25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupCara jimatkan bil elektrik walaupun guna penyaman udara di rumah

Cara jimatkan bil elektrik walaupun guna penyaman udara di rumah

Memandangkan cuaca di negara kita sememangnya panas dan membahang ramai yang sering berada dalam keadaan tidak selesa terutama ketika tengah hari. Apa yang membuatkan ramai tidak selesa ialah apabila kipas yang sudah dipasang laju pun belum mampu untuk memberikan kedinginan.

Jadi, ramai yang mula menggunakan penyaman udara atau ‘air conditioner’ di rumah. Namun, penggunaan ‘aircond’ akan membuatkan bil elektrik melambung tinggi sehingga boleh mencecah RM200 sebulan!

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa dengan teknik dan cara penggunaan yang betul, tenaga elektrik dapat dijimatkan ketika menggunakan penyaman udara. Berikut adalah tips yang boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan elektrik semasa menggunakan penyaman udara.

1. Beli penyaman udara yang mempunyai ‘horsepower’ (HP) yang mencukupi.
Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang bersaiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP. Ada yang cakap penyaman udara 0.5HP sudah cukup ekoran saiz bilik hanya kecil.

Sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1 HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Namun, jika 2.0HP ia sudah terlebih power pula.

Tujuan memiliki HP yang cukup ialah supaya pergerakan kompresor dapat dikurangkan. Hal ini kerana, makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi tenaga elektrik digunakan. Jadi, kalau boleh kita kurangkan pergerakan kompresor agar dapat menjimatkan penggunaan elektrik.

2. Gunakan aircond yang memiliki teknologi inverter.
Penggunaan inverter bertujuan untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila elektrik pada kompresor lebih stabil, kita dapat menjimatkan elektrik.

Inverter pula hanya akan dapat berfungsi sepenuhnya selepas suatu tempoh yang panjang dan kebiasaannya selepas 4 jam.

3. Tetapkan aircond pada suhu yang betul.
Ramai pengguna yang sering melakukan kesilapan ketika ini. Mereka majoritinya akan menetapkan suhu penyaman udara terus pada suhu yang tinggi seperti 23 darjah celsius dan menetapkan kipas pada tahap 2. Kemudian mereka terus membiarkan penyaman udara terus terpasang sehingga pagi.

Cadangan yang sebaiknya ialah apabila sampai di rumah, buka penyaman udara pada suhu terendah misalnya pada suhu 16 darjah celsius dan kipas yang paling kuat misalnya pada tahap 4 dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30 hingga 45 minit.

Selepas itu, barulah anda boleh tetapkan pada suhu 25 atau 26 darjah celsius dan kipas pula boleh tetapkan pada tahap 2. Penyaman udara paling banyak mengunakan elektrik ketika ia dibuka kerana ketika itu kompresor mula bergerak dan lama-kelamaan penggunaan tenaga sudah boleh dikurangkan.

4. Jangan selalu buka dan tutup penyaman udara.

Ramai yang melakukan hal seperti ini terutama ketika tidur. Apabila mereka sejuk mereka akan menutup penyaman udara dan apabila panas mereka akan membukanya semula. Jika terlalu kerap melakukannya ia akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

5. Lakukan penyelengaraan (service) penyaman udara setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali.

Mungkin ramai yang selalu terlepas pandang akan hal ini. Akibatnya penyaman udara mereka langsung tidak disentuh selama berbulan-bulan dan ada juga yang memakan masa betahun-tahun. Paling tidak pun pastikan anda service penyaman udara anda sekali setahun.

Penyaman udara yang tidak diselenggara akan membuatkan ianya tidak lagi begitu sejuk. Hal ini akan membuatkan anda sering menukar tetapan suhu pada penyaman udara sedangkan masalahnya hanya penapisnya yang kotor.

Selain itu, penyaman udara juga boleh kemungkinan akan rosak jika dibiarkan tanpa diselenggara. Jadi, suka atau tidak anda peru melakukan ‘service’ sekurang-kurangnya sekali setahun jika tidak mahu wang anda melayang utnuk membeli penyaman udara yang baru.

Memandangkan penyaman udara sememangnya menggunakan banyak tenaga elektrik adalah lebih baik jika anda membukanya ketika benar-benar mahu menggunakannya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI