelihara ialah seperti patung-patung, artifak seperti mahkota emas, barang kemas dan barangan harian maharaja, seperti bekas wain yang diperbuat daripada emas.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bos mafia Itali ditangkap di Sepanyol selepas imejnya dikesan melalui Peta Google

0

SEPANYOL- Seorang bos mafia Itali yang melarikan diri selama beberapa dekad akhirnya berjaya diberkas selepas dia dikesan di Peta Google (Google Map).

Gioacchino Gammino, 61, ditemui di Galapagar, Sepanyol, di mana dia tinggal dengan menggunakan nama Manuel.

Tangkapan bermula selepas ‘Google Street View’ menunjukkan imej seorang lelaki menyerupai Gammino yang sedang berdiri di hadapan sebuah kedai runcit. Sejak itu pihak berkuasa mula melakukan kerja-kerja pencarian untuk menjejaki penjenayah itu.

Gammino dilaporkan telah melarikan diri dari penjara Rom pada tahun 2002 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun berikutnya kerana membunuh.

Dia adalah ahli kumpulan mafia Sicily yang dikenali sebagai Stidda dan merupakan salah seorang samseng paling dikehendaki di Itali.

Polis Sicily percaya Gammino sememangnya berada di Sepanyol, tetapi pencarian ke atasnya hanya mula dilakukan semula selepas imejnya yang sedang bercakap dengan seorang lelaki di luar El Huerto de Manu, atau Taman Manu, muncul pada Peta Google.

Identitinya disahkan apabila polis menemui laman Facebook sebuah restoran yang kini ditutup, Cocina de Manu, yang terletak berhampiran. Ia telah menyiarkan gambar Gammino memakai pakaian chef dan dia dikenal pasti kerana mempunyai parut pada dagunya.

Restoran tersebut juga menyediakan hidangan Sicily di dalam menu mereka.

Dia telah ditangkap pada 17 Disember lalu. Selepas penahanannya, dia dilaporkan memberitahu polis: “Bagaimana anda menemui saya? Saya tidak pernah menghubungi keluarga saya selama 10 tahun.”

Menurut Nicola Altiero, timbalan pengarah unit polis anti-mafia Itali, Gammino kini berada dalam tahanan di Sepanyol dan polis Itali berharap untuk membawanya pulang ke Itali pada akhir Februari ini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Seronok berjiran dengan bangsa Cina, lelaki ini gembira diberikan hidangan istimewa semasa solstis musim sejuk

0

Antara perkara yang sangat menarik apabila hidup di dalam negara yang berbilang kaum ialah dapat melihat perbezaan yang ada dalam setiap kaum. Kita mungkin kita berkongsi warna kulit yang sama, atau adat atau perayaan yang sama tetapi kesemua perbezaan itulah yang perlu diraikan untuk mewujudkan sebuah suasana yang harmoni.

Setiap kaum pastinya memiliki perayaan tersendiri dan bukankah ia sesuatu yang menyeronokkan jika perayaan itu dapat diraikan bersama tanpa mengira siapa pun kita?

Baru-baru ini sorang personaliti TV Singapura yang juga merupakan seorang cef selebriti, Cef Bob atau nama sebenarnya Shahrizal Salleh telah menceritakan bagaimana dia dilayan oleh jirannya yang berbangsa Cina. Untuk mereka yang belum tahu, Cef Bob mempunyai hubungan yang baik dengan jirannya itu yang merupakan seorang wanita tua yang dipanggil ‘Nenek Cina’.

Menurut Cef Bob wanita tua itu telah memberinya semangkuk tang yuan selepas dia bertanya tentang persiapan bagi meraikan perayaan ‘Winter Solstice’ (solstis musim sejuk).

Solstis musim sejuk yang juga dikenali sebagai ‘Dong Zhi’ merupakan sebuah perayaan tradisional yang diraikan oleh kaum Cina pada 22 atau 21 Disember dan pada tahun 2021 Winter Solstice jatuh pada 21 Disember.

Semasa menyambut perayaan ini mereka yang menyambutnya akan menikmati ‘tang yuan’ yang merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada bebola pulut.

Menurut video yang dimuat naik ke akaun TikToknya, Chef Bob menceritakan bagaimana dia berada di dapur pada suatu hari apabila dia terhidu bau seolah-olah ada sesuatu yang terbakar.

Melihat ke luar, dia melihat bahawa jirannya itu sedang berdoa dan membakar kayu joss. Dia kemudian bertanya kepada wanita itu apa yang sedang dilakukan. Wanita tua itu kemudian memberitahunya bahawa dia sedang menunaikan solat Cina, dan dia mempunyai tang yuan di rumah.

Seorang lagi jirannya yang dipanggil Atok Cina yang turut menunaikan solatnya sendiri, menjelaskan lagi bahawa solstis musim sejuk ialah hari pertama pada musim sejuk.

Wanita tua itu kemudian datang ke rumah Chef Bob dengan membawa sebuah bekas berisi yang tang yuan. Dia juga sempat menerangkan kepada lelaki itu tentang cara untuk menikmati hidangan itu.

Mengikut seperti yang diberitahu oleh nenek itu, Chef Bob kemudian menyediakan adunan kacang tanah dan gula untuk menyalut bebola pulut tersebut. Hasilnya, dia akhirnya dapat menikmati hidangan solstis musim sejuk yang sangat manis dan enak!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pelakon Wanita Terbaik Hong Kong dituduh penyokong pemisahan, pengguna media sosial China gesa boikot TVB

0

Pengguna media sosial Tanah Besar China kini melancarkan kempen dalam talian untuk memboikot stesen penyiaran Hong Kong TVB selepas stesen itu menganugerahkan seorang aktres yang dituduh menyokong golongan pemisah semasa rusuhan Hong Kong 2019.

Ali Lee Kai-sum, pelakon Hong Kong dan penyampai televisyen TVB berusia 40 tahun, dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik 2021 dalam Anugerah Ulang Tahun TVB yang berlangsung pada 2 Januari lalu melalui drama lakonannya, AI Romantic.

Hashtag berkaitan Ali Lee mula menjadi tular di Sina Weibo pada pagi Isnin keesokan hari, lapor Global Times.

Gambar oleh aliaime/Instagram

Pengguna media sosial di China terus mengecam aktres itu kerana menyiarkan komen kontroversi ketika rusuhan Hong Kong 2019.

Tangkap skrin yang tular menunjukkan Ali memberikan tanda suka pada gambar di Instagram yang menunjukkan bendera kebangsaan China digantung terbalik, sambil memberi komen “bendera cantik”.

“Boikot TVB! TVB tidak menyekat pemisah itu, tetapi memberinya banyak peluang berlakon dan juga anugerah! Ini telah melampaui garis merah kami,” komen seorang pengguna di Sina Weibo.

Tangkap skrin beberapa warganet Tanah Besar China juga menunjukkan mereka telah disekat oleh TVB selepas meninggalkan mesej seperti “penyokong pemisah Lee Kai-sum” pada platform Sina Weibo rasmi untuk stesen televisyen itu.

“Ali Lee talam dua muka: Dia menyiarkan beberapa kandungan patriotik pada akaun Weibonya sambil menyatakan sokongannya terhadap rusuhan Hong Kong di Instagram,” seorang warganet memberi komen.

“Mesti terdapat lebih ramai pemisah dalam TVB yang menyokong Ali Lee, tetapi tiada cara untuk dia mengembangkan kerjayanya di tanah besar. Boikot Ali Lee, boikot TVB,” komen pengguna Weibo lain.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: