Ada yang sudah menjadi amalan ketika musim panas, penyaman udara dipasang dan kipas pun tetap dibuka dan berpusing. Konon hendak cepat rasa sejuk.
Tetapi cara begini tidak disarankan.
Seorang pengguna Facebook yang merupakan juruteknik Muhammad Noramin Mat menjelaskan dalam hantarannya, tindakan ini bukan sahaja membazir, malahan akan menyebabkan kos penyelenggaraan penyaman udara bertambah.

Berikut adalah perkongsian Muhammad Noramin Mat:
Pasang penyaman udara dan pasang kipas angin biasa.
Kalau anda hendak tahu, bila dua-dua benda ini dipasang dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul.
Selepas itu filter penyaman udara anda akan tersumbat.
Jika benda macam ini berlaku, anda kena cuci filter penyaman udara dengan kerap.

Kalau tidak cuci filter, macam mana hendak rasa sensasi sejuk penyaman udara itu bukan?
Anda semua akan rasa banyak angin daripada rasa dingin.
Kalau macam itu, rugi sahajalah pasang penyaman udara dekat rumah kalau rasa dingin itu tak ‘best’ kan?

Situasi dia seperti gambarajah di bawah:
Gambar A:

Situasi normal bila pasang penyaman udara dan tutup kipas biasa.
Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.
Gambar B:

Situasi di mana apabila kipas dan penyaman udara dipasang kedua-duanya.
Menyebabkan penyaman udara menjadi pening dengan suhu ruang bilik.
Kitaran hawa panas dan dingin bercampur.
Ini boleh menyebabkan bil elektrik anda menjadi tinggi. Tetapi kalau anda tahu guna “MOD DRY”, itu sudah dikira cerita lain.
Semoga perkongsian Muhammad Noramin Mat memberi manfaat.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: