30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaKesihatan7 khasiat air kelapa yang ramai tidak tahu, memang banyak manfaatnya pada...

7 khasiat air kelapa yang ramai tidak tahu, memang banyak manfaatnya pada kulit dan tubuh!

Antara nikmat yang paling tidak boleh didustakan ialah nikmat air kelapa. Bayangkan di bawah terik matahari yang membakar, ditambah pula dengan tiupan air yang hangat alangkah baiknya tekak yang kering dapat menikmati air segar yang dingin seperti air kelapa.

Dengan rasanya yang sempurna- masam dan manis ditambah dengan ais yang sejuk sudah boleh buatkan kita bertenaga semula walaupun pada hari yang panas membahang. Itu baru airnya, belum termasuk dengan isinya yang lembut dan manis itu. Memang sebuah kenikmatan berganda!

Air kelapa muda sememangnya menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana rasanya atau kesegarannya malah kerana kandungan dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Ramai yang tahu air kelapa muda baik untuk kesihatan, terutama buat mereka yang demam, tetapi sebenarnya khasiat kelapa muda lebih daripada itu.

Berikut adalah khasiat air kelapa muda yang ramai antara kita terlepas pandang selama ini:

1. Meningkatkan hidrasi badan

Air kelapa juga dikenali sebagai air isotonik semula jadi. Kandungan mineralnya lebih banyak jika dibandingan dengan air tenaga lain. Terdapat banyak elemen seperti kalsium, potassium, magnesium, fosforus dan sodium yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita terutama semasa bersukan. Semasa melakukan senaman pastinya badan menggunakan banyak tenaga dan kehilangan banyak air. Oleh itu, air kelapa dapat mengelakkan dehidrasi badan kita dengan membekalkan kesemua elemen yang diperlukan tubuh.

2. Membantu mengurangkan berat badan

Mendapatkan bentuk badan ideal adalah impian setiap orang. Siapa sahaja tidak gembira jika pakaian yang dibeli ‘ngam’ disarungkan pada tubuh? Jadi, ramai yang sanggup mengorbankan makanan dan minuman kegemaran mereka semata-mata untuk mendapatkan diet yang baik bagi memperolehi bentuk badan sempurna.

Oleh itu, apa kata kalau anda tambahkan air kelapa di dalam diet anda. Selain daripada memiliki kandungan lemak yang rendah, air kelapa juga boleh mengawal selera makan anda. Jadi, anda tidak akan makan secara banyak atau berlebihan.

3. Boleh mendapatkan kulit yang licin dan halus

Ramai antara kita yang menghadapi denga masalah kulit. Jika anda anda memiliki masalah kulit berjerawat atau tidak sekata, ini adalah berita baik untuk anda. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan cuba mengamalkan minum air kelapa.

Hal ini kerana air kelapa sebenarnya mampu melembabkan kulit muka anda sama seperti fungsi pelembab muka yang dijual di luar sana. Selain itu, ia juga dapat membuang minyak pada kulit wajah. Jadi, tidak hairanlah banyak krim pelembab yang dijual di pasaran sekarang mengandungi ekstrak kelapa yang banyak.

4. Mempercepatkan pencernaan

Sembelit adalah antara masalah yang paling tidak digemari ramai. Pasti rasa tidak selesa bukan sahaja pada perut malah seluruh badan kadangkala boleh terkesan sama.

Buat anda yang berhadapan dengan isu ini anda mungkin boleh mula mengamalkan minum air kelapa. Hal ini kerana air kelapa boleh membantu mempercepatkan proses pencernaan kerana air kelapa juga sebenarnya mempunyai kadar fiber yang tinggi. Jadi, masalah penghadaman akan dapat dielakkan seterusnya melancarkan sistem pencernaan anda.

5. Kaya dengan nutrien

Memandangkan air kelapa sememangnya kaya dengan khasiat, nutrien, mineral dan enzim semula jadi jadi adalah lebih baik jika anda minum air kelapa yang segar. Kalau boleh jangan beli air kelapa ‘segera’ yang dijual di pasar-pasar raya kerana air kelapa itu sudah ditambah dengan gula, bahan perisa dan bahan pengawet lain. Ia bukan sahaja menjejaskan rasa malah khasiat smeula jadi air kelapa juga mungkin tidak akan sama dengan air kelapa sebenar.

6. Mengurangkan tekanan darah

Terdapat banyak kajian mengatakan bahawa air kelapa boleh meningkatkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah serta mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Jadi, bagi anda yang merupakan penghidap darah tinggi mungkin sudah tiba masanya untuk mula minum air kelapa secara kerap bagi mengawal tekanan darah anda.

7. Mengurangkan rasa mual bagi wanita hamil

Wanita yang hamil seringkali menghadapi masalah loya dan mual yang dikenali sebagai ‘morning sickness’. Ianya adalah perkara yang biasa berlaku terutama pada peringkat awal kehamilan mereka. Jika sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya, anda disarankan untuk minum air kelapa bagi mengurangkan rasa mual. Bukan itu sahaja, air kelapa juga dikatakan dapat meningkatkan metabolisme anda.

Air kelapa sememangnya memiliki jumlah khasiat yang banyak untuk tubuh. Ianya bukan sahaja menyegarkan malah kandungan vitamin dan nutrien yang ada adalah sangat baik untuk semua orang.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI