26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 10, 2025
Utama Blog Laman 228

Harimau tidak akan kacau manusia melainkan manusia yang kacau dia – Peka

0

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia menggesa kerajaan dan pihak berkaitan agar lebih bersikap serius dalam menangani masalah ancaman kepada hidupan liar termasuk harimau.

Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, gesaan itu termasuk mendesak kerajaan agar menghentikan segera aktiviti pembukaan hutan dan pembalakan sehingga mengakibatkan kemusnahan habitat liar.

Menurut beliau, situasi itu juga menyebabkan spesies seperti harimau bertindak keluar daripada kawasan habitat dan mencetuskan konflik antara manusia-haiwan.

@501Awani/Twitter

“Selalunya binatang ini tidak kacau manusia, manusia yang selalu kacau haiwan dan habitat mereka… yang tidak habis-habis nak buka hutan dan sebagainya.”

“Saya tengok kerajaan tidak serius, sama ada kerajaan negeri atau Pusat dalam menangani isu ini. Mereka hanya buat kempen ‘Selamatkan Harimau’ tetapi mereka tidak buat kempen selamatkan habitat harimau iaitu hutan.”

“Jadi sekarang ini kalau kerajaan serius, nombor satu kerajaan perlu melaksanakan moratorium pembalakan,” katanya kepada Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Shariffa Sabrina turut mencadangkan kepada kerajaan agar mengubah akta sedia ada dengan meletakkan hak pengurusan hutan sepenuhnya di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat dan bukan kerajaan negeri.

“Apa salahnya kerajaan Persekutuan mengambil balik hak penjagaan hutan? Dan mereka boleh gazetkan Banjaran Titiwangsa sebagai Taman Negara.”

“Maknanya, kuasa di bawah kerajaan Persekutuan… kalau betul-betul mahu selamatkan bukan sahaja harimau, tetapi selamatkan khazanah alam terutama kawasan tadahan air,” ujarnya lagi.

@501Awani/Twitter

Dalam masa yang sama, beliau turut kesal terhadap kenyataan kerajaan negeri Kelantan yang menafikan harimau berkeliaran di penempatan Orang Asli di Gua Musang, bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan.

“Harimau tidak akan kacau manusia, kita yang mengacau dia. Sekarang ini haiwan itu sudah tidak ada tempat dan tiada cukup makanan, sebab itu ia merayau keluar,” katanya.

“Jadi siapa yang nak dipersalahkan sekarang? Sepatutnya yang dipersalahkan ialah kerajaan kerana membenarkan pembukaan hutan dan memusnahkan hutan sebanyak mungkin,” tegas Shariffa Sabrina.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bila dilayan macam anak sendiri, pemuda ini buat video minta ‘uncle’ pakaikan tali leher yang diri sendiri spontan menitik air mata

0

Rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama memang terkenal di seluruh dunia sebagai orang yang baik-baik belaka, sambil boleh hidup aman harmoni.

Secara realiti tanpa campur tangan politik yang tidak bertanggungjawab, majoriti kita hidup bagai sebuah keluarga besar yang harmonis dan saling bantu membantu.

Perkongsian video eksperimentasi sosial ini membuktikannya, yang memaparkan seorang YouTuber dikenali Leeroy Wong meminta orang awam yang dipilihnya secara rawak untuk memakaikannya tali leher.

Facebook

Menerusi video YouTube yang turut dimuat naik di TikTok hingga menjadi tular, Leeroy menghampiri seorang lelaki yang dipanggilnya ‘uncle’ dan meminta bantuannya untuk mengikat tali leher, kerana katanya dia tidak tahu dan akan menghadiri sesi temu duga kerja tidak lama lagi.

‘Uncle’ itu bersungguh-sungguh dan nampak ikhlas membantu, malahan melayan Leeroy seperti anak sendiri.

Facebook

Sambil tersenyum, ‘uncle’ ini mengikatkan tali leher dan memakaikannya di kolar kemeja Leeroy.

Facebook

Dan selepas itu menyisir kemas rambutnya sambil memberi kata-kata semangat dan selamat maju jaya.

Facebook

Disebabkan itu, hati Leeroy spontan rasa tersentuh dan menitik air mata.

“Saya tersentuh dan menangis secara spontan, bukan dibuat-buat,” kata Leeroy Wong kepada Harian Metro.

Facebook

Video itu dilaporkan dirakam pada 3 Januari lalu berhampiran pusat membeli-belah Suria KLCC, yang menurut Leeroy, ia mengikut idea video eksperimentasi sosial YouTuber dari Korea Selatan.

Tujuannya yang pertama kali dibuat di Malaysia ini ialah untuk melihat sejauh mana perpaduan dan semangat tolong menolong rakyat Malaysia membantu individu tidak dikenali tanpa mengira kaum dan agama.

Facebook

Selain ‘uncle’ yang tersangat baik hati dan penyayang ini, terdapat lima ‘uncle’ lain yang sudi membantu Leeroy mengikatkan tali lehernya sepanjang tiga hari dia menjalankan eksperimentasi sosial itu.

“Ternyata saya dapat menyaksikan sendiri betapa baiknya hati orang Malaysia menerusi eksperimen sosial ini,” kata pemuda berasal dari Kuching, Sarawak ini.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Puteri kedua bongsu Sultan Brunei bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan pada 20 Januari

0

Puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah yang merupakan kekanda kepada Pengiran Muda Putera Abdul Mateen, bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.

Puteri Fadzilah, 36 tahun merupakan puteri kedua bongsu Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah hasil perkahwinan baginda bersama Puan Hajah Mariam.

Facebook

Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja akan berlangsung selama 10 hari bermula pada 16 Januari 2022 hingga 25 Januari 2022, menerusi pengumuman Brunei Royal Family di Instagram.

@bruneiroyalfamily/Instagram

Berikut adalah atur cara majlis penuh adat isitadat:

16 Januari : Majlis Istiadat Bersuruh Diraja

17 Januari : Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dan Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga

18 Januari : Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja juga Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja

19 Januari : Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja

20 Januari : Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja

23 Januari : Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja

24 Januari : Majlis Persantapan Diraja

25 Januari : Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga.

@bruneiroyalfamily/Instagram

Pengumuman di Instagram keluarga diraja Brunei membuat ramai warganet membanjiri ruangan komen, dengan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin diraja Brunei tersebut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Jalan raya sesak kerana air mulai naik, polis trafik ini terus singsing lengan baju untuk bersihkan saluran tersumbat

0

Tidak kira di mana, Malaysia kini sedang berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu. Hujan lebat boleh berlaku di mana sahaja, selama berhari-hari sehingga menyebabkan banyak tempat yang terkesan. Hasilnya, banjir boleh melanda mengakibatkan pelbagai kemudahan mengalami gangguan contohnya seperti jalan raya.

Hakikatnya bukan hujan yang membuatkan banjir berlaku tetapi keadaan atau sistem pengaliran di sesebuah tempat memainkan peranan yang penting. Andai sahaja kesemua sistem pengaliran atau perparitan diselenggara dengan baik pastinya tiada banjir teruk berlaku. Kita sememangnya tidak boleh mengawal cuaca tetapi kita punya ‘kuasa’ untuk mewujudkan sistem yang lebih baik.

Ekoran sistem saliran yang tidak cekap telah membuatkan sebuah kawasan di Penampang, Sabah mengalami banjir kecil apabila air mula naik hingga ke jalan raya. Apa yang lebih memburukkan keadaan jalan raya pada ketika itu boleh dilihat agak sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan.

Memandangkan air mula naik jadi kenderaan terpaksa memperlahan kelajuan dan terpaksa mengelak daripada air dan ini membuatkan kesesakan mula berlaku. Keadaan seperti ini lebih berbahaya kepada mereka yang menunggang motosikal. Jalan pastinya menjadi lebih licin dan mereka mungkin tidak dapat melihat keadaan jalan ketika itu kerana sudah ditutupi air. Bayangkan jika ada lubang di situ? Bukankah boleh membuatkan mereka terjatuh jika terlanggar.

Jadi, untuk mengelakkan keadaan berterusan begitu, seorang anggota polis trafik telah mengambil inisiatif sendiri dengan membersihkan longkang tersumbat supaya air dapat mengalir.

Tanpa berfikir lama dia terus turun dan mula melakukan kerja-kerja membersihkan saluran. Dengan menggunakan kayu yang didapati di kawasan berhampiran dia terus berusaha untuk memastikan air boleh mengalir semula masuk ke dalam sistem saliran yang betul dengan lebih lancar.

Selepas beberapa minit mencuba usahanya mula menunjukkan hasil apabila saluran yang tersumbat mula dapat mengalirkan air semula. Pasti ia bukan kerja yang mudah bahkan agak memenatkan.

Usaha mulia anggota polis trafik telah meraih perhatian netizen. Ramai yang berterima kasih dengan apa yang dilakukan pemuda itu. Nampaknya dia tidak kisah jika tangan atau baju putihnya kotor kerana apa yang lebih penting ketika itu ialah keselamatan orang ramai yang menggunakan jalan tersebut.

Tindakan seperti inilah yang wajar dicontohi. Tidak kira di mana pun, jika kejadian seperti ini berlaku kita juga boleh melakukan perkara yang sama dan hasilnya akan boleh dapat dinikmati oleh semua orang!

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Berat asal 130kg, wanita ini dihadiahkan cincin berlian oleh suami setelah berjaya turunkan berat badan

0

Usaha dalam menurunkan berat badan bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan komitmen dan motivasi agar berterusan dan tidak terhenti separuh jalan.

Samalah seperti seorang wanita dari Taiwan ini, apabila dia enggan menghampakan permintaan suaminya.

Difahamkan bahawa suami wanita tersebut bakal menyambut hari lahir, lantas wanita itu bertanya apa yang dimahukan suami kesayangannya itu sebagai hadiah.

“Dua tahun lalu, isteri saya bertanya saya apa yang saya mahukan sebagai hadiah hari lahir, saya serta merta menjawab tiada apa-apa”.

“Namun kemudian saya berkata, apa kata kamu cuba turunkan berat badan kamu demi saya sekali ini?”, ujar suami wanita tersebut.

Sumber juga mengatakan bahawa lelaki itu turut menawarkan hadiah berupa sebentuk cincin berlian kepada isterinya jika wanita itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 55 kilogram!

Siapa tidak mahu cincin berlian bukan?

Dua tahun kemudian, si isteri berjaya menurunkan berat badannya daripada 75 kilogram kepada 55 kilogram. Hebat sungguh!

Siapa sangka, setelah dicabar, wanita terbabit berjaya menurunkan berat badannya dengan mengamalkan pemakanan dan diet yang seimbang.

Foto sebelum dan selepas wanita ini..

Seperti yang dijanjikan suaminya, wanita itu turut dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian 1 karat semasa hari lahirnya.

Semestinya kecekalan dan kesungguhan ibu ini dalam meneruskan momentum untuk menurunkan berat badan adalah satu usaha yang boleh memberikan inspirasi.

Sungguhpun begitu, dalam kita berusaha untuk menurunkan berat badan, pilihlah cara yang sihat – bersenam dan amalan nutrisi seimbang.

Lebih bagus jika kita dapatkan nasihat pakar serta elakkan daripada mengambil apa-apa produk kurus yang tidak ditentukan keabsahannya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Beberapa saat lepas hidu bau kasut manusia, anjing malang ini kemudiannya muntah

0

Sesetengah daripada kita mengalami masalah kaki berbau apabila menanggalkan kasut. Umumnya, bau kaki berpunca apabila wujudnya bakteria yang bercampur dengan peluh.

Ini terjadi apabila bakteria pada kaki, kasut dan sarung kaki ‘berinteraksi’ dengan peluh pada kulit kaki, lalu menghasilkan asid yang berbau dan tidak menyenangkan.

Nampaknya bukan manusia sahaja yang dapat menghidu bauan tidak menyenangkan itu. Ini kerana haiwan juga dapat mengesannya!

Seperti seekor anjing dari China ini, di mana ia dengan tidak berselindung terus membuat reaksi muka yang begitu melucukan di saat menghidu kasut seorang lelaki.

Menerusi rakaman video yang tular di laman Weibo, sekumpulan lelaki kelihatan berkumpul di luar sebuah premis perniagaan, difahamkan pada 6 Januari lepas.

Seorang lelaki kemudian dilihat memanjat kerusi, dipercayai untuk menukar mentol lampu. Sebelum itu, dia juga telah menanggalkan kasutnya.

Tidak beberapa lama kemudian, muncul seekor anjing berwarna hitam yang kemudiannya bertindak menghidu kasut individu terbabit.

Setelah menghidu bauan itu, anjing malang itu dilihat berlari menjauhkan diri ke sisi jalan, mungkin tidak dapat menahan bau kasut yang dimaksudkan itu.

Malah, anjing itu juga lantas muntah! Sampai muntah anjing ini, memang busuklah maknanya bukan?

Insiden lucu itu tersebut turut memicu gelak tawa daripada lelaki-lelaki yang berada di lokasi kejadian.

Mana tidaknya, tidak sampai beberapa saat menghidu kasut itu, terus anjing berkenaan muntah di tepi jalan. Macam manalah agaknya bau kasut itu ya?

Video lucu itu turut mendapat perhatian netizen tempatan di China. Ada yang berkata, “Anjing itu telah kehilangan deria rasa setelah bau kasut tersebut”.

Menurut sumber, deria bau anjing adalah 100,000 kali lebih baik daripada manusia. Malah lebih 40% daripada otak anjing komited untuk menghidu, berbanding peratusan pada otak manusia.

Purata manusia pula hanya memiliki 5 juta reseptor bau, manakala anjing secara puratanya mempunyai 125 hingga 250 juta reseptor bau – bergantung kepada baka.

Selain itu, anjing juga berupaya untuk menghidu sesuatu hingga sejauh 40 kaki di bawah tanah, bahkan mereka dapat menghidu cap jari manusia yang baru berusia seminggu!

Hebat bukan ciptaan Tuhan yang satu ini? Jadi sentiasalah jaga kebersihan jika tidak mahu dimalukan oleh anjing ya.

Berikut adalah videonya :

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bahaya memberi makanan lauk ayam yang kurang sempurna dimasak kepada si kecil

0

Salah satu kewajipan ibu bapa adalah memastikan kehidupan dan kesihatan anak-anak berada dalam keadaan yang baik. Antaranya dengan menjaga pemakanan supaya ia dapat membantu pertumbuhannya.

Perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari ini menceritakan bagaimana kesan yang boleh berlaku ke atas si kecil sekiranya anak itu diberikan makanan yang kurang sempurna dimasak.

Seorang anak telah dikejarkan ke hospital oleh ibu bapanya setelah berbelas kali muntah dan cirit birit.

Twitter

Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi Twitter menceritakan detik itu:

Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?”

“Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba jadi begini.” suara sayu si ibu menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil.

Remuk hati melihat betapa lemah badan si kecil. Langsung tidak bermaya. Kedua belah mata mencengkung. Dehydrated teruk!

Mana tidaknya, sejak pagi tadi berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai di hospital jarum branula terpaksa dimasukkan ke dalam saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.

“Sebenarnya doktor, malam semalam saya ada suapkan nasi ayam yang dibawa balik dari tempat kerja.” 

“Silap saya. Mula-mula lagi saya perasan ada kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam itu. Daging pun agak kemerahan, macam tak cukup masak,” katanya.

“Tapi dia beria mintak nak rasa, tak sampai hati saya nak tolak. Itu berikan juga sikit.”

Si ayah pun tiba-tiba bersuara. Jelas ternampak raut kesal di wajahnya.

Selalu sangat ada berlaku kes kanak-kanak keracunan makanan. Sebahagiannya berpunca daripada ayam yang tidak dimasak sempurna. Memang patut pun sebab darah yang masih ada pada ayam tu jadi medium yang sesuai untuk kuman membiak.

Kalau yang termakan itu yang ada imuniti kuat seperti kita mungkin setakat perut cramp, muntah dan cirit birit. Boleh jadi kesannya tidak berapa serius.

Tetapi ia sangat bahaya untuk anak kecil.

Paling kita takut apabila kuman tadi masuk ke dalam salur darah anak dan merebak ke seluruh tubuh (bacteremia). Pernah berlaku kes keracunan teruk sehingga akibatkan kematian!

Sebab itu, ibu bapa kena tolong periksa betul-betul setiap makanan semasa hendak diberikan kepada anak kecil.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Jangan beri kalau terdapat tanda-tanda ayam tidak cukup masak seperti:

  • Berbau hanyir
  • Berlendir
  • Tekstur daging berbeza daripada biasa
  • Suhu di bahagian daging lebih sejuk
  • Ada kesan darah terutama di bahagian tulang ayam
  • Daging berwarna kemerahan.

Sebarkan info ini kepada ibu bapa yang lain. Bila sudah dekat-dekat bulan puasa begini, ada yang tidak larat hendak masak sendiri, takut kita terbeli makanan macam ini, yang mungkin boleh buat anak kesayangan keracunan makanan dan jatuh sakit.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kajian: Sel T daripada selesema biasa memberi perlindungan silang terhadap jangkitan COVID-19

0

Sejenis sel yang dihasilkan oleh badan ketika melawan virus selesema biasa melindungi individu daripada jangkitan virus yang menyebabkan COVID-19, menurut satu kajian yang diterbitkan pada 10 Januari.

Sel T telah diiktiraf sebagai ukuran perlindungan terhadap COVID-19 yang teruk dan penyelidikan terdahulu menunjukkan bahawa pemulihan daripada selesema biasa mungkin memberikan beberapa tahap perlindungan terhadap virus COVID-19.

Penyelidikan dari Imperial College London mendapati dalam kajian terbaharu menunjukkan kehadiran sel sedemikian juga boleh menghalang jangkitan oleh virus PKC (Parti Komunis China) juga dikenali sebagai SARS-CoV-2, yang menyebabkan penyakit itu.

Protein spike SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 (Gambar ihsan NIAID/RML)

Para saintis menilai 52 kontak rapat COVID-19 yang baru didiagnosis untuk menentukan bila mereka mula-mula terdedah dan menentukan individu yang diuji negatif untuk COVID-19 mempunyai tahap sel T reaktif silang yang lebih tinggi. Mereka juga mengambil sampel darah daripada peserta dalam tempoh 6 hari terdedah.

“Terdedah kepada virus SARS-CoV-2 tidak selalu mengakibatkan jangkitan, dan kami ingin memahami sebabnya. Kami mendapati bahawa tahap tinggi sel T sedia ada, yang dicipta oleh tubuh badan apabila dijangkiti coronavirus manusia lain seperti selesema biasa, boleh melindungi daripada jangkitan COVID-19,” kata Dr. Rhia Kundu, pengarang utama dari National Heart & Lung Institute, Imperial College London dalam satu kenyataan.

Profesor Ajit Lalvani, pengarang lain dalam kajian itu pula berkata, “menyediakan bukti paling jelas setakat ini bahawa sel T yang disebabkan oleh coronavirus dengan selesema biasa memainkan peranan perlindungan terhadap jangkitan SARS-CoV-2,” sambil menambah bahawa “sel T ini memberikan perlindungan dengan menyerang protein dalam virus, dan bukannya protein spike pada permukaannya.”

Penemuan itu boleh membantu saintis membangunkan vaksin COVID-19 versi baharu, kata para penyelidik.

“Protein spike berada di bawah tekanan imun yang kuat daripada antibodi yang disebabkan oleh vaksin yang mendorong evolusi mutan yang melarikan diri dari vaksin. Sebaliknya, protein dalaman yang disasarkan oleh pelindung sel T yang kami kenal pasti bermutasi lebih sedikit. Akibatnya, ia sangat terpelihara antara pelbagai varian SARS-CoV-2, termasuk Omicron,” kata Profesor Lalvani. 

“Vaksin baharu yang merangkumi protein dalaman yang dipelihara ini akan mendorong tindak balas sel T yang melindungi secara meluas yang sepatutnya melindungi daripada varian SARS-CoV-2 semasa dan akan datang,” jelasnya.

Mereka juga menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 dan bukannya bergantung kepada perlindungan daripada sel T reaktif silang.

Vaksin yang ada buat masa ini telah terbukti kurang berkesan terhadap varian Omicron, termasuk terhadap penyakit teruk. Walaupun dos penggalak memulihkan beberapa perlindungan yang hilang, data awal memberi isyarat bahawa rangsangan dengan cepat menurun dalam keberkesanannya terhadap jangkitan. Sama ada dos penggalak boleh bertahan untuk jangka masa yang lebih lama masih tidak dapat diketahui.

Gambar Hiasan / Unsplash

Kajian yang diterbitkan dalam Nature itu dibiayai oleh National Institute for Health Research Health Protection Research Unit and Medical Research Council, United Kingdom.

Had dalam kajian termasuk bilangan peserta yang kecil dan fakta bahawa 88 peratus adalah berkulit putih.

Dr. Simon Clarke, seorang profesor madya dalam bidang Mikrobiologi Selular di University of Reading, yang tidak terlibat dengan kajian itu, berkata individu yang pernah mengalami selesema tidak patut menganggap mereka dilindungi daripada SARS-CoV-2 kerana banyak selesema yang tidak berpunca daripada coronavirus dan penyelidikan lebih lanjut diperlukan mengenai perkara itu.

“Walaupun ini adalah kajian yang agak terpencil, ia menambah kepada pemahaman kita mengenai cara sistem imun kita melawan virus dan menunjukkan bahawa vaksin masa hadapan mungkin mendapat manfaat daripada komponen sasaran sebagai tambahan kepada protein spike,” tambahnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Boleh tebar roti canai cecah 60 keping sehari, kemahiran hebat kanak-kanak 7 tahun ini bantu ibu bapanya di gerai buat ramai kagum

0

Juadah sarapan pagi dengan roti canai sudah sebati dengan jiwa setiap rakyat Malaysia.

Tetapi bila tiba bab membuat dan menebar roti canai bukan semua orang boleh. Tambah kagum kalau seorang kanak-kanak, perempuan pula tu yang boleh menebar roti canai dengan jayanya.

Dalam satu video yang tular baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun memaparkan kemahirannya yang hebat sebagai penebar roti canai. 

Facebook

Aksinya itu yang dirakam di gerai makan bapanya telah mencuri tumpuan beribu warganet.

Menerusi video berkenaan, kelihatan si cilik Yusra Asna Ruslin menebar roti canai bagai seorang pakar sehingga menarik perhatian ramai pelanggan di gerai itu.

Facebook

Yusra belajar menebar roti canai sejak tiga bulan lalu daripada bapa dan ibunya yang membuka gerai makan Uwita Enterprise di Balai Baru, Padang Besar, Perlis.

Menurut Yusra, dia boleh menebar roti canai dengan anggaran 50 hingga 60 keping sehari, lapor Kosmo!

Facebook

“Saya memang minat tebar roti canai sebab selalu lihat ayah dan mak buat roti canai di kedai makan kami. Saya kemudian beritahu mak ayah yang saya sudah pandai tebar roti canai jadi mahu membantu mereka,” kata Yusra yang sanggup bangun seawal 4 pagi untuk membantu ibu bapanya.

Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong ini berkata dia sudah biasa dan mudah serta selesa menebar roti canai, yang pada mulanya agak sukar untuk mempelajari kemahirannya.

Facebook

“Mula-mula belajar banyak juga yang rosak, tetapi Yusra tidak jemu dan putus asa apabila dia banyak belajar dengan ibunya yang juga pandai menebar roti canai,” kata bapanya Ruslin Meli, 45 tahun.

Ruslin membawa tiga anaknya yang berusia tujuh hingga 14 tahun ke gerai itu untuk membantu mereka belajar berniaga disamping mempunyai aktiviti bermanfaat kerana tidak mahu mereka terlalu lama bermain gajet dan telefon pintar.

Memandangkan kini cuti persekolahan telah tamat, Yusra akan membantu ibu bapanya pada waktu terluang hujung minggu sahaja.

Facebook

Gerai makan Ruslin dibuka bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi setiap hari kecuali hari Isnin dan Selasa yang menjual roti canai juga roti sanggul, roti telur dan roti sardin selain martabak dan nasi lemak.

Terbaik adik Yusra dengan bakat menebar roti canainya. Esok sudah dewasa boleh tambah cawangan majukan perniagaan keluarga.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pastikan tiada kandungan ‘Methyl Salicylate’ dalam minyak yang disapu kepada bayi dan kanak-kanak

0

Orang ramai dinasihatkan untuk membaca label ketika membeli minyak sapuan untuk bayi dan kanak-kanak bagi memastikan tiada kandungan ‘Methyl Salicylate’ atau Metil Salisilat di dalamnya kerana ia boleh menyebabkan keracunan.

Menerusi hantaran di Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Racun Negara mendedahkan risiko bahan aktif dalam minyak angin untuk orang dewasa dikenali ‘Methyl Salicylate’ sekiranya ia terdedah kepada bayi dan kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Antara gejala keracunan ‘Methyl Salicylate’ adalah loya dan muntah-muntah, telinga berdengung, sawan serta boleh membawa kepada koma, yang mana bergantung kepada jumlah pendedahan kepada bahan berkenaan.

‘Methyl Salicylate’ adalah bahan analgesik yang digunakan untuk mengurangkan rasa sakit dan inflamasi pada otot dan sendi.

Secara farmakokinetik, bahan ini akan meresap ke dalam kulit untuk meredakan bahagian sakit di dalam badan. Kepekatan ‘Methyl Salicylate’ di dalam setiap produk adalah berbeza mengikut jenis sediaan bahan ini.

Bahan aktif ini biasanya didapati pada produk minyak panas atau minyak urut untuk orang dewasa, menurut hantaran Pusat Racun Negara.

Walau bagaimanapun, ia tidak sesuai digunakan untuk bayi dan kanak-kanak kerana berisiko menyebabkan keracunan. 

Pusat Racun Negara melaporkan Pusat Panggilan Keracunan menerima kes keracunan ‘Methyl Salicylate’ yang melibatkan bayi dan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja hampir setiap minggu.

Menurut hantaran mereka, lebih membimbangkan terdapat pihak yang mengambil kesempatan melariskan jualan produk mengandungi ‘Methyl Salicylate’ untuk rawatan ruam lampin pada bayi walaupun maklumat produk tidak menyatakan sedemikian.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: