27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 2, 2025
Utama Blog Laman 180

Waspada e-mel palsu status permohonan Pengeluaran Khas KWSP, jangan klik pautan mencurigakan

0

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi peringatan mengenai e-mel palsu berkaitan Status Permohonan Pengeluaran Khas. Ramai yang telah membuat semakan status pengeluaran khas bermula 9 April 2022 bagi mengetahui status kelulusan permohonan KWSP.

Perlu diingat pada masa yang sama terdapat scammer di luar sana yang memperhatikan anda dengan menjalankan sindiket penipuan penghantaran e-mel.

Untuk mengelak anda daripada melayan e-mel seperti ini, pastikan dengan meneliti alamat e-mel penghantar, dan jangan klik pautan mencurigakan.

Twitter

Sekiranya anda berasa musykil dan sangsi, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk pengesahan lanjut.

KSWP telah memberi peringatan ini kepada semua ahlinya agar tidak berkongsi status Pengeluaran Khas KWSP di media sosial.

“Ini kerana scammer sentiasa memerhatikan tindakan anda..”

KWSP dalam hantaran di media sosial berkata pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan Pengeluaran Khas.

Twitter

Untuk makluman, Pengeluaran Khas KWSP telah dibuka mulai 1 April 2022 sehingga 30 April 2022. Permohonan boleh dibuat melalui pautan: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Memandangkan ramai yang teruja dengan kebenaran Pengeluaran Khas ini, ada yang bertindak berkongsi maklumat peribadi seperti MyKad, nombor telefon, alamat rumah dan jumlah pengeluaran.

Untuk pengetahuan semua, maklumat ini adalah sulit dan pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan jika anda mendedahkan perkongsian status permohonan KWSP anda terutamanya para scammer. Jadi anda dinasihatkan supaya berhati-hati. 

Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi anda kepada sesiapa pun, kerana KWSP hanya melakukan proses Pengeluaran Khas dengan pengesahan anda sahaja tanpa melantik mana-mana pihak ketiga.

Berikut adalah cara anda membuat semakan status Pengeluaran Khas KWSP, melalui portal dengan pautan di atas.

Terdapat dua status Pengeluaran Khas KWSP

1. Permohonan Anda Telah Diterima

Twitter

Ini bermakna Pengeluaran Khas KWSP anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 dalam satu bayaran sahaja.

2. Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod

Twitter

Ini bermakna KWSP memaklumkan agar anda menyemak semula maklumat dan butiran peribadi anda seperti kemas kini nombor telefon pintar dan kad pengenalan. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa pendaftaran dan permohonan dibuat.

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama, hubungi hotline Pengeluaran Khas di 03-89224848 pada waktu bekerja untuk mendapatkan maklumat lanjut.

KWSP sebelum ini memaklumkan semakan status permohonan adalah prosedur umum permohonan bagi membolehkan pemohon membuat semakan dan memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu-isu lain.

Twitter

Kelulusan Pengeluaran Khas adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti berikut:

  • Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.
  • Ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
  • Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.
Twitter

Amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan: 

1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000

2. Amaun pengeluaran minimum adalah RM50

3. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1

4. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Cara bayaran:

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

  • Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas KWSP berjalan lancar:
  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/syarikat)

Tarikh akhir permohonan Pengeluaran Khas adalah 30 April 2022.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cara jimatkan bil elektrik walaupun guna penyaman udara di rumah

0

Memandangkan cuaca di negara kita sememangnya panas dan membahang ramai yang sering berada dalam keadaan tidak selesa terutama ketika tengah hari. Apa yang membuatkan ramai tidak selesa ialah apabila kipas yang sudah dipasang laju pun belum mampu untuk memberikan kedinginan.

Jadi, ramai yang mula menggunakan penyaman udara atau ‘air conditioner’ di rumah. Namun, penggunaan ‘aircond’ akan membuatkan bil elektrik melambung tinggi sehingga boleh mencecah RM200 sebulan!

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa dengan teknik dan cara penggunaan yang betul, tenaga elektrik dapat dijimatkan ketika menggunakan penyaman udara. Berikut adalah tips yang boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan elektrik semasa menggunakan penyaman udara.

1. Beli penyaman udara yang mempunyai ‘horsepower’ (HP) yang mencukupi.
Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang bersaiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP. Ada yang cakap penyaman udara 0.5HP sudah cukup ekoran saiz bilik hanya kecil.

Sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1 HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Namun, jika 2.0HP ia sudah terlebih power pula.

Tujuan memiliki HP yang cukup ialah supaya pergerakan kompresor dapat dikurangkan. Hal ini kerana, makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi tenaga elektrik digunakan. Jadi, kalau boleh kita kurangkan pergerakan kompresor agar dapat menjimatkan penggunaan elektrik.

2. Gunakan aircond yang memiliki teknologi inverter.
Penggunaan inverter bertujuan untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila elektrik pada kompresor lebih stabil, kita dapat menjimatkan elektrik.

Inverter pula hanya akan dapat berfungsi sepenuhnya selepas suatu tempoh yang panjang dan kebiasaannya selepas 4 jam.

3. Tetapkan aircond pada suhu yang betul.
Ramai pengguna yang sering melakukan kesilapan ketika ini. Mereka majoritinya akan menetapkan suhu penyaman udara terus pada suhu yang tinggi seperti 23 darjah celsius dan menetapkan kipas pada tahap 2. Kemudian mereka terus membiarkan penyaman udara terus terpasang sehingga pagi.

Cadangan yang sebaiknya ialah apabila sampai di rumah, buka penyaman udara pada suhu terendah misalnya pada suhu 16 darjah celsius dan kipas yang paling kuat misalnya pada tahap 4 dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30 hingga 45 minit.

Selepas itu, barulah anda boleh tetapkan pada suhu 25 atau 26 darjah celsius dan kipas pula boleh tetapkan pada tahap 2. Penyaman udara paling banyak mengunakan elektrik ketika ia dibuka kerana ketika itu kompresor mula bergerak dan lama-kelamaan penggunaan tenaga sudah boleh dikurangkan.

4. Jangan selalu buka dan tutup penyaman udara.

Ramai yang melakukan hal seperti ini terutama ketika tidur. Apabila mereka sejuk mereka akan menutup penyaman udara dan apabila panas mereka akan membukanya semula. Jika terlalu kerap melakukannya ia akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

5. Lakukan penyelengaraan (service) penyaman udara setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali.

Mungkin ramai yang selalu terlepas pandang akan hal ini. Akibatnya penyaman udara mereka langsung tidak disentuh selama berbulan-bulan dan ada juga yang memakan masa betahun-tahun. Paling tidak pun pastikan anda service penyaman udara anda sekali setahun.

Penyaman udara yang tidak diselenggara akan membuatkan ianya tidak lagi begitu sejuk. Hal ini akan membuatkan anda sering menukar tetapan suhu pada penyaman udara sedangkan masalahnya hanya penapisnya yang kotor.

Selain itu, penyaman udara juga boleh kemungkinan akan rosak jika dibiarkan tanpa diselenggara. Jadi, suka atau tidak anda peru melakukan ‘service’ sekurang-kurangnya sekali setahun jika tidak mahu wang anda melayang utnuk membeli penyaman udara yang baru.

Memandangkan penyaman udara sememangnya menggunakan banyak tenaga elektrik adalah lebih baik jika anda membukanya ketika benar-benar mahu menggunakannya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cubaan seludup anak harimau guna khidmat pos gagal

0

Hari ini pelbagai cara digunakan untuk menyeludup haiwan keluar dari sesebuah tempat. Apa yang paling tidak masuk akal ada yang menggunakan khidmat pos untuk menyeludup haiwan keluar. Boleh bayangkan bagaimana haiwan berada dalam bungkusan pos?

Polis Mexico menemui anak harimau Bengal yang berusia dua bulan dibungkus di dalam bekas plastik berwarna biru untuk penghantaran laju. Perkara tersebut walau bagaimanapun terbongkar setelah anjing pengesan menghidu sesuatu yang mencurigakan di dalam bekas plastik tersebut.

Anak haiwan itu dipercayai diberi ubat pelali sebelum dibungkus di dalam bekas plastik tersebut.

Menurut sumber, seorang individu telah mencuba untuk menghantar anak harimau itu dari negara barat Jalisco kepada alamat di tengah negeri Queretaro.

Anak harimau tersebut mengalami dehidarsi tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan lain dan telah diserahkan ke pusat pengurusan haiwan. Kes tersebut kini berada dalam siasatan pihak polis.

Selain di dalam kotak, sebelum ini ada juga anak harimau itu yang disumbat di dalam sampul surat besar. Apa yang lebih teruk ada juga anak-anak harimau yang terlepas dan berkeliaran di lorong-lorong di kawasan kejiranan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pelajar cemerlang pernah memandu lebih 100km, membongkok dalam but kereta demi capaian internet baik, tiada alasan tidak sertai ODL

0

Pelaksanaan pengajian secara ‘Open Distance Learning’ (ODL) semasa pandemik menjadi satu bentuk cabaran baru yang harus dihadapi para pelajar IPT terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Terdapat pelbagai kekangan yang timbul termasuklah capaian internet yang menjadi masalah paling besar, seterusnya memberikan tekanan besar kepada golongan kurang bernasib baik ini ketika menuntut ilmu.

Anis Arina Aqilah Roslee merupakan salah seorang pelajar yang berhadapan dengan kesukaran itu apabila beliau terpaksa mencari kawasan yang boleh mendapatkan capaian internet yang baik untuk menyertai kelas dalam talian.

YouTube

Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Sosial, Universiti Pendidikan Sultan Idris berusia 23 tahun yang menetap di Telupid, Sabah ini berkata beliau mengalami sedikit kesukaran mendapatkan capaian internet baik sejak pencawang telekomunikasi di daerah Telupid terbakar pada 25 Mac lalu.

“Pencawang telekomunikasi di tempat saya terbakar. Jadi banyak syarikat telekomunikasi yang terjejas sebab pencawang ini menghubungkan kesemua talian. Saya guna talian bagi pusat internet komuniti untuk ODL. Bila rosak kes terbakar ini susahlah untuk saya masuk kelas,” jelasnya.

YouTube

“Rumah saya terletak agak jauh dari pekan-pekan dan bandar lain. Lebih kurang 97km dari Ranau dan 130km dari Sandakan. Kalau hendak cari rangkaian internet terpaksa bergerak ke kampung lain. Kebiasaannya saya akan berada di tepi-tepi jalan raya besar yang ada ‘line’ sekurang-kurangnya tiga bar bagi membolehkan saya masuk kelas.”

“Kawasan-kawasan saya pergi itu pun tidak menentu sebab internet tidak stabil. Jadi saya kena selalu ubah tempat bagi mendapatkan jaringan internet. Yang paling dekat dengan rumah saya pun jaraknya lebih kurang 10km baru ada internet,” kata Anis Arina.

YouTube

Jelas Anis Arina, beliau bagaimanapun tidak duduk di bahagian dalam kereta semasa proses pembelajaran kerana kelas berlangsung dari pagi sehingga petang dan beliau bimbang enjin kereta akan panas melampau di samping mahu menjimatkan petrol.

Pelajar ini terpaksa duduk di bahagian but kereta Myvi milik ibunya yang mana ruangnya lebih luas bagi membolehkannya berbaring dan mencatatkan nota.

Anis Arina turut melalui banyak kesukaran lain yang terpaksa dihadapi seperti suhu telefon menjadi panas sehingga membuatkan dirinya menangis dan hampir berputus asa.

Gambar mStar

Namun pelajar gigih dan berdedikasi ini tetap meneruskan perjuangan dalam menimba ilmu setelah mendapat sokongan moral daripada orang-orang sekeliling yang memahaminya.

“Sebelum ini pernah masa tengah kelas, tiba-tiba internet terputus. Kebetulan pula yang mengajar masa itu ialah Ketua Jabatan. Saya memang cuak dan terus ambil inisiatif hubungi kawan guna telefon rumah dan minta tolong dia beritahu pensyarah-pensyarah kelas lain yang sangat memahami dan banyak bagi semangat untuk saya teruskan belajar walaupun sukar,” katanya. 

YouTube

“Biasanya mereka akan tanya dulu saya masuk kelas dekat mana, Adakalanya, mereka akan menghantar rakaman kelas secara peribadi kalau saya tidak dapat masuk kelas itu sebab mereka bimbang akan keselamatan saya yang terpaksa pandu kereta ke tempat-tempat yang ada internet,” katanya.

Walaupun terpaksa berdepan dengan banyak halangan untuk hadir ke kelas dalam talian, Anis Arina tetap berusaha kerana percaya akan ada keberkatan dan ganjaran bagi orang yang berusaha mencari ilmu.

Ini terbukti apabila gadis ini berkongsi di TikTok yang menunjukkan detik beliau menerima berita gembira apabila berjaya mendapat keputusan CGPS (Purata Nilai Gred Kumulatif) 4.00 bagi peperiksaan semester kelima.

Gambar mStar

“Semester lima merupakan sesi paling mencabar mental dan emosi untuk saya. Lebih-lebih lagi setelah tiga tahun ODL. Ditambah pula dengan subjek-subjek yang semakin sukar dan berat sampai hari-hari mengeluh hendak berhenti belajar.

“Pernah juga dulu saya tertinggal satu kelas itu sebab tiada internet, saya terus menangis. Yelah walaupun semua orang faham situasi saya tapi takut juga ia akan memberi kesan kepada mana-mana pihak terutama sekali bila ada kerja kumpulan dan saya bagi alasan tiada internet,” katanya.

“Tetapi saya bersyukur semua usaha penat lelah saya itu berbaloi bila dapat keputusan cemerlang untuk semester lepas. Masih tak percaya sampai sekarang walaupun sembilan minggu laptop saya rosak dalam masa siapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir, saya boleh dapat dekan,” tambah Anis.

YouTube

Sehingga kini, perkongsian video gadis ini yang menjadi tular telah meraih lebih 1.4 juta tontonan dan rata-rata netizen mengagumi usaha dan dedikasi Anis Arina untuk menuntut ilmu walaupun sukar.

“Saya muat naik video ini sebagai kenangan dan jenaka sahaja. Tapi tak sangka pula ramai yang boleh kaitkan kesukaran saya hadir ke kelas maya dengan kisah mereka yang bersusah payah hendak masuk kelas juga.”

YouTube

“Ramai yang terinspirasi dan jadikan video ini sebagai punca semangat mereka. Ada juga meluahkan video-video ini semua memberi kesedaran dan membuatkan diri rasa lebih bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang,” katanya.

Disebabkan respons yang baik daripada semua, ini telah membuatkannya menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan pengajian walaupun berada dalam kesukaran. Anis Arina ingin membuktikan bahawa realiti jurang digital masih wujud dalam kalangan kita walaupun zaman kini dikatakan telah serba moden.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Ada tanda hijau pelik,” Orang ramai dinasihat berwaspada apabila terlihat pelekat hijau tidak normal di peti surat rumah mereka

0

Ia sememangnya satu perkara yang sangat sensitif apabila anda melihat sesuatu yang bukan milik anda di pekarangan rumah.

Seorang netizen dikenali  “E” tiba-tiba terperasan peti surat di rumah mentuanya di Mentakab, Pahang mempunyai pelekat kecil berwarna hijau.

Menurut hantaran di Facebook yang tular, “E” mendedahkan pada waktu tengah hari 1 April, seorang lelaki dan seorang wanita bermotosikal telah singgah di rumah itu. Apabila anjing mula menyalak, mereka segera beredar.

Facebook

Pada keesokan paginya, beberapa jiran menghampiri rumah mentuanya dan memberitahu tentang terdapat pelekat hijau pada peti surat rumah mereka juga, lantas meminta untuk berwaspada dan berjaga-jaga.

Keluarga itu percaya lelaki dan wanita menaiki motosikal yang disebut sebelum ini adalah orang yang melekat tanda hijau itu di rumah mereka.

Facebook

Mereka telah melakukan tinjauan di kawasan kejiranan berhampiran dan menemui pelekat hijau yang sama pada beberapa rumah.

Facebook

Netizen lain bertanya sama ada ia mungkin ditinggalkan oleh pengawal keselamatan untuk menunjukkan bahawa rumah itu tidak membayar yuran keselamatan, tetapi “E” memberitahu kejiranan itu tidak dikawal oleh pegawai keselamatan.

Facebook

Walau bagaimanapun, “E” memberitahu setakat ini situasi mereka berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan tiada apa yang berlaku, tetapi mereka sentiasa berwaspada.

Ketua Pemuda MCA Pahang Wong Tze Shiang telah dimaklumkan mengenai fenomena ini dan beliau telah melaporkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Facebook

“Saya menerima banyak mesej dan netizen bimbang ini adalah salah satu cara sindiket penjenayah gunakan untuk ‘menanda’ rumah.”

“Polis Mentakab menggesa orang ramai supaya segera menanggalkan pelekat itu jika terjumpa di peti surat mereka. Tindakan akan diambil untuk memastikan keselamatan rakyat,” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Facebook

Di harap orang ramai sentiasa berwaspada dalam memastikan tahap keselamatan diri dan keluarga di kediaman sendiri adalah terjamin.

Facebook

Jika mendapati sebarang kelainan di pekarangan rumah seperti pelekat hijau itu dan lain-lain, pastikan anda menanggalkannya dan maklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya perlu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

100 pemuzik paling banyak terima anugerah di dunia, Siti Nurhaliza satu-satunya penyanyi Malaysia dalam ‘Top 30’

0

Setiap orang mempunyai pemuzik kegemaran menjadi idola mereka, dan walaupun ada kalangan artis ini yang mungkin tidak lagi aktif seperti dahulu, ramai yang masih kerap mendengar karya mereka memandangkan para peminat akan tetap bercerita dan mengenang artis legenda.

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengagumi artis ikonik tersohor dunia dan membesar dengan muzik mereka seperti Michael Jackson, Whitney Houston, Mariah Carey dan Celine Dion, yang mana kini beliau tersenarai bersama kalangan legenda itu sebagai salah seorang penyanyi paling ikonik di dunia.

Twitter

Merupakan satu-satunya penyanyi dari Malaysia dengan pencapaian sungguh membanggakan apabila Siti Nurhaliza berada dalam senarai ‘Top 30’ daripada 100 penyanyi paling banyak menerima anugerah di dunia dengan jumlah anugerah yang mengejutkan, serta berada di atas nama besar selebriti antarabangsa tersohor dunia seperti idolanya, Celine Dion.

Portal ‘The Artist Museum’, yang mempromosikan pelbagai anugerah pemuzik, mengumumkan di Twitter, senarai 100 pemuzik paling banyak menerima anugerah dalam sejarah (Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time), termasuk Siti Nurhaliza, yang telah memenangi 329 anugerah dalam kerjaya nyanyiannya selama lebih 30 tahun dengan berada di kedudukan ke-27.

Siti Nurhaliza / Facebook

Kedudukan yang membanggakan apabila penyanyi lagu ‘Cindai’ itu mengenepikan Justin Timberlake (322 anugerah), Usher (317 anugerah), Nicki Minaj (314 anugerah), Katy Perry (310 anugerah) ), dan Celine Dion (296 anugerah) pada kedudukan ke-33 yang kesemuanya adalah penyanyi tersohor pemenang Anugerah Grammy.

Senarai teratas adalah ‘Raja Pop Dunia’ Michael Jackson dengan kemenangan 1,003 anugerah di sepanjang hayatnya, diikuti Beyoncé dengan 896 anugerah, dan Taylor Swift di tempat ketiga, dengan 867 anugerah.

Siti Nurhaliza / Facebook

Menurut rekod, Siti Nurhaliza adalah satu-satunya artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah, dan ini termasuk ‘Malaysia Book of Records’ pada 2001 sebagai Artis Paling Banyak Menerima Anugerah dan masih menjadi pemegang rekod itu di Malaysia sehingga hari ini.

Penyanyi Nombor Satu Negara berusia 43 tahun itu telah memenangi lebih daripada 300 anugerah dan pengiktirafan antarabangsa termasuk Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Bintang Popular, Shanghai Music Festival, Voice of Asia dan MTV Asia.

Siti Nurhaliza / Facebook

Sebelum ini, Siti Nurhaliza pernah tersenarai sebagai 100 individu paling berpengaruh dalam dunia digital di Asia dan turut tersenarai antara 500 Wanita Muslim Paling Berpengaruh sebanyak tiga kali.

Kejayaan Datuk Seri Siti Nurhaliza begitu membanggakan Malaysia yang sekali gus memberi keterujaan kepada para peminatnya apabila artis itu mampu bersaing bersama barisan penyanyi hebat antarabangsa yang lain untuk membuktikan kemampuan penyanyi kita menjadi penghibur berkelas dunia.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pesawat kargo DHL putus dua selepas terbabas ketika pendaratan kecemasan di Costa Rica

0

SAN JOSE: Sebuah pesawat kargo Boeing 757-200 yang dikendalikan DHL putus dua selepas terbabas ketika pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria di Costa Rica semalam.

Pengendali lapangan terbang berkenaan, Aeris, berkata kemalangan itu berlaku jam 10 pagi waktu tempatan dan kerja pembersihan selesai serta lapangan terbang dibuka semula jam 3:30 petang semalam.

Menurutnya lagi, penerbangan kira-kira 8,500 pengembara dan 57 penerbangan kargo komersial terjejas akibat penutupan sementara lapangan terbang itu.

DHL, sebahagian daripada Deutsche Post AG, berkata semua kru pesawat selamat dengan hanya seorang menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Gambar disiarkan akhbar Costa Rica, La Nacion, menunjukkan sebuah pesawat berwarna kuning dengan logo DHL tertera di sisinya sedang disembur dengan buih pencegah kebakaran selepas ia tersadai di padang berhampiran landasan.

Bahagian ekor pesawat dilihat terpisah daripada badannya dan salah satu sayapnya juga patah.

Menurut Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Costa Rica, Luis Miranda Munoz, pesawat berkenaan dijadualkan terbang ke Guatemala apabila mengalami kegagalan sistem hidraulik.

Justeru, juruterbang meminta kebenaran untuk melakukan pendaratan kecemasan sejurus selepas berlepas.

Jurucakap Boeing Co berkata pihaknya hanya akan menjawab kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

DHL dan pihak berkuasa lapangan terbang berkata mereka sedang bekerjasama bagi mengalihkan pesawat itu tanpa menjejaskan operasi harian lapangan terbang.

“Pasukan tindak balas DHL sudah digerakkan dan siasatan akan dijalankan bersama pihak berkaitan bagi merungkai punca kemalangan,” kata DHL. – REUTERS.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Permohonan MyKid kini dibuka semula! Ini adalah dokumen diperlukan dan cara permohonan

0

Ramai ibu bapa yang baru menimang cahaya mata masih belum berjaya untuk mendapatkan kad pengenalan MyKid untuk bayi mereka. Biasanya bayi baru lahir sudah boleh mendapatkan MyKid merah jambu mereka selepas dilahirkan tetapi sejak tahun lalu bayi baru lahir hanya diberikan sijil lahir sahaja semasa membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Atas sebab tertentu, JPN telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka melakukan penangguhan pengeluaran permohonan MyKid sehingga Mac 2022 bagi memberi laluan penambahbaikan MyKid itu sendiri.

Apakah Itu MyKid?
MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

    Cara Permohonan MyKid
    My Kid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Terkini, permohonan MyKid 2022 sudah dibuka semula bermula 4 April 2022. Jadi, ibu bapa yang memiliki bayi sudah boleh melakukan permohonan MyKid buat bayi mereka. Apa yang lebih baik permohonan boleh dilakukan secara ‘walk-in’ sahaja dan tidak memerlukan sebarang temujanji.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan MyKid anak di JPN dan dokumen yang diperlukan.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan bapa.
  2. Salinan kad pengenalan ibu.
  3. Salinan sijil lahir.
  4. Salinan sijil kahwin ibu bapa.

Dokumen asli yang perlu dibawa bersama:

  1. Sijil kahwin ibu bapa.
  2. Sijil lahir anak.

Bayaran
Tiada bayaran dikenakan

Berikut adalah waktu operasi Cawangan JPN setiap daerah dan UTC:

Maklumat lanjut: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pandu Tesla secara ‘auto-pilot’, PDRM mulakan siasatan ke atas pasangan Singapura

0

Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura sememangnya dinantikan oleh penduduk kedua-dua buah negara, sehingga deretan kenderaan memenuhi Woodlands Checkpoint sampai berlaku kesesakan pada pukul 12.00 tengah malam, 1 April lalu.

Sepasang warga Singapura telah berkongsi pengalaman mereka masuk ke Malaysia dan menuju ke utara dengan menaiki kereta elektrik Tesla Model 3.

Pada awal video tersebut, pasangan itu perlu menunggu kira-kira 45 minit selepas pukul 12.00 tengah malam yang lalu untuk melepasi Woodlands Checkpoint bagi memulakan perjalanan mereka.

TikTok

Setelah melepasi sempadan, mereka meneruskan perjalanan melalui beberapa kawasan sambil mengaktifkan mod ‘auto-pilot‘.

“Autopilot is so shiok here! Tesla owners, start planning your journey,” tulis pengendali TikTok itu dalam salah satu video yang dikongsi.

Dalam perkembangan terbaharu, portal Guang Ming Daily melaporkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kertas siasatan berhubung video tular itu.

TikTok

Ketua Penolong Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Superintendan, Dr Bakri Zainal Abidin berkata, penggunaan fungsi pemanduan automatik boleh menyebabkan pemandu lalai dan tidak peka terhadap keadaan jalan raya.

“Dari perspektif PDRM, Malaysia pada masa ini tidak mempunyai peraturan atau undang-undang terhadap sistem pemanduan automatik, tetapi sistem ini tidak membantu pemandu menumpukan perhatian sepenuhnya pada pemanduan. Sistem tidak dapat memastikan jika ada pemandu yang duduk di dalam kenderaan.

“Ini mungkin menyebabkan pemandu kurang memberi perhatian kepada lalu lintas di sekeliling mereka, sebaliknya menghabiskan masa mereka dengan perkara lain yang mengganggu, seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” kata Bakri.

Menurut laporan portal Paultan.Org, Bakri turut mengingatkan pemandu bahawa Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya 1959 menetapkan sikap yang baik, berhati-hati dan menumpukan perhatian semasa memandu.

Beliau berkata walaupun semua kenderaan pada masa hadapan dilengkapi dengan fungsi pemanduan automatik, pemandu perlu sentiasa memberi perhatian dan peka dengan keadaan jalan raya, agar dapat mengambil alih tepat pada masanya dan mengelakkan kemalangan sekiranya sistem ini gagal.

“Apabila memandu, tumpuan mesti diberikan kepada jalan raya, kerana aliran trafik dan sikap pengguna jalan raya bermakna pengendali manusia masih diperlukan untuk mengendalikan dan memandu kenderaan itu,” tambahnya.

Beliau juga mengimbas kisah kemalangan di California pada 2019, yang mana pemandu Tesla menggunakan fungsi auto-pilot melanggar lampu merah dan merempuh kereta lain sehingga membunuh dua individu lain.

Akhirnya, pemandu itu didakwa dengan dua pertuduhan membunuh pada Januari, lapor The Guardian.

Bakri berkata kemalangan itu menunjukkan penggunaan teknologi pemanduan autonomi boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain berdasarkan keadaan lalu lintas dan jalan raya.

Mengenai kes pasangan warga Singapura itu, Bakri berkata tindakan mereka dilarang di Malaysia dan polis akan menggunakan Akta Pengangkutan Darat 1987 untuk melancarkan siasatan.

“Ciri auto-pilot dalam kenderaan Tesla membantu pemandu, tetapi ia tidak bermakna pemandu boleh melepaskan tangan sepenuhnya dari stereng dan tersilap berfikir bahawa sistem itu boleh mengawal kereta secara automatik dan selamat,” kata Bakri.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cara betul simpan bawang supaya tahan lama dan tidak cepat busuk

0

Ramai antara kita yang suka membeli barang dapur dalam kuantiti yang banyak terutama mereka yang sibuk mahupun mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Buat mereka yang sibuk biasanya mereka membeli barang dapur dengan banyak kerana mereka tiada masa untuk berulang alik ke pasar raya setiap minggu.

Antara barang dapur yang paling penting ialah bawang kerana ia adalah barang asas yang sering digunakan dalam apa sahaja masakan. Tidak kira apa sahaja masakan atau menu yang disediakan, bawang adalah barang asas yang diperlukan.

Jadi, ramai yang akan membeli bawang dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu, kadangkala bawang cepat rosak dan busuk. Hal ini membuatkan ramai suri rumah khususnya dalam keadaan dilema.

Sebenarnya terdapat cara menyimpan bawang yang boleh dilakukan supaya bawang tahan lama dan tidak cepat busuk. Berikut adalah cara yang betul menyimpan bawang supaya bawang sentiasa dalam keadaan baik:

Bawang Segar

  • Jangan simpan di dalam peti sejuk.
  • Cara simpan bawang yang betul adalah dengan meletakkannya di tempat yang terbuka dan kering.
  • Boleh letak di dalam bakul berlubang yang mempunyai pengaliran udara.
  • Jangan letak bawang di tempat tertutup, gelap, serta lembap.
  • Elak simpan bawang merah bercampur bersama dengan sayur lain, kerana tindakan tersebut boleh membuatkan bawang menjadi cepat busuk.

Bawang Dikupas

  • Cara simpan bawang merah atau bawang putih yang telah dikupas perlu lebih cermat kerana ia lebih mudah untuk rosak.
  • Jangan basuh bawang selepas dikupas kerana kelembapannya boleh menyebabkan bawang menjadi lembik dan cepat rosak.
  • Simpan bawang di dalam peti sejuk tetapi dalam masa yang sama pastikan bawang dikupas diletakkan di dalam bekas yang kedap udara supaya tidak dicemari oleh bahan makanan lain yang ada di dalam peti sejuk.

Bawang Kisar

  • Sama seperti menyimpan bawang dikupas, bawang yang telah dikisar perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  • Boleh letakkan juga sedikit garam supaya bawang yang dikisar tidak berkulat.
  • Lebih baik jika bawang yang dikisar disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: