29.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 31, 2025
Utama Blog Laman 178

Cara sejukkan rumah dengan menggunakan ‘aluminium foil’, memang jimat dan berkesan!

0

Cuaca di Malaysia yang sememangnya tidak menentu adakalanya membuatkan kita berada dalam keadaan tidak selesa. Adakalanya sepanjang hari kita ‘berperang’ dengan rasa panas membahang, dan adakalanya hujan pula turun sepanjang hari tanpa diduga-duga.

Buat mereka yang berkemampuan mungkin tiada masalah untuk menggunakan penyaman udara di rumah ketika hari panas memandangkan penyaman udara biasanya menggunakan tenaga yang tinggi.

Namun, buat mereka yang kurang berkemampuan mereka terus menggunakan kipas sahaja. Alangkah baiknya jika ada sesuatu yang boleh menyejukkan suhu di rumah tanpa menggunakan tenaga yang tinggi.

Sebenarnya ada yang boleh anda lakukan untuk memastikan suhu yang rendah di rumah. Apa yang penting, caranya mudah dan bahan yang diperlukan juga murah dan mudah didapati.

Berikut adalah perkongsian oleh seorang netizen, Oyeasaari Nordin, di Facebook tentang perkara ini. Percaya atau tidak anda hanya memerlukan satu bahan, iaitu keranjang aluminium atau aluminium ‘foil’ anda boleh menyejukkan rumah.

Cara Sejukkan Rumah Dengan Hanya Menggunakan Alumunium Foil
Dok survey2 cara nk sejukkan rumah sebelum pasang aircond & ventilation fan. Ni 1st step letak aluminum foil (beli kt shoppe). Tapi style rumah lame, bahagian bilik, bawah genting terus siling so tak ade ruang nak masuk macam kebiasaan. Survey ade 3 cara
:

1-bukak bumbung
2-bukak siling
3-tampal je kt siling.

Tapi semue cara ni tak sesuai. So dok fikir punya fikir last dapat la idea cmne nk buat. Gune pvc pipe. Cam jolok buah mangga. Hahahaha, jolok sampai ke papan manis kt luar. Pastu stapler je. Kene buat pagi2 kalo matahari naik baru buat mau berkicap kt atas tu.

Keadaan bilik masa tghari lebih 40° (anggran sy gune temprecre biase je) memang tak selesa. So skrng suhu dah normal suhu bilik, next baru pasang aircond baru la jimat letrik.

Suhu rumah sebelum meletakkan aluminium ‘foil‘.

Berikut adalah suhu rumah yang asal sebelum projek meletakkan aluminium pada dinding rumah dilaksanakan. Jika dilihat suhunya pada termometer jelas menunujukkan suhu di situ memang tinggi dan rata-rata melebihi 40 darjah celcius.

Kesemua bahagian ini tiada lubang angin untuk angin keluar. Semuanya tertutup.

Inilah segulung aluminium foil yang boleh digunakan untuk melakukan projek ini. Beli banyak pun tidak mengapa kerana keranjang aluminium yang lebih boleh simpan.

Potong keranjang aluminium mengikut saiz yang sesuai.

Masukkan keranjang alumonium yang telah dipotong di antara celah-celah bahagian bawah bumbung seperti gambar di bawah ini. Keranjang aluminium juga boleh diletakkan di mana sahaja yang mempunyai ruang terbuka.

Selepas itu, anda sudah boleh periksa semula suhu di rumah selepas keranjang aluminium diletakkan.

Itulah hasilnya! Bayangkan daripada 40 darjah celcius dan sekarang suhu sudah turun kepada 36 darjah celcius. Dengan hanya menggunakan keranjang aluminium anda boleh mengurangkan sendiri suhu yang panas di rumah. Selepas ini tidak lah rumah anda terasa bahang seperti berada di luar dalam keadaan panas terik.

Sumber: Facebook

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Langgar maut lapan remaja basikal lajak: Kerani dipenjara enam tahun dan denda RM6,000

0

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 ke atas seorang kerani wanita, susulan kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Ini sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu, yang mengekalkan keputusan untuk membebaskan tertuduh, Sam Ke Ting, 27 tahun, daripada tuduhan terbabit.

Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun, berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Twitter

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika membacakan keputusan rayuan kes berkenaan.

Abu Bakar berkata, pelbagai faktor diambil kira termasuk kepentingan awam serta hujahan pihak berkaitan dalam rayuan tersebut.

“Perbuatan responden yang memandu cara melulu atau berbahaya telah menyebabkan kehilangan lapan nyawa. Kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat.”

“Mahkamah turut menimbangkan kesalahan yang dilakukan responden adalah kes yang tinggi di Johor dengan statistik menunjukkan kes kemalangan maut antara 2011 hingga 2021 berjumlah 10,297 kematian,” katanya.

Prosiding rayuan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.

Sementara Sam diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar.

Responden turut gagal menangguhkan hukuman penjaranya, apabila Hakim memerintahkan dia dipenjara mulai Rabu selagi tiada kebenaran Mahkamah Tinggi untuk rayuan penangguhan dibuat.

Twitter

Abu Bakar berkata, pendakwaan telah berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Katanya, mahkamah bicara juga terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan di akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.

“Responden dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri, namun versi ini tidak pernah ditimbulkan responden semasa kes pendakwaan.”

“Oleh itu, mahkamah ini mengenepikan keputusan mahkamah bicara yang melepas dan membebaskan responden di akhir kes pembelaan. Mahkamah memutuskan responden bersalah dan disabitkan atas pertuduhan itu,” tambahnya.

Berdasarkan pertuduhan, Sam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

Mangsa ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 tahun; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14 tahun; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16 tahun; Fauzan Halmijan, 13 tahun; Mohamad Azhar Amir, 16 tahun; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 tahun; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 tahun; dan Haizad Kasrin, 16 tahun.

Sementara itu, peguam Sam, Faizal Mokhtar memberitahu FMT yang beliau berharap dapat memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada esok, 14 April.

“Kami telah berbincang untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah. Semoga saya dapat menyediakan dokumen hari ini dan memfailkan rayuan esok,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

5 tanda rupa-rupanya anak anda telah didera oleh pengasuh

0

Kes penderaan yang melibatkan pengasuh secara tidak langsung memberi kesan trauma kepada ibu bapa dan menimbulkan perspektif negatif terhadap kerjaya pengasuh. 

Justeru, untuk mengesan sama ada anak anda menjadi mangsa penderaan atau tidak, ikuti perkongsian oleh Doktor Redza Zainol.

5 tanda rupa-rupanya anak anda telah didera oleh pengasuh.

Facebook

Tergamam saya bila kawan saya kongsikan cerita ini.

Dia ceritakan yang dia dapat tahu anaknya didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Sebab anaknya terlalu aktif, dia dicubit di badan sampai kulitnya merah dan lebam-lebam.

Awalnya, dia fikir mungkin si kecil tu cuma terjatuh. Langsung tak terdetik dalam fikiran yang bukan-bukan. Tapi lepas disiasat, salah seorang pengasuh tu akhirnya mengaku dia yang dera. Kawan saya ni terus jadi trauma.

Sebenarnya dia paling kecewa sebab dia lambat nak kesan tanda-tanda yang anak dia ni dah didera. Sepanjang minggu, anaknya banyak termenung dan jadi sangat pendiam. Bila berborak, nampak dia tak fokus dan matanya cuma pandang tembus muka mak ayah tanpa perasaan.

Bila dia bersemuka dengan pengasuh, barulah tahu perkara sebenar. Kawan saya ni orangnya berpelajaran dan memang jaga anak sebaik-baiknya. Yang buat saya sebak bila dia cakap apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak perasan pun anak sendiri kena dera. Terdiam saya.

Tanda-tanda kemungkinan anak didera:

Hendak kongsikan 5 tanda anak kita mungkin didera:

1. Mimpi buruk yang berulang-ulang

Gambar Hiasan / Pixabay
  • Selalunya anak tidak dapat tidur malam yang nyenyak.
  • Perkara yang menakutkan anak itu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.

2. ‘Regress’ atau perkembangan merosot

Gambar Hiasan / Pixabay
  • Maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot.
  • Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun.
  • Contohnya: terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.

3. Pampers anak sentiasa penuh

Gambar Hiasan / Pixabay
  • Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan.
  • Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak.
  • Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.

4. Anak suka memberontak dan jadi impulsif

Gambar Hiasan / Unsplash
  • Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar).
  • Ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.

5. Anak jadi penakut

Gambar Hiasan / Unsplash
  • Menjadi sangat takut bila hendak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri.
  • Mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa. Dia akan ikut mak ayahnya ke mana-mana.

Semoga perkongsian Doktor Redza Zainol ini bermanfaat dan boleh membantu ibu bapa di luar sana untuk sentiasa dapat mengesan awal dan mencegah anak-anak daripada didera. Selain itu, bertindaklah dengan segera sekiranya anak anda menjadi mangsa penderaan. 

Sentiasa lindungi anak kesayangan anda.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tuntut ePemula RM150 anda dengan ShopeePay serta dapatkan baucar RM500 dan manfaat lain!

0

Kerajaan memperkenalkan program ePemula iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Shopee, Grab, TNG dan BigPay.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, inisiatif di bawah Bajet 2022, program ePemula bernilai RM300 juta diunjurkan memberi manfaat kepada lebih dua juta belia di negara ini.

Rakyat Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun, serta pelajar sepenuh masa yang mendaftar dalam kursus setaraf diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi, layak menerima kredit ePemula RM150 melalui program tersebut.

Bantuan kerajaan secara ‘one-off’ ini boleh dituntut melalui penyedia perkhidmatan dompet digital yang mengambil bahagian dari 8 pagi pada 11 April hingga 11.59 malam pada 1 Jun. Ia sah untuk digunakan sehingga 11.59 malam pada 10 Jun.

Buat mereka yang memilih ShopeePay, anda akan dapat membelanjakan kredit ePemula anda di mana-mana tempat yang menerima pembayaran tanpa tunai, selain menerima baucar bernilai RM500 yang dijamin.

Tahun ini, ShopeePay kembali sebagai rakan kongsi dompet digital rasmi dengan Kementerian Kewangan untuk program ePemula. Para penerima akan dapat membelanjakan kredit ePemula RM150 bersama dengan faedah tambahan di luar talian.

Jika anda memilih untuk membelanjakannya di kedai, hanya imbas dan bayar dengan ShopeePay di mana-mana kedai runcit yang memaparkan kod QR DuitNow (sama ada ShopeePay atau e-dompet dan bank lain).


Berikut adalah senarai beberapa tempat di mana anda boleh menggunakan wang ePemula anda:

1. Baucar ShopeePay (bernilai RM90)

  • Tealive
  • A&W
  • MR.DIY
  • Kenny Rogers Roasters
  • MYNEWS
  • Baskin-Robbins
  • OldTown White Coffee
  • Kopi ZUS

2. Baucar Shopee Mall (bernilai RM50)

Gajet

  • Sony
  • JBL
  • Edifier
  • Oppo

Kesihatan dan kecantikan

  • Clinelle
  • Rorec
  • Mandom
  • Watsons

Peralatan rumah

  • RussellTaylors
  • Tefal Home

Fesyen

  • Skechers
  • Oxywhite

3. Baucar ShopeeFood (bernilai RM310)

  • Penghantaran percuma
  • Diskaun makanan

ShopeePay juga menawarkan pulangan tunai harian dan syiling (coin) pabila anda membelanjakan kredit ePemula anda di kedai terpilih.

Anda akan menikmati pulangan tunai 3% syiling setiap hari dengan mengimbas mana-mana kod QR DuitNow untuk pembayaran yang dibuat dengan ShopeePay, tiada perbelanjaan minimum diperlukan (terhad pada 300 syiling setiap transaksi, sehingga 10 transaksi setiap hari).

Ingin memperoleh pulangan tunai dan syiling setiap hari? Semak kedai popular ini:

Jenama Fesyen

  • Sukan JD
  • Focus Point
  • Giordano
  • Elle
  • Common Sense

F&B

  • Taco Bell
  • KFC
  • KyoChon
  • myBurgerLab
  • CU Malaysia

Teknologi

  • Samsung
  • HUAWEI
  • Switch
  • Xiaomi

Kecantikan

  • Innisfree
  • Guardian
  • Sasa

Hiburan

  • TGV Cinemas
  • Red Box
  • Flyproject
  • BookXcess
  • Gamers Hideout

Petrol

  • Petron
  • Shell
  • Caltex
  • BHP Petrol

Ada lagi — anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM25,000 melalui peraduan media sosial ePemula ShopeePay!

Berikut adalah cara untuk menyertai Cabaran #ShopeeEPEMULAsquad:

Langkah 1: Ikuti @ShopeePay_MY di Instagram dan @ShopeeMY di TikTok.
Langkah 2: Ambil foto kumpulan atau rakam video anda bersama dengan empat ahli skuad anda (termasuk anda), yang juga penerima ePemula.
Langkah 3: Siarkan foto atau video anda di Instagram atau TikTok!

Itu sahaja yang anda perlu lakukan untuk berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000. Perlu diingatkan bahawa keempat-empat ahli skuad mesti menebus ePemula RM150 dengan Shopee, jadi pastikan anda berkongsi berita baik ini dengan rakan anda!

Jika anda berminat untuk meraih lebih banyak ganjaran dengan kredit ePemula anda, ShopeePay sememangnya pilihan dompet digital yang terbaik.

Lawati Shopee untuk menuntut kredit ePemula RM150 anda, baucar bernilai RM500, dan banyak lagi manfaat!

ShopeePay akan mengkreditkan ePemula anda dalam masa tiga hari selepas permohonan anda. Setelah dituntut, anda mempunyai masa sehingga 10 Jun untuk membelanjakan semua wang anda. Jadi, apa tunggu lagi? Selamat berbelanja!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Guna 3 bahan ini sahaja sudah boleh bersihkan bantal kotor dan berbau, memang berkesan!

0

Bantal adalah antara barang yang kita gunakan setiap hari. jangan kata hendak tidur, ketika bersantai atau berbaring di ruang tamu pun kadang-kadang kita akan mencari bantai untuk ‘melepak’ dalam keadaan yang lebih selesa. Rasanya tidak sah kalau tiada bantal kecil untuk diletakkan di bawah kepala dan kalau sudah terlebih selesa silap-silap kita boleh terlena terus di hadapan TV.

Masalahnya bantal memang kelihatan sentiasa bersih jika hanya dilihat pada sarungnya. Namun, jika dibuka sarung bantal barulah kita boleh dapat melihat sendiri semua kekotoran dan warna sebenar yang ada pada bantal. Mana tidaknya, kita menggunakan bantal setiap hari, dan bermacam kotoran boleh terkena pada bantal.

Antara punca kotoran pada bantal ialah air pada rambut basah yang terlekat, air liur yang keluar ketika tidur, produk kecantikan dan sebagainya. Bantal bukan sahaja kotor malah boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Tidak hanya itu, apa yang lebih merisaukan kesemua kotoran dan bau pada bantal itu pastinya mengandungi kuman dan bakteria yang tidak baik.

Namun, jangan pula anda buang bantal yang kotor kerana bantal yang kotor dan berbau bloleh dibersihkan. Selain itu, bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak, hanya tiga tetapi sudah cukup untuk membersihkan bantal dengan berkesan.

Berikut adalah bahan yang diperlukan dan cara untuk membersihkan bantal yang kotor, kuning & berbau:

  • Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.
  • Masukkan bantal dalam bekas/ besen yang besar dan muat untuk merendamkan bantal.
  • Isi air dan masukkan baking soda, borax serta sabun pencuci.
  • Kacau bahan campuran supaya bahan pencuci rata.
  • Biarkan dalam bekas dan balik- balikkan bantal tersebut. Hasilnya boleh dilihat dalam beberapa minit saja. Kotoran akan tanggal dan air pun akan bertukar warna.
  • Apabila bantal sudah kelihatan sudah bersih, anda boleh buang air kotor tadi dan bilas bantal.
  • Kemudian bantal sudah boleh dijemur hingga kering.

Mungkin ramai tertanya-tanya apa fungsi sebenar bahan-bahan tersebut. Buat yang tidak tahu kesemua bahan itu memiliki fungsi tersendiri. Baking soda berfungsi untuk mengembalikan semula warna putih, manakala fungsi borax pula untuk menghilangkan bau busuk yang ada pada bantal. Selain itu, bahan pencuci pula berfungsi untuk membersihkan kotoran yang ada.

Sekarang masalah bantal kotor dan berbau sudah hampir selesai. Selamat mencuba semua!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tarik anjing dengan tali ‘leash’ ikut Myvi bergerak, pemilik dakwa haiwan peliharaan mereka yang baru dijumpai kotor berkutu

0

Polis telah mengambil keterangan seorang ibu dan anak lelaki selepas video tular merakam mereka sedang menarik seekor anjing dengan tali ‘leash’ di sebelah Perodua Myvi yang sedang bergerak.

Dalam video berdurasi sembilan saat itu, anjing bersaiz sederhana dilihat terkejar-kejar ketika cuba menyaingi Myvi itu yang dipandu perlahan.

Anjing itu nampaknya tidak berjalan normal dalam rakaman, dan ia menunjukkan tangan seseorang sedang memegang tali ‘leash’ dari tingkap penumpang.

Twitter

New Straits Times melaporkan insiden berlaku di Taman Sri Skudai di Johor Bahru, Johor kira-kira jam 2 petang pada 8 April.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata polis telah mengesan penumpang dan pemandu Myvi itu dan merakam percakapan mereka untuk membantu siasatan.

“Lelaki berusia 34 tahun dan ibunya berusia 61 tahun mendakwa anjing itu adalah haiwan peliharaan milik mereka yang hilang dan baru ditemui di kawasan berdekatan rumah mereka,” jelas ACP Rupiah.

Twitter

“Mereka mendapati anjing itu dalam keadaan kotor dan dijangkiti kutu. Mereka berpendapat ia tidak sesuai untuk menempatkan anjing itu di dalam kenderaan.”

“Wanita itu menggunakan tali ‘leash’ dan menarik anjing itu dari tingkap penumpang hadapan ketika kereta itu dipandu perlahan.”

Difahamkan, Myvi itu adalah milik abang ipar lelaki suspek, menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapan mereka dirakam dan direkodkan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan atau Seksyen 44(1)(a) Akta Haiwan 1953.

ACP Rupiah berkata polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat timbalan pendakwa raya Johor untuk tindakan lanjut.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Jemput abang Grabfood berbuka dan bagi duit raya, tindakan netizen ini buat ramai tersentuh

0

Bukan Ramadan pastinya antara masa-masa yang sangat mencabar buat ramai orang terutama buat mereka yang harus bekerja di bawah terik panas matahari. Mereka perlu kuat bukan sahaja untuk meredah segala perubahan cuaca, malah dalam masa yang sama mereka perlu kuat untuk terus berpuasa sepanjang hari sehingga waktu berbuka.

Buat mereka seperti ini, pujian dan doa sememangnya layak untuk usaha keras mereka. Antara mereka yang perlu bekerja di luar adalah golongan penghantar barangan dan makanan. Terutama di bulan ini, mereka perlu mengejar masa untuk menghantar makanan berbuka puasa dan dalam masa yang sama mereka juga perlukan masa untuk berbuka puasa kerana sama seperti lain, mereka juga berpuasa.

Dalam kepayahan itu, alangkah baiknya jika ada yang meringankan sedikit ksusahan yang mereka tanggung. Seperti yang dilakukan oleh seorang netizen baru-baru ini terhadap seorang penghantar makanan Grabfood, dia telah melakukan sesuatu yang sangat menyentuh hati ramai.

Apa yang berlaku ialah pemuda tersebut telah mengajak abang Grabfood tersebut untuk berbuka di rumahnya. Menerusi video yang dimuat naik oleh @acak_east, kelihatan makanan berbukanya baru saja dihantar oleh seorang rider Grabfood dan memandangkan ketika makanan dihantar waktu Maghrib hampir masuk jadi pemuda tesebut turut menjemput abang Grabfood untuk berbuka bersama.

Menurut netizen ini dia memang sengaja memesan makanannya lambat kerana mahu buat kejutan buat penghantar makanan yang menghantar makanannya. Dia memang berniat untuk menjemput siapa sahaja yang menghantar makanannya untuk berbuka bersamanya dan rakan serumahnya di rumah.

Pada mulanya, abang Grabfood berkenaan menolak pelawaan tersebut mungkin kerana malu tetapi setelah dipujuk dia akhirnya bersetuju untuk berbuka puasa di rumah lelaki tersebut.

Semasa mereka berbuka bersama, mereka sempat berborak. Semua itu tidak terhenti di situ. Selepas itu, netizen tersebut memutuskan untuk memberikan duit raya kepada abang Grabfood tersebut. Momen ini adalah saat yang sangat sebak memandangkan lelaki itu memberikan sejumlah wang sebagai tanda terima kasih kepada abang Grabfood berkenaan kerana sanggup menghantar makanan sampai depan rumah.

Apa yang lebih membuatkan ramai turut sama terharu ialah apabila abang Grabfood kelihatan sangat berterima kasih dan terharu dengan pemberian yang diterimanya ketika itu. Dia bahkan sempat memeluk lelaki itu dan menitiskan air matanya.

Siapa sahaja pasti akan turut tersentuh hatinya melihat apa yang dilakukan oleh netizen tersebut. Sesungguhnya pada bulan mulia ini adalah sangat digalakkan untuk berbuat baik kepada sesiapa pun. Jadi, buatlah baik, berikan senyuman kepada orang-orang di sekeliling anda. Apa yang anda lakukan mungkin kecil bagi anda, tetapi bagi mereka ia adalah sesuatu yang sangat besar dan bermakna. Jom sebarkan senyuman dan kebahagiaan!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lihat anak menangis beriya-iya, cara si bapa ini memujuk si anak buat ramai tergelak

0

Antara momen paling menyeronokkan bagi ibu bapa ialah apabila dapat melihat anak mereka membesar di depan mata. Pastinya banyak kerenah dan gelagat mereka yang sangat melucukan dapat dilihat sepanjang masa.

Walaupun adakalanya permintaan mereka memang tidak masuk akal atau kerenah mereka yang sentiasa mencabar kesabaran tidak termasuk dengan ‘tantrum’ mereka lagi, tetapi itulah momen yang paling berharga buat seisi keluarga. Kelak apabila mereka sudah besar dewasa, saat-saat seperti itulah yang akan dirindukan dan akan menjadi kenangan paling manis buat semua.

Antara perangai anak kecil yang paling selalu dihadapai ialah apabila mereka menangis. Tangisan itu biasa, tetapi apa yang pelik tangisan mereka kadangkala terjadi tanpa sebab dan alasan kukuh. Namun, sebagai ibu bapa mereka biasanya hanya melayan, paling tidak pun hanya membiarkan sahaja.

Seperti video yang tular baru-baru ini yang menunjukkan seorang budak lelaki menangis kemudian tergelak selepas dipujuk ayahnya. Boleh anda bayangkan? Sekejap menangis, dan tiba-tiba boleh pula dia ketawa? Kanak-kanak memang tidak boleh dijangka!

Menerusi video berdurasi 36 saat yang dimuat naik oleh @betty_jogja di laman sosial TikTok kelihatan anak kecil itu sedang menangis sambil diperhatikan oleh ibu dan ayahnya.

Apa yang melucukan adalah apabila ayahnya berkata jika sudah berhenti menangis terus bagitahu kepada ibu. Si kecil itu malah sempat menjawab “belum” apabila si ayah bertanya “belum selesai?”.

Lebih menghiburkan lagi, si kecil itu kemudian terus menyambung tangisannya selepas ayahnya menyuruh berbuat demikian. Namun, dia kemudian terus tergelak sebaik sahaja melihat ibu bapanya ketawa kecil melihat kerenahnya. Dia kemudian berkata “sudah” menunjukkan dia sudah selesai dengan ‘drama air matanya’. Ibu bapanya terus tergelak dan memintanya untuk menghapus air matanya.

Melihat telatah lucu si kecil ini buatkan ramai yang terhibur. Ramai juga yang turut memuji ibu bapa si kecil itu kerana sabar melayan anaknya di samping turut memberikan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil itu.

Ini menunjukkan bahawa mereka yang bergelar ibu bapa tidak seharusnya sentiasa serius 24 jam atau berkasar dengan anak mereka. Ya, anak kecil memang banyak ragamnya tetapi sebagai ibu bapa kita perlu kreatif dalam melayan mereka.

Misalnya seperti yang dilakukan oleh lelaki ini kepada anak-anaknya. Apa yang dilakukan oleh lelaki ini adalah sesuatu tidak dijangka. Hal ini kerana video yang dimuat naik itu dimulakan dengan detik-detik mencemaskan sebelum bertukar menjadi momen lucu.

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang kanak-kanak sedang dimarahi oleh bapa mereka di ruang tamu rumah. Si ayah dengan wajah yang serius dilihat memegang tali pinggang seolah-olah ingin melibas anak-anaknya tetapi sebenarnya itu hanya menakutkan mereka saja.

Untuk menjadikan ‘drama’ tersebut lebih dramatik di bapa menarik tangan si anak dan menyuruhnya untuk duduk di atas sofa. Si kecil itu terus menangis tambah-tambah lagi apabila melihat tali pinggang yang ada pada tangan bapanya.

Namun, sesuatu yang disangka-sangka berlaku apabila ayahnya dilihat membuat persembahan dengan menggunakan tali pinggang yang dipegang. Si ayah berlakon seperti ular untuk memujuk anaknya yang sedang menangis itu.

Video lucu tersebut kini telah ditontin lebih daripada 6.1 juta kali di laman sosial TikTok. Rata-rata netizen turut sama terhibur dengan drama yang dilakonkan oleh lelaki itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Bertuah kerusi plastik tu,” Ramai nampak kelibat Sir Lewis Hamilton di stesen minyak Ampang, kecoh apa jaguh F1 buat dekat KL

0

Kelibat jaguh Formula 1 (F1) Sir Lewis Hamilton yang dirakam di sebuah stesen minyak Petronas di Kuala Lumpur tiba-tiba telah membuatkan para peminatnya dan warganet di Malaysia berasa teruja dan menjadi kecoh.

Kelmarin, tular beberapa gambar di media sosial yang memaparkan kelibat pelumba F1 itu dikatakan sedang menjalani rakaman iklan Petronas di stesen minyak Petronas di Ampang dan Kuala Lumpur.

Twitter

Satu gambar yang dimuat naik pengguna Twitter @aimanhxzm pada petang Isnin telah dipersoalkan ketulenannya oleh segelintir warganet dengan berkata ia adalah suntingan semata-mata.

Twitter

Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu beberapa pengguna Twitter telah memuat naik beberapa gambar yang lebih terang lagi bersuluh untuk berkongsi bahawa sememangnya Lewis Hamilton sedang berada di Malaysia.

Twitter

Seorang warganet dalam ciapannya menulis, kunjungan Lewis Hamilton ke Malaysia tidak berseorangan kerana beliau turut disertai dengan rakan sepasukan Mercedes, George Russell.

Lewis Hamilton dan George Russell berada di Kuala Lumpur selepas GP Australia.

“George Russell bersama Lewis Hamilton untuk satu acara tertutup di KLCC berdasarkan gambar dan video yang telah tersebar di Twitter,” antara ciapan warganet.

Jaguh F1 dengan kejuaraan 7 kali berusia 37 tahun itu kemudian mengesahkan kunjungannya ke Malaysia menerusi satu muat naik video pendek di Instagram Story yang memaparkan mercu ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Lewis Hamilton turut membuat pautan akaun Instagram @Petronas dan perkongsian pautan lokasi ‘Kuala Lumpur’. Lewis Hamilton dan George Russell sedang menjalani penggambaran bagi salah satu kandungan istimewa untuk Petronas.

Sementara itu, kelmarin kata kunci ‘Lewis Hamilton’ menjadi trend empat carian teratas di Twitter.

Malah, kata kunci ‘Hamilton Malaysia’ dan ‘Ampang’ di carian teratas terkini di Twitter juga turut dimeriahkan dengan komen netizen yang teruja dan bagai tidak percaya dengan kunjungan jaguh F1 tersebut.

Sambil ramai yang berharap mereka bernasib baik apabila tiba-tiba terserempak dengan Sir Lewis Hamilton yang berada di Ampang dan Kuala Lumpur lalu terpegun melihat jaguh F1 itu dengan mata kepala sendiri.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Wanita hancur rahang selepas kemalangan ketika bermain E-Skuter, nasihat orang ramai pakai alat pelindung keselamatan

0

Seorang wanita hanya menyedari dirinya menghadapi masalah serius apabila melihat darah menitis daripada dagunya selepas dia terjatuh ketika bermain e-skuter.

Agak mudah mencari e-skuter di bandar sekarang untuk mod pengangkutan pantas atau hanya sebagai rekreasi.

Walau bagaimanapun, orang ramai harus mengambil langkah berhati-hati dengan memakai alat pelindung keselamatan semasa menunggang e-skuter, seperti mana mereka lakukan semasa menunggang basikal atau papan selaju di jalan raya.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

Seorang wanita dikenali dengan panggilan Kiwi berkongsi di media sosial menceritakan kemalangan yang agak serius dialaminya ketika dia menunggang e-skuter di Cyberjaya pada 20 Mac bersama keluarga dan rakan-rakan.

Menurutnya, ini bukan kali pertama dia menaiki e-skuter. Bagaimanapun, pada hari itu, dia ditakdirkan hilang kawalan mengendalikan e-skuter itu dan tercampak ketika sedang berpusing di selekoh.

Pada mulanya, Kiwi tidak merasakan apa-apa tetapi menyedari terdapat titisan darah mengalir di dagunya. Ketika itulah Kiwi mula tahu dia sedang menghadapi masalah yang serius, menceritakan detik itu kepada WOB dan 88razzi.

Facebook

Keluarga dan rakannya bergegas mendapatkannya dan cuba menahan pendarahan itu dengan tisu dan plaster. Kiwi segera dibawa ke Hospital Putrajaya pada malam yang sama.

Di hospital, dalam keadaan dagu dan kepalanya yang berbalut, Kiwi terpaksa menunggu kira-kira 7 jam sebelum doktor merawatnya. Mereka mengesyorkannya supaya menjalani pembedahan kerana imbasan menunjukkan rahangnya telah patah.

Malangnya, tarikh yang tersedia hanya pada 29 Mac. Jadi pada sepanjang malam itu, Kiwi tidak boleh makan, minum atau bercakap.

Selepas kembali ke Hospital Putrajaya pada keesokan harinya pada 22 Mac, ibunya memutuskan pembedahan di hospital swasta akan menjadi lebih cepat.

Facebook

Doktor di hospital swasta bertanya mengapa Kiwi datang lambat mendapatkan rawatan kerana kecederaan rahang itu adalah teruk. Mereka segera menjadualkan pembedahan pada petang itu juga.

Pembedahan itu rupa-rupanya agak rumit kerana dalam jadual yang berlangsung selama 3 jam tetapi kemudian berlarutan selama 5 jam memandangkan kecederaan Kiwi lebih teruk daripada yang disangkakan pada mulanya.

Rahangnya hancur, dan mereka terpaksa memasang plat logam sementara menunggu tulang rahang tumbuh semula. Doktor juga memasukkan apa yang kelihatan seperti ‘belat gigi’ ke dalam mulutnya.

Facebook

Kiwi masih dalam tempoh pemulihan selepas pembedahan itu dua minggu kemudian. Dalam satu video di Instagram, Kiwi berkongsi rahangnya masih bengkak dan dagunya terasa kebas.

Selepas insiden ini, Kiwi menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menunggang e-skuter dan sila pakai peralatan pelindungan dan keselamatan badan seperti topi keledar bersama pad pelindung siku tangan dan lutut kaki.

Semoga Kiwi cepat sembuh dan akan pulih seperti sedia kala tanpa mengalami sebarang komplikasi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: