26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 19, 2025
Utama Blog Laman 184

Tidak mahu berpisah dengan itik mainannya, pemilik anjing ini buat kejutan pakai kostum itik

0

Setiap haiwan peliharaan ada kesukaan mereka yang tersendiri. Ada yang suka mencari perhatian tuan mereka, kalau boleh 24 jam mahu bersama dengan tuan mereka. Ada pula yang suka bersendirian melayan perasaan sendiri di luar rumah seolah-olah sedang berfikir masalah dunia yang perlu diselesaikan. Ada pula yang ceria sentiasa dengan alat permainan mereka yang selalu ada bersama mereka tidak kira ke mana mereka pergi.

Sama lah seperti anjing bernama Charlie ini yang mempunyai mainan kesukaannya yang tersendiri iaitu mainan itiknya. Tidak tahu mengapa, Charlie sangat suka akan itik kuning tersebut. Buktinya dia akan bersama itik bernama Mr. Quackers itu sepanjang masa. Walaupun dia memiliki banyak permainan lain, dia tetap memilih Mr. Quackers. Sepertinya kedua-duanya tidak dapat dipisahkan lagi.

“Saya perasan dia akan membawanya ke mana sahaja dia pergi dan juga tidur dengannya pada waktu malam,” kata Alicia, pemilik Charlie, kepada The Dodo.

“Saya tidak pernah melihat dia bertindak sedemikian dengan mainan yang diberkan kepadanya sebelum ini,” beritahu Alicia lagi.

Melihat betapa sayangnya anak anjing itu kepada itik mainan kegemarannya, Alicia dan suaminya merancang untuk melakukan sebuah kejutan yang menyeronokkan untuk Charlie.

Mereka kemudian memutuskan untuk mengenakan kostum yang mirip sekali dengan Mr. Quackers. Jadi, Charlie akan menerima kunjung Mr. Quackers versi yang snagat besar dan boleh bergerak!

Untuk tujuan itu, suami Alicia yang akan menggunakan kostum Mr. Quackers tersebut dan Alicia dengan peranannya untuk merekod reaksi Charlie apabila melihat itik mainannya datang kepadanya.

Suatu hari seperti biasa Charlie sedang duduk bersantai dengan Mr. Quackers kesukaannya di ruang tamu. Tiba-tiba dia didatangi oleh Mr. Quackers versi besar dan hidup. Melihat mainan kegemarannya datang kepadanya alam keadaan hidup telah membuatkan Charlie sangat gembira.

“Sejurus selepas Charlie melihat Mr. Quackers bersaiz hidup, ekornya mula bergoyang dengan pantas, seluruh badannya bergerak,” ujar Alicia. Momen tersebut adalah momen paling berharga buat mereka sekeluarga.

Charlie terus gembira dengan Mr. Quackers itu. Mereka sempat bermain dan berpelukan bersama. Nampaknya dia memang teruja bertemu itiknya itu dan jelas sekali dia memang sayang akan Mr. Quackers.

Setelah beberapa minit dia mungkin baru tersedar bahawa Mr. Quackers itu adalah pemiliknya yang sedang menyamar menjadi itik mainannya. Charlie walau bagaimanapun tetap gembira dengan pertemuan itu.

Walaupun Mr. Quackers tidak hidup sebenar tetapi momen tersebut sudah cukup mengembirakan buat Charlie dan melihat keseronokkan itu membuatkan Alicia dan suaminya turut gembira. Walaupun suami Alicia terpaksa menggunakan kostum itik seolah-olah menjadi maskot tetapi melihat kegembiraan Charlie membuatkan semua usaha mereka berbaloi. Apa yang penting Charlie gembira!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Gentar melihat sekumpulan kerbau, singa ini terus panjat pokok untuk selamatkan diri

0

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan raja rimba, singa yang sememangnya terkenal dengan sifat buas dan garangnya. Dengan segala kekuatan yang dimilikinya membuatkan tidak ada haiwan yang berani berhadapan dengan haiwan liar ini dan inilah yang menyebabkan singa digelar ‘raja rimba’.

Namun begitu, pernahkah anda melihat raja rimba ini dalam ketakutan ketika berhadapan dengan haiwan lain? Jarang atau mungkin tidak pernah sekalipun kita melihat spesies tersebut dalam ketakutan, bukan? Kali ini, anda boleh saksikan sendiri apa yang terjadi apabila singa berada dalam ketakutan terhadap haiwan lain. Bunyi seperti mustahil tapi ianya memang berlaku…

Dalam sebuah video yang mula tular sejak awal tahun ini menunjukkan seekor singa Afrika sedang ‘tergantung’ di atas pokok kerana takut akan sekumpulan kerbau yang berada di sekitar situ. Namun, lokasi sebenar video itu direkod masih belum didedahkan.

Melihat akan jumlah kerbau yang sangat banyak ditambah pula dengan saiz mereka yang semuanya besar membuatkan singa tersebut berada dalam ketakutan dan merasakan perlu untuk menyelamatkan diri. Kelihatan tangan kakinya sangat kuat berpegang pada pokok seolah-olah dia sedang berhadapan dengan ‘ajalnya’ ketika itu. Kalau terjatuh, ada kemungkinan dia berada dalam keadaan bahaya.

Namun begitu, selepas beberapa saat berpaut pada pokok itu, singa tersebut seolah-olah dapat merasakan keletihan dan secara perlahan-lahan mula turun ke bawah pokok. Apa yang terjadi selepas itu tidak diketahui kerana video tersebut ditamatkan secara tiba-tiba.

Video tersebut telah dimuat naik ke laman sosial Instagram wild_animal_shorts dengan kapsyen, “Singa memanjat pokok untuk menyelamatkan nyawanya daripada sekumpulan kerbau.”

Video itu telah ditonton lebih 22,000 kali dan menerima pelbagai komen daripada netizen sejak disiarkan pada Febuari lalu. Rata-rata netizen terhibur dengan apa yang berlaku. Memang kasihan melihat singa itu dalam keadaan begitu, tetapi kadangkala buatkan haiwan liar ini ketakutan tidak mengapa…

“Kadang-kadang pemburu menjadi yang diburu,” komen seorang netizen terhadap video tersebut.

“Dia boleh lari tetapi dia tidak boleh bersembunyi,” tulis seorang lagi netizen.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pameran Numismatik Antarabangsa KL menampilkan wang terawal Malaya dan negara lain yang jarang ditemui!

0

Jika anda suka mengumpul, berdagang wang kertas lama atau pemerhati wang terawal Malaya, anda masih sempat untuk mengunjungi pameran Numismatik Antarabangsa Kuala Lumpur ke-8 yang diadakan di Hilton Kuala Lumpur bermula dari 01 April hingga 03 April 2022.

Hann Boom, Pengarah di Lelong Trigometrik memberitahu Malay Mail bahawa dijangkakan dua ribu tetamu akan mengunjungi seminar itu sepanjang hujung minggu ini.

Katanya, “Tahun ini istimewa kerana ulang tahun ke-20 Lelongan Trigometrik dan kami melihat kira-kira 60 peniaga tempatan mempamerkan koleksi mata wang kertas dan mata wang tempatan mereka dari seluruh dunia”.

Hann Boom juga mengatakan pengunjung galeri Numismatik akan berpeluang untuk melihat sejarah wang kertas dan mata wang negara yang bermula sejak zaman Perang Dunia Kedua di mana negara ketika itu berada di bawah pemerintahan British.

Selain itu, di galeri juga, peminat sejarah yang berminat untuk belajar tentang mata wang purba boleh melakukannya dengan mempelajari wang kertas China yang dipelihara dari Dinasti Ming.

Hann Boom juga turut mengingatkan orang ramai beberapa seminar yang perlu diperhatikan termasuklah ceramah mengenai ‘World War 2 Currency’ yang akan disampaikan oleh seorang pengumpul dan ceramah tentang ‘The Revelation of NFT’.

Pengunjung juga berpeluang menghadiri beberapa sesi seminar yang akan disampaikan oleh penceramah Persatuan Numismatik Malaysia yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan, wang kertas dan dokumentasi syiling.

“Ia adalah satu sesi yang bagus bagi sesiapa sahaja yang mahu mempelajari selok-belok mengumpul syiling dan wang kertas dan menyertainya sebagai usaha sampingan juga,” kata Hoon Boom.

Katanya lagi, “Ini kerana setiap wang kertas mempunyai nombor sirinya sendiri dan boleh bertindak sebagai NFT (Token Yang Tidak Dapat Ditukarkan) fizikal kerana ia mempunyai nilai tersendiri dan tiada dua mata wang yang sama”.

Hann juga mengatakan bahawa wang kertas ujian terhad khas juga akan dikeluarkan sempena ulang tahun ke-20 Lelongan Trigometri dan Tahun Harimau.

Wang kertas ujian tidak mempunyai denominasi (rujukan PRPM: alatan untuk mengenal pasti atau mengenal jenis dan denominasi syiling) yang boleh dikenal pasti atau mempunyai mata wang rekaan dan digunakan oleh pencetak bebas.

Sesiapa yang berminat untuk mengunjungi pameran Numismatik bolehlah menuju ke Grand Ballroom Hilton Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Jangan lepaskan peluang untuk mengisi masa hujung minggu anda dengan mempelajari hal-hal berkaitan wang yang pastinya akan meninggalkan kenangan manis dalam sejarah hidup anda!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Propaganda perintah berkurung PKC timbulkan kemarahan kalangan warga China yang terkesan

0

Memandangkan ramai penduduk tempatan bergelut untuk mendapatkan makanan seterusnya di bawah sekatan ketat COVID-19 di China, para pegawai menggesa agar semuanya bertenang dengan melancarkan kempen di media sosial yang bertujuan untuk menunjukkan betapa lengkapnya bekalan stok buat penduduk yang dikurung. Dan ia tidak berakhir dengan baik.

Ia bermula dengan kebocoran memo rasmi yang mengarahkan pegawai Parti Komunis China di bandar timur laut China untuk membanjiri media sosial China dengan kandungan optimis dalam usaha untuk mengatasi sentimen negatif yang berlaku dan memaparkan “situasi sebenar” yang didakwa mengenai bekalan makanan.

“Tugas kawalan wabak di bandar kami telah bergerak ke peringkat kritikal,” nyata memo yang bocor daripada pihak berkuasa bandar Changchun.

(Gambar STR/AFP/Getty Images)

Dalam kempen yang digelar “mempamerkan pek sayur-sayuran anda”, para pegawai terus menugaskan “semua kader Parti di setiap agensi bandar ” untuk mula menyiarkan “video pendek dan gambar yang jelas” mengenai bekalan makanan yang diterima melalui akaun peribadi mereka di platform seperti Douyin, TikTok versi China, aplikasi serupa Facebook, Moments dan aplikasi video pendek kedua terbesar di negara ini, Kuaishou.

Matlamat mereka dikatakan adalah untuk mempromosikan “pandangan positif terhadap kehidupan” dan untuk menunjukkan bahawa “rakyat menikmati bekalan makanan yang mencukupi tanpa kebimbangan”, supaya orang ramai berpuas hati tinggal di dalam rumah masing-masing.

“Sila kumpulkan keluarga dan rakan anda untuk mengambil bahagian secara aktif dan membuat sumbangan mereka kepada kerja-kerja pembendungan wabak,” tambahnya.

(Gambar oleh Kevin Frayer/Getty Images)

Pegawai itu tergesa-gesa menambah mana-mana gambar yang disiarkan mestilah sahih, dan memberi amaran bahawa memo itu tidak boleh didedahkan kepada umum.

Memo itu, tidak bertarikh tetapi dikeluarkan selepas bandar itu mengenakan perintah berkurung ke atas 9 juta penduduknya pada 20 Mac, tersebar dengan marak seperti api di media sosial China sebaik sahaja ia disiarkan dalam talian.

“Media terus mengatakan bekalan makanan banyak dan mencukupi. Kami rakyat biasa menuntut untuk mengetahui: Di manakah bekalan ini?” tulis seorang pengguna di laman web mikroblog popular China Weibo.

“Kami tahu mereka berbohong. Mereka tahu diri mereka berbohong. Mereka juga tahu kita tahu mereka berbohong … tetapi mereka tetap masih berbohong,” tulis seorang lagi.

Ia amat memeranjatkan apabila berpuluh juta orang di seluruh negara di perintah berkurung di dalam rumah mereka, dengan ramai yang mengadu tentang kesukaran mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi.

Baru-baru ini, video seorang lelaki berusia 70-an dari Changchun timur laut China yang merayu untuk dibenarkan membeli makanan di sebuah pasar raya di kawasan kejiranannya telah mencetuskan kemarahan seluruh negara.

(Gambar oleh HECTOR RETAMAL/AFP /Getty Images)

Lelaki itu, yang terpaksa tinggal sendiri jauh dari anak-anaknya akibat wabak, telah kehabisan bekalan. Dia memberitahu dirinya diarahkan untuk membuat pesanan melalui aplikasi mudah alih walaupun dia tidak tahu menggunakan teknologi itu.

Tetapi bagi mereka yang tahu cara membuat pembelian dalam talian, masih tiada jaminan untuk mendapatkannya.

“Ia bukan soal harga. Anda tidak boleh mendapatkan apa-apa walaupun anda berjuang untuk mereka,” kata seorang pekerja asing di Changchun, yang baru-baru ini membantu membina hospital sementara terbesar di bandar itu, memberitahu The Epoch Times. “Secara terang-terangan, tiada siapa yang peduli walaupun anda mati kelaparan.”

Ramai yang berkongsi kekecewaan lelaki itu.

Di bahagian tengah China, beribu-ribu dari daerah Taikang di Wilayah Henan telah dibawa ke kawasan sekitar untuk kuarantin. Beberapa penduduk tempatan yang sihat dan terkurung di rumah mereka berkata mereka mengalami catuan makanan.

“Kami kekurangan segala-galanya,” kata seorang wanita bernama Liang kepada The Epoch Times. Tiada bekalan dihantar ke daerah itu kerana perkhidmatan penghantaran telah dihentikan, tambahnya. “Kami perlu makan secara berjimat.”

Apabila perintah berkurung tiba-tiba diumumkan di pusat perniagaan antarabangsa Shanghai, penduduk yang panik di daerah Pudong hanya mempunyai beberapa jam untuk menyimpan stok makanan, menyebabkan pergaduhan di pasar raya apabila para pembeli berebut-rebut di rak makanan.

(Gambar oleh HECTOR RETAMAL/AFP /Getty Images)

Wang Wanying, seorang aktivis di Shanghai, berkata dia telah menghubungi pegawai jawatankuasa kejiranan untuk mendapatkan bantuan selepas kehabisan sayur terakhirnya di rumah. Mereka menyuruhnya membuat pesanan bawa pulang. “Saya tidak mempunyai wang untuk membelinya,” katanya kepada The Epoch Times. “Mereka pada dasarnya memberitahu saya untuk hidup atau binasa dengan sendiri.”

Menjelang Khamis, kebanyakan komen marah sebagai tindak balas terhadap kempen propaganda nampaknya telah dipadamkan daripada kebanyakan saluran internet di China.

Di Weibo, tempat memo pertama kali muncul, tiada lagi ‘hashtag’ yang berkaitan dengan kempen itu ditemui walaupun istilah itu telah menjana 1.4 juta tontonan sejak empat hari lalu. Dipaparkan dengan ketara pada platform sebaliknya adalah siaran dari media negara China, yang memaklumkan kepada rakyat bahawa bandar itu telah menahan dua pegawai yang bertanggungjawab menyebabkan “impak negatif”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

6 kebaikan makan kurma ketika Ramadan dan patut jadi amalan pada bulan lain

0

Kurma merupakan antara makanan wajib pada bulan Ramadan iaitu ketika umat Islam berpuasa. Setiap rumah pasti ada menyimpan kurma paling kurang sekotak mesti ada.

Ada yang makan kurma semasa sahur, ada juga yang amalkan makanan ini sebaik waktu berbuka ketika azan Maghrib berkumandang.

Tahukah anda kurma merupakan buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan membawa banyak manfaat kepada tubuh badan?

Pixabay

Berikut 6 kebaikan memakan kurma:

1. Membekalkan sumber tenaga

Pada bulan puasa, kebiasaannya tubuh badan kita akan menyerap kurang nutrisi di dalam badan disebabkan kita hanya makan ketika sahur dan berbuka puasa. 

Untuk mengekalkan sumber tenaga berterusan bagi melakukan rutin harian, kita perlu makan buah kurma ketika sahur dan berbuka puasa. Ini kerana kurma mengandungi kandungan glukosa yang memberikan kalori yang mencukupi sebagai sumber tenaga buat tubuh badan.

Pixabay

2. Melancarkan sistem pencernaan

Disebabkan kurma mengandungi serat yang tinggi, ia akan melancarkan sistem pencernaan tubuh badan seseorang. Terutamanya ketika bulan puasa, kita akan berbuka dengan jumlah hidangan yang banyak kerana telah menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa.

Dengan memakan kurma, ia akan dapat membantu anda melancarkan pergerakan usus besar dan mengelakkan sembelit.

3. Mengurangkan rasa lapar dan dahaga

Kandungan mineral dalam kurma yang cukup tinggi dapat membantu anda agar tidak cepat dahaga ketika seharian berpuasa. Begitu juga dengan kandungan glukosa dalam kurma akan membantu anda untuk tidak berasa lapar. 

Kebiasaannya, anda disarankan untuk makan 3 biji buah kurma seperti yang diamalkan oleh Rasulullah (SAW).

Pexels

4. Mengandungi antioksidan yang tinggi

Antioksidan seperti vitamin E, asid fenolik dan juga vitamin A yang terdapat dalam buah kurma mampu untuk menyahaktif radikal bebas dengan memberikan elektron bebas untuk menstabilkannya. Oleh itu, dengan memakan kurma, ia boleh mengurangkan risiko terkena sebarang penyakit.

5. Pemanis semula jadi

Disebabkan kurma tidak mempunyai sebarang gula tambahan, ia memang selamat dimakan. Kurma mengandungi fruktosa yang memberi kemanisan di setiap gigitan. Kurma juga boleh menjadi alternatif kepada gula putih. 

Jika sentiasa amalkan memakan kurma, anda akan mempunyai tenaga dan tidak mudah mengantuk baik ketika bersahur, berpuasa dan berbuka puasa.

Pixabay

6. Meningkatkan kesihatan otak

Makan kurma juga dapat membantu untuk meningkatkan fungsi otak. Satu kajian mendapati makanan yang dicampur dengan kurma meningkatkan memori, tumpuan dan kemampuan belajar yang jauh lebih baik.

Selain itu, kurma dapat membantu menurunkan kesan jangkitan dan mencegah pembentukan plak otak yang penting untuk mencegah penyakit Alzheimer.

Pixabay

Jadi amalkan makan kurma selalu dan Selamat Berpuasa!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Dulu Boat Tail kini Panhard EBR 105 WoT,” bapa tukar van jadi kereta kebal ‘World of Tank’ untuk anak lelakinya

0

Anda melihat seorang lelaki dan anak lelakinya menaiki kereta kebal kayu di tengah jalan dalam kejiranan mereka dan bapa ini benar-benar membuat kenderaan itu dalam buatan tangannya sendiri. 

Disebabkan minatnya yang gemar membina kenderaan mewah mini daripada kayu, Truong Van Dao kali ini mendapat idea mencipta kereta kebal tempur kayu yang dihasilkan dengan mendapat inspirasi permainan dalam talian popular ‘World of Tanks’ (WoT).

Gambar AFP

Bapa dari Vietnam Truong Van Dao melabur beribu-ribu dong dan menghabiskan masa berjam-jam bersama pasukannya membina kereta kebal kayu daripada rangka ubah suai van Mitsubishi L300 Panel lama, untuk anak kecilnya. 

Oleh kerana Vietnam tidak lagi berperang dengan Amerika, maka beratus-ratus kereta kebal sebenar tidak lagi tersedia untuk berperang seperti dahulu.

YouTube

Menukar van 16 tempat duduk itu menjadi kereta kebal kayu, Truong Van Dao dan anak lelakinya yang berusia 3 tahun mengelilingi kawasan kejiranan menayang kereta kebal kayu itu pada setiap hujung minggu. 

Duo bapa dan anak ini tinggal di wilayah Bắc Ninh, timur ibu kota Hanoi, Vietnam.

YouTube

Kereta kebal kayu Panhard EBR 105 mempunyai meriam replika sepanjang 2.8 meter dan berharga AS$11,000.00 (RM46,000) untuk dibina. Dao dan dua rakan sekerja mengambil masa 3 bulan untuk menukar van yang tidak digunakan itu kepada kereta kebal kayu.

YouTube

“Saya dan anak saya berasa lebih seronok menaiki kereta kebal itu, yang tiada kaitan dengan senjata mahupun peperangan,” kata Dao yang berusia 31 tahun kepada AFP.

YouTube

“Saya hanya menganggapnya sebagai kereta biasa, mengubah suainya menjadi kereta kebal untuk menjadikannya lebih menarik dan seronok untuk bermain,” tambahnya.

Mengekalkan enjin utama dan lantai van itu, mereka membuka ruang menjadi kereta tebal dengan menyusun semula bahagian dalam bagi memberi ruang untuk gear.

YouTube

Ia adalah sedikit rumit untuk Truong Van Dao memberi jaminan kesemua 8 roda untuk bergerak, walaupun penutup kayu yang dihiasi dengan corak yang kompleks lebih mudah untuk ditangani.

“Bahagian yang paling sukar ialah bagaimana membuat empat roda bawahan untuk dapat berjalan,” kata Dao.

YouTube

Kelajuan terpantas kereta kebal yang telah siap ialah 25km sejam. Jika Dao memacu kereta kebal kayu lebih laju daripada kelajuan maksimum, kabel yang menyambungkan roda akan terputus dan kenderaan itu tidak akan bergerak lagi. Akibatnya, kereta kebal kayu buatan sendiri tidak akan memecahkan sebarang rekod kelajuan.

Prototaip kereta kebal buatan sendiri ini berbeza dengan kereta mainan kanak-kanak kerana mereka bermain dengan versi plastik yang jauh lebih kecil di jalanan Hanoi.

YouTube

“Jika semua kereta kebal di dunia ini sama dengan kereta kebal saya, tidak ada salahnya, hanya untuk keseronokan,” kata Dao seorang bapa yang sentiasa dibanggakan.

YouTube

Truong Van Dao mempunyai saluran YouTube popular dikenali ‘ND-Woodworking Art’, di mana beliau mempamerkan beberapa karya kayu lain yang dibuat khas untuk kanak-kanak, dan semuanya berfungsi dengan sepenuhnya.

Anda boleh menonton pembuatan Lamborghini Sian, Ferrari 250 GTO, BMW 328 Hommage dan Rolls-Royce Boat Tail, hanya untuk menamakan beberapa karya Dao yang mempunyai setengah juta pelanggan di YouTube.

YouTube

Duo bapa dan anak ini sering dilihat di jalanan menguji beberapa produk yang telah siap. Walaupun ia adalah model berskala rendah dan tidaklah mewah, apa yang penting ia boleh dipandu baik dan beroperasi sepenuhnya.

YouTube

Dalam saluran YouTube itu, tukang kayu ini mendedahkan kenderaan dipasang daripada kayu yang dibuang, dan untuk mengekalkan rupa semula jadi, Dao dan pasukannya hanya menambah varnis kayu kemasan berkilat, dan ada kalanya, beliau menambah sedikit cat berwarna untuk penampakan hasil yang lebih cantik dan boleh dipercayai.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kajian: Terdapat kaitan antara ketagihan permainan ‘game’ dengan bunuh diri

0

Kajian dan analisis Norway yang dibiayai oleh Norwegian Competence Center for Gambling and Gaming Research mendapati bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara masalah permainan (gaming) dan bunuh diri.

“Walaupun kebanyakan permainan adalah aktiviti yang menyeronokkan dan rekreasi, minoriti kecil dijangka mengalami masalah yang berkaitan dengan permainan mereka, contohnya, konflik dengan orang rapat atau kesihatan fizikal dan/atau mental yang terjejas,” tulis penulis, yang diketuai oleh Eilin Erevik.

“Bunuh diri mencerminkan idea bunuh diri [berfikir, mempertimbangkan, atau merancang bunuh diri], percubaan bunuh diri dan bunuh diri yang semuanya dicirikan oleh keinginan untuk mati,” tulis penulis.

“Semua hasil ini melibatkan pelbagai bahaya dan kesusahan bagi individu yang terjejas dan mereka yang rapat dengan mereka, dan penting kepada masyarakat.”

Masalah ‘gaming’ ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti permainan yang memiliki masalah, berlebihan, ‘pathalogical’ yang mempengaruhi sebilangan kecil orang yang memilih untuk bermain.

Secara keseluruhan, pasukan itu menemui 1,348 kajian yang diterbitkan dari 2000 hingga 2021 dan menyemak 12 kajian dengan jumlah 88,732 peserta selepas melakukan saringan kelayakan.

Sebelas daripada 12 kajian menyiasat kaitan antara permainan yang bermasalah dan idea membunuh diri dan lima kes yang disiasat mempunyai percubaan membunuh diri.

Walau bagaimanapun, penulis menyimpulkan bahawa penemuan mereka “menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara permainan yang bermasalah dan idea bunuh diri.”

Skala Penilaian Kualiti Newcastle-Ottawa (pdf) digunakan untuk menilai kemungkinan terdapat bias dalam kajian yang digunakan untuk semakan dan pengarang mencapai skor purata 5.8 bintang daripada 9, meletakkan kualiti purata penyelidikan adalah adil dan berkualiti.

Pasukan itu berteori tentang kemungkinan terdapat alasan di sebalik hubungan antara ketagihan terhadap permainan dan bunuh diri.

“Masalah terhadap permainan boleh menyebabkan bunuh diri,” penulis membuat spekulasi.

Hal ini boleh berlaku kerana adanya peningkatan tekanan psikologi dan impulsif yang seterusnya boleh meningkatkan kemungkinan untuk membunuh diri.

Walau bagaimanapun, pengarang juga berhujah bahawa hal sebaliknya juga boleh berlaku apabila pemain menjadika permainan sebagai alat untuk keluar daripada idea untuk membunuh diri. Mereka pada mulanya sudah mempunyai idea untuk membunuh diri jadi mereka bermain permainan video sebagai “cara untuk melarikan diri daripada kesusahan yang mereka alami.”

“Terdapat keperluan untuk lebih banyak kajian mengenai hubungan antara masalah permainan dan percubaan bunuh diri dan bunuh diri,” kata pasukan itu.

“Kajian yang dilakukan pada masa depan harus bertujuan untuk menyiasat sebab-akibat dan mekanisme yang dimainkan dalam hubungan antara masalah ‘game‘ dengan idea/percubaan membunuh diri. Khususnya, hubungan antara genre permainan, masalah permainan dan bunuh diri harus disiasat dalam penyelidikan pada masa depan.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Suka panjat pokok hingga buat ramai risau, pemilik anjing letak papan tanda untuk makluman ramai

0

Haiwan peliharaan memang banyak ragam dan kerenahnya. Saban hari ada sahaja perkara-perkara aneh yang dilakukan mereka sehingga kita sendiri pening hendak melayan. Itu baru seekor, banyangkan kalau ada banyak haiwan peliharaan di rumah di tambah lain dengan spesies mereka yang lain-lain. Memang bermacam ragam!

Buktinya seperti yang dilakukan oleh seekor anjing ini apabila dia nampaknya memiliki ‘habit’ yang agak lain daripada lain. Percaya atau tidak dia dikatakan suka memanjat pokok sehingga tuannya terpaksa meletakkan papan tanda pada pokok tersebut.

Kisah ini diceritakan oleh seorang wanita, Leah Saunders Goldstein, melalui akaun TikTok miliknya. Menurut Goldstein pada suatu hari dia sedang memandu berhampiran rumahnya di Florida apabila dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya.

Apa yang berlaku ialah dia ternampak sebuah papan tanda pada sebatang pokok yang berbunyi, “anjing kami memanjat pokok. Mereka baik-baik sahaja.”

Apa yang lebih mengejutkan ialah di sebelah papan tanda tersebut memang ada seekor anjing yang sedang berdiri di situ.

“Saya sedang membaca papan tanda itu dan kemudian barulah saya sedar ada seekor anjing juga di sana,” kata Goldstein kepada The Dodo. “Saya benar-benar terkejut,” tambahnya lagi.

Goldstein pada mulanya agak terkejut melihat ada anjing baka Chihuahua arboreal di kawasan kejiranan itu tetapi rupa-rupanya dia memang tinggal di situ. Anjing comel bernama Daisy itu tinggal bersama dengan sebuah keluarga berhampiran kawasan itu.

Lisa Levine dan keluarganya mula menjaga Daisy pada tahun lalu dan tidak lama kemudian barulah mereka tahu bahawa Daisy memang suka memanjat pokok.

Selepas dibenarkan keluar ke halaman belakang rumah suatu ketika dahulu ketika hari-hari pertama Daisy tinggal di rumah itu, anjing itu sudah mula menunjukkan ‘hobinya’. Memandangkan dia sering naik ke atas pokok, hal itu telah menimbulkan salah faham kepada orang ramai yang melihatnya. Ramai yang beranggapan dia terperangkap dia ats pokok.

“Seorang jiran memberitahu kami anjing kami berada di atas pokok itu,” Levine memberitahu The Dodo. “Begitulah semuanya bermula.”

Beberapa hari, sekumpulan kecil orang berkumpul di bawah pokok itu. Mereka bimbang anjing itu tidak dapat turun. Pada suatu hari, sebuah kumpulan orang memutuskan untuk menghubungi 911 untuk mendapatkan bantuan. Tidak hanya itu, ramai yang sering datang ke rumah Levine untuk memberitahu tentang anjingnya yang ‘terperangkap’ di atas pokok.

“Saya berterima kasih kepada mereka atas keprihatinan mereka dan memberi jaminan bahawa dia baik-baik saja,” kata Levine. “Mereka melihat saya seperti saya ini gila.”

Sebenarnya, Daisy tidak pernah terperangkap. Dia boleh memanjat ke atas dan turun ke bawah pokok itu dengan mudah sekali.

Untuk meredakan kebimbangan orang ramai terhadap Daisy, seorang rakan keluarga Levines memutuskan untuk membuatkan papan tanda.

Dan dengan itu, orang ramai seolah-olah berhenti risau tentang Daisy. Tetapi ia tidak menghentikan persoalan yang muncul dalam kalangan orang ramai terutama mereka yang pertama kali melihat Daisy di atas pokok itu.

“Sekarang, (apabila Daisy tidak berada di dalam pokok) orang meminta kami untuk melepaskannya supaya mereka dapat melihatnya,” kata Levine.


Daisy nampaknya tidak mempunyai rancangan untuk berhenti melakukan ‘hobi’ tersebut. Nampaknya dia akan terus memanjat pokok dan hal ini sebenarnya membuatkan Goldstein lega kerana ada seekor anjing yang sentiasa mengawasi kawasan kejiranan tersebut.

“Kami berasa lebih selamat kerana ada Daisy yang menjaga kawasan!”ujar Goldstein.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pegawai Disney ketengahkan agenda gay dalam program semasa mesyuarat dalaman syarikat

0

Eksekutif dan penerbit di Syarikat Walt Disney berkata semasa mesyuarat dalaman baru-baru ini yang diadakan terdapat idea untuk mencipta watak utama dalam filem dan rancangan yang melibatkan golongan gay atau transgender.

Karey Burke, presiden Kandungan Hiburan Umum Disney, berkata semasa pertemuan itu bahawa dia adalah ibu kepada dua “queer children”, di mana salah seorang daripadanya melihatnya dirinya memiliki jantina yang berbeza daripada ketika dilahirkan.

Burke berkata Disney telah pun menjadi rumah kepada “cerita LGBTQIA yang luar biasa selama bertahun-tahun” tetapi semasa forum syarikat terbuka baru-baru ini, seorang eksekutif mengatakan bahawa hanya terdapat sedikit elemen tersebut di dalam cerita-cerita Disney.

LGBTQIA bermaksud lesbian, gay, biseksual, transgender, ‘queer’, interseks dan aseks.

Pengenalan rang undang-undang di Florida mengenai undang-undang yang melarang membincangkan “orientasi seksual atau identiti jantina” di tadika hingga gred tiga yang ditandatangi oleh Gov. Ron DeSantis pada 28 Mac—merupakan respons negatif daripada beberapa kakitangan Disney.

“Kami mempunyai banyak, banyak, banyak watak LGBTQIA dalam cerita kami, namun kami tidak mempunyai petunjuk yang mencukupi, dan naratif di mana watak gay hanya menjadi watak, dan tidak perlu mengenai cerita gay. Itu sangat membuka mata saya dan saya boleh memberitahu anda bahawa ia adalah sesuatu yang saya rasa mungkin seandainya saat ini tidak berlaku, saya sebagai seorang pemimpin, dan rakan sekerja saya, tidak akan perasan,”

Beberapa klip video mesyuarat tersebut telah diperoleh dan disiarkan secara dalam talian oleh Christopher Rufo, seorang pembikin filem dan felo kanan di Institut Manhattan.

“Saya telah bercakap dengan beberapa pekerja Disney yang mengatakan syarikat itu telah keluar dari landasan sepenuhnya. Daripada teori perlumbaan kritikal kepada ideologi jantina, eksekutif mendorong aktivisme sayap kiri yang melampau dalam setiap aspek syarikat, daripada memadamkan perkataan ‘lelaki’ dan ‘perempuan’ daripada taman temanya kepada menjejaki ‘watak trans kanonik’ dalam program kanak-kanaknya,” beritahu Rufo kepada The Epoch Times melalui e-mel.

Disney, yang tidak menjawab permintaan untuk memberi komen terhadap Rang Undang-undang Hak Ibu Bapa dalam Pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Chapek memberitahu semua pekerja pada masa itu bahawa dia telah mendengar mengenai “kesakitan, kekecewaan dan kesedihan” mereka terhadap respons Disney terhadap rang undang-undang itu, sambil menambah bahawa undang-undang itu merupakan “cabaran terhadap hak asasi manusia.”

“Anda memerlukan saya untuk menjadi sekutu yang lebih kuat dalam memperjuangkan hak sama rata dan saya mengecewakan anda. Saya minta maaf,” tulis Chapek. Dia berkata Disney akan segera meningkatkan sokongan untuk kumpulan advokasi yang menentang undang-undang seperti ini di negeri lain.

Dalam satu kenyataan selepas DeSantis menandatangani undang-undang itu, Disney menyatakan matlamatnya agar undang-undang itu dimansuhkan atau dibatalkan di mahkamah.

Sebelum menandatangani rang undang-undang itu, DeSantis mengecam apa yang disifatkannya sebagai bahan bilik darjah untuk kanak-kanak kecil yang mengandungi kandungan tentang “seksualiti dan ideologi jantina yang terjaga,” yang menurutnya tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil dan sesuatu yang tidak mahu diajar oleh ibu bapa.

DeSantis berkata kenyataan Disney mengenai matlamat syarikatnya adalah “melampaui batas”, sambil menambah: “Negeri ini ditadbir mengikut kepentingan rakyat Florida. Ia tidak berdasarkan permintaan eksekutif korporat California. Mereka tidak mengendalikan negeri ini. Mereka tidak mengawal negeri ini.”

Christina Pushaw, setiausaha akhbar untuk DeSantis, memberitahu The Epoch Times dalam e-mel bahawa Disney membina jenama sebagai syarikat mesra keluarga dan “satu kesilapan besar untuk membuangnya kerana menyokong ideologi seks dan jantina dalam gred tiga.”

Video lain yang dikeluarkan oleh Rufo menunjukkan pengurus kepelbagaian dan inklusi Disney, Vivian Ware menerangkan cara syarikat menukar semua ucapan mereka di taman temanya, beralih daripada “ladies and gentleman, boys and girls” kepada “hello, everyone” or “hello, friends” (“helo, semua orang” atau “helo, kawan-kawan.”)

Sementara itu, penyelaras pengeluaran Disney, Allen March, bercakap tentang bagaimana dia bekerja dengan pasukan membuat ‘Moon Girl’ selama dua tahun.

Pasukan itu telah “benar-benar terbuka untuk meneroka cerita mengenai queer” dan terdapat peningkatan kesedaran bahawa watak utama harus transgender, aseksual atau biseksual untuk meneroka aspek tersebut dengan lebih baik, kata Mac.

Klip lain memaparkan Latoya Raveneau, penerbit eksekutif yang bekerja di The Proud Family dan Eureka!, berkata dia pernah mendengar sebelum menyertai Disney bahawa syarikat itu tidak menggalakkan watak gay dan transgender, tetapi selepas diupah, mendapati perkara sebaliknya telah berlaku.

Kepimpinan dan penyampai persembahan Disney “sangat mengalu-alukan agenda gay yang tidak dirahsiakan,” katanya.

James Lindsay, pengasas New Discourses, memberitahu The Epoch Times dalam mesej Twitter bahawa video itu mendedahkan ideologi yang dipanggil ‘Queer Theory’.

“Teori Queer bukanlah sokongan kepada LGBT, dan ia adalah sesuatu yang perlu dipersiapkan,” katanya. “Ia adalah pendekatan Marxis terhadap seks, jantina, seksualiti, dan kesihatan yang dilihat ‘normal’ seperti harta borjuis yang mesti dihapuskan.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Polis berjaya berkas 2 suspek rompak siang hari barang kemas warga emas di hadapan rumahnya

0

Dua suspek rompak bersenjata ke atas seorang warga emas di Bandar Tun Razak, Cheras pada Sabtu, 26 Mac lalu, telah berjaya ditahan polis.

Dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa, 29 Mac, Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar berkata kedua-dua lelaki berusia 29 dan 35 tahun itu telah direman bagi membantu siasatan.

Pada Sabtu lalu, dua rantai dan dua gelang yang dipakai wanita berusia 77 tahun itu telah disamun oleh dua lelaki bersenjatakan parang, yang dihampiri secara tiba-tiba dan kemudian melarikan diri di hadapan kediamannya dengan menaiki motosikal Yamaha Y15 berwarna biru hitam.

Twitter

Kejadian pada jam 9 pagi itu dirakam oleh salah seorang jiran dan videonya menjadi tular di media sosial, yang mendapat perhatian polis pada jam 12.30 tengah hari pada hari yang sama.

Dalam video itu, suspek dilihat menarik tangan wanita warga emas itu secara paksa dan menggunakan pemotong untuk memutuskan rantai dan gelang tangan sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

“Mangsa cedera di tangan dan kehilangan barang kemas bernilai lebih RM25,000 dalam kejadian itu,” kata Muhammad Idzam sambil menambah motosikal itu mempunyai plat palsu yang cuba dijejaki pengguna media sosial.

Twitter

Suspek pertama telah ditangkap pada keesokan harinya pada Ahad, 27 Mac.

Polis berjaya menahan lelaki warga tempatan berusia 35 tahun yang mempunyai 18 rekod lampau.

Tangkapan kedua berjaya dibuat pada pagi Isnin, 28 Mac, dengan polis menahan lelaki warga tempatan berusia 29 tahun yang juga mempunyai 18 rekod lampau.

Twitter

Polis turut merampas barangan yang dipercayai digunakan dalam kes rompak bersenjata itu bersama wang tunai RM5,300.

Kedua-dua suspek telah direman masing-masing selama 6 hari (suspek berusia 35 tahun) sehingga 1 April, dan 7 hari (suspek berusia 29 tahun) sehingga 4 April.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang mengklasifikasikannya sebagai rompak berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum dua puluh tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: