28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya HidupSuka panjat pokok hingga buat ramai risau, pemilik anjing letak papan tanda...

Suka panjat pokok hingga buat ramai risau, pemilik anjing letak papan tanda untuk makluman ramai

Haiwan peliharaan memang banyak ragam dan kerenahnya. Saban hari ada sahaja perkara-perkara aneh yang dilakukan mereka sehingga kita sendiri pening hendak melayan. Itu baru seekor, banyangkan kalau ada banyak haiwan peliharaan di rumah di tambah lain dengan spesies mereka yang lain-lain. Memang bermacam ragam!

Buktinya seperti yang dilakukan oleh seekor anjing ini apabila dia nampaknya memiliki ‘habit’ yang agak lain daripada lain. Percaya atau tidak dia dikatakan suka memanjat pokok sehingga tuannya terpaksa meletakkan papan tanda pada pokok tersebut.

Kisah ini diceritakan oleh seorang wanita, Leah Saunders Goldstein, melalui akaun TikTok miliknya. Menurut Goldstein pada suatu hari dia sedang memandu berhampiran rumahnya di Florida apabila dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya.

Apa yang berlaku ialah dia ternampak sebuah papan tanda pada sebatang pokok yang berbunyi, “anjing kami memanjat pokok. Mereka baik-baik sahaja.”

Apa yang lebih mengejutkan ialah di sebelah papan tanda tersebut memang ada seekor anjing yang sedang berdiri di situ.

“Saya sedang membaca papan tanda itu dan kemudian barulah saya sedar ada seekor anjing juga di sana,” kata Goldstein kepada The Dodo. “Saya benar-benar terkejut,” tambahnya lagi.

Goldstein pada mulanya agak terkejut melihat ada anjing baka Chihuahua arboreal di kawasan kejiranan itu tetapi rupa-rupanya dia memang tinggal di situ. Anjing comel bernama Daisy itu tinggal bersama dengan sebuah keluarga berhampiran kawasan itu.

Lisa Levine dan keluarganya mula menjaga Daisy pada tahun lalu dan tidak lama kemudian barulah mereka tahu bahawa Daisy memang suka memanjat pokok.

Selepas dibenarkan keluar ke halaman belakang rumah suatu ketika dahulu ketika hari-hari pertama Daisy tinggal di rumah itu, anjing itu sudah mula menunjukkan ‘hobinya’. Memandangkan dia sering naik ke atas pokok, hal itu telah menimbulkan salah faham kepada orang ramai yang melihatnya. Ramai yang beranggapan dia terperangkap dia ats pokok.

“Seorang jiran memberitahu kami anjing kami berada di atas pokok itu,” Levine memberitahu The Dodo. “Begitulah semuanya bermula.”

Beberapa hari, sekumpulan kecil orang berkumpul di bawah pokok itu. Mereka bimbang anjing itu tidak dapat turun. Pada suatu hari, sebuah kumpulan orang memutuskan untuk menghubungi 911 untuk mendapatkan bantuan. Tidak hanya itu, ramai yang sering datang ke rumah Levine untuk memberitahu tentang anjingnya yang ‘terperangkap’ di atas pokok.

“Saya berterima kasih kepada mereka atas keprihatinan mereka dan memberi jaminan bahawa dia baik-baik saja,” kata Levine. “Mereka melihat saya seperti saya ini gila.”

Sebenarnya, Daisy tidak pernah terperangkap. Dia boleh memanjat ke atas dan turun ke bawah pokok itu dengan mudah sekali.

Untuk meredakan kebimbangan orang ramai terhadap Daisy, seorang rakan keluarga Levines memutuskan untuk membuatkan papan tanda.

Dan dengan itu, orang ramai seolah-olah berhenti risau tentang Daisy. Tetapi ia tidak menghentikan persoalan yang muncul dalam kalangan orang ramai terutama mereka yang pertama kali melihat Daisy di atas pokok itu.

“Sekarang, (apabila Daisy tidak berada di dalam pokok) orang meminta kami untuk melepaskannya supaya mereka dapat melihatnya,” kata Levine.


Daisy nampaknya tidak mempunyai rancangan untuk berhenti melakukan ‘hobi’ tersebut. Nampaknya dia akan terus memanjat pokok dan hal ini sebenarnya membuatkan Goldstein lega kerana ada seekor anjing yang sentiasa mengawasi kawasan kejiranan tersebut.

“Kami berasa lebih selamat kerana ada Daisy yang menjaga kawasan!”ujar Goldstein.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI