31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupBoleh tebar roti canai cecah 60 keping sehari, kemahiran hebat kanak-kanak 7...

Boleh tebar roti canai cecah 60 keping sehari, kemahiran hebat kanak-kanak 7 tahun ini bantu ibu bapanya di gerai buat ramai kagum

Juadah sarapan pagi dengan roti canai sudah sebati dengan jiwa setiap rakyat Malaysia.

Tetapi bila tiba bab membuat dan menebar roti canai bukan semua orang boleh. Tambah kagum kalau seorang kanak-kanak, perempuan pula tu yang boleh menebar roti canai dengan jayanya.

Dalam satu video yang tular baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun memaparkan kemahirannya yang hebat sebagai penebar roti canai. 

Facebook

Aksinya itu yang dirakam di gerai makan bapanya telah mencuri tumpuan beribu warganet.

Menerusi video berkenaan, kelihatan si cilik Yusra Asna Ruslin menebar roti canai bagai seorang pakar sehingga menarik perhatian ramai pelanggan di gerai itu.

Facebook

Yusra belajar menebar roti canai sejak tiga bulan lalu daripada bapa dan ibunya yang membuka gerai makan Uwita Enterprise di Balai Baru, Padang Besar, Perlis.

Menurut Yusra, dia boleh menebar roti canai dengan anggaran 50 hingga 60 keping sehari, lapor Kosmo!

Facebook

“Saya memang minat tebar roti canai sebab selalu lihat ayah dan mak buat roti canai di kedai makan kami. Saya kemudian beritahu mak ayah yang saya sudah pandai tebar roti canai jadi mahu membantu mereka,” kata Yusra yang sanggup bangun seawal 4 pagi untuk membantu ibu bapanya.

Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong ini berkata dia sudah biasa dan mudah serta selesa menebar roti canai, yang pada mulanya agak sukar untuk mempelajari kemahirannya.

Facebook

“Mula-mula belajar banyak juga yang rosak, tetapi Yusra tidak jemu dan putus asa apabila dia banyak belajar dengan ibunya yang juga pandai menebar roti canai,” kata bapanya Ruslin Meli, 45 tahun.

Ruslin membawa tiga anaknya yang berusia tujuh hingga 14 tahun ke gerai itu untuk membantu mereka belajar berniaga disamping mempunyai aktiviti bermanfaat kerana tidak mahu mereka terlalu lama bermain gajet dan telefon pintar.

Memandangkan kini cuti persekolahan telah tamat, Yusra akan membantu ibu bapanya pada waktu terluang hujung minggu sahaja.

Facebook

Gerai makan Ruslin dibuka bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi setiap hari kecuali hari Isnin dan Selasa yang menjual roti canai juga roti sanggul, roti telur dan roti sardin selain martabak dan nasi lemak.

Terbaik adik Yusra dengan bakat menebar roti canainya. Esok sudah dewasa boleh tambah cawangan majukan perniagaan keluarga.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI