32.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 21, 2025
Utama Blog Laman 193

7 khasiat air kelapa yang ramai tidak tahu, memang banyak manfaatnya pada kulit dan tubuh!

0

Antara nikmat yang paling tidak boleh didustakan ialah nikmat air kelapa. Bayangkan di bawah terik matahari yang membakar, ditambah pula dengan tiupan air yang hangat alangkah baiknya tekak yang kering dapat menikmati air segar yang dingin seperti air kelapa.

Dengan rasanya yang sempurna- masam dan manis ditambah dengan ais yang sejuk sudah boleh buatkan kita bertenaga semula walaupun pada hari yang panas membahang. Itu baru airnya, belum termasuk dengan isinya yang lembut dan manis itu. Memang sebuah kenikmatan berganda!

Air kelapa muda sememangnya menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana rasanya atau kesegarannya malah kerana kandungan dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Ramai yang tahu air kelapa muda baik untuk kesihatan, terutama buat mereka yang demam, tetapi sebenarnya khasiat kelapa muda lebih daripada itu.

Berikut adalah khasiat air kelapa muda yang ramai antara kita terlepas pandang selama ini:

1. Meningkatkan hidrasi badan

Air kelapa juga dikenali sebagai air isotonik semula jadi. Kandungan mineralnya lebih banyak jika dibandingan dengan air tenaga lain. Terdapat banyak elemen seperti kalsium, potassium, magnesium, fosforus dan sodium yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita terutama semasa bersukan. Semasa melakukan senaman pastinya badan menggunakan banyak tenaga dan kehilangan banyak air. Oleh itu, air kelapa dapat mengelakkan dehidrasi badan kita dengan membekalkan kesemua elemen yang diperlukan tubuh.

2. Membantu mengurangkan berat badan

Mendapatkan bentuk badan ideal adalah impian setiap orang. Siapa sahaja tidak gembira jika pakaian yang dibeli ‘ngam’ disarungkan pada tubuh? Jadi, ramai yang sanggup mengorbankan makanan dan minuman kegemaran mereka semata-mata untuk mendapatkan diet yang baik bagi memperolehi bentuk badan sempurna.

Oleh itu, apa kata kalau anda tambahkan air kelapa di dalam diet anda. Selain daripada memiliki kandungan lemak yang rendah, air kelapa juga boleh mengawal selera makan anda. Jadi, anda tidak akan makan secara banyak atau berlebihan.

3. Boleh mendapatkan kulit yang licin dan halus

Ramai antara kita yang menghadapi denga masalah kulit. Jika anda anda memiliki masalah kulit berjerawat atau tidak sekata, ini adalah berita baik untuk anda. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan cuba mengamalkan minum air kelapa.

Hal ini kerana air kelapa sebenarnya mampu melembabkan kulit muka anda sama seperti fungsi pelembab muka yang dijual di luar sana. Selain itu, ia juga dapat membuang minyak pada kulit wajah. Jadi, tidak hairanlah banyak krim pelembab yang dijual di pasaran sekarang mengandungi ekstrak kelapa yang banyak.

4. Mempercepatkan pencernaan

Sembelit adalah antara masalah yang paling tidak digemari ramai. Pasti rasa tidak selesa bukan sahaja pada perut malah seluruh badan kadangkala boleh terkesan sama.

Buat anda yang berhadapan dengan isu ini anda mungkin boleh mula mengamalkan minum air kelapa. Hal ini kerana air kelapa boleh membantu mempercepatkan proses pencernaan kerana air kelapa juga sebenarnya mempunyai kadar fiber yang tinggi. Jadi, masalah penghadaman akan dapat dielakkan seterusnya melancarkan sistem pencernaan anda.

5. Kaya dengan nutrien

Memandangkan air kelapa sememangnya kaya dengan khasiat, nutrien, mineral dan enzim semula jadi jadi adalah lebih baik jika anda minum air kelapa yang segar. Kalau boleh jangan beli air kelapa ‘segera’ yang dijual di pasar-pasar raya kerana air kelapa itu sudah ditambah dengan gula, bahan perisa dan bahan pengawet lain. Ia bukan sahaja menjejaskan rasa malah khasiat smeula jadi air kelapa juga mungkin tidak akan sama dengan air kelapa sebenar.

6. Mengurangkan tekanan darah

Terdapat banyak kajian mengatakan bahawa air kelapa boleh meningkatkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah serta mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Jadi, bagi anda yang merupakan penghidap darah tinggi mungkin sudah tiba masanya untuk mula minum air kelapa secara kerap bagi mengawal tekanan darah anda.

7. Mengurangkan rasa mual bagi wanita hamil

Wanita yang hamil seringkali menghadapi masalah loya dan mual yang dikenali sebagai ‘morning sickness’. Ianya adalah perkara yang biasa berlaku terutama pada peringkat awal kehamilan mereka. Jika sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya, anda disarankan untuk minum air kelapa bagi mengurangkan rasa mual. Bukan itu sahaja, air kelapa juga dikatakan dapat meningkatkan metabolisme anda.

Air kelapa sememangnya memiliki jumlah khasiat yang banyak untuk tubuh. Ianya bukan sahaja menyegarkan malah kandungan vitamin dan nutrien yang ada adalah sangat baik untuk semua orang.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

5 hari pasang vinyl lantai sendiri, hasilnya sangat mengagumkan!

0

Siapa sangka, vinyl lantai yang berharga RM2.10 sekeping itu boleh sahaja menyerikan suasana rumah dengan sentuhan buat sendiri (DIY). Muhamad Nur Faizul V telah melakukan sendiri pemasangan vinyl lantai di rumahnya yang memakan masa selama 5 hari.

Muhamad Nur Faizul V pada asalnya bercadang untuk memasang karpet di dalam rumahnya, namun dek kerana telah jatuh hati pada vinyl lantai di kedai RM2, dia menukar rancangan untuk memasang vinyl lantai pula. Untuk melaksanakan rancangan tersebut isterinya telah mencadangkan kepadanya supaya membeli vinyl lantai di kedai Eco memandangkan harganya lebih kurang sahaja jika dibandingkan dengan vinyl lantai di Shopee. Untuk projek ini, Muhamad Nur Faizul V telah membeli 140 keping vinyl lantai.

Menurut Muhamad Nur Faizul V, dia belajar cara memasang dan kiraan vinyl lantai yang diperlukan untuk dipasang di rumahnya adalah daripada saluran YouTube. Kata Muhamad Nur Faizul V lagi, untuk bilik yang berukuran 19X10 kaki ini, daripada 140 keping vinyl lantai yang dibeli, hanya berbaki beberapa keping sahaja yang tidak digunakan.

Kerja-kerja pemasangan dilakukan sendiri oleh Muhamad Nur Faizul V dengan alatan wajib ada seperti L square, L 45°, pembaris panjang dan pisau. Untuk vinyl lantai jenis sticker ini, ia sudah dilengkapi dengan gam dibelakangnya, jadi kerja-kerja pemasangan menjadi lebih mudah dan bersih. Muhamad Nur Faizul V turut berkongsi bahawa tidak ada masalah jika mahu memasang vinyl lantai seperti ini di atas lantai bermozek. Jika vinyl lantai dibuka semula pun, lantai bermozek tersebut tidak akan rosak.

Muhamad Nur Faizul V telah menunjukkan cara pemasangan vinyl lantai daripada awal proses hingga siap. Mula-mula buat tanda ditengah-tengah bilik agar tidak tersalah pasang. Kemudian, mula memasang vinyl lantai daripada bucu pertama paling atas digarisan itu. Muhamad Nur Faizul V tidak menafikan bahawa di awal proses pemasangan vinyl lantai memang agak sukar namun dipertengahannya nanti ia menjadi mudah. Tambah Muhamad Nur Faizul V lagi, jika lantai bilik tidak rata, gunakan tukul hijau (seperti dalam gambar) untuk mengetuk vinyl lantai supaya gamnya melekat lebih kuat pada lantai.

Kerja-kerja pemasangan vinyl lantai ini menjadi lebih mudah dengan menggunakan tukul hijau menurut Muhamad Nur Faizul V. Tukul ini boleh didapati di kedai hardware. Jika hendak mendapatkannya, cari tukul yang bergetah.

Selepas lima hari bertungkus-lumus memasang vinyl lantai ini, akhirnya siap! Muhamad Nur Faizul V berasa puas hati melihat hasil pemasangan vinyl lantai tersebut. Siapa sangka, lantai bilik yang cantik, kemas dan indah dipandang ini terhasil daripada cantuman kepingan-kepingan vinyl lantai yang dibeli daripada kedai Eco sahaja! Memang nampak menarik sungguh bilik ini.

Untuk menjadikan bilik ini lebih cantik dan sempurna, Muhamad Nur Faizul V bercadang untuk memasang skirting pula selepas siap memasang vinyl lantai dilantai. Skirting itu adalah vinyl lantai yang ditampal pada papan mdf.

Inilah hasilnya. Cantik bukan? Proses menampal vinyl lantai ini dilakukan sendirian oleh Muhamad Nur Faizul V selama lima hari manakala proses pembersihan pula, dia dibantu oleh isterinya.

Muhamad Nur Faizul V turut berpesanan bahawa vinyl lantai tidak sesuai dipasang di bilik air. Menurutnya, untuk bilik air, lebih baik gunakan cat epoxy.

Untungnya memasang vinyl lantai di ruah sendiri ialah ia mudah dipasang. Bukan sahaja boleh dipasang di dalam rumah, anda boleh memasang vinyl lantai ini dibahagian luar rumah seperti di halaman belakang. Selain itu, anda boleh memasang vinyl lantai dibahagian tepi kolam agar sekitarnya tidak licin.

Vinyl lantai mudah dijaga. Anda hanya perlu menyapunya dengan bersih sahaja dan vinyl lantai akan kekal berkilat. Lagi pula, daya tahan vinyl lantai ini tidak memerlukan anda untuk menukarnya saban tahun, jadi anda dapat menjimatkan perbelanjaan untuk mencantikkan rumah. Vinyl lantai bukan sahaja mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang malah berupaya melindungi ubin dan granit lantai hingga berbelas tahun lamanya! Usah risau kerana vinyl lantai tidak merosakkan lantai asal.

Jika anda mempunyai anak kecil yang sangat aktif, vinyl lantai adalah pilihan yang tepat untuk dipasangkan pada lantai rumah anda. Ini kerana tesktur vinyl lantai tidak akan mencederakan anak anda dan ia mesra kanak-kanak.

Jika anda mahukan sesuatu yang baharu untuk rumah anda, bolehlah mencuba idea untuk memasang vinyl lantai ini. Pasti hari raya tahun ini lebih meriah dan ceria dengan pemasangan vinyl lantai di rumah anda. Selamat mencuba!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Anak cimpanzi nakal baling batu ke arah pengunjung zoo, cimpanzi tua ambil dahan rotannya supaya lain kali tidak kurang ajar

0

Rupanya bukan manusia sahaja yang kena tahu beradab dengan orang lain, cimpanzi pun kena tahu beradab kepada orang lain dengan menjaga kelakuan.

Seekor anak cimpanzi nakal menerima pengajaran dalam hidup apabila dia tiba-tiba dirotan oleh cimpanzi tua selepas tindakannya membaling batu ke arah pengunjung sebuah zoo di China. 

Facebook

Seorang netizen berkongsi video di Weibo yang berjaya merakam keletah seekor anak cimpanzi di zoo itu sedang membaling batu ke arah pengunjung, tidak sangka kelakuannya itu diperhatikan oleh salah seekor cimpanzi yang lebih tua.

Facebook

Spontan si kecil cimpanzi dididik dengan hukuman rotan oleh cimpanzi lebih tua itu.

Pada mulanya semua orang menyangka cimpanzi kecil yang melempar batu hanya anak yang nakal dan comel sedang bermain. 

Facebook

Tidak sangka pula cimpanzi tua itu muncul dari arah belakang dengan membawa dahan kayu lalu merotannya dengan wajah yang bengis.

Facebook

Anak cimpanzi itu terpaksa berhenti membaling batu dan melarikan dirinya bagi mengelak daripada terus dipukul.

Facebook

Walaupun tidak jelas pertalian darah antara kedua-dua cimpanzi tersebut, video itu seperti mahu memberitahu cimpanzi juga tahu mengajar anak seperti mana “ibu bapa memberi pengajaran kepada anak yang nakal” supaya lain kali jangan menjadi kurang ajar dan menghormati orang lain.

Facebook

Video yang dimuat naik di Weibo ini mendapat perhatian dengan tontonan lebih 10 juta netizen sambil meninggalkan komen:

“Cimpanzi pun tahu mendidik anak, macam mana kita manusia tidak dapat mempelajarinya.”

“Jadi, IQ cimpanzi sangat tinggi untuk memahami.”

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lebih 700 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau

0

TAWAU – Dianggarkan lebih 700 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di perkampungan atas air Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas pada petang Khamis, 17 Mac.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 4.45 petang.

Twitter

“Operasi pemadaman segera dijalankan sebaik tiba di lokasi kejadian. Struktur hampir semua rumah yang musnah dibina daripada kayu mengakibatkan api kebakaran merebak dengan cepat.

“Keadaan api yang sudah besar juga menyebabkan anggota bomba bertugas pada awalnya sukar mengawal kebakaran.

“Kita juga menghadapi masalah dari segi sumber air yang ada di sini namun api berjaya dikawal dengan menggunakan pam yang sedia ada untuk mendapatkan sumber air laut dan daripada tanker bomba,” katanya kepada Kosmo!

Twitter

Operasi memadam kebakaran membabitkan 49 anggota dan turut dibantu oleh BBP Semporna dan Bomba Komuniti Kampung Kitingan dengan lima bot.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 9.37 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala operasi tamat pada jam 10.40 malam dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, salah seorang mangsa kebakaran, Abdullah Ahmad Naning, 54 tahun menceritakan dia bersama isterinya berdepan detik cemas ketika hendak menyelamatkan diri sehingga mereka memasuki rumah jiran dan akhirnya terjun ke laut kerana semua laluan jambatan telah musnah terbakar.

Manakala seorang warga emas Almah Puyung, 63 tahun nekad menggendong dua cucunya dan meredah lumpur serta air laut demi menyelamatkan diri apabila rumah mereka yang didiami selama 15 tahun musnah dalam kebakaran itu.

“Saya tidak fikir apa, saya gendong cucu saya berumur enam bulan serta satu tahun yang berada dalam buaian dan terus menyelamatkan diri,” katanya yang tinggal sehelai sepinggang dalam nada sebak kepada Sinar Harian

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kipas tidak boleh tetap dibuka ketika penyaman udara dipasang, ini sebabnya

0

Ada yang sudah menjadi amalan ketika musim panas, penyaman udara dipasang dan kipas pun tetap dibuka dan berpusing. Konon hendak cepat rasa sejuk.

Tetapi cara begini tidak disarankan.

Seorang pengguna Facebook yang merupakan juruteknik Muhammad Noramin Mat menjelaskan dalam hantarannya, tindakan ini bukan sahaja membazir, malahan akan menyebabkan kos penyelenggaraan penyaman udara bertambah.

Gambar Hiasan /Unsplash

Berikut adalah perkongsian Muhammad Noramin Mat:

Pasang penyaman udara dan pasang kipas angin biasa. 

Kalau anda hendak tahu, bila dua-dua benda ini dipasang dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul.

Selepas itu filter penyaman udara anda akan tersumbat.

Jika benda macam ini berlaku, anda kena cuci filter penyaman udara dengan kerap.

Gambar Impiana

Kalau tidak cuci filter, macam mana hendak rasa sensasi sejuk penyaman udara itu bukan?

Anda semua akan rasa banyak angin daripada rasa dingin.

Kalau macam itu, rugi sahajalah pasang penyaman udara dekat rumah kalau rasa dingin itu tak ‘best’ kan?

Gambar Hiasan / Pixabay

Situasi dia seperti gambarajah di bawah:

Gambar A:

Facebook

Situasi normal bila pasang penyaman udara dan tutup kipas biasa.

Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.

Gambar B:

Facebook

Situasi di mana apabila kipas dan penyaman udara dipasang kedua-duanya.

Menyebabkan penyaman udara menjadi pening dengan suhu ruang bilik.

Kitaran hawa panas dan dingin bercampur.

Ini boleh menyebabkan bil elektrik anda menjadi tinggi. Tetapi kalau anda tahu guna “MOD DRY”, itu sudah dikira cerita lain.

Semoga perkongsian Muhammad Noramin Mat memberi manfaat.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Otak wanita ibarat roti jala, lelaki banyak kotak,” Doktor kongsi perbezaan otak berdasarkan jantina

0

Kadang kala amat menarik apabila kita memikirkan bagaimana otak seseorang itu berfungsi dengan menurut fakta berdasarkan perbezaan jantina lelaki dan wanita.

Apa yang berbeza antara otak lelaki dan otak wanita?

Pakar Kepimpinan Diri Keluarga dan Organisasi, Dr. Hjh. Azuraida Shahadan telah berkongsi di Facebook mengenai perbezaan ini untuk kita lebih memahami fikiran pasangan masing-masing.

Facebook

Perbezaan otak lelaki dan otak wanita

Menurut kajian yang dibuat oleh Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat:

LELAKI boleh untuk TIDAK MELAKUKAN APA-APA dan masih tenang.

PEREMPUAN tidak boleh TIDAK MELAKUKAN APA-APA kerana ia menyebabkan perempuan menjadi resah, dan ketika melihat lelaki tidak melakukan apa-apa, perempuan sering mempunyai persoalan, “Kenapa lelaki macam ni eh”.

Gambar Hiasan / Unsplash

Fakta menarik otak lelaki:

Sebenarnya, otak lelaki terdiri daripada kotak-kotak kecil, yang tidak berhubung sesamanya. Kotak ini bebas dan tidak bersandar dengan kotak-kotak lain.

Dalam erti kata mudah, ada ruang khas untuk setiap perkara. Contoh, lelaki ada kotak untuk kereta, kotak untuk wang, kotak untuk pekerjaan, kotak untuk anak-anak, kotak untuk isteri, kotak untuk ibu bapa dan lain-lain.

Ketika seseorang lelaki membincangkan subjek tertentu, mereka akan pergi secara khusus ke kotak yang sesuai, membukanya, dan membincangkan hanya isi kotak itu.

Kemudian setelah selesai, mereka akan menutup semula kotak tersebut dengan harapan tidak menyentuh atau mengganggu kotak lain.

Gambar Hiasan / Pixabay

Fakta menarik otak wanita:

Perkara berbeza dengan wanita.

Otak wanita terdiri daripada kotak bertali yang besar dan semuanya terhubung antara satu sama lain dengan ikatan yang teguh, ala macam roti jala, berserat dan berhubung dengan kesemua kotak dihubungkan bersama ‘emosi’.

Ini adalah salah satu sebab mengapa wanita cenderung beremosi, mengkaitkan satu perkara dengan perkara lain dan mengingati banyak perkara. 

Selain itu, wanita juga tidak boleh duduk diam, kerana ikatan yang ada pada kotak-kotak ini. Walaupun hakikatnya wanita ada “kotak diam”, namun ia terikat dengan kotak-kotak lain yang tidak reti duduk diam.

Gambar Hiasan / Unsplash

Lelaki dicipta lebih fokus, wanita dicipta lebih ‘multitask’, dalam melakukan sesuatu.

Tahu tak kotak kegemaran lelaki yang menjadi kebencian perempuan itu apa?

‘A BOX OF NOTHING’..

Kotak yang tak ada apa di dalamnya. Ya, tiada apa-apa. Percaya atau tidak, kadang-kadang kaum lelaki ini memang tiada apa yang difikirkan dalam otak mereka, hanya tiada apa-apa. Jadi jangan marah bila anda tanya,

“Bagaimana hari awak hari ni?,” Dia jawab “okay”.

Sepatah sahaja walaupun sehari ada 9 jam di tempat kerja. Paling win, kalau kita jumpa kawan lelaki yang sudah 5 tahun tak jumpa, dan kita tanya,

“Macam mana hidup awak?,” Dia jawab “okay lah”.

5 tahun kehidupan disimpulkan dengan sepatah perkataan.

Inilah istimewanya ciptaan Tuhan. Lelaki diciptakan lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Namun, wanita diciptakan untuk lebih ‘multitask’ dalam melakukan sesuatu.

Terima sahaja dengan hati terbuka perbezaan ini!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Selamba pegang tikus seolah-olah pegang mainan, kanak-kanak berani ini siap boleh usik ibunya lagi!

0

Kanak-kanak sememangnya banyak ragamnya. Kadangkala kita sendiri pening kepala hendak melayan kerenah masing-masing. Ada hari mereka ceria sepanjang hari, tetapi ada ketikanya setiap perbuatan mereka memang boleh mencabar kesabaran kita sebagai orang tua. Apa yang paling menguji kesabaran ialah apabila kata-kata kita langsung tidak diendahkan oleh mereka.

Mereka bukan sahaja punya ‘mood’ tersendiri tetapi mereka juga kadangkala melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal bagi kita. Misalnya, mereka berani berhadapan dengan haiwan-haiwan yang ‘menakutkan’ bagi sesetengah orang. Malahan, mereka boleh menjadikan haiwan-haiwan itu sebagai ‘kawan’ seolah-olah tiada apa yang menakutkan atau menggelikan mereka.

Misalnya kanak-kanak dalam video ini. Bayangkan jika anak kecil anda yang melakukan apa yang dilakukannya pasti boleh terbalik rumah dibuatnya. Apa yang berlaku ialah si kecil itu dengan selamba memegang seekor tikus yang agak besar dengan hanya menggunakan tangannya. Ianya seolah-olah hanya mainan baginya sedangkan itu adalah haiwan sebenar!

Apa yang lebih melucukan dia sempat mengusik ibunya dengan tikus tersebut memandangkan dia tahu ibunya mungkin takut atau geli dengan haiwan berbulu tersebut. Lihat sahaja gaya selambanya, memang tidak boleh bawa bincang!

Apa yang dilakukannya memang agak tidak masuk akal oleh kita yang sememangnya ‘anti’ dengan haiwan tersebut tetapi si kecil yang ‘innocent’ ini nampaknya tidak berfikir begitu. Mungkin baginya ia hanyalah tikus, ianya kecil dan ‘comel’ dan tiada apa yang perlu ditakutkan.

Nampaknya bukan si kecil itu sahaja yang menganggap haiwan sebagai ‘kawan’ malah sebenarnya ramai kanak-kanak yang hampir tiada rasa takut berhadapan dengan haiwan yang sebenarnya menakutkan.

Misalnya, lihat sahaja kompilasi video kanak-kanak dengan pelbagai ragam di zoo. Masing-masing kelihatan sangat teruja berjumpa dengan pelbagai haiwan liar. Ada yang mengusik, ada yang cuba meniru gaya haiwan dan ada juga yang seolah-olah mahu memeluk haiwan tersebut.

Mungkin kerana haiwan-haiwan itu berada di dalam kurungan membuatkan mereka agak berani tetapi mereka tetap berani berhadapan dengan haiwan-haiwan itu dengan jarak yang dekat. Sepertinya hanya cermin kaca yang memisahkan mereka. Kanak-kanak ini juga nampaknya tidak takut dengan rupa haiwan-haiwan itu walaupun ada yang menunjukkan wajah yang sangat garang.

Bagi mereka melihat haiwan-haiwan ini adalah sebuah keterujaan dan keseronokkan. Mereka tidak peduli dengan rupa atau segarang mana pun haiwan itu apa yang penting mereka dapat melihat semua haiwan liar itu dengan mata sendiri ditambah pula dengan jarak yang dekat.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kerabu pucuk paku taugeh dengan kerang gaya utara, ratah sahaja pun sedap!

0

Salah satu perkongsian masakan di kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang menarik perhatian ialah kerabu pucuk paku taugeh dengan kerang. Masakan tersebut telah dikongsikan oleh Nor Haida. Menurut Nor Haida, jika ratah sebesen pun tiada masalah! Jika anda peminat kerabu, mari lihat resipi tersebut dan cubalah memasaknya sendiri nanti.

Tetapi, tunggu dulu. Tahukah anda apa maksud kerabu? Kerabu, berdasarkan carian di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, PRPM bermaksud makanan yang dibuat daripada hirisan mentimun atau sayur-sayuran yang dicelur serta dibubuhi kelapa parut, garam, lada dan lain-lain.

PRPM

Membacanya sahaja sudah membuatkan anda telan air liur bukan? Apatah lagi jika dapat menjamah ulam-ulaman yang segar lagi menyihatkan ini barang sesuap dua. Nikmatnya tidak terhingga, sampai-sampai mak mertua lalu depan mata pun tidak perasan! Nah, mari kita lihat resipi yang dikongsikan oleh Nor Haida ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 1 mangkuk isi kerang yang telah direbus.
  2. 1 ikat pucuk paku yang telah dicelur dan ditoskan airnya.
  3. 2-3 genggam taugeh.
  4. 1 biji bawang besar yang telah dihiris nipis.
  5. 4 sudu santan pekat.
  6. 3 sudu besar kerisik.
  7. 2 sudu air limau nipis.
  8. Garam atau sos ikan.
  9. Gula pasir atau gula Thai (yang biasa digunakan oleh orang Thailand untuk buat somtham).
  10. 3 batang serai.
  11. Setengah inci lengkuas.
  12. 5 hingga 8 biji cili api.
  13. Belacan.

Cara-cara membuat kerabu pucuk paku taugeh dengan kerang:

  1. Kisar serai, lengkuas, cili api dan belacan sehingga lumat. Letak sedikit air agar bahan-bahan tersebut mudah dikisar. Jangan letak banyak air kerana tidak mahu kerabu tersebut berair. Peringatan, jika anda sukakan pedas, boleh tambah lagi cili api. Belacan pula, cukuplah sebesar saiz ibu jari anda. Jika anda hendak menumbuk bahan-bahan ini dengan menggunakan lesung batu, itu lebih menarik!
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam besen. Campurkan bawang besar, santan, kerisik, air limau nipis, garam dan gula. Kacau sebati. Jika anda hendak tambah perasa Ajinomoto pun boleh.

3. Masukkan isi kerang, pucuk paku dan taugeh ke dalam besen tersebut. Kacau semua bahan-bahan hingga sebati. Jamah sedikit dan tambah garam, gula atau perasa mengikut selera anda. Yang penting, anda akan dapat kerabu yang rasanya pedas, masam, masin, manis, berlemak dalam satu hidangan. Berkenaan dengan taugeh, jika anda sukakan taugeh yang lembik, anda perlu celur dahulu taugeh tersebut. Jika anda sukakan taugeh yang rangup, tidak perlu mencelurnya.

Menurut Nor Haida, ini adalah kerabu gaya utara. Ratah sahaja pun boleh habis sebesen! Menurut Cik Izzah, salah seorang netizen yang memberi komen terhadap resipi tersebut, orang sebelah Kedah memang akan meletakkan kerisik dan santan supaya kerabu menjadi lebih sedap. Mengenai santan, anda boleh meletakkan satu atau dua sudu seperti yang disarankan oleh Nor Haida.

Apabila sudah tahu resipi kerabu pucuk paku taugeh dengan kerang ini, bolehlah anda tambahkan dalam senarai menu berbuka puasa pada Ramadan akan datang. Pasti suasana berbuka puasa menjadi lebih meriah nanti!

Pucuk paku ini banyak khasiatnya yang ramai orang terlepas pandang. Antaranya ialah:

  • Mencegah penuaan secara semula jadi.
  • Menyihatkan mata. Kandungan vitamin A yang terdapat dalam pucuk paku baik untuk kesihatan mata seperti mencegah iritasi dan penyakit rabun.
  • Mencegah hipertensi. Pucuk paku mengandungi khasiat yang semula jadi dalam mengawal tekanan darah.
  • Mencegah kenaikan kolesterol.
  • Menyembuhkan luka. Pucuk paku mampu membentuk jaringan sel kulit baru lalu membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan memakan makanan yang berkhasiat. Jika anda tidak suka masakan berkuah, anda boleh cuba masakan kering seperti kerabu. Jangan lupa untuk mencuba resipi kerabu pucuk paku taugeh dengan kerang ini!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cara simpan ikan dan bahan masakan mentah supaya sentiasa segar seperti baru dibeli

0

Antara dilema yang sering dihadapi oleh para ibu ialah bagaimana untuk memastikan ikan dan daging sentiasa segar. Walaupun sudah diletakkan di dalam peti sejuk namun kadangkala suhu yang dingin masih tidak mampu mengekalkan kesegaran makanan terutama makanan mentah.

Jadi, bermacam-macamlah petua dan tips yang diskongsikan oleh para suri rumah untuk memastikan bahan makanan mentah sentiasa dalam keadaan baik.

Mungkin pelbagai cara telah dicuba sebelum ini, tetapi adakalanya tidak menjadi. Jangan putus asa dahulu, apa kata anda ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Normah Bahari, yang telah memberikan tips cara penyimpanan ikan supaya sentiada segar seperti baru sahaja dibeli.

Berikut adalah cara-caranya:

Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut dan kemudian bekukan. Seterusnya, apabila hendak masak ikan sudah boleh keluarkan dan biarkan ia cair.

Jika hendak masak pada waktu pagi, anda boleh siap-siap keluarkan ikan pada waktu malam dan jika hendak masak pada waktu tengah hari, anda boleh keluarkan ikan pada pagi hari.

Itu untuk ikan. Anda juga sebenarnya boleh sentiasa menyimpan stok-stok bahan mentah yang lain kerana ia akan memudahkan anda untuk masak. Jadi, tidak lah anda selalu keluar ke kedai atau terpaksa berkejar ke pasar raya selepas kerja untuk mendapatkan sayur-sayuran atau bahan mentah yang lain.

Sama seperti ikan atau daging, sayur-sayuran juga perlu dipastikan dalam keadaan segar dan tidak layu atau rosak supaya khasiatnya kekal terpelihara ketika makan dinikmat nanti.

Berikut adalah cara-cara menyimpan bahan mentah untuk masakan:

BAWANG

Nak dikupas awal, boleh lebam. Kalau dikisar dan simpan dalam peti sejuk pula nanti baunya lain macam pula. Jadi, cara terbaik untuk menyimpan bawang adalah dengan menyimpan di dalam bekas yang mempunyai aliran udara yang baik seperti bakul dan letakkan di Kawasan yang tiada pencahayaan.

Ada sesetengah ibu suka mengupas bawang siap-siap. Jadi bila nak masak, tak perlulah masa yang lama untuk mengupas bawang. Untuk menyimpan bawang yang telah dikupas, Jangan buang bahagian hujung dan pangkal bawang. Ia mampu mengelak bawang dari terhidarat dan tercemar. Disamping itu juga, jangan cuci bawang sebelum disimpan

BERAS

Beras, ada kalanya walaupun baru dibeli sudah mula rosak. Perosak utama beras adalah kutu beras. Selain disebabkan oleh beras yang dah lama, kondisi lembap boleh menyebabkan beras cepat rosak. Bagi mengatasi masalah ini, elak menggunakan bekas atau tangan yang basah ketika mengambil beras dari bekas simpanan.

Selin itu juga, boleh letakkan daun pandan kering atau cili bagi mengelak kehadiran kutu beras. Apa pun, yang paling utama adalah pastikan bekas simpanan kedap udara.


HALIA, KUNYIT dan LENGKUAS

Halia kunyit dan lengkuas antara bahan yang jarang digunakan dalam masakkan. Tidak seperti bawang dan cili. Tapi nak beli, bukan boleh sikit-sikit. Jadi bila dah lama-lama, halia dan kunyit tadi boleh mengecut walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Untuk menyimpan halia dan kunyit pastikan masa membeli, elak ambil bahagian yang telah dipatahkan. Ia bertujuan mengelak halia dan kunyit tadi dari cepat kering.

Halia dan kunyit tadi boleh disimpan seperti mana anda menyimpan bawang yang belum dikupas tadi iaitu dengan menggunakan bakul dan simpan di dalam tempat yang tidak ditembus cahaya. Selain itu juga, boleh cuba simpan di dalam botol atau bekas makanan yang kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk

SAYUR-SAYURAN

Sayur berdaun yang paling sukar untuk disimpan. Kesegarannya biasa bertahan dalam tempoh seminggu sahaja. Bagi memastikan sayur yang disimpan tahan lebih lama, ia perlu dikeluarkan dari plastik dan dibalut dengan surat khabar atau tisu tanpa perlu dicuci.

UBI KENTANG

Cara menyimpan ubi kentang supaya tahan lebih lama sama seperti menyimpan bawang. Namun, elakkan menyimpan bawang dan kentang dalam tempat yang sama. Ini kerana, bawang akan membebaskan gas yang akan menyebabkan kentang cepat rosak

TEPUNG

Dengan menggunkan bekas kedap udara dan kering, tepung yang disimpan boleh tahan selama 6 bulan selepas dibuka. Kebiasaanya, tepung rosak bukan lah isu utama tetapai masalah ukat tepung. Seperti beras, bekas tidak kedap dan lembap menyebabkan ulat tepung mudah wujud.

Jadi, untuk memastikan tepung tahan lama, gunakan bekas yang kedap dan kering, Masa mengguna pun, elak dari bercampur senduk atau sudu untuk menyeduk dan segera tutup dan jangan dibiarkan terbuka.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

PBB gesa ‘langkah segera’ hentikan ‘jenayah terhadap kemanusiaan’ oleh tentera Myanmar

0

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Selasa, 15 Mac menggesa masyarakat antarabangsa mengambil “langkah segera” untuk menghentikan pencabulan hak asasi manusia secara sistematik oleh junta tentera Burma, yang dikatakan sebagai jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Junta tentera telah menunjukkan sikap “tidak menghiraukan nyawa manusia secara terang-terangan” dengan melancarkan serangan udara ke atas kawasan berpenduduk dan sengaja menyasarkan orang awam, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Michelle Bachelet dalam satu laporan.

Bachelet menyatakan ramai orang awam telah ditembak di kepala, dibakar hingga mati, ditangkap sewenang-wenangnya, diseksa, atau digunakan sebagai perisai manusia di Burma, juga dikenali sebagai Myanmar, dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil “tindakan yang bermakna.”

Penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa berarak di Mandalay, Myanmar pada 14 Mac, 2021. (Gambar AP)

“Meluas pada skala pelanggaran undang-undang antarabangsa yang mengerikan, yang dialami oleh rakyat Myanmar menuntut tindak balas antarabangsa yang tegas, bersatu dan kukuh,” katanya.

Sekurang-kurangnya 1,600 orang telah dibunuh oleh pasukan keselamatan dan sekutu mereka, manakala lebih 12,500 orang telah ditahan sejak junta tentera merampas kuasa dalam rampasan kuasa pada 1 Februari 2021, menurut laporan itu.

Kira-kira 440,000 orang telah kehilangan tempat tinggal, dan 14 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan segera, penghantaran yang sebahagian besarnya telah disekat oleh tentera di kawasan keperluan baharu dan sedia ada, katanya.

Laporan itu menyebut kes pembunuhan beramai-ramai di wilayah Sagaing, di mana 40 penduduk kampung telah dibunuh oleh junta tentera dalam beberapa siri serbuan, dengan beberapa mangsa telah ditemui dengan tangan dan kaki masih terikat di belakang.

Penduduk kampung di negeri Kayah mendakwa menemui mayat mangsa yang hangus, termasuk kanak-kanak, dalam kedudukan yang menunjukkan mereka cuba melarikan diri dan dibakar hidup-hidup, tambahnya.

Laporan itu juga memperincikan penyeksaan yang ditanggung oleh tahanan semasa soal siasat, termasuk penggantungan dari siling, dipaksa berdiri untuk tempoh yang lama, renjatan elektrik, suntikan dadah, keganasan seksual, dan memaksa tahanan Muslim untuk menelan daging khinzir.

PBB menyatakan laporannya adalah berdasarkan temu bual dengan lebih 155 mangsa penderaan, saksi dan peguam bela, yang dakwaannya telah disokong dengan imej satelit, fail multimedia yang disahkan dan maklumat sumber terbuka.

Junta tentera Myanmar membakar Pekan Hpruso di negeri Kayah, Myanmar pada 24 Disember, 2021. (Gambar oleh Karenni Nationalities Defense Force/AP)

“Sepanjang kekecohan dan keganasan tahun lalu, kehendak rakyat jelas tidak dilanggar. Mereka tetap komited untuk melihat kembali kepada demokrasi dan institusi yang mencerminkan kehendak dan aspirasi mereka,” kata Bachelet.

Beberapa negara Barat telah menghukum tentera Myanmar dan perniagaannya dengan sekatan kerana penindasan terhadap penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa dan pendakwaan terhadap pemenang Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi yang digulingkan, yang mengetuai kerajaan awam yang dipilih rakyat di Myanmar.

Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) juga telah melarang rejim tentera Myanmar daripada menghadiri sebarang mesyuarat melainkan negara itu bersetuju dengan konsensus lima perkara, yang termasuk menamatkan keganasan, memudahkan dialog konstruktif dengan semua pihak yang berkenaan, dan lawatan delegasi ASEAN ke Myanmar untuk menilai situasi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: