26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaInspirasi100 pemuzik paling banyak terima anugerah di dunia, Siti Nurhaliza satu-satunya penyanyi...

100 pemuzik paling banyak terima anugerah di dunia, Siti Nurhaliza satu-satunya penyanyi Malaysia dalam ‘Top 30’

Setiap orang mempunyai pemuzik kegemaran menjadi idola mereka, dan walaupun ada kalangan artis ini yang mungkin tidak lagi aktif seperti dahulu, ramai yang masih kerap mendengar karya mereka memandangkan para peminat akan tetap bercerita dan mengenang artis legenda.

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengagumi artis ikonik tersohor dunia dan membesar dengan muzik mereka seperti Michael Jackson, Whitney Houston, Mariah Carey dan Celine Dion, yang mana kini beliau tersenarai bersama kalangan legenda itu sebagai salah seorang penyanyi paling ikonik di dunia.

Twitter

Merupakan satu-satunya penyanyi dari Malaysia dengan pencapaian sungguh membanggakan apabila Siti Nurhaliza berada dalam senarai ‘Top 30’ daripada 100 penyanyi paling banyak menerima anugerah di dunia dengan jumlah anugerah yang mengejutkan, serta berada di atas nama besar selebriti antarabangsa tersohor dunia seperti idolanya, Celine Dion.

Portal ‘The Artist Museum’, yang mempromosikan pelbagai anugerah pemuzik, mengumumkan di Twitter, senarai 100 pemuzik paling banyak menerima anugerah dalam sejarah (Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time), termasuk Siti Nurhaliza, yang telah memenangi 329 anugerah dalam kerjaya nyanyiannya selama lebih 30 tahun dengan berada di kedudukan ke-27.

Siti Nurhaliza / Facebook

Kedudukan yang membanggakan apabila penyanyi lagu ‘Cindai’ itu mengenepikan Justin Timberlake (322 anugerah), Usher (317 anugerah), Nicki Minaj (314 anugerah), Katy Perry (310 anugerah) ), dan Celine Dion (296 anugerah) pada kedudukan ke-33 yang kesemuanya adalah penyanyi tersohor pemenang Anugerah Grammy.

Senarai teratas adalah ‘Raja Pop Dunia’ Michael Jackson dengan kemenangan 1,003 anugerah di sepanjang hayatnya, diikuti Beyoncé dengan 896 anugerah, dan Taylor Swift di tempat ketiga, dengan 867 anugerah.

Siti Nurhaliza / Facebook

Menurut rekod, Siti Nurhaliza adalah satu-satunya artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah, dan ini termasuk ‘Malaysia Book of Records’ pada 2001 sebagai Artis Paling Banyak Menerima Anugerah dan masih menjadi pemegang rekod itu di Malaysia sehingga hari ini.

Penyanyi Nombor Satu Negara berusia 43 tahun itu telah memenangi lebih daripada 300 anugerah dan pengiktirafan antarabangsa termasuk Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Bintang Popular, Shanghai Music Festival, Voice of Asia dan MTV Asia.

Siti Nurhaliza / Facebook

Sebelum ini, Siti Nurhaliza pernah tersenarai sebagai 100 individu paling berpengaruh dalam dunia digital di Asia dan turut tersenarai antara 500 Wanita Muslim Paling Berpengaruh sebanyak tiga kali.

Kejayaan Datuk Seri Siti Nurhaliza begitu membanggakan Malaysia yang sekali gus memberi keterujaan kepada para peminatnya apabila artis itu mampu bersaing bersama barisan penyanyi hebat antarabangsa yang lain untuk membuktikan kemampuan penyanyi kita menjadi penghibur berkelas dunia.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI