Memperhatikan kelakuan haiwan memang boleh membuat anda berasa kasihan, sedih, tersenyum dan ketawa pada masa yang sama. Kalau anda tidak percaya, ini ada buktinya.
Satu rakaman video telah menarik perhatian ramai apabila memaparkan perjalanan menyedihkan seekor anjing jalanan ketika dia terpaksa merangkak di tengah jalan dengan kaki belakangnya yang ‘lumpuh’.
Siapa kata hanya manusia yang tahu berkasih sayang bahkan ada haiwan juga memiliki yang bersifat sama. Seperti kuda yang dikatakan memiliki pelbagai sifat dan karakter menyerupai manusia.
Satu rakaman video penuh emosi memaparkan tindakan cemas seekor kuda yang tular baru-baru ini di media sosial, ketika dia dilihat berlari di belakang sebuah ambulans.
Apabila seseorang yang rapat dengan kita ditimpa kesakitan atau kemalangan, kita sebagai manusia cenderung untuk berasa sedih, begitu juga haiwan seperti kuda dalam video ini.
Video perkongsian pegawai Perkhidmatan Hutan India Susanta Nanda di Twitter dengan kapsyen, “Kuda ini berlari di belakang ambulans yang membawa adiknya yang sakit ke hospital veterinar di Udaipur, India.”
Menurut pegawai IFS, kuda ini berlari di belakang ambulans kerana adik perempuannya telah jatuh sakit dan terpaksa dikejarkan ke hospital veterinar di Udaipur untuk menjalani rawatan.
Ramai yang menonton video ini menjadi terharu dan tersentuh hati apabila melihat kasih sayang kuda itu terhadap adiknya, serta meninggalkan komen:
“Saya tidak fikir haiwan kurang berperasaan. Semua haiwan menunjukkan perasaan mereka yang tulen, dan tidak tercemar. Dan mereka berkasih sayang, jadi kita mesti menyayangi haiwan.”
Oleh itu, jangan memperlekehkan kasih sayang haiwan sehingga ada manusia yang sanggup mendera mereka, kerana perasaan haiwan agak sama juga adilnya dengan perasaan kita.
Haiwan juga tahu untuk merasai perasaan cemas dan bimbang.
Tonton video di bawah:
This horse ran behind the ambulance taking his sick sister to the veterinary hospital in Udaipur, India. Hospital kept both of them together until the mare recovered. And we think animals have lesser feelings than us … (Via Channa Prakash) pic.twitter.com/sgV11DAglE
Pernah terjadi bila anda keluar rumah dan tiba-tiba baru perasan dompet dengan kad ATM di dalamnya telah tertinggal di rumah. Tambah bila sudah sampai ke destinasi dan anda berada di hadapan mesin ATM untuk mengeluarkan wang.
Tapi tidak perlu bimbang dan tidak perlu patah balik ke rumah pun. Anda boleh keluarkan saja wang dari akaun tanpa menggunakan kad dan urusan boleh sahaja diteruskan dengan beberapa langkah seperti perkongsian Azlan Salim ini.
Azlan berkongsi mengeluarkan wang tunai tanpa kad di ATM Maybank.
Cara keluarkan wang tunai di mesin ATM tanpa guna kad.
Tanpa kad bank anda boleh keluarkan wang tunai. Perkara terpenting, anda mempunyai telefon pintar di tangan dan ATM Maybank di hadapan mata. Maybank memudahkan caranya:
1. Masuk ke aplikasi Maybank2u, di bahagian bawah, klik “Mobile”. Kemudian pilih “Cardless ATM Withdrawal”
TOKYO: Artis manga terkenal Jepun, Fujiko Fujio A, yang popular dengan kartun digemari kanak-kanak termasuk ‘Ninja Hattori’ dan ‘Little Ghost Q-Taro’ meninggal dunia pada usia 88 tahun, lapor media tempatan semalam.
Menurut stesen penyiar swasta TBS dan beberapa laporan media yang lain, pelukis dengan nama sebenarnya Motoo Abiko itu ditemui di luar kediamannya dekat Tokyo semalam.
This picture taken on October 29, 2008 shows Japanese manga artist Fujiko Fujio A, whose real name is Motoo Abiko, in Tokyo. – Famed Japanese manga artist Fujiko Fujio A, known for beloved children’s cartoons including Ninja Hattori and Little Ghost Q-Taro, has died aged 88, local media reported on April 7, 2022. (Photo by JIJI PRESS / AFP) / Japan OUT
Polis bagaimanapun enggan mengesahkan laporan itu kepada AFP, namun ramai pelukis dan mereka yang berada industri penerbitan menzahirkan penghormatan mereka kepada Abiko menerusi ciapan Twitter.
Abiko adalah anak lelaki sulung seorang sami di sebuah kuil bersejarah di wilayah Toyama tengah. Namun keluarganya meninggalkan kuil selepas kematian bapa Abiko ketika beliau berada di tahun kelima atau gred lima persekolahan.
“Kematian ayah banyak mengubah hidup saya. Jika dia tidak meninggal dunia, saya fikir saya akan menjadi seorang sami,” katanya kepada akhbar harian, Asahi Shimbun, pada 2020.
Di sekolah menengah, beliau berkawan dengan Hiroshi Fujimoto, yang kemudiannya mencipta kartun Jepun sangat digemari, ‘Doraemon’ dan pasangan itu mula bekerjasama.
Mereka membentuk usaha sama pada 1951, bersama-sama menghasilkan karya di bawah nama pena ‘Fujiko Fujio’ dan berkongsi apartmen Tokyo dengan artis manga terkenal lain termasuk Osamu Tezuka.
Salah satu karya awal mereka berdua ialah ‘Q-Taro’ yang mengisahkan seorang anak hantu yang baik tetapi nakal mula hidup bersama keluarga manusia, sekali gus diminati di Jepun dan luar negara.
Abiko juga menghasilkan pelbagai manga sendiri termasuk ‘Ninja Hattori’ mengisahkan seorang ninja menjadi kawan baik dengan kanak-kanak biasa serta karya lain yang disasarkan kepada golongan dewasa.
Walaupun sudah lama bekerjasama dengan Fujimoto, Abiko pernah mengakui beliau tidak mengikuti kartun ‘Doraemon’ dengan tekun.
“Saya mengelak daripada membacanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana apabila saya membacanya, saya terpengaruh dengan mereka dan berfikir saya tidak boleh melukis seperti itu,” katanya sambil ketawa. -AFP
Satu video berdurasi kurang 10 saat ini tersebar luas hingga mampu mengalirkan air mata bagi sesiapa yang melihatnya. Jika di Instagram sahaja, video ini telah disukai hampir 340,000 pengguna laman sosial itu.
Menerusi video yang dapat dilihat di saluran ‘animallovevibe‘ itu, kelihatan seekor anak harimau putih sedang menghendap ibunya disebalik pintu yang terbuka luas. Anak harimau itu melihat dengan penuh hati-hati agar kehadirannya tidak disedari ibunya yang sedang leka di luar.
Apabila yakin ibunya benar-benar tidak menyedari akan kehadirannya disebalik ruang masuk itu, anak harimau terus menerjah ibunya dari arah belakang.
Sergahan dari anak harimau itu membuatkan si ibu betul-betul terkejut hingga terjelepok di atas tanah.
Reaksi si ibu harimau itu sebenarnya mengajar kita akan erti kasih sayang antara ibu dan anak. Mana mungkin si ibu itu tidak sedar akan kehadiran si anak, bukan? Namun, untuk menceriakan suasana dan menghargai usaha yang cuba dilakukan si anak, ibu harimau itu bukan sahaja berpura-pura tidak menyedari kehadiran si kecil malah berpura-pura terkejut hingga terjelepok. Pasti anak harimau itu berasa puas kerana berjaya membuatkan ibunya terkejut.
Nah, begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Gurauan seperti ini sangat diperlukan untuk menceriakan hari-hari kita. Baik ibu mahupun bapa, haruslah memainkan peranan yang penting dalam membentuk hubungan yang lebih erat dengan anak-anak. Anak-anak pasti akan berasa lebih selamat dan dekat dengan ibu bapa yang sentiasa menghidupkan ‘humor’ (kebolehan menyatakan sesuatu yang menggelikan hati) dalam keluarga.
Memberi sedekah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, dan pada usia apa pun, asalkan ada kemahuan dengan niat yang ikhlas untuk melakukan amal kebaikan, tambahan pada ketika kita berada dalam bulan Ramadan yang mulia.
Menjadi teladan buat orang dewasa juga apabila seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dari Ampang, Kuala Lumpur ini memutuskan untuk menjamu beberapa rakan sebayanya yang kurang bernasib baik dengan makanan segera popular McDonald’s selepas menjual mainannya sendiri untuk mendapatkan wang tunai.
Perkongsian hati mulia kanak-kanak bernama Sayf Mecca itu dimuat naik ibunya di Twitter, di mana beliau mendokumentasikan bagaimana anak lelakinya tanpa mementingkan diri telah menganjurkan satu acara jualan garaj untuk mainannya sendiri selepas dia mendapat inspirasi daripada maskot Mickey Mouse di hadapan restoran McDonald’s yang memohon sumbangan bagi golongan memerlukan.
Tidak jelas berapa banyak mainan yang berjaya dijual oleh Sayf, atau sama ada dia menerima tambah nilai dana daripada orang dewasa yang mengagumi usahanya, tetapi menurut ibunya, Sayf berjaya mencukupkan wang tunai untuk membeli McDonald’s Happy Meals untuk disumbangkan kepada 35 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Hati di Ampang.
Dan nampaknya Sayf tidak berhenti di situ sahaja, malah menganjurkan satu lagi pusingan jualan kebajikan di hadapan rumahnya di Ampang supaya dia boleh melakukan sumbangan dan derma untuk golongan memerlukan sekali lagi.
“Sesiapa yang ingin membeli mainannya dan sokong Syaf Mecca boleh hantar mesej kepada saya untuk alamatnya. Ada Hot Wheels dan Monster Truck. Bermula RM2 kepada RM5 sahaja,” tulis ibunya di Twitter.
Tidak menghairankan usaha murni Sayf Mecca menjadi tular di Twitter, dengan ramai yang memuji pekerti kanak-kanak itu kerana mempunyai hati mulia dan bersemangat untuk membuat kebajikan, dan yang lain juga memuji ibu bapanya kerana membesarkannya dengan sangat baik.
Sayf Mecca(6 tahun) jual his toys utk nak belanja orphanage (35orang) happy meals! Thanks aunty uncle yang support Sayf Mecca. pic.twitter.com/2vZfN4MNNU
Memandangkan ramai juga yang akan berfikir dua tiga kali untuk menjual walaupun satu daripada harta berharga masing-masing untuk tujuan amal, adalah menjadi perkara luar biasa telah berjaya dilakukan oleh seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.
Yang merupakan satu tindakan paling istimewa untuk dilihat dan patut diberikan pujian serta menjadi inspirasi buat orang lain.
Dalam kalangan anda ada yang pernah melihat dua ekor biawak berpelukan bukan? Maka bertanyalah di dalam hati mengapa?
Tambah sekarang musim bunga, hati semua orang berbunga, dan sempadan negara sudah dibuka jadi semua orang boleh mula melepas rindu bertemu orang tersayang yang lama terpisah jauh di perantauan.
Jadi, apabila melihat biawak berpelukan macam boleh kait pula dengan situasi manusia melepas rindu dan berkasih sayang. Rasanya bukan macam itu ikut andaian kita.
Baru-baru ini, satu pemandangan pagi jarang berlaku berjaya dirakam yang memaparkan dua ekor biawak gergasi sepanjang 6 kaki berpelukan antara satu sama lain, yang dilihat di tepi tasik di tengah laluan mendaki di Stadium Likas, Kota Kinabalu di Sabah.
Pada masa itu, dua ekor biawak muncul di atas rumput di sebelah tasik dan kemudian tiba-tiba berdiri seperti manusia dan berpelukan antara satu sama lain.
Detik yang jarang berlaku ini segera dirakam oleh Candy Chung, seorang warga ‘morning walk’ yang biasa bersenam pada waktu pagi hari di kawasan rekreasi itu.
Dengan menggunakan telefon pintarnya, Candy mengambil video aksi biawak berpeluk tak lepas itu dan berkongsi adegan jarang dilihat bersama para netizen.
Lama juga dua ekor biawak itu berpelukan tidak melepaskan dakapan satu sama lain, macam melepas rindu dan berkasih sayang. Tambah tepi tasik macam pertemuan di lokasi romantik ala-ala K-drama gitu, pagi-pagi lagi dalam suasana indah.
Rupanya kalau anda hendak tahu, dua ekor biawak itu berpelukan ada makna, yang bukan bersifat romantik dan menyentuh hati.
Menurut seorang ahli zoologi Dr Evy Ayu Arida dari Herpetofauna Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) kepada Kompas, sekiranya anda terlihat dua ekor biawak sedang berpelukan, sebenarnya mereka adalah dua ekor biawak jantan yang sedang bertarung beradu kekuatan.
“Jadi sebenarnya biawak-biawak jantan meninggikan badan dan saling beradu otot dada. Sehingga bila beradu kekuatan tetapi belum selesai mungkin sedang keletihan, secara teknikal mereka dianggap masih bertarung,” jelas Dr Evy.
Sekiranya tiada yang kalah dalam pertarungan itu, kedua-dua biawak jantan tidak akan berganjak dari tempat mereka. Kira macam dalam tengah bergusti olahraga atau WWF/WWE/WWC kot.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun tidak pernah melupakan budi yang diterima daripada pemilik restoran mi selama 5 tahun. Dia membalas dengan melayannya seperti seorang bapa dan melindunginya sepanjang hayat apabila dia kembali selepas 25 tahun.
Dong Nianhe yang berusia 65 tahun dahulunya memiliki sebuah restoran mi yang telah diusahakan selama beberapa dekad. Dong tidak berkahwin jadi tidak mempunyai anak. Walaupun menyedari selama 5 tahun dan perkara itu masih berterusan, Dong telah menerima bantuan kewangan sebanyak 50,000 yuan sebulan daripada seorang pengirim tanpa nama.
Sekadar Gambar Hiasan
Kini dia mempunyai hampir 700,000 yuan sejak dia memutuskan untuk menyimpan kesemua wang itu. Tindakan berhati mulia oleh orang tidak dikenali itu membuatkan jiran Dong Nianhe berasa iri hati kepadanya, walaupun tiada siapa yang tahu siapa pengirim wang itu sehingga pada suatu hari, tampil seorang wanita di hadapan Dong.
25 tahun yang lalu, Dong Nianhe mengusahakan restoran mi. Setiap petang, dia akan melihat seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sedang berdiri di hadapan restorannya, yang kelihatan sangat lapar. Anak ini akan merenung periuk tempat Dong memasak, dan Dong akan memberikan renungan mata yang bermakna dia faham.
Sekadar Gambar Hiasan
Pada suatu hari, ketika tidak ramai pelanggan di kedainya, Dong melihat gadis kecil itu semula. Lantas dia memasak semangkuk mi dan menghampirinya, “Lapar? Mari makan selagi mi masih panas..”
Anak ini pada mulanya berasa teragak-agak, jadi Dong pun berkata, “Jangan risaulah, tidak ada yang salah dengan mi ini, saya bukan orang jahat.” Gadis kecil ini mengangkat tangannya dan berkata, “Saya, saya…tiada wang boleh bayar. Datuk kata kita tidak boleh menerima barang orang lain jika kita tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan sebagai balasan. Walaupun telah menerimanya, kita perlu menukarnya dengan nilai yang sama.” Jadi gadis kecil itu menolak.
Dong perasan gadis kecil itu, yang nama dia dapat tahu ialah Yin Canlian, tidak mempunyai apa-apa nilai untuk ditawarkan kepadanya sebagai pertukaran untuk semangkuk mi.
Sekadar Gambar Hiasan
Pakaiannya bertampal dan lusuh. Jadi Dong Nianhe meletakkan mangkuk mi di atas tanah dan mengingatkannya yang ia adalah percuma. Yin tidak perlu membayar. Tetapi gadis kecil itu tetap tidak menerima makanan percuma itu. Sebaliknya, dia melarikan diri.
Kerana ingin tahu, Dong Nianhe bertanyakan sesiapa yang mengenali gadis kecil itu. Ternyata 5 tahun yang lalu, ibu bapanya keluar bekerja dan tidak pernah kembali. Dia tinggal bersama datuknya sejak itu, dan mereka bergantung hidup antara satu sama lain, tinggal di rumah usang. Apabila gadis kecil itu pulang dari sekolah, dia akan melakukan kerja ladang dan memasak untuk makan malam. Makan malam biasanya hanya seperiuk bubur putih.
Sekadar Gambar Hiasan
Ini meluluhkan hati Dong Nianhe, jadi dia mendapat idea untuk membuatkan gadis kecil itu tidak akan menolak semangkuk mi yang dimasaknya. Apabila melihat Yin Canlian lagi, Dong berkata, “Selagi kamu mengajar saya menulis perkataan untuk setiap hari, selagi itu saya boleh memberi kamu semangkuk mi.”
Gadis kecil itu bagai tidak percaya Dong mendapat idea yang begitu cemerlang, walaupun dia berkata dengan malu-malu, “Bolehkah saya menulis dua perkataan? Saya hendak tukar dengan dua mangkuk mi.” Pada masa itu, Dong Nianhe tahu dia memberikan semangkuk mi yang lain untuk datuknya, jadi dia dengan ceria menjawab, “Oh! Sudah tentu, boleh..”
Apabila pelanggan melihatnya, mereka sengaja mengejeknya dan berkata, “Hei, Bos Dong, mari kita dapatkan sepuluh mangkuk mi dahulu, dan kami akan mengajar kamu cara menulis seratus perkataan.” Dong Nianhe hanya tersenyum tidak membalas dan mendiamkan dirinya.
Sekadar Gambar Hiasan
Sejak itu, Yin Canlian datang untuk mengajar Dong Nianhe beberapa perkataan baharu setiap hari untuk semangkuk mi, dan pertukaran ini berlangsung selama 5 tahun. Selepas Yin menamatkan sekolah rendah, Dong Nianhe menyedari anak itu tidak lagi melalui restorannya. Dia dan datuknya telah tidak lagi kelihatan di kejiranan itu. Dong kemudian mendapat tahu saudara jauh Yin Canlian telah membawa mereka pergi ke bandar untuk menjaga kedua-duanya.
Cepatnya masa berlalu 25 tahun kemudian, restoran mi Dong Nianhe telah menjadi lokasi makanan ringan istimewa tempatan, dan dia juga telah menjadi seorang lelaki tua yang berumur 60 tahun lebih. Oleh kerana tidak dapat memberikan zuriat, dua perkahwinannya berakhir dengan perceraian, dan Dong Nianhe tidak pernah mempunyai anak.
Baginya, suasana agak sunyi kerana dia sudah tua tanpa keluarga. Tetapi setiap hari selama 5 tahun, Dong tertanya-tanya siapa yang menghantarnya 50,000 yuan pada setiap bulan kerana tiada surat atau nota yang dilampirkan.
Sekadar Gambar Hiasan
Jiran-jiran menyedari perkara ini dan berasa iri hati dengan kekayaannya, sehingga ada yang menasihatinya untuk menutup restoran mi dan berhenti sahaja daripada terus bekerja.
Dong Nianhe tidak pernah menyatakan kepada mereka mengapa dia masih bekerja di restoran mi itu. Sebenarnya dia masih menaruh harapan untuk menunggu gadis kecil yang dilihatnya di seberang jalan pada awal petang. Walaupun seluruh restoran mi miliknya telah berubah selama bertahun-tahun, gadis itu mungkin masih berdiri di tempat biasa di mana dia menunggu.
Dong sering berkata sendiri, “Sebab saya sedang menunggu seseorang. Jika restoran mi ditutup, saya takut dia tidak akan menemui jalannya ke sini.” Dong Nianhe masih menunggu gadis kecil dengan beg sekolah merah yang berdiri di hadapan restorannya pada setiap petang. Dong masih mengingatinya seperti kejadian itu baru semalam berlaku walaupun ia sudah lama berlalu.
Sekadar Gambar Hiasan
Baru-baru ini, kawasan kejiranan di mana restoran mi itu terletak hampir dirobohkan. Pada ketika ini, Dong Nianhe mula jadi tidak keruan ketika dia bekerja. Pelanggan sering mengingatkannya, “Adunan itu adunan, bos, adunan itu adunan.”
Dalam hatinya dan Dong sering melihat tempat di mana gadis kecil itu berdiri di seberang jalan. Suatu hari, apabila Dong melihat dan dia menjadi terpegun. Pinggan mangkuk dan penyepit yang dibawanya tiba-tiba jatuh ke lantai.
Itu dia! Dia mungkin telah meningkat dewasa, tetapi yang pasti adalah itu adalah dia, kerana Dong Nianhe mengenali budak sekolah gadis kecil dengan beg merah itu. Wanita itu memasuki restoran mi dengan linangan air mata dan berkata, “Ayah, saya telah kembali!”
Sekadar Gambar Hiasan
Dong Nianhe berlari ke arahnya dengan perasaan teruja. Dalam hati, anak perempuannya sudah kembali. Dong kemudian mendapat tahu Yin Canlian telah pulang ke kawasan kejiranannya pada setiap bulan sejak dia mula bekerja, dan dalam diam memerhatikan Dong mengendalikan restoran mi itu dan menghantar wang kepadanya pada setiap bulan apabila Yin menerima gaji.
Yin dengan rela hati membalas budi yang telah Dong berikan selama 5 tahun melalui semangkuk mi. Dong sanggup membantunya pada masa yang paling sukar ketika Yin masih kecil.
Kini Dong Nianhe adalah seorang lelaki tua dan memerlukan seseorang untuk menjaganya, Yin Canlian yang telah dewasa akhirnya mempunyai sebab untuk kembali. Yin berkata kepadanya, “Ayah sangat baik hati melindungi saya selama lima tahun. Ayah beri saya makan ketika saya sangat lapar. Sekarang, saya akan melindungi ayah di sepanjang hayat ayah!”
Dalam kalangan adik-beradik kita pasti akan ada seorang dua yang ‘gila-gila’ perangainya. Ada sahaja yang mereka lakukan bakal menyakitkan hati. Mereka bukan sahaja suka mengusik tetapi selalu membuat keadaan menjadi huru-hara.
Itu baru bergurau tetapi kalau ada pergaduhan pula kadang-kala keadaan tidak melibatkan mereka tetapi merekalah yang paling menyibuk. Memang geram, tetapi tanpa mereka rumah pasti sunyi dan kita akan berasa tidak lengkap.
Video lucu tiga ekor haiwan ini mungkin akan memberi gambaran lebih jelas tentang keadaan tersebut. Kelihatan dua ekor kucing sedang mula bertikam lidah. Tidak tahu apa yang menyebabkan mereka begitu tetapi nampak gayanya ada sesuatu yang penting melibatkan kedua-dua pihak. Siapa benar, siapa salah hanya mereka yang tahu.
Apa yang lebih menarik perhatian ialah apabila muncul seekor anjing di situ. Kemunculannya bukan sahaja tidak diperlukan tetapi gayanya seperti dia pula yang terlibat sedangkan pergaduhan hanya melibatkan dua ekor kucing.
Si anjing bahkan terus menyibuk berlari-lari di situ seolah-olah dia juga terlibat sama dalam isu yang muncul. Kehadirannya di situ membuatkan kedua-dua kucing yang bergaduh itu terkadang hilang ‘mood’ dan geram melihat gelagatnya yang ‘over’.
Kedua-dua kucing itu kemudian mula tidak mempedulikan anjing tersebut dan terus dengan pergaduhan mereka namun fokus mereka terus diganggu anjing tersebut membuatkan ‘sesi pergaduhan’ tergendala seketika.
Video yang dimuat naik di Facebook itu lah menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat selamba anjing tersebut. Ada yang mengatakan anjing tersebut cuba meleraikan pertikaian yang ada antara kedua-dua ekor kucing itu. Ada juga netizen yang mengatakan anjing tersebut adalah pengadil dalam pergaduhan tersebut.
Tidak kira lah apa yang digaduhkan atau apa peranan anjing itu di situ, video tersebut tetap sangat lucu untuk ditonton. Anda yang sedih pun boleh tertawa melihat kerenah anjing yang sangat ‘busybody’ itu. Macam-macam perangai!
Memiliki haiwan peliharaan adalah sesuatu yang lumrah. Buat mereka pencinta haiwan khususnya, memelihara haiwan di rumah seolah-olah satu kewajipan bagi mereka. Jangan kata hanya sejenis haiwan, ada yang memelihara dua hingga tiga spesies haiwan sekaligus di rumah. Walaupun banyak usaha, tenaga dan bajet yang diperlukan tetapi bagi mereka semua itu bukan masalah asalkan haiwan kesayangn mereka mendapatkan yang terbaik.
Antara haiwan yang paling digemari ramai semestinya kucing. Disebabkan sifat semula jadi mereka yang manja dan kadangkala ‘mengada’ itu ditambah lagi dengan kecomelan tahap maksima yang dimiliki membuatkan semua orang boleh jatuh hati melihat mereka. Walaupun banyak kucing yang ramah dan manja ada juga yang agak sombong dan suka membuat hal sendiri. Namun, sebenarnya ada cara untuk buatkan kucing anda jatuh sayang kepada anda.
Berikut adalah tujuh cara bermain dan menyentuh kucing yang boleh anda lakukan kepada kucing anda. Selepas ini pasti mereka akan lebih sayangkan anda!
Banyak kucing yang suka dagunya dibelai dan disentuh. Ini kerana kucing biasanya tidak boleh menyentuh dagu mereka, jadi jika anda boleh menyentuh dagu kucing dan menggarunya atau membelainya, ia akan memberikan keselesaan kepada kucing. Mereka akan mengeliat dan berasa sangat gembira.
Kepala kucing biasanya sukar dicapai mereka, dan terdapat banyak saraf yang ada di kepala kucing. Jika pemilik haiwan peliharaan sering menyentuh kepala kucing mereka dengan lebih kerap, ia boleh melancarkan peredaran darah kucing dan membantu kucing untuk berehat. Kucing pasti tidak menolak jika tuan mereka mahu mengusap kepala mereka kerana ia adalah sesuatu yang menyeronokkan buat mereka.
Apabila anda membelai belakang kucing anda, mereka akan berasa sangat puas dan akan berasa dalam keadaan selamat. Pemilik haiwan boleh membelai belakang kucing, membelai bulu mereka dan bermain dengan menggeletek mereka. Tindakan ini akan membuatkan kucing berasa selesa dan gembira.
Namun begitu, anda perlu berhati-hati untuk tidak membelai kucing itu terlalu lama. Apabila kucing anda mula menggigit anda atau mengibaskan ekornya dengan kerap, kucing cuba memberitahu anda bahawa dia telah menikmati sentuhan kasih sayang itu, dan sudah tiba masnaya untuk anda melepaskannya.
Telinga kucing kecil dan agak sensitif, jadi jangan menyentuhnya dengan kuat, anda boleh mengurutnya dengan lembut dan sentuhan lembut itu boleh melegakan keletihan, tekanan dan kebimbangan yang dirasai oleh kucing anda.
Cakar kucing adalah salah satu bahagiannya yang paling sensitif. Jika kucing anda suka membelai anda dengan cakar mereka ini bermakna kucing itu mempercayai anda. Anda pula perlu berhati-hati supaya kulit anda tidak tercalar ketika bermain.
Apa yang boleh dilakukan ialah dengan memegang kaki kucing dengan lembut dan gerakkannya secara perlahan-lahan dalam bentuk bulatan. Kucing anda pasti akan senang dengannya.
Perut adalah bahagian sensitif kucing. Secara umumnya, selepas kucing mula mempercayai anda, mereka akan mengambil inisiatif untuk mendedahkan perut untuk mereka untuk disentuh. Anda boleh mengusap perut kucing secara perlahan. Belaian ini boleh merangsang perut secara berkesan dan menghilangkan senak, tetapi berhati-hati untuk tidak menyentuhnya terlalu lama, jika tidak kucing akan berasa tidak puas selesa.
Kini banyak alat mainan kucing yang boleh didapati di kedai-kedai dan pasar raya. Antara alat permainan yang boleh dibeli ialah bola, litar yang menyeronokkan serta rod yang disertakan dengan objek comel di hujungnya. Alat permaian ini membuatkan kucing anda akan menjadi lebih banyak bergerak dan cergas.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan alat urut untuk mengurut kucing anda serta sikat. Sikat boleh menghilangkan bulu yang gugur, dan kucing akan berasa sangat selesa.