30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGaya HidupBahaya memberi makanan lauk ayam yang kurang sempurna dimasak kepada si kecil

Bahaya memberi makanan lauk ayam yang kurang sempurna dimasak kepada si kecil

Salah satu kewajipan ibu bapa adalah memastikan kehidupan dan kesihatan anak-anak berada dalam keadaan yang baik. Antaranya dengan menjaga pemakanan supaya ia dapat membantu pertumbuhannya.

Perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari ini menceritakan bagaimana kesan yang boleh berlaku ke atas si kecil sekiranya anak itu diberikan makanan yang kurang sempurna dimasak.

Seorang anak telah dikejarkan ke hospital oleh ibu bapanya setelah berbelas kali muntah dan cirit birit.

Twitter

Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi Twitter menceritakan detik itu:

Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?”

“Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba jadi begini.” suara sayu si ibu menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil.

Remuk hati melihat betapa lemah badan si kecil. Langsung tidak bermaya. Kedua belah mata mencengkung. Dehydrated teruk!

Mana tidaknya, sejak pagi tadi berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai di hospital jarum branula terpaksa dimasukkan ke dalam saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.

“Sebenarnya doktor, malam semalam saya ada suapkan nasi ayam yang dibawa balik dari tempat kerja.” 

“Silap saya. Mula-mula lagi saya perasan ada kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam itu. Daging pun agak kemerahan, macam tak cukup masak,” katanya.

“Tapi dia beria mintak nak rasa, tak sampai hati saya nak tolak. Itu berikan juga sikit.”

Si ayah pun tiba-tiba bersuara. Jelas ternampak raut kesal di wajahnya.

Selalu sangat ada berlaku kes kanak-kanak keracunan makanan. Sebahagiannya berpunca daripada ayam yang tidak dimasak sempurna. Memang patut pun sebab darah yang masih ada pada ayam tu jadi medium yang sesuai untuk kuman membiak.

Kalau yang termakan itu yang ada imuniti kuat seperti kita mungkin setakat perut cramp, muntah dan cirit birit. Boleh jadi kesannya tidak berapa serius.

Tetapi ia sangat bahaya untuk anak kecil.

Paling kita takut apabila kuman tadi masuk ke dalam salur darah anak dan merebak ke seluruh tubuh (bacteremia). Pernah berlaku kes keracunan teruk sehingga akibatkan kematian!

Sebab itu, ibu bapa kena tolong periksa betul-betul setiap makanan semasa hendak diberikan kepada anak kecil.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Jangan beri kalau terdapat tanda-tanda ayam tidak cukup masak seperti:

  • Berbau hanyir
  • Berlendir
  • Tekstur daging berbeza daripada biasa
  • Suhu di bahagian daging lebih sejuk
  • Ada kesan darah terutama di bahagian tulang ayam
  • Daging berwarna kemerahan.

Sebarkan info ini kepada ibu bapa yang lain. Bila sudah dekat-dekat bulan puasa begini, ada yang tidak larat hendak masak sendiri, takut kita terbeli makanan macam ini, yang mungkin boleh buat anak kesayangan keracunan makanan dan jatuh sakit.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI