Rupanya bukan manusia sahaja yang kena tahu beradab dengan orang lain, cimpanzi pun kena tahu beradab kepada orang lain dengan menjaga kelakuan.
Seekor anak cimpanzi nakal menerima pengajaran dalam hidup apabila dia tiba-tiba dirotan oleh cimpanzi tua selepas tindakannya membaling batu ke arah pengunjung sebuah zoo di China.
Seorang netizen berkongsi video di Weibo yang berjaya merakam keletah seekor anak cimpanzi di zoo itu sedang membaling batu ke arah pengunjung, tidak sangka kelakuannya itu diperhatikan oleh salah seekor cimpanzi yang lebih tua.
Spontan si kecil cimpanzi dididik dengan hukuman rotan oleh cimpanzi lebih tua itu.
Pada mulanya semua orang menyangka cimpanzi kecil yang melempar batu hanya anak yang nakal dan comel sedang bermain.
Tidak sangka pula cimpanzi tua itu muncul dari arah belakang dengan membawa dahan kayu lalu merotannya dengan wajah yang bengis.
Anak cimpanzi itu terpaksa berhenti membaling batu dan melarikan dirinya bagi mengelak daripada terus dipukul.
Walaupun tidak jelas pertalian darah antara kedua-dua cimpanzi tersebut, video itu seperti mahu memberitahu cimpanzi juga tahu mengajar anak seperti mana “ibu bapa memberi pengajaran kepada anak yang nakal” supaya lain kali jangan menjadi kurang ajar dan menghormati orang lain.
Video yang dimuat naik di Weibo ini mendapat perhatian dengan tontonan lebih 10 juta netizen sambil meninggalkan komen:
“Cimpanzi pun tahu mendidik anak, macam mana kita manusia tidak dapat mempelajarinya.”
“Jadi, IQ cimpanzi sangat tinggi untuk memahami.”
Tonton video di sini.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: