27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaKisah BenarBerhijrah sejak Tragedi 4 Jun dengan 32 tahun menentang Parti Komunis China,...

Berhijrah sejak Tragedi 4 Jun dengan 32 tahun menentang Parti Komunis China, penulis Sheng Xue bersyukur hidup sentiasa diberkati

Penulis, penyair, dan Naib Pengerusi FDC (Federation for a Democratic China) kelahiran China dan warga Kanada Sheng Xue pernah terlibat dalam gerakan pro-demokrasi selama 32 tahun, dan selama tempoh itu, beliau terus ditindas oleh Parti Komunis China (PKC). 

Sheng Xue baru-baru telah pulih dari penyakit serius. Ketika temubual dengan The Epoch Times di rumahnya di Mississauga, beliau berkata penyakit serius ini adalah akibat wabak serangan berterusan oleh PKC pada tahun-tahun sebelumnya, yang menyebabkan dirinya mengalami bahaya secara fizikal dan psikologi. Beliau percaya bahawa dengan lindungan Tuhan, beliau terus cekal dan kuat demi masa depan dan fizikalnya akan terus menjadi lebih baik.

Pada bulan Ogos 1989, setelah Tragedi Pembunuhan Beramai-ramai Dataran Tiananmen pada 4 Jun, Sheng Xue berhijrah ke Kanada dan menyertai gerakan demokrasi luar negara 20 hari kemudian. Sheng Xue memberi perhatian kepada keadilan sosial dan membantu golongan kurang bernasib baik di China, serta lantang menjadi jurucakap bagi golongan teraniaya. Kesannya, beliau sendiri telah ditindas oleh PKC selama 32 tahun. Terutama sejak 15 tahun kebelakangan, serangan berterusan oleh PKC telah merosakkan reputasi dan keadaan kesihatannya.

Penulis, penyair dan aktivis hak asasi manusia, Sheng Xue (Gambar oleh Sheng Xue)

Dianiaya selama beberapa generasi, kenali intipati PKC

Sheng Xue dilahirkan dalam keluarga intelek berpendidikan tinggi. Datuknya, Zang Qifang belajar di Amerika Syarikat ketika muda. Beliau berkhidmat sebagai presiden Universiti Northeastern, menjadi Datuk Bandar Tianjin dan perunding Kementerian Kewangan Republik Rakyat China. Beliau juga merupakan wakil Kongres Negara yang pertama. Kemudian berundur ke Taiwan menyertai Kuomintang. Bapa Sheng Xue pula merupakan seorang intelektual profesional dalam sejarah, politik dan bahasa asing, dan telah dianiaya oleh PKC selama bertahun-tahun.

Sheng Xue dihantar untuk asuhan ke kampung halamannya di pedalaman timur laut ketika berusia 5 tahun kerana beliau dilahirkan dalam keluarga senarai hitam kelas lima. Hampir terbunuh akibat keracunan makanan. Setelah tiga setengah tahun berada di kampung halaman, Sheng Xue kembali ke Beijing untuk melanjutkan pelajaran dan mengalami diskriminasi di sekolah. 

Keadaan peribadi dan latar belakang keluarga membuatnya memikirkan masalah sosial sejak usia muda, memerhatikan ketidakadilan sosial dan golongan kurang bernasib baik. Beliau amat bersimpati dengan kumpulan yang dianiaya dan kurang bernasib baik.

Ketika peristiwa berdarah Pembunuhan 4 Jun 1989, Sheng Xue mengambil bahagian dalam gerakan pelajar dan rakyat untuk menyekat tentera, yang menyaksikan sendiri tentera menembak pelajar dan orang awam yang tidak bersenjata di tenggara Dataran Tiananmen. Penindasan berdarah ketika para pelajar dan orang awam mengemukakan petisyen dengan cara damai tetapi berakhir dengan tragedi, telah membuatnya benar-benar memahami PKC dan beliau bertekad untuk mengakhiri kezaliman PKC. Oleh itu, Sheng Xue menyertai gerakan demokrasi luar negara 20 hari kemudian sebaik tiba di Kanada.

32 tahun penindasan yang berterusan

Pada akhir tahun 1989, Sheng Xue mengambil bahagian dalam penyediaan penubuhan Federation for a Democratic China. Pada Februari 1990, beliau telah terpilih sebagai anggota dewan pertama FDC di Toronto. Pada bulan April tahun yang sama, beliau dipilih sebagai naib pengerusi FDC Kanada. Selama bertahun-tahun, Sheng Xue telah merancang dan memimpin protes, melobi kerajaan, menyatukan komuniti etnik, dan membantu aktivis lain dalam mendapatkan permohonan suaka.

Sheng Xue berkata sejak beliau aktif dalam kegiatan gerakan pro-demokrasi, penindasan terhadapnya bermula secara berterusan. Adalah mustahil untuk meramalkan apa yang akan dilakukan oleh PKC ke atas masyarakat antarabangsa.

Pada malam 4 Jun 1990, Sheng Xue secara berterusan menerima jemputan bual bicara media arus perdana Kanada untuk mendedahkan pembunuhan beramai-ramai pada 4 Jun dan menganjurkan satu siri aktiviti peringatan. Seseorang telah mengirim surat tanpa nama kepadanya yang berisi ancaman dan akan menganiayanya. Seseorang telah mengirim gambar pornografi untuk menghinanya, menulis nama dan nombor telefonnya di tandas lelaki di Chinatown, menyebabkan beliau menerima panggilan dan terus diganggu.

Kemudian terdapat pula masalah dalam gerakan demokrasi. Pada 9 Jun 1990 jam 8 malam, mesyuarat tergempar telah diadakan di tingkat dua Pusat Pelajar Antarabangsa Universiti Toronto bersama FDC Toronto. Dalam mesyuarat itu, seseorang telah membuat 18 tuduhan terhadap Sheng Xue, dengan mendakwa beliau adalah Ejen Parti Komunis China dan mengesyaki beliau juga adalah ejen KMT, dan memaksanya untuk meninggalkan gerakan itu.

Kejadian yang sama dengan Revolusi Budaya. Pengerusi FDC Toronto dan seorang mahasiswa dari universiti itu dengan sedih berkata yang beliau tidak akan menyertai organisasi berkaitan pro-demokrasi China lagi dan beberapa anggota dari Hong Kong dan Taiwan turut menarik diri.

Pada hari itu, Sheng Xue duduk di tepi tingkap di sebelah kanan, melihat pohon-pohon besar di luar, dengan hati yang sedih beliau berkata, “Jalan ini akan sangat panjang. Orang-orang ini akhirnya akan pergi meninggalkan saya.”

Perselisihan faham ini memungkinkan Sheng Xue diperlakukan dengan semua jenis pasang surut bentuk penindasan dengan hati yang normal di masa depan, dan beliau juga dapat dengan jelas melihat budaya komunis meracuni kumpulan yang menyertai gerakan demokratik. Pada waktu itu, Sheng Xue menyedari sejak dari mula, seseorang terus menghasut perpecahan, dengan tujuan untuk memaksanya pergi. Tetapi tanpa disangka, itu baru permulaan. Pada hari-hari mendatang, segala macam fitnah dan serangan terus berlanjutan.

Pada tahun 2006, seseorang menulis lebih daripada 400 artikel di blog yang secara khusus menyerang Sheng Xue. Dalam 15 tahun berikutnya, fitnah kejam dari blog, surat-menyurat secara besar-besaran, e-buku, dan media sosial, serta penyalahgunaan undang-undang dalam kehidupan nyata, membanjiri dan mengganggu kehidupannya.

Selepas 32 tahun berlalu dengan berhijrah ke luar negara, Sheng Xue ditolak oleh kerajaan Komunis China untuk memasuki negara kelahirannya, walaupun ketika bapanya meninggal dunia kerana sakit, malangnya beliau tidak dapat kembali ketika hari pengebumian. 

Pada tahun 1996, Sheng Xue ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dan dihantar pulang ke Kanada setelah selesai menjalani soal siasat siang dan malam. Pada malam 6 Ogos 2008, Sheng Xue ingin memasuki Hong Kong dan berjaya menembusi pemeriksaan kastam untuk kembali ke China. Beliau telah ditahan di Lapangan Terbang Hong Kong dan dihantar pulang ke Taiwan setelah rundingan diadakan dengan Kementerian Luar Kanada.

Penganiayaan itu juga berlaku kepada keluarga, saudara dan rakan Sheng Xue. Walaupun setelah kematian ibu Sheng Xue, beliau terus diserang dengan pandangan umum yang melampau.

“Saya seorang yang mempunyai rasa hormat dan maruah yang kuat. PKC memahami perkara ini, jadi mereka mahu menghancurkan saya secara psikologi. Mereka memberi fokus dalam menyerang perwatakan dan merosakkan reputasi saya,” jelas Sheng Xue. Penindasan PKC terhadap Sheng Xue berterusan sehingga ke hari ini.

Ketakutan menular ke atas komuniti Cina

Sheng Xue merupakan seorang penulis, penyair dan pengulas mengenai hal ehwal semasa, dan sering ditemuramah oleh pelbagai media dan menjadi tetamu hos bual bicara. Tetapi sejak penindasan peribadi terhadapnya bermula, media China jarang mempelawanya untuk wawancara, serta jarang mengundangnya sebagai tetamu dalam forum dan program bual bicara. Seorang wartawan media berbahasa Cina memanggilnya semula untuk satu temu ramah yang kemudian beliau telah diberhentikan kerja.

Ketika Sheng Xue mengabdikan diri untuk gerakan pro-demokrasi, kewartawanan, penulisan, melobi kerajaan dan karier lain, keadaan kesihatannya terus menjadi buruk. Serangan melampau dan kecederaan yang dilakukan ke atas keluarga dan sahabat menyebabkannya berada dalam kesakitan secara fizikal dan mental. Pada awalnya, Sheng Xue menderita sakit kepala dan menghadapi masalah neurologi serta kesakitan di perut, sehingga sering mengunjungi hospital dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Menghadapi tekanan yang kuat, beliau pergi menemui seorang ahli psikologi Cina. Tanpa disangka, doktor tersebut yang melihat data serangan ke atas Sheng Xue segera berkata, “Ini masalah politik, dan saya tidak dapat membantu anda.” Sheng Xue keluar dari rumah psikologi itu dengan kesedihan dan kemarahan. Beliau memandu ke tempat letak kereta McDonald dan menangis sambil berkata, “Tidakkah saya mempunyai kelayakan untuk berjumpa dengan ahli psikologi?”

Sheng Xue berkata, “Jelas PKC sentiasa menghulurkan tangan hitam mereka dalam kalangan komuniti Cina, yang telah menimbulkan ketakutan orang Cina dan mereka tidak berani menyentuh saya.”

PKC gagal ditekan

Sheng Xue terus terang berkata kepercayaannya berasal dari pengalaman dan pengamatan peribadi, ditambah dengan persekitaran keluarga dan didikan ibu bapanya, yang tidak akan berubah dan tidak akan mudah dikalahkan. Mengalami penindasan selama lebih dari 30 tahun hanya menjadikan dirinya lebih kuat dan matang.

Sheng Xue dianiaya dan didiskriminasi bersama keluarganya sejak dirinya masih kecil. Beliau berkata pengalaman seperti ini sebenarnya telah menjadi asas yang kuat untuk dirinya terus hidup dan bertahan.

Tambah pula, kedua ibu bapa telah dianiayai PKC buat seumur hidup dan mereka tidak pernah tunduk kepada rejim komunis China, dan tidak pernah memberitahu anak-anak mereka bahawa mereka perlu mengikuti rejim, mendengar perintah parti dan kerajaan.

Sheng Xue sering sakit dan tidak berdaya, dan hidupnya tergantung banyak kali dengan setiap kali itu menerima nasib yang buruk. Tetapi katanya, “Saya berasa hidup semakin hari semakin diberkati Tuhan.”

Semasa sedang sakit, Sheng Xue menderita kesakitan batu hempedu, pankreatitis dan gastrik ulser. Keadaannya agak serius tetapi semakin sembuh selepas menjalani rawatan. Selama tempoh ini, kenalan prihatin dari seluruh dunia memberinya kata-kata semangat dan sokongan, berkat kemajuan teknologi dan capaian media sosial.

Sebahagian besar mereka tidak pernah bertemu dengan Sheng Xue, dan kebanyakan daripada mereka adalah rakyat tanah besar yang meninggalkan pesanan dan kata-kata semangat.

Seorang pakar bedah Uyghur memberinya nasihat perubatan, seorang ketua Sains Kebahagiaan dari Jepun secara khusus telah pergi ke kuil untuk mendoakannya, dan seorang doktor dari Texas memberikan bimbingan pemulihan.

Terdapat ucapan semangat dari Amerika Syarikat, Australia, Asia, Eropah dan negara seluruh dunia lain, serta masyarakat Tibet, Uyghur, Korea, Turki, Vietnam dan Eropah Timur.

Paparan Skrin / Twitter

Tidak ketinggalan berkat doa semua termasuk pengamal Falun Gong, sains kebahagiaan dan lain-lain agama. Dengan rasa kasih sayang, Sheng Xue menerima puluhan jambangan bunga dan mesej. Namun kerana pandemik, mereka tidak dapat melawat dan hanya mampu menghantarnya ke hadapan pintu sahaja.

Sheng Xue menyatakan rasa amat terharunya, “Oleh kerana saya berada di barisan hadapan kezaliman PKC sehingga ramai yang mengambil berat tentang saya. Ini menunjukkan bahawa keadilan berada di hati setiap orang, dan PKC telah gagal untuk menekannya.”

Sheng Xue menyatakan rasa kesyukuran atas perlindungan Tuhan dan berterima kasih kepada para penyokongnya. Pada masa hadapan, beliau akan terus melakukan yang terbaik sehingga dapat melihat hari kejatuhan PKC yang penuh kezaliman.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI