
Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bertindak menggantung tugas kakitangan yang terlibat dalam insiden tren tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, Kuala Krai pada pagi 9 Januari.
Menerusi kenyataan di laman Facebook, KTMB memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sementara tindakan disiplin akan diambil sekiranya berlaku kecuaian oleh kakitangan terbabit dalam insiden berkenaan.
“KTMB mengesahkan tren Shuttle Timuran No 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat pada pukul 4:05 pagi tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada jam 7:08 pagi”.
KTM Berhad/Facebook
“KTMB memandang serius dan kesal dengan kejadian tersebut terutama melibatkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang baru memulakan sesi persekolahan pada Ahad”.
Tambah kenyataan itu, tindakan penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan dan KTMB menjamin insiden yang sama tidak akan berulang.
KTM turut memaklumkan bahawa kakitangan yang terlibat juga telah digantung tugas.
Terdahulu, sekitar 100 orang pelajar di Kampung Kuala Gris, Kuala Krai tidak berpeluang untuk mengikuti hari pertama persekolahan.
Ia disebabkan oleh tren yang menjadi pengangkutan mereka untuk ke sekolah pada hari itu tidak berhenti di stesen terbabit.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: