26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya HidupCara simpan ikan dan bahan masakan mentah supaya sentiasa segar seperti baru...

Cara simpan ikan dan bahan masakan mentah supaya sentiasa segar seperti baru dibeli

Antara dilema yang sering dihadapi oleh para ibu ialah bagaimana untuk memastikan ikan dan daging sentiasa segar. Walaupun sudah diletakkan di dalam peti sejuk namun kadangkala suhu yang dingin masih tidak mampu mengekalkan kesegaran makanan terutama makanan mentah.

Jadi, bermacam-macamlah petua dan tips yang diskongsikan oleh para suri rumah untuk memastikan bahan makanan mentah sentiasa dalam keadaan baik.

Mungkin pelbagai cara telah dicuba sebelum ini, tetapi adakalanya tidak menjadi. Jangan putus asa dahulu, apa kata anda ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Normah Bahari, yang telah memberikan tips cara penyimpanan ikan supaya sentiada segar seperti baru sahaja dibeli.

Berikut adalah cara-caranya:

Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut dan kemudian bekukan. Seterusnya, apabila hendak masak ikan sudah boleh keluarkan dan biarkan ia cair.

Jika hendak masak pada waktu pagi, anda boleh siap-siap keluarkan ikan pada waktu malam dan jika hendak masak pada waktu tengah hari, anda boleh keluarkan ikan pada pagi hari.

Itu untuk ikan. Anda juga sebenarnya boleh sentiasa menyimpan stok-stok bahan mentah yang lain kerana ia akan memudahkan anda untuk masak. Jadi, tidak lah anda selalu keluar ke kedai atau terpaksa berkejar ke pasar raya selepas kerja untuk mendapatkan sayur-sayuran atau bahan mentah yang lain.

Sama seperti ikan atau daging, sayur-sayuran juga perlu dipastikan dalam keadaan segar dan tidak layu atau rosak supaya khasiatnya kekal terpelihara ketika makan dinikmat nanti.

Berikut adalah cara-cara menyimpan bahan mentah untuk masakan:

BAWANG

Nak dikupas awal, boleh lebam. Kalau dikisar dan simpan dalam peti sejuk pula nanti baunya lain macam pula. Jadi, cara terbaik untuk menyimpan bawang adalah dengan menyimpan di dalam bekas yang mempunyai aliran udara yang baik seperti bakul dan letakkan di Kawasan yang tiada pencahayaan.

Ada sesetengah ibu suka mengupas bawang siap-siap. Jadi bila nak masak, tak perlulah masa yang lama untuk mengupas bawang. Untuk menyimpan bawang yang telah dikupas, Jangan buang bahagian hujung dan pangkal bawang. Ia mampu mengelak bawang dari terhidarat dan tercemar. Disamping itu juga, jangan cuci bawang sebelum disimpan

BERAS

Beras, ada kalanya walaupun baru dibeli sudah mula rosak. Perosak utama beras adalah kutu beras. Selain disebabkan oleh beras yang dah lama, kondisi lembap boleh menyebabkan beras cepat rosak. Bagi mengatasi masalah ini, elak menggunakan bekas atau tangan yang basah ketika mengambil beras dari bekas simpanan.

Selin itu juga, boleh letakkan daun pandan kering atau cili bagi mengelak kehadiran kutu beras. Apa pun, yang paling utama adalah pastikan bekas simpanan kedap udara.


HALIA, KUNYIT dan LENGKUAS

Halia kunyit dan lengkuas antara bahan yang jarang digunakan dalam masakkan. Tidak seperti bawang dan cili. Tapi nak beli, bukan boleh sikit-sikit. Jadi bila dah lama-lama, halia dan kunyit tadi boleh mengecut walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Untuk menyimpan halia dan kunyit pastikan masa membeli, elak ambil bahagian yang telah dipatahkan. Ia bertujuan mengelak halia dan kunyit tadi dari cepat kering.

Halia dan kunyit tadi boleh disimpan seperti mana anda menyimpan bawang yang belum dikupas tadi iaitu dengan menggunakan bakul dan simpan di dalam tempat yang tidak ditembus cahaya. Selain itu juga, boleh cuba simpan di dalam botol atau bekas makanan yang kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk

SAYUR-SAYURAN

Sayur berdaun yang paling sukar untuk disimpan. Kesegarannya biasa bertahan dalam tempoh seminggu sahaja. Bagi memastikan sayur yang disimpan tahan lebih lama, ia perlu dikeluarkan dari plastik dan dibalut dengan surat khabar atau tisu tanpa perlu dicuci.

UBI KENTANG

Cara menyimpan ubi kentang supaya tahan lebih lama sama seperti menyimpan bawang. Namun, elakkan menyimpan bawang dan kentang dalam tempat yang sama. Ini kerana, bawang akan membebaskan gas yang akan menyebabkan kentang cepat rosak

TEPUNG

Dengan menggunkan bekas kedap udara dan kering, tepung yang disimpan boleh tahan selama 6 bulan selepas dibuka. Kebiasaanya, tepung rosak bukan lah isu utama tetapai masalah ukat tepung. Seperti beras, bekas tidak kedap dan lembap menyebabkan ulat tepung mudah wujud.

Jadi, untuk memastikan tepung tahan lama, gunakan bekas yang kedap dan kering, Masa mengguna pun, elak dari bercampur senduk atau sudu untuk menyeduk dan segera tutup dan jangan dibiarkan terbuka.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI