Kadang kala amat menarik apabila kita memikirkan bagaimana otak seseorang itu berfungsi dengan menurut fakta berdasarkan perbezaan jantina lelaki dan wanita.
Apa yang berbeza antara otak lelaki dan otak wanita?
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga dan Organisasi, Dr. Hjh. Azuraida Shahadan telah berkongsi di Facebook mengenai perbezaan ini untuk kita lebih memahami fikiran pasangan masing-masing.

Perbezaan otak lelaki dan otak wanita
Menurut kajian yang dibuat oleh Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat:
LELAKI boleh untuk TIDAK MELAKUKAN APA-APA dan masih tenang.
PEREMPUAN tidak boleh TIDAK MELAKUKAN APA-APA kerana ia menyebabkan perempuan menjadi resah, dan ketika melihat lelaki tidak melakukan apa-apa, perempuan sering mempunyai persoalan, “Kenapa lelaki macam ni eh”.

Fakta menarik otak lelaki:
Sebenarnya, otak lelaki terdiri daripada kotak-kotak kecil, yang tidak berhubung sesamanya. Kotak ini bebas dan tidak bersandar dengan kotak-kotak lain.
Dalam erti kata mudah, ada ruang khas untuk setiap perkara. Contoh, lelaki ada kotak untuk kereta, kotak untuk wang, kotak untuk pekerjaan, kotak untuk anak-anak, kotak untuk isteri, kotak untuk ibu bapa dan lain-lain.
Ketika seseorang lelaki membincangkan subjek tertentu, mereka akan pergi secara khusus ke kotak yang sesuai, membukanya, dan membincangkan hanya isi kotak itu.
Kemudian setelah selesai, mereka akan menutup semula kotak tersebut dengan harapan tidak menyentuh atau mengganggu kotak lain.

Fakta menarik otak wanita:
Perkara berbeza dengan wanita.
Otak wanita terdiri daripada kotak bertali yang besar dan semuanya terhubung antara satu sama lain dengan ikatan yang teguh, ala macam roti jala, berserat dan berhubung dengan kesemua kotak dihubungkan bersama ‘emosi’.
Ini adalah salah satu sebab mengapa wanita cenderung beremosi, mengkaitkan satu perkara dengan perkara lain dan mengingati banyak perkara.
Selain itu, wanita juga tidak boleh duduk diam, kerana ikatan yang ada pada kotak-kotak ini. Walaupun hakikatnya wanita ada “kotak diam”, namun ia terikat dengan kotak-kotak lain yang tidak reti duduk diam.

Lelaki dicipta lebih fokus, wanita dicipta lebih ‘multitask’, dalam melakukan sesuatu.
Tahu tak kotak kegemaran lelaki yang menjadi kebencian perempuan itu apa?
‘A BOX OF NOTHING’..
Kotak yang tak ada apa di dalamnya. Ya, tiada apa-apa. Percaya atau tidak, kadang-kadang kaum lelaki ini memang tiada apa yang difikirkan dalam otak mereka, hanya tiada apa-apa. Jadi jangan marah bila anda tanya,
“Bagaimana hari awak hari ni?,” Dia jawab “okay”.
Sepatah sahaja walaupun sehari ada 9 jam di tempat kerja. Paling win, kalau kita jumpa kawan lelaki yang sudah 5 tahun tak jumpa, dan kita tanya,
“Macam mana hidup awak?,” Dia jawab “okay lah”.
5 tahun kehidupan disimpulkan dengan sepatah perkataan.

Inilah istimewanya ciptaan Tuhan. Lelaki diciptakan lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Namun, wanita diciptakan untuk lebih ‘multitask’ dalam melakukan sesuatu.
Terima sahaja dengan hati terbuka perbezaan ini!
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: