30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaInspirasiPenghantar makanan terpaksa ‘menunjuk diploma ijazah’ lepas terima kritikan menunggang dalam hujan...

Penghantar makanan terpaksa ‘menunjuk diploma ijazah’ lepas terima kritikan menunggang dalam hujan demi meraih simpati

Walaupun bertugas sebagai pekerja penghantaran makanan sering berhadapan pelbagai halangan dan ragam sepanjang mencari rezeki, nampaknya persepsi terhadap mereka masih banyak dipandang negatif.

Sesetengah orang berpendapat bekerja sebagai rider penghantaran makanan adalah terdiri daripada mereka yang tidak berpelajaran dan tidak berkemahiran. Walau bagaimanapun, persepsi mereka itu silap kerana sebenarnya terdapat ramai rider penghantar makanan memiliki pendidikan formal dan lebih tinggi.

Baru-baru ini, seorang rider penghantar makanan dikenali sebagai Norazmaly, menjadi tular selepas memuat naik video di TikTok ketika dia sedang basah kuyup di dalam hujan. Dalam video itu, dia memberitahu dirinya untuk terus bersabar mencari rezeki ketika menunggang motosikal dalam cuaca buruk.

TikTok

Bagaimanapun, nampaknya videonya itu tidak mendapat sambutan baik buat sesetengah pihak yang menuduh rider itu cuba meraih simpati orang ramai dan itu adalah hukumannya kerana tidak belajar bersungguh-sungguh semasa muda.

Di sebalik kritikan itu, Norazmaly membalas dengan memuat naik video TikTok yang menunjukkan sijil pendidikannya (diploma dan ijazah) untuk menutup mulut dan tangan gatal warganet yang tidak bertanggungjawab.

Tiktok

Bercakap kepada mStar, Muhammad Norazmaly Abdul Malek, berkata dia telah bekerja sebagai rider penghantar makanan sejak Disember tahun lalu.

Pemuda berusia 26 tahun itu turut mendedahkan yang dia telah menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat (Mekanikal) di UniKL MIAT, Sepang, pada Julai tahun lalu.

TikTok

“Selepas tamat belajar, saya membantu keluarga dengan perniagaan kecil-kecilan mereka. Ayah saya mempunyai gerai burger sendiri, manakala ibu saya menjual rojak. Kemudian, saya memutuskan untuk bekerja sebagai penghantar makanan supaya saya boleh memperolehi sedikit wang, di samping pada masa sama saya dapat membantu ibu bapa dengan perniagaan mereka.”

Norazmaly berkata dia bukan anak yang dilahirkan dengan suapan sudu emas di mulut, tetapi tetap bersyukur kerana dapat menjalani kehidupan sederhana.

Gambar mStar

Bercakap mengenai klip video yang kini tular itu, pemuda ini menjelaskan, “Saya ingin memberitahu semua orang untuk bekerja keras pada mulanya, dan menikmati hasil kerja mereka ketika ia adalah saat paling manis. Jika keluarga kita menghadapi kesukaran, itu tidak bermakna kita perlu hidup seperti itu selama-lamanya. Kita perlu bekerja keras untuk mengubah nasib keluarga kita.”

Norazmaly juga berkata dia tidak tersinggung dengan kritikan terhadapnya, sebaliknya hanya mahu membantu menjelaskan tanggapan negatif orang ramai terhadap mereka yang mengalami kesukaran mendapatkan pekerjaan.

TikTok

“Orang yang menganggur tidak semestinya tidak berpendidikan,” jelasnya. “Cuma mereka belum menerima tawaran kerja yang sesuai dengan latar belakang pendidikan mereka. Lagipun, tidak salah bekerja sebagai penghantar makanan. Ia masih kerja yang halal,” katanya.

“Ada mereka yang memiliki ijazah Sarjana dan juga PhD, yang bekerja sebagai penghantar makanan pada waktu lapang. Individu ini tidak akan sombong apabila berada di atas, kerana mereka memahami perjuangan dan susah payah orang lain ketika berada di bawah,” tambahnya.

Gambar mStar

Norazmaly mendedahkan dia bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera atau pensyarah pesawat pada masa hadapan.

“Tidak kira siapa kita, jangan memandang rendah orang lain. Kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui. Walaupun kita tidak mahu memberi sokongan atau mendoakan yang terbaik untuk mereka, jangan sesekali cuba untuk merendahkan orang lain,” tegasnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI