25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya Hidup5 hari pasang vinyl lantai sendiri, hasilnya sangat mengagumkan!

5 hari pasang vinyl lantai sendiri, hasilnya sangat mengagumkan!

Siapa sangka, vinyl lantai yang berharga RM2.10 sekeping itu boleh sahaja menyerikan suasana rumah dengan sentuhan buat sendiri (DIY). Muhamad Nur Faizul V telah melakukan sendiri pemasangan vinyl lantai di rumahnya yang memakan masa selama 5 hari.

Muhamad Nur Faizul V pada asalnya bercadang untuk memasang karpet di dalam rumahnya, namun dek kerana telah jatuh hati pada vinyl lantai di kedai RM2, dia menukar rancangan untuk memasang vinyl lantai pula. Untuk melaksanakan rancangan tersebut isterinya telah mencadangkan kepadanya supaya membeli vinyl lantai di kedai Eco memandangkan harganya lebih kurang sahaja jika dibandingkan dengan vinyl lantai di Shopee. Untuk projek ini, Muhamad Nur Faizul V telah membeli 140 keping vinyl lantai.

Menurut Muhamad Nur Faizul V, dia belajar cara memasang dan kiraan vinyl lantai yang diperlukan untuk dipasang di rumahnya adalah daripada saluran YouTube. Kata Muhamad Nur Faizul V lagi, untuk bilik yang berukuran 19X10 kaki ini, daripada 140 keping vinyl lantai yang dibeli, hanya berbaki beberapa keping sahaja yang tidak digunakan.

Kerja-kerja pemasangan dilakukan sendiri oleh Muhamad Nur Faizul V dengan alatan wajib ada seperti L square, L 45°, pembaris panjang dan pisau. Untuk vinyl lantai jenis sticker ini, ia sudah dilengkapi dengan gam dibelakangnya, jadi kerja-kerja pemasangan menjadi lebih mudah dan bersih. Muhamad Nur Faizul V turut berkongsi bahawa tidak ada masalah jika mahu memasang vinyl lantai seperti ini di atas lantai bermozek. Jika vinyl lantai dibuka semula pun, lantai bermozek tersebut tidak akan rosak.

Muhamad Nur Faizul V telah menunjukkan cara pemasangan vinyl lantai daripada awal proses hingga siap. Mula-mula buat tanda ditengah-tengah bilik agar tidak tersalah pasang. Kemudian, mula memasang vinyl lantai daripada bucu pertama paling atas digarisan itu. Muhamad Nur Faizul V tidak menafikan bahawa di awal proses pemasangan vinyl lantai memang agak sukar namun dipertengahannya nanti ia menjadi mudah. Tambah Muhamad Nur Faizul V lagi, jika lantai bilik tidak rata, gunakan tukul hijau (seperti dalam gambar) untuk mengetuk vinyl lantai supaya gamnya melekat lebih kuat pada lantai.

Kerja-kerja pemasangan vinyl lantai ini menjadi lebih mudah dengan menggunakan tukul hijau menurut Muhamad Nur Faizul V. Tukul ini boleh didapati di kedai hardware. Jika hendak mendapatkannya, cari tukul yang bergetah.

Selepas lima hari bertungkus-lumus memasang vinyl lantai ini, akhirnya siap! Muhamad Nur Faizul V berasa puas hati melihat hasil pemasangan vinyl lantai tersebut. Siapa sangka, lantai bilik yang cantik, kemas dan indah dipandang ini terhasil daripada cantuman kepingan-kepingan vinyl lantai yang dibeli daripada kedai Eco sahaja! Memang nampak menarik sungguh bilik ini.

Untuk menjadikan bilik ini lebih cantik dan sempurna, Muhamad Nur Faizul V bercadang untuk memasang skirting pula selepas siap memasang vinyl lantai dilantai. Skirting itu adalah vinyl lantai yang ditampal pada papan mdf.

Inilah hasilnya. Cantik bukan? Proses menampal vinyl lantai ini dilakukan sendirian oleh Muhamad Nur Faizul V selama lima hari manakala proses pembersihan pula, dia dibantu oleh isterinya.

Muhamad Nur Faizul V turut berpesanan bahawa vinyl lantai tidak sesuai dipasang di bilik air. Menurutnya, untuk bilik air, lebih baik gunakan cat epoxy.

Untungnya memasang vinyl lantai di ruah sendiri ialah ia mudah dipasang. Bukan sahaja boleh dipasang di dalam rumah, anda boleh memasang vinyl lantai ini dibahagian luar rumah seperti di halaman belakang. Selain itu, anda boleh memasang vinyl lantai dibahagian tepi kolam agar sekitarnya tidak licin.

Vinyl lantai mudah dijaga. Anda hanya perlu menyapunya dengan bersih sahaja dan vinyl lantai akan kekal berkilat. Lagi pula, daya tahan vinyl lantai ini tidak memerlukan anda untuk menukarnya saban tahun, jadi anda dapat menjimatkan perbelanjaan untuk mencantikkan rumah. Vinyl lantai bukan sahaja mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang malah berupaya melindungi ubin dan granit lantai hingga berbelas tahun lamanya! Usah risau kerana vinyl lantai tidak merosakkan lantai asal.

Jika anda mempunyai anak kecil yang sangat aktif, vinyl lantai adalah pilihan yang tepat untuk dipasangkan pada lantai rumah anda. Ini kerana tesktur vinyl lantai tidak akan mencederakan anak anda dan ia mesra kanak-kanak.

Jika anda mahukan sesuatu yang baharu untuk rumah anda, bolehlah mencuba idea untuk memasang vinyl lantai ini. Pasti hari raya tahun ini lebih meriah dan ceria dengan pemasangan vinyl lantai di rumah anda. Selamat mencuba!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI