27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalPesawat kargo DHL putus dua selepas terbabas ketika pendaratan kecemasan di Costa...

Pesawat kargo DHL putus dua selepas terbabas ketika pendaratan kecemasan di Costa Rica

SAN JOSE: Sebuah pesawat kargo Boeing 757-200 yang dikendalikan DHL putus dua selepas terbabas ketika pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria di Costa Rica semalam.

Pengendali lapangan terbang berkenaan, Aeris, berkata kemalangan itu berlaku jam 10 pagi waktu tempatan dan kerja pembersihan selesai serta lapangan terbang dibuka semula jam 3:30 petang semalam.

Menurutnya lagi, penerbangan kira-kira 8,500 pengembara dan 57 penerbangan kargo komersial terjejas akibat penutupan sementara lapangan terbang itu.

DHL, sebahagian daripada Deutsche Post AG, berkata semua kru pesawat selamat dengan hanya seorang menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Gambar disiarkan akhbar Costa Rica, La Nacion, menunjukkan sebuah pesawat berwarna kuning dengan logo DHL tertera di sisinya sedang disembur dengan buih pencegah kebakaran selepas ia tersadai di padang berhampiran landasan.

Bahagian ekor pesawat dilihat terpisah daripada badannya dan salah satu sayapnya juga patah.

Menurut Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Costa Rica, Luis Miranda Munoz, pesawat berkenaan dijadualkan terbang ke Guatemala apabila mengalami kegagalan sistem hidraulik.

Justeru, juruterbang meminta kebenaran untuk melakukan pendaratan kecemasan sejurus selepas berlepas.

Jurucakap Boeing Co berkata pihaknya hanya akan menjawab kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

DHL dan pihak berkuasa lapangan terbang berkata mereka sedang bekerjasama bagi mengalihkan pesawat itu tanpa menjejaskan operasi harian lapangan terbang.

“Pasukan tindak balas DHL sudah digerakkan dan siasatan akan dijalankan bersama pihak berkaitan bagi merungkai punca kemalangan,” kata DHL. – REUTERS.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI