25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaKesihatan6 kebaikan makan kurma ketika Ramadan dan patut jadi amalan pada bulan...

6 kebaikan makan kurma ketika Ramadan dan patut jadi amalan pada bulan lain

Kurma merupakan antara makanan wajib pada bulan Ramadan iaitu ketika umat Islam berpuasa. Setiap rumah pasti ada menyimpan kurma paling kurang sekotak mesti ada.

Ada yang makan kurma semasa sahur, ada juga yang amalkan makanan ini sebaik waktu berbuka ketika azan Maghrib berkumandang.

Tahukah anda kurma merupakan buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan membawa banyak manfaat kepada tubuh badan?

Pixabay

Berikut 6 kebaikan memakan kurma:

1. Membekalkan sumber tenaga

Pada bulan puasa, kebiasaannya tubuh badan kita akan menyerap kurang nutrisi di dalam badan disebabkan kita hanya makan ketika sahur dan berbuka puasa. 

Untuk mengekalkan sumber tenaga berterusan bagi melakukan rutin harian, kita perlu makan buah kurma ketika sahur dan berbuka puasa. Ini kerana kurma mengandungi kandungan glukosa yang memberikan kalori yang mencukupi sebagai sumber tenaga buat tubuh badan.

Pixabay

2. Melancarkan sistem pencernaan

Disebabkan kurma mengandungi serat yang tinggi, ia akan melancarkan sistem pencernaan tubuh badan seseorang. Terutamanya ketika bulan puasa, kita akan berbuka dengan jumlah hidangan yang banyak kerana telah menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa.

Dengan memakan kurma, ia akan dapat membantu anda melancarkan pergerakan usus besar dan mengelakkan sembelit.

3. Mengurangkan rasa lapar dan dahaga

Kandungan mineral dalam kurma yang cukup tinggi dapat membantu anda agar tidak cepat dahaga ketika seharian berpuasa. Begitu juga dengan kandungan glukosa dalam kurma akan membantu anda untuk tidak berasa lapar. 

Kebiasaannya, anda disarankan untuk makan 3 biji buah kurma seperti yang diamalkan oleh Rasulullah (SAW).

Pexels

4. Mengandungi antioksidan yang tinggi

Antioksidan seperti vitamin E, asid fenolik dan juga vitamin A yang terdapat dalam buah kurma mampu untuk menyahaktif radikal bebas dengan memberikan elektron bebas untuk menstabilkannya. Oleh itu, dengan memakan kurma, ia boleh mengurangkan risiko terkena sebarang penyakit.

5. Pemanis semula jadi

Disebabkan kurma tidak mempunyai sebarang gula tambahan, ia memang selamat dimakan. Kurma mengandungi fruktosa yang memberi kemanisan di setiap gigitan. Kurma juga boleh menjadi alternatif kepada gula putih. 

Jika sentiasa amalkan memakan kurma, anda akan mempunyai tenaga dan tidak mudah mengantuk baik ketika bersahur, berpuasa dan berbuka puasa.

Pixabay

6. Meningkatkan kesihatan otak

Makan kurma juga dapat membantu untuk meningkatkan fungsi otak. Satu kajian mendapati makanan yang dicampur dengan kurma meningkatkan memori, tumpuan dan kemampuan belajar yang jauh lebih baik.

Selain itu, kurma dapat membantu menurunkan kesan jangkitan dan mencegah pembentukan plak otak yang penting untuk mencegah penyakit Alzheimer.

Pixabay

Jadi amalkan makan kurma selalu dan Selamat Berpuasa!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI