26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaRuntuhan tebing air terjun di Brazil korbankan sekurang-kurangnya enam nyawa manakala 20...

Runtuhan tebing air terjun di Brazil korbankan sekurang-kurangnya enam nyawa manakala 20 masih hilang

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 20 yang lain hilang apabila berlakunya runtuhan tebing yang menimpa beberapa buah bot di sebuah tasik pelancongan di Brazil, pada 9 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan, Leftenan Jabatan Bomba Minas Gerais, Pedro Aihara berkata, 20 lagi individu masih hilang dalam kejadian itu manakala 24 mangsa berjaya diselamatkan.

Edgard Estevo da Silva, seorang lagi jurucakap bomba, berkata bahawa anggaran jumlah individu yang hilang ialah seramai 20 orang manakala mereka yang cedera ialah seramai 32 orang.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada tengah hari waktu tempatan, Sabtu lalu di mana serpihan batu besar terpecah dari gaung dan jatuh menjunam di atas tiga buah bot yang sedang dalam perjalanan ke Tasik Furnas, kawasan pelancongan di wilayah Capitolio.

Sebuah video yang mula tersebar di media sosial, yang telah disahkan oleh pihak berkuasa Brazil, menunjukkan sekumpulan bot kecil bergerak perlahan berhampiran tebing batu di Tasik Furnas, apabila berlaku keretakan pada sebuah batu besar, sebelum ia jatuh menimpa sekurang-kurangnya dua buah bot.

Satu lagi video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa minit sebelum kejadian runtuhan berlaku di mana beberapa orang memberi amaran bahawa “banyak batu yang jatuh” dan menjerit kepada penumpang bot lain supaya menjauhi tebing tersebut.

Presiden Jair Bolsonaro melaporkan bahawa sebaik sahaja kejadian itu berlaku, Tentera Laut Brazil telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa dan membawa keluar mereka yang tercedera.

Kerja-kerja mencari mangsa yang turut melibatkan penyelam walau bagaimanapun mengalami gangguan dan dihentikan atas sebab keselamatan sebelum disambung semula pada waktu pagi keesokan harinya.

Menurut anggota bomba, runtuhan tersebut berlaku mungkin ekoran hujan lebat yang turun selama beberapa hari kebelakangan ini di kawasan tenggara Brazil.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI