25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 10, 2026
Utama Blog Laman 193

Cahaya biru tidak baik untuk kanak-kanak dan bagaimana melindungi mereka daripada skrin digital?

0

Kanak-kanak pada abad-21 bukannya tidak mahu mendengar nasihat tetapi mereka kurang gemar jika mereka diarahkan untuk meletakkan telefon atau tablet. Oleh yang demikian, ibu bapa terutamanya perlu menggunakan pendekatan yang lebih santai tetapi tegas dalam mendidik golongan yang ‘rapuh’ ini mengenai penggunaan skrin digital.

Rata-rata kanak-kanak Amerika Syarikat (atau remaja) lebih senang hati menatal atau mengklik skrin telefon atau peranti sehingga sebelum mereka tidur. Sudah tentu perkara ini bukanlah satu budaya yang sihat dalam perkembangan diri dan mental kanak-kanak, namun inilah realiti yang berlaku.

Walau bagaimanapun, ada beberapa sebab yang baik untuk memastikan anak anda tidak terikut-ikut budaya yang tidak sihat ini.

PEXELS

Dalam satu artikel baru-baru ini, kami berbicara mengenai cahaya biru (cahaya HEV), yang dipancarkan daripada skrin komputer, televisyen, peranti mudah alih dan kesannya terhadap mata kita.

Kanak-kanak dan remaja sebenarnya lebih terdedah kepada kesan cahaya biru berbanding kumpulan umur yang lain. Ini disebabkan dua perkara iaitu mata mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk membina perlindungan yang lengkap dan mereka perlu mendapatkan tidur yang secukupnya berbanding orang dewasa.

Cahaya biru mendatangkan kesan buruk terhadap mata kanak-kanak.

Semakin kita meningkat dewasa, kanta mata kita akan beransur-ansur menjadi kuning. Kanta kristal ini melindungi retina. Walaupun kedengaran seperti tidak menyihatkan, ia sebenarnya bertindak sebagai pertahanan semula jadi yang menentang kerosakan UV daripada sinaran cahaya matahari dan sumber cahaya gelombang pendek yang lain.

Menjelang usia 20 tahun, mata kita telah menghasilkan pigmen kuning yang cukup untuk menyerap jumlah cahaya biru yang mencukupi yang melindungi retina kita daripada rosak. Sebaliknya, retina mata yang lebih muda menerima lebih banyak cahaya biru kerana kanta kristal yang lebih jelas.

PEXELS

Cahaya yang dipancarkan daripada skrin sudah tentu jauh lebih rendah berbanding cahaya yang dipancarkan oleh matahari, tetapi ia masih berpontensi untuk membahayakan mata kita khususnya apabila kita memandang sumber cahaya berjam-jam lamanya setiap hari.

Kajian:

Kajian makmal ke atas tikus dan primat (kumpulan mamalia termasuklah orang hutan, monyet dan manusia) menunjukkan pendedahan retina yang berlebihan terhadap cahaya biru terang dalam jangka masa yang panjang mempercepatkan kadar RPE (lapisan sel berpigmen yang menyuburkan sel visual retina) dan kematian fotoreseptor.

Menurut Persatuan Optometrik Amerika, cahaya biru yang boleh dilihat “boleh diserap oleh epitelium pigmen retina (RPE) dan fotoreseptor tertentu (menukar cahaya kepada isyarat yang difahami oleh otak), menjana tekanan oksidatif dan haba setempat”. Tekanan oksidatif telah terbukti membawa kepada pelbagai penyakit mata, termasuk degenerasi makula.

Satu kajian dari Universiti Toledo menemui bukti bahawa cahaya biru daripada peranti digital mengubah molekul penting dalam retina mata kepada pembunuh sel. Mereka mendapati bahawa cahaya biru, khususnya menggalakkan pengumpulan lipofuscins (sejenis pigmen yang dikaitkan dengan penuaan dan kerosakan sel), yang diketahui menyebabkan kesitotoksikan retina. Hasil sampingan beracun daripada pendedahan cahaya biru ini menghalang keupayaan sel untuk mengawal proses utama, membawa kepada ketidakseimbangan kalsium dalam sel, perubahan dalam bentuk sel dan kadar kematian sel yang lebih tinggi.

PEXELS

Dalam jangka masa panjang, molekul sitotoksik ini boleh menyebabkan sejumlah besar sel fotoreseptor retina mati, menyebabkan kita mengalami penglihatan yang semakin teruk dan mungkin juga buta. Penyakit ini dipianggil degenerasi makula dan walaupun ia biasanya bermula pada usia lima puluhan atau lebih, pendedahan yang kerap kepada cahaya yang mempunyai kesan merosakkan pada mata kita mungkin mengurangkan usia itu dengan ketara.

Degenerasi makula tiada penawar seperti yang diulas oleh Kasun Ratnayake, seorang doktor falsafah, pengkaji pelajar, ‘sel fotoreseptor tidak menjana semula dalam mata. Apabila mereka mati, mereka mati untuk selamanya.’

Kita boleh mengandaikan dengan selamat bahawa cahaya yang dipancarkan oleh peranti digital kita tidak memberi apa-apa kebaikan kepada kesihatan mata kita. Bahkan, bagi kanak-kanak, keterdedahan mereka kepada bahaya adalah lebih besar.

PEXELS

Lebihan cahaya biru menyebabkan kekurangan tidur pada waktu malam.

Cahaya biru sama ada daripada cahaya matahari atau skrin elektronik sangat mempengaruhi kitaran tidur-bangun kita.

Apabila cahaya biru memasuki mata, ia menghantar isyarat kepada otak kita untuk menyekat pengeluaran melatonin, hormon yang bertanggungjawab mengawal tidur kita. Inilah sebabnya mengapa kita sukar untuk tidur walhal sudah tiba masa untuk kita tidur jika kita meluangkan masa menonton televisyen atau menyemak e-mel sejurus sebelum tidur. Ini menunjukkan paras melatonin yang rendah menjadikan badan sukar untuk ‘merasa’ bahawa sudah tiba masanya untuk tidur. Disebabkan itu, berbanding orang dewasa, corak tidur kanak-kanak lebih mudah terjejas akibat tindakan melihat skrin sebelum tidur.

Menurut Yayasan Tidur, keperluan tidur manusia berubah apabila usia meningkat. Sebaik-baiknya, kanak-kanak prasekolah (berusia antara 3 hingga 5 tahun) sepatutnya mendapat tidur selama 10 hingga 13 jam sehari (termasuk tidur siang) manakala kanak-kanak sekolah yang berusia 6 hingga 13 tahun pula sepatutnya mendapat tidur selama 9 hingga 11 jam sehari. Bagi remaja berusia 14 hingga 17 tahun pula seharusnya tidur selama 8 hingga 10 jam. Apabila meningkat dewasa, keperluan tidur telah berkurangan kepada 7 hingga 9 jam sehari. Oleh itu, jumlah cahaya biru yang berlebihan berkemungkinan mengurangkan masa tidur bagi kanak-kanak yang lebih muda.

PEXELS

Shalini Paruthi, seorang doktor pakar dalam gangguan tidur kanak-kanak mengatakan kekurangan tidur dalam kalangan kanak-kanak akan menyebabkan mereka menjadi kurang perhatian, gred yang lebih teruk, tidak hadir ke sekolah, interaksi sosial yang lemah, kerengsaan dan keresahan, serta kemurungan. Hal ini akan menyebabkan pencapaian akademik bagi kanak-kanak itu sendiri terjejas.

Selain itu, kesan daripada kurang tidur dalam kalangan kanak-kanak ialah penurunan fungsi sistem imun, prestasi sukan yang lemah, perubahan hormon dan peningkatan risiko obesiti.

Jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang mencukupi akan mengalami gangguan terhadap pembelajaran dan perkembangan kognitif. Lebih parah lagi, ia memberi kesan jangka panjang seperti kurang upaya untuk belajar dan mengekalkan perkara baharu, tidak mampu menyelesaikan masalah dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan yang dilakukannya.

Bagaimana melindungi mata kanak-kanak daripada cahaya biru?

Walaupun mata anak-anak anda mungkin bercahaya apabila diberikan tablet agar mereka dapat bermain permainan kegemaran mereka atau menonton video YouTube dan remaja kita berpuas hati menghabiskan masa berjam-jam di media sosial, adalah penting untuk mengambil langkah untuk mengatasi kerentanan (mudah menghidapi penyakit) mereka terhadap kesan cahaya biru.

Kebanyakan kanak-kanak sangat teruja saat diperkenalkan peranti seperti iPad dan televisyen kepada mereka. Oleh itu, adalah mustahil untuk menghalang mereka daripada menggunakan peranti elektronik pada masa kini. Mujurlah, beberapa langkah mudah ini boleh menjadikan peranti-peranti tersebut sumber hiburan yang lebih selamat.

PEXELS

1. Tetapkan sempadan.

Strategi pertama ialah mengehadkan penggunaan peranti bagi anak anda seperti telefon mudah alih, komputer riba dan apa-apa sahaja skrin yang memancarkan cahaya biru.

Akademik Pediatrik Amerika mencadangkan bahawa kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun sepatutnya diberikan satu jam sahaja masa untuk melihat skrin dan bayi atau kanak-kanak berusia bawah 2 tahun sepatutnya tidak perlu melihat skrin langsung.

Pada masa dahulu, kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas tidak seharusnya menonton skrin lebih daripada 2 jam setiap hari. Garis panduan terkini membolehkan ibu bapa memilih had masa yang lebih sesuai yang berkesan dengan keluarga mereka tetapi mereka perlu konsisten dan masa tayangan sepatutnya tidak diutamakan berbanding tidur, aktiviti fizikal dan interaksi sosial.

PEXELS

Menetapkan had penggunaan peranti digital adalah sangat penting pada waktu sebelum tidur malah sebaik-baiknya jangan biarkan anak-anak menonton skrin sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.

2. Cermin mata penghalang cahaya biru untuk kanak-kanak.

Jika anda menghadapi kesukaran untuk berkompromi dengan anak-anak tentang masa penggunaan peranti, anda boleh pertimbangkan untuk meminta mereka memakai cermin mata penghalang cahaya biru supaya dapat mengurangkan kesan buruk penggunaan skrin dalam tempoh yang panjang. Cermin mata tersebut mempunyai kanta berwarna oren khas yang menapis cahaya biru dan ia direka khas untuk kanak-kanak.

GALERI HIDAYAH

3. Menurunkan kecerahan skrin.

Anda boleh mengurangkan keamatan dan jumlah cahaya biru yang dipancarkan oleh peranti yang digunakan oleh keluarga anda. Salah satu cara yang paling mudah untuk melakukannya ialah dengan menurunkan kecerahan peranti ke tetapan yang paling rendah namun masih boleh dilihat dengan selesa oleh anak anda (anda akan mendapati mata akan menjadi kurang tegang selepas melakukan ini). Anda juga harus bertegas dengan melarang anak-anak menggunakan skrin di dalam bilik yang gelap.

Selain itu, anda juga boleh memuat turun program dan aplikasi untuk peranti peribadi anda yang mengalihkan lampu skrin anda ke arah hujung kuning / panas spektrum warna. Cahaya ini lebih sesuai dengan mata dan tidak akan mengganggu tidur seperti yang dilakukan oleh cahaya biru.

Sesetengah telefon mudah alih pada masa kini telah direka dengan tetapan ‘mod malam’. Dengan adanya pilihan ini, anda boleh menetapkannya untuk bertukar secara automatik apabila tiba waktu petang. Malah, anda boleh mengaktifkan ‘mod malam’ ini sepanjang hari jika anda mahukannya.

4. Sediakan bilik tidur yang menarik untuk anak-anak.

Jika anak-anak anda kerap menggunakan peranti digital dan menghadapi kesukaran untuk mengurangkan penggunaannya sebelum waktu tidur, pertimbangkan untuk memasang lampu dengan warna yang lebih hangat atau cahaya yang kurang terang secara umum. Apabila tiba waktu tidur, bilik yang gelap sepenuhnya adalah yang terbaik (jika mereka selesa tidur tanpa lampu malam).

PEXELS

Selain itu, pastikan tiada telefon mudah alih atau komputer riba di dalam bilik mereka. Ini adalah untuk mengelakkan anak anda daripada menatal skrin sehingga lewat malam.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Penghantar makanan terpaksa ‘menunjuk diploma ijazah’ lepas terima kritikan menunggang dalam hujan demi meraih simpati

0

Walaupun bertugas sebagai pekerja penghantaran makanan sering berhadapan pelbagai halangan dan ragam sepanjang mencari rezeki, nampaknya persepsi terhadap mereka masih banyak dipandang negatif.

Sesetengah orang berpendapat bekerja sebagai rider penghantaran makanan adalah terdiri daripada mereka yang tidak berpelajaran dan tidak berkemahiran. Walau bagaimanapun, persepsi mereka itu silap kerana sebenarnya terdapat ramai rider penghantar makanan memiliki pendidikan formal dan lebih tinggi.

Baru-baru ini, seorang rider penghantar makanan dikenali sebagai Norazmaly, menjadi tular selepas memuat naik video di TikTok ketika dia sedang basah kuyup di dalam hujan. Dalam video itu, dia memberitahu dirinya untuk terus bersabar mencari rezeki ketika menunggang motosikal dalam cuaca buruk.

TikTok

Bagaimanapun, nampaknya videonya itu tidak mendapat sambutan baik buat sesetengah pihak yang menuduh rider itu cuba meraih simpati orang ramai dan itu adalah hukumannya kerana tidak belajar bersungguh-sungguh semasa muda.

Di sebalik kritikan itu, Norazmaly membalas dengan memuat naik video TikTok yang menunjukkan sijil pendidikannya (diploma dan ijazah) untuk menutup mulut dan tangan gatal warganet yang tidak bertanggungjawab.

Tiktok

Bercakap kepada mStar, Muhammad Norazmaly Abdul Malek, berkata dia telah bekerja sebagai rider penghantar makanan sejak Disember tahun lalu.

Pemuda berusia 26 tahun itu turut mendedahkan yang dia telah menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat (Mekanikal) di UniKL MIAT, Sepang, pada Julai tahun lalu.

TikTok

“Selepas tamat belajar, saya membantu keluarga dengan perniagaan kecil-kecilan mereka. Ayah saya mempunyai gerai burger sendiri, manakala ibu saya menjual rojak. Kemudian, saya memutuskan untuk bekerja sebagai penghantar makanan supaya saya boleh memperolehi sedikit wang, di samping pada masa sama saya dapat membantu ibu bapa dengan perniagaan mereka.”

Norazmaly berkata dia bukan anak yang dilahirkan dengan suapan sudu emas di mulut, tetapi tetap bersyukur kerana dapat menjalani kehidupan sederhana.

Gambar mStar

Bercakap mengenai klip video yang kini tular itu, pemuda ini menjelaskan, “Saya ingin memberitahu semua orang untuk bekerja keras pada mulanya, dan menikmati hasil kerja mereka ketika ia adalah saat paling manis. Jika keluarga kita menghadapi kesukaran, itu tidak bermakna kita perlu hidup seperti itu selama-lamanya. Kita perlu bekerja keras untuk mengubah nasib keluarga kita.”

Norazmaly juga berkata dia tidak tersinggung dengan kritikan terhadapnya, sebaliknya hanya mahu membantu menjelaskan tanggapan negatif orang ramai terhadap mereka yang mengalami kesukaran mendapatkan pekerjaan.

TikTok

“Orang yang menganggur tidak semestinya tidak berpendidikan,” jelasnya. “Cuma mereka belum menerima tawaran kerja yang sesuai dengan latar belakang pendidikan mereka. Lagipun, tidak salah bekerja sebagai penghantar makanan. Ia masih kerja yang halal,” katanya.

“Ada mereka yang memiliki ijazah Sarjana dan juga PhD, yang bekerja sebagai penghantar makanan pada waktu lapang. Individu ini tidak akan sombong apabila berada di atas, kerana mereka memahami perjuangan dan susah payah orang lain ketika berada di bawah,” tambahnya.

Gambar mStar

Norazmaly mendedahkan dia bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera atau pensyarah pesawat pada masa hadapan.

“Tidak kira siapa kita, jangan memandang rendah orang lain. Kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui. Walaupun kita tidak mahu memberi sokongan atau mendoakan yang terbaik untuk mereka, jangan sesekali cuba untuk merendahkan orang lain,” tegasnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

CDC Amerika Syarikat alih 24 peratus kematian kanak-kanak akibat COVID-19, beribu-ribu yang lain

0

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah menghapus puluhan ribu kematian yang dikaitkan dengan COVID-19, termasuk hampir satu perempat daripada kematian yang telah disenaraikan dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Agensi kesihatan itu secara senyap-senyap membuat perubahan pada laman web penjejak datanya pada 15 Mac.

“Data mengenai kematian telah diselaraskan selepas menyelesaikan ralat logik pengekodan. Ini mengakibatkan penurunan jumlah kematian merentas semua kategori demografi,” kata CDC di laman web tersebut.

Ibu pejabat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat di Atlanta, Georgia pada 30 September 2014. (Gambar oleh Tami Chappell/REUTERS)

CDC bergantung kepada negeri dan bidang kuasa lain untuk melaporkan kematian COVID-19 dan mengakui data di laman web itu tidak lengkap.

Tetapi statistik itu sering dirujuk oleh para doktor dan orang lain apabila mendesak untuk vaksinasi COVID-19, termasuk angka yang dipercayai hampir semua kanak-kanak perlu diberi vaksinasi. Dr. Rochelle Walensky, pengarah CDC, memetik jumlah kematian dalam jejak data pada November 2021 sambil mendesak panel pakar untuk menasihati agensinya dalam mengesyorkan vaksinasi untuk semua kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Sebelum perubahan itu, CDC menyenaraikan 1,755 kanak-kanak sebagai meninggal dunia akibat COVID-19 bersama-sama kira-kira 851,000 yang lain, menurut Kelley Krohnert, seorang penduduk Georgia yang telah menjejaki kemas kini.

Kemas kini itu menyaksikan CDC mengurangkan 416 kematian dalam kalangan kanak-kanak dan lebih 71,000 di tempat lain, mencapai jumlah kurang daripada 780,000.

Agensi itu enggan memberikan komen sebelum tarikh akhir.

CDC sebelum ini menyelaraskan kiraan angka kematian pada Ogos 2021 “selepas mengenal pasti terdapat percanggahan data.”

“Kemas kini adalah penambahbaikan, tetapi ia sekurang-kurangnya pembetulan ketiga kepada data ini, dan masih tidak menyelesaikan isu itu. Ia hanya menekankan bahawa orang ramai telah menggunakan sumber data yang tidak tepat semasa membincangkan kanak-kanak dan COVID-19,” kata Krohnert kepada The Epoch Times dalam e-mel.

Sesetengah wartawan dan doktor telah memetik data penjejak manakala yang lain menggunakan pengiraan angka yang diuruskan oleh Pusat Statistik Kesihatan Kebangsaan (NCHS) CDC yang disifatkan oleh agensi itu sebagai lebih dipercayai.

Pengiraan NCHS, yang disusun daripada sijil kematian, kini menyenaraikan 921 kematian melibatkan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak dan kira-kira 966,000 kematian melibatkan COVID-19 dalam kalangan kumpulan umur lain.

Kematian dalam jumlah itu termasuk individu yang meninggal dunia dengan COVID-19 dan orang yang meninggal dunia berpunca COVID-19, kata jurucakap CDC kepada The Epoch Times dalam e-mel pada bulan Januari. COVID-19 disenaraikan sebagai punca asas, atau punca kematian utama, pada kira-kira 90 peratus sijil kematian pada masa itu.

Beberapa kematian yang disenaraikan oleh CDC kelihatan tidak berkaitan dengan COVID-19. Sebagai contoh, beberapa kematian kerana lemas sebagai punca kematian; beberapa yang lain telah disenaraikan sebagai daripada pelepasan senjata api, menurut kajian Epoch Times mengenai kod kematian.

Imej mikroskop elektron menunjukkan SARS-CoV-2 yang menjadi penyebab virus COVID-19 (Gambar NIAID)

Buat masa ini, kemas kini pada penjejak data itu digambarkan sebagai “berita hebat” oleh Dr. Alasdair Munro, felo penyelidik klinikal untuk penyakit berjangkit pediatrik di Hospital Universiti Southampton, memandangkan hampir satu perempat daripada kematian COVID-19 pediatrik telah lenyap.

Tetapi Dr. Munro, menulis di media sosial, menyebutnya “sedikit membimbangkan apabila data ini digunakan secara meluas di Amerika Syarikat untuk membimbing atau menyokong dasar.”

Sesetengah orang meminta CDC mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atau sekurang-kurangnya mengumumkan kemas kini, sama seperti cara beberapa agensi peringkat rendah telah menjelaskan dengan jelas penurunan jumlah kematian mereka.

“Adalah keterlaluan untuk mencatatkan secara senyap-senyap kesilapan berbangkit itu,” kata Jessica Adams, bekas pegawai semakan pengawal seliaan di Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA), di Twitter.

Seorang bekas jurucakap CDC Glen Nowak, bagaimanapun menyatakan laman web CDC menggariskan data itu adalah anggaran dan tertakluk kepada perubahan.

“Terdapat pelbagai kompleksiti yang terlibat dalam semua sistem yang cuba menjejak dan meringkaskan data penyakit dan kematian, termasuk perbezaan dalam cara data dikumpulkan dan dilaporkan, kesempurnaan dan ketepatan data, cara data tepat pada masanya dimasukkan ke dalam sistem pengumpulan data dan dilaporkan kepada CDC, dan dalam andaian yang dibuat, dan prosedur yang digunakan untuk menentukan sama ada COVID-19 ialah punca utama kematian, penyebab kematian, atau tidak mungkin faktor penyumbang kematian seseorang,” kata Nowak yang kini penolong dekan penyelidikan dan pengajian siswazah di Universiti Georgia, memberitahu The Epoch Times dalam e-mel.

“Oleh itu, tidak menghairankan ketika pelarasan atau semakan berlaku, termasuk akibat daripada isu berkaitan pengekodan (contoh, mengiktiraf, apabila lebih banyak kes dan maklumat disediakan, bahawa cara yang lebih baik untuk memasukkan, menganalisis dan/atau mentafsir data wujud).”

Glen Nowak berkata beliau tidak terkejut CDC tidak mengumumkan pelarasan itu, memandangkan penafian, yang menegaskan pengumuman oleh agensi persekutuan “adalah terbaik disediakan untuk apa-apa kejadian atau perkembangan yang mempunyai atau boleh memberi impak yang besar terhadap cadangan atau dasar kerajaan.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Gas habis ketika masak? Jangan panik dahulu dan gunakan cara alternatif ini, mudah sahaja!

0

Masih ingat dengan aktiviti yang suka dilakukan pada setiap kali cuti panjang dahulu? Jangan kata cuti panjang, kalau cuti hujung minggu pun seronok juga kalau dapat meluangkan masa bersama untuk melakukan aktiviti camping atau perkhemahan.

Kalau dahulu sebelum musim Covid-19 pasti ramai yang teruja untuk masuk ke dalam hutan, mandi di kaki gunung atau paling tidak pun berkelah dan melakukan berbeku di tepi sungai atau pantai.

Ketika itulah ‘survival skill’ agak sedikit teruji. Berada di tengah hutan bukan seperti berada di dapur, jadi untuk masak pun sudah ada cabaran yang tersendiri. Sebelum ini pun sudah banyak tips untuk memasak di dalam hutan yang diberikan ramai. Kalau dahulu mungkin berpeluh juga kita hendak menyalakan api menggunakan batu, kayu dan sebagainya. Namun, kini sudah ada pemetik api, sekejap sahaja sudah siap.

Persoalannya sekarang, bagaimana untuk memastikan api sentiasa hidup selain menggunakan kayu bakar. Sebenarnya ada cara lebih mudah daripada menggunakan kayu atau daun kering. Apa yang diperlukan ialah minyak dan tisu. Hanya dua bahan ini sudah cukup untuk memastikan api sentiasa ada sepanjang memasak. Namun, sebelum itu, jangan lupa sediakan bekas tahan panas/ api dan pemetik api untuk menyalakan api.

Berikut adalah cara alternatif yang boleh dilakukan. Jika di rumah, tiba-tiba anda kehabisan gas, teknik ini juga boleh dilakukan. Jadi, jangan risau kalau gas habis tiba-tiba pada tengah malam ketika anda memasak.

Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menuangkan minyak masak ke dalam bekas. Kemudian masukkan beberapa helai tisu, kalau ada kapas boleh juga dimasukkan bersama. Pastikan tisu dan kapas direndamkan ke dalam minyak sepenuhnya.

Seterusnya, anda sudah boleh mula menghidupkan api dengan menggunakan pemetik api. Dengan berhati-hati anda boleh bakar tisu yang ada di dalam minyak itu.

Biarkan api stabil dahulu dan barulah ambil tungku dapur (jika ada) dan letak di atas bekas. Jika ketika perkhemahan anda mungkin boleh menggunakan jaring bersi atau batu bata sebagai penghadang asalkan api kekal stabil dan terlindung daripada angin kuat.

Selepas semuanya selesai, anda sudah boleh letakan kuali atau periuk dan bersedia untuk memasak. Mungkin ramai yang risau berapa lama api boleh bertahan. Jadi, jika makanan atau menu yang hendak dimasak menggunakan masa yang lama pastikan anda meletakkan minyak dan tisu yang mencukupi.

Jangan risau kalau ia terpadam kerana anda boleh mengulangi langkah yang sama jika api terpadam. Caranya mudah dan bahan yang diperlukan juga boleh didapati di rumah.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

7 khasiat air kelapa yang ramai tidak tahu, memang banyak manfaatnya pada kulit dan tubuh!

0

Antara nikmat yang paling tidak boleh didustakan ialah nikmat air kelapa. Bayangkan di bawah terik matahari yang membakar, ditambah pula dengan tiupan air yang hangat alangkah baiknya tekak yang kering dapat menikmati air segar yang dingin seperti air kelapa.

Dengan rasanya yang sempurna- masam dan manis ditambah dengan ais yang sejuk sudah boleh buatkan kita bertenaga semula walaupun pada hari yang panas membahang. Itu baru airnya, belum termasuk dengan isinya yang lembut dan manis itu. Memang sebuah kenikmatan berganda!

Air kelapa muda sememangnya menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana rasanya atau kesegarannya malah kerana kandungan dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Ramai yang tahu air kelapa muda baik untuk kesihatan, terutama buat mereka yang demam, tetapi sebenarnya khasiat kelapa muda lebih daripada itu.

Berikut adalah khasiat air kelapa muda yang ramai antara kita terlepas pandang selama ini:

1. Meningkatkan hidrasi badan

Air kelapa juga dikenali sebagai air isotonik semula jadi. Kandungan mineralnya lebih banyak jika dibandingan dengan air tenaga lain. Terdapat banyak elemen seperti kalsium, potassium, magnesium, fosforus dan sodium yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita terutama semasa bersukan. Semasa melakukan senaman pastinya badan menggunakan banyak tenaga dan kehilangan banyak air. Oleh itu, air kelapa dapat mengelakkan dehidrasi badan kita dengan membekalkan kesemua elemen yang diperlukan tubuh.

2. Membantu mengurangkan berat badan

Mendapatkan bentuk badan ideal adalah impian setiap orang. Siapa sahaja tidak gembira jika pakaian yang dibeli ‘ngam’ disarungkan pada tubuh? Jadi, ramai yang sanggup mengorbankan makanan dan minuman kegemaran mereka semata-mata untuk mendapatkan diet yang baik bagi memperolehi bentuk badan sempurna.

Oleh itu, apa kata kalau anda tambahkan air kelapa di dalam diet anda. Selain daripada memiliki kandungan lemak yang rendah, air kelapa juga boleh mengawal selera makan anda. Jadi, anda tidak akan makan secara banyak atau berlebihan.

3. Boleh mendapatkan kulit yang licin dan halus

Ramai antara kita yang menghadapi denga masalah kulit. Jika anda anda memiliki masalah kulit berjerawat atau tidak sekata, ini adalah berita baik untuk anda. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan cuba mengamalkan minum air kelapa.

Hal ini kerana air kelapa sebenarnya mampu melembabkan kulit muka anda sama seperti fungsi pelembab muka yang dijual di luar sana. Selain itu, ia juga dapat membuang minyak pada kulit wajah. Jadi, tidak hairanlah banyak krim pelembab yang dijual di pasaran sekarang mengandungi ekstrak kelapa yang banyak.

4. Mempercepatkan pencernaan

Sembelit adalah antara masalah yang paling tidak digemari ramai. Pasti rasa tidak selesa bukan sahaja pada perut malah seluruh badan kadangkala boleh terkesan sama.

Buat anda yang berhadapan dengan isu ini anda mungkin boleh mula mengamalkan minum air kelapa. Hal ini kerana air kelapa boleh membantu mempercepatkan proses pencernaan kerana air kelapa juga sebenarnya mempunyai kadar fiber yang tinggi. Jadi, masalah penghadaman akan dapat dielakkan seterusnya melancarkan sistem pencernaan anda.

5. Kaya dengan nutrien

Memandangkan air kelapa sememangnya kaya dengan khasiat, nutrien, mineral dan enzim semula jadi jadi adalah lebih baik jika anda minum air kelapa yang segar. Kalau boleh jangan beli air kelapa ‘segera’ yang dijual di pasar-pasar raya kerana air kelapa itu sudah ditambah dengan gula, bahan perisa dan bahan pengawet lain. Ia bukan sahaja menjejaskan rasa malah khasiat smeula jadi air kelapa juga mungkin tidak akan sama dengan air kelapa sebenar.

6. Mengurangkan tekanan darah

Terdapat banyak kajian mengatakan bahawa air kelapa boleh meningkatkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah serta mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Jadi, bagi anda yang merupakan penghidap darah tinggi mungkin sudah tiba masanya untuk mula minum air kelapa secara kerap bagi mengawal tekanan darah anda.

7. Mengurangkan rasa mual bagi wanita hamil

Wanita yang hamil seringkali menghadapi masalah loya dan mual yang dikenali sebagai ‘morning sickness’. Ianya adalah perkara yang biasa berlaku terutama pada peringkat awal kehamilan mereka. Jika sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya, anda disarankan untuk minum air kelapa bagi mengurangkan rasa mual. Bukan itu sahaja, air kelapa juga dikatakan dapat meningkatkan metabolisme anda.

Air kelapa sememangnya memiliki jumlah khasiat yang banyak untuk tubuh. Ianya bukan sahaja menyegarkan malah kandungan vitamin dan nutrien yang ada adalah sangat baik untuk semua orang.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

5 hari pasang vinyl lantai sendiri, hasilnya sangat mengagumkan!

0

Siapa sangka, vinyl lantai yang berharga RM2.10 sekeping itu boleh sahaja menyerikan suasana rumah dengan sentuhan buat sendiri (DIY). Muhamad Nur Faizul V telah melakukan sendiri pemasangan vinyl lantai di rumahnya yang memakan masa selama 5 hari.

Muhamad Nur Faizul V pada asalnya bercadang untuk memasang karpet di dalam rumahnya, namun dek kerana telah jatuh hati pada vinyl lantai di kedai RM2, dia menukar rancangan untuk memasang vinyl lantai pula. Untuk melaksanakan rancangan tersebut isterinya telah mencadangkan kepadanya supaya membeli vinyl lantai di kedai Eco memandangkan harganya lebih kurang sahaja jika dibandingkan dengan vinyl lantai di Shopee. Untuk projek ini, Muhamad Nur Faizul V telah membeli 140 keping vinyl lantai.

Menurut Muhamad Nur Faizul V, dia belajar cara memasang dan kiraan vinyl lantai yang diperlukan untuk dipasang di rumahnya adalah daripada saluran YouTube. Kata Muhamad Nur Faizul V lagi, untuk bilik yang berukuran 19X10 kaki ini, daripada 140 keping vinyl lantai yang dibeli, hanya berbaki beberapa keping sahaja yang tidak digunakan.

Kerja-kerja pemasangan dilakukan sendiri oleh Muhamad Nur Faizul V dengan alatan wajib ada seperti L square, L 45°, pembaris panjang dan pisau. Untuk vinyl lantai jenis sticker ini, ia sudah dilengkapi dengan gam dibelakangnya, jadi kerja-kerja pemasangan menjadi lebih mudah dan bersih. Muhamad Nur Faizul V turut berkongsi bahawa tidak ada masalah jika mahu memasang vinyl lantai seperti ini di atas lantai bermozek. Jika vinyl lantai dibuka semula pun, lantai bermozek tersebut tidak akan rosak.

Muhamad Nur Faizul V telah menunjukkan cara pemasangan vinyl lantai daripada awal proses hingga siap. Mula-mula buat tanda ditengah-tengah bilik agar tidak tersalah pasang. Kemudian, mula memasang vinyl lantai daripada bucu pertama paling atas digarisan itu. Muhamad Nur Faizul V tidak menafikan bahawa di awal proses pemasangan vinyl lantai memang agak sukar namun dipertengahannya nanti ia menjadi mudah. Tambah Muhamad Nur Faizul V lagi, jika lantai bilik tidak rata, gunakan tukul hijau (seperti dalam gambar) untuk mengetuk vinyl lantai supaya gamnya melekat lebih kuat pada lantai.

Kerja-kerja pemasangan vinyl lantai ini menjadi lebih mudah dengan menggunakan tukul hijau menurut Muhamad Nur Faizul V. Tukul ini boleh didapati di kedai hardware. Jika hendak mendapatkannya, cari tukul yang bergetah.

Selepas lima hari bertungkus-lumus memasang vinyl lantai ini, akhirnya siap! Muhamad Nur Faizul V berasa puas hati melihat hasil pemasangan vinyl lantai tersebut. Siapa sangka, lantai bilik yang cantik, kemas dan indah dipandang ini terhasil daripada cantuman kepingan-kepingan vinyl lantai yang dibeli daripada kedai Eco sahaja! Memang nampak menarik sungguh bilik ini.

Untuk menjadikan bilik ini lebih cantik dan sempurna, Muhamad Nur Faizul V bercadang untuk memasang skirting pula selepas siap memasang vinyl lantai dilantai. Skirting itu adalah vinyl lantai yang ditampal pada papan mdf.

Inilah hasilnya. Cantik bukan? Proses menampal vinyl lantai ini dilakukan sendirian oleh Muhamad Nur Faizul V selama lima hari manakala proses pembersihan pula, dia dibantu oleh isterinya.

Muhamad Nur Faizul V turut berpesanan bahawa vinyl lantai tidak sesuai dipasang di bilik air. Menurutnya, untuk bilik air, lebih baik gunakan cat epoxy.

Untungnya memasang vinyl lantai di ruah sendiri ialah ia mudah dipasang. Bukan sahaja boleh dipasang di dalam rumah, anda boleh memasang vinyl lantai ini dibahagian luar rumah seperti di halaman belakang. Selain itu, anda boleh memasang vinyl lantai dibahagian tepi kolam agar sekitarnya tidak licin.

Vinyl lantai mudah dijaga. Anda hanya perlu menyapunya dengan bersih sahaja dan vinyl lantai akan kekal berkilat. Lagi pula, daya tahan vinyl lantai ini tidak memerlukan anda untuk menukarnya saban tahun, jadi anda dapat menjimatkan perbelanjaan untuk mencantikkan rumah. Vinyl lantai bukan sahaja mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang malah berupaya melindungi ubin dan granit lantai hingga berbelas tahun lamanya! Usah risau kerana vinyl lantai tidak merosakkan lantai asal.

Jika anda mempunyai anak kecil yang sangat aktif, vinyl lantai adalah pilihan yang tepat untuk dipasangkan pada lantai rumah anda. Ini kerana tesktur vinyl lantai tidak akan mencederakan anak anda dan ia mesra kanak-kanak.

Jika anda mahukan sesuatu yang baharu untuk rumah anda, bolehlah mencuba idea untuk memasang vinyl lantai ini. Pasti hari raya tahun ini lebih meriah dan ceria dengan pemasangan vinyl lantai di rumah anda. Selamat mencuba!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Anak cimpanzi nakal baling batu ke arah pengunjung zoo, cimpanzi tua ambil dahan rotannya supaya lain kali tidak kurang ajar

0

Rupanya bukan manusia sahaja yang kena tahu beradab dengan orang lain, cimpanzi pun kena tahu beradab kepada orang lain dengan menjaga kelakuan.

Seekor anak cimpanzi nakal menerima pengajaran dalam hidup apabila dia tiba-tiba dirotan oleh cimpanzi tua selepas tindakannya membaling batu ke arah pengunjung sebuah zoo di China. 

Facebook

Seorang netizen berkongsi video di Weibo yang berjaya merakam keletah seekor anak cimpanzi di zoo itu sedang membaling batu ke arah pengunjung, tidak sangka kelakuannya itu diperhatikan oleh salah seekor cimpanzi yang lebih tua.

Facebook

Spontan si kecil cimpanzi dididik dengan hukuman rotan oleh cimpanzi lebih tua itu.

Pada mulanya semua orang menyangka cimpanzi kecil yang melempar batu hanya anak yang nakal dan comel sedang bermain. 

Facebook

Tidak sangka pula cimpanzi tua itu muncul dari arah belakang dengan membawa dahan kayu lalu merotannya dengan wajah yang bengis.

Facebook

Anak cimpanzi itu terpaksa berhenti membaling batu dan melarikan dirinya bagi mengelak daripada terus dipukul.

Facebook

Walaupun tidak jelas pertalian darah antara kedua-dua cimpanzi tersebut, video itu seperti mahu memberitahu cimpanzi juga tahu mengajar anak seperti mana “ibu bapa memberi pengajaran kepada anak yang nakal” supaya lain kali jangan menjadi kurang ajar dan menghormati orang lain.

Facebook

Video yang dimuat naik di Weibo ini mendapat perhatian dengan tontonan lebih 10 juta netizen sambil meninggalkan komen:

“Cimpanzi pun tahu mendidik anak, macam mana kita manusia tidak dapat mempelajarinya.”

“Jadi, IQ cimpanzi sangat tinggi untuk memahami.”

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lebih 700 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau

0

TAWAU – Dianggarkan lebih 700 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di perkampungan atas air Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas pada petang Khamis, 17 Mac.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 4.45 petang.

Twitter

“Operasi pemadaman segera dijalankan sebaik tiba di lokasi kejadian. Struktur hampir semua rumah yang musnah dibina daripada kayu mengakibatkan api kebakaran merebak dengan cepat.

“Keadaan api yang sudah besar juga menyebabkan anggota bomba bertugas pada awalnya sukar mengawal kebakaran.

“Kita juga menghadapi masalah dari segi sumber air yang ada di sini namun api berjaya dikawal dengan menggunakan pam yang sedia ada untuk mendapatkan sumber air laut dan daripada tanker bomba,” katanya kepada Kosmo!

Twitter

Operasi memadam kebakaran membabitkan 49 anggota dan turut dibantu oleh BBP Semporna dan Bomba Komuniti Kampung Kitingan dengan lima bot.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 9.37 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala operasi tamat pada jam 10.40 malam dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, salah seorang mangsa kebakaran, Abdullah Ahmad Naning, 54 tahun menceritakan dia bersama isterinya berdepan detik cemas ketika hendak menyelamatkan diri sehingga mereka memasuki rumah jiran dan akhirnya terjun ke laut kerana semua laluan jambatan telah musnah terbakar.

Manakala seorang warga emas Almah Puyung, 63 tahun nekad menggendong dua cucunya dan meredah lumpur serta air laut demi menyelamatkan diri apabila rumah mereka yang didiami selama 15 tahun musnah dalam kebakaran itu.

“Saya tidak fikir apa, saya gendong cucu saya berumur enam bulan serta satu tahun yang berada dalam buaian dan terus menyelamatkan diri,” katanya yang tinggal sehelai sepinggang dalam nada sebak kepada Sinar Harian

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kipas tidak boleh tetap dibuka ketika penyaman udara dipasang, ini sebabnya

0

Ada yang sudah menjadi amalan ketika musim panas, penyaman udara dipasang dan kipas pun tetap dibuka dan berpusing. Konon hendak cepat rasa sejuk.

Tetapi cara begini tidak disarankan.

Seorang pengguna Facebook yang merupakan juruteknik Muhammad Noramin Mat menjelaskan dalam hantarannya, tindakan ini bukan sahaja membazir, malahan akan menyebabkan kos penyelenggaraan penyaman udara bertambah.

Gambar Hiasan /Unsplash

Berikut adalah perkongsian Muhammad Noramin Mat:

Pasang penyaman udara dan pasang kipas angin biasa. 

Kalau anda hendak tahu, bila dua-dua benda ini dipasang dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul.

Selepas itu filter penyaman udara anda akan tersumbat.

Jika benda macam ini berlaku, anda kena cuci filter penyaman udara dengan kerap.

Gambar Impiana

Kalau tidak cuci filter, macam mana hendak rasa sensasi sejuk penyaman udara itu bukan?

Anda semua akan rasa banyak angin daripada rasa dingin.

Kalau macam itu, rugi sahajalah pasang penyaman udara dekat rumah kalau rasa dingin itu tak ‘best’ kan?

Gambar Hiasan / Pixabay

Situasi dia seperti gambarajah di bawah:

Gambar A:

Facebook

Situasi normal bila pasang penyaman udara dan tutup kipas biasa.

Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.

Gambar B:

Facebook

Situasi di mana apabila kipas dan penyaman udara dipasang kedua-duanya.

Menyebabkan penyaman udara menjadi pening dengan suhu ruang bilik.

Kitaran hawa panas dan dingin bercampur.

Ini boleh menyebabkan bil elektrik anda menjadi tinggi. Tetapi kalau anda tahu guna “MOD DRY”, itu sudah dikira cerita lain.

Semoga perkongsian Muhammad Noramin Mat memberi manfaat.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Otak wanita ibarat roti jala, lelaki banyak kotak,” Doktor kongsi perbezaan otak berdasarkan jantina

0

Kadang kala amat menarik apabila kita memikirkan bagaimana otak seseorang itu berfungsi dengan menurut fakta berdasarkan perbezaan jantina lelaki dan wanita.

Apa yang berbeza antara otak lelaki dan otak wanita?

Pakar Kepimpinan Diri Keluarga dan Organisasi, Dr. Hjh. Azuraida Shahadan telah berkongsi di Facebook mengenai perbezaan ini untuk kita lebih memahami fikiran pasangan masing-masing.

Facebook

Perbezaan otak lelaki dan otak wanita

Menurut kajian yang dibuat oleh Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat:

LELAKI boleh untuk TIDAK MELAKUKAN APA-APA dan masih tenang.

PEREMPUAN tidak boleh TIDAK MELAKUKAN APA-APA kerana ia menyebabkan perempuan menjadi resah, dan ketika melihat lelaki tidak melakukan apa-apa, perempuan sering mempunyai persoalan, “Kenapa lelaki macam ni eh”.

Gambar Hiasan / Unsplash

Fakta menarik otak lelaki:

Sebenarnya, otak lelaki terdiri daripada kotak-kotak kecil, yang tidak berhubung sesamanya. Kotak ini bebas dan tidak bersandar dengan kotak-kotak lain.

Dalam erti kata mudah, ada ruang khas untuk setiap perkara. Contoh, lelaki ada kotak untuk kereta, kotak untuk wang, kotak untuk pekerjaan, kotak untuk anak-anak, kotak untuk isteri, kotak untuk ibu bapa dan lain-lain.

Ketika seseorang lelaki membincangkan subjek tertentu, mereka akan pergi secara khusus ke kotak yang sesuai, membukanya, dan membincangkan hanya isi kotak itu.

Kemudian setelah selesai, mereka akan menutup semula kotak tersebut dengan harapan tidak menyentuh atau mengganggu kotak lain.

Gambar Hiasan / Pixabay

Fakta menarik otak wanita:

Perkara berbeza dengan wanita.

Otak wanita terdiri daripada kotak bertali yang besar dan semuanya terhubung antara satu sama lain dengan ikatan yang teguh, ala macam roti jala, berserat dan berhubung dengan kesemua kotak dihubungkan bersama ‘emosi’.

Ini adalah salah satu sebab mengapa wanita cenderung beremosi, mengkaitkan satu perkara dengan perkara lain dan mengingati banyak perkara. 

Selain itu, wanita juga tidak boleh duduk diam, kerana ikatan yang ada pada kotak-kotak ini. Walaupun hakikatnya wanita ada “kotak diam”, namun ia terikat dengan kotak-kotak lain yang tidak reti duduk diam.

Gambar Hiasan / Unsplash

Lelaki dicipta lebih fokus, wanita dicipta lebih ‘multitask’, dalam melakukan sesuatu.

Tahu tak kotak kegemaran lelaki yang menjadi kebencian perempuan itu apa?

‘A BOX OF NOTHING’..

Kotak yang tak ada apa di dalamnya. Ya, tiada apa-apa. Percaya atau tidak, kadang-kadang kaum lelaki ini memang tiada apa yang difikirkan dalam otak mereka, hanya tiada apa-apa. Jadi jangan marah bila anda tanya,

“Bagaimana hari awak hari ni?,” Dia jawab “okay”.

Sepatah sahaja walaupun sehari ada 9 jam di tempat kerja. Paling win, kalau kita jumpa kawan lelaki yang sudah 5 tahun tak jumpa, dan kita tanya,

“Macam mana hidup awak?,” Dia jawab “okay lah”.

5 tahun kehidupan disimpulkan dengan sepatah perkataan.

Inilah istimewanya ciptaan Tuhan. Lelaki diciptakan lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Namun, wanita diciptakan untuk lebih ‘multitask’ dalam melakukan sesuatu.

Terima sahaja dengan hati terbuka perbezaan ini!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: