30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, July 18, 2025
Utama Blog Laman 174

Tidak pernah tidur malam, anjing ini takut dia akan dihantar ke pusat perlindungan haiwan sekali lagi

0

Setiap haiwan peliharaan biasanya mempunyai tabiat tersendiri sehingga adakalanya kita sendiri tidak faham mengapa mereka berpelakuan seperti itu. Namun, sebenarnya apa sahaja yang mereka lakukan, mereka punya alasan dan sebab yang tersendiri. Misalnya, seperti apa yang dilakukan oleh anjing kepada seorang netizen ini. Apa yang berlaku ialah anjingnya tidak pernah tidur malam, malah hanya memerhatikan tuannya setiap malam. Persoalannya, mengapa dia berpelakuan seperti itu?

Seorang netizen memelihara anjing baka Golden Retriver yang diambil dari tempat perlindungan haiwan. Keluarganya juga sangat sayang akan anjing tersebut kerana kecomelannya. Tidak hanya itu, anjing itu juga sangat setia kepada tuannya.

Walau bagaimanapun, sesuatu yang aneh berlaku pada waktu malamnya. Anjing tersebut mula berpelakuan pelik. Menurut tuannya, anjing tersebut akan duduk di luar bilik tidurnya setiap malam dan merenung tuannya sehingga tertidur.

Pada mulanya, lelaki itu beranggapan anjing tersebut berkelakuan begitu kerana dia masih tidak biasa dengan persekitaran baru di rumah mereka. Namun begitu, selepas beberapa lama, anjing tersebut masih sahaja berpelakuan seperti itu. Sepertinya tiada yang berubah dengannya dan dia masih dengan ‘habit’ nya itu setiap malam.  Hal ini membuatkan lelaki tersebut mula berasa tidak selesa dengan keadaan itu.

Lelaki itu kemudian mula memastikan supaya anjingnya tidur pada waktu malam. Apa yang dilakukan ialah dia akan bermain dengan anjingnya pada waktu siang supaya anjingnya kepenatan dan keletihan. Jadi, dia akan tertidur kepenatan pada waktu malam. Namun begitu, usahanya tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Walaupun seharian penat bermain, anjing tersebut tetap mempunyai tenaga untuk terus berjaga pada waktu malam dan menunggu di luar bilik tuannya sehingga lelaki itu tertidur.

Lelaki itu mula risau dengan keadaan anjingnya. Dia menyangka yang anjingnya mempunyai masalah kesihatan jadi dia memutuskan untuk membawanya ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan doktor. Doktor kemudian memberitahu bahawa tiada yang tidak kena dengan anjing tersebut. Anjing tersebut dalam keadaan baik dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Masih dibelenggu dengan segala tanda tanya dan misteri tentang anjingnya, lelaki tersebut kemudian pergi semula ke tempat perlindungan haiwan di mana dia mengambil anjing berkenaan. Dia mahukan jawapan kepada persoalannya.

Rupa-rupa ada ‘rahsia’ yang tersembunyi di sebalik tabiat pelik anjing tersebut. Pekerja di tempat perlindungan haiwan itu memberitahu bahawa anjing tersebut berpelakuan seperti itu kerana pengalaman pahitnya sebelum itu.

Sebenarnya, anjing tersebut telah dihantar ke pusat perlindungan itu secara senyap-senyap Ketika dia tidur oleh tuan lamanya. Pemilik lama anjing itu terpaksa berbuat begitu kerana isterinya hamil dan mereka tidak mampu untuk menjaga anjing itu lagi.

Apabila anjing itu bangun, dia mendapati dirinya berada di tempat lain, bukan lagi berada di rumahnya seperti biasa. Dalam keadaan bingung dia mendapati dirinya berada di tempat perlindungan haiwan.

Mengetahui apa yang telah berlaku barulah lelaki itu faham mengapa anjingnya sering melihatnya tidur setiap malam. Rupa-rupanya anjingnya tidak tidur pada waktu malam kerana dia takut dia akan dihantar ke tempat perlindungan haiwan seperti sebelum ini.

Mendengar kisah sedih itu membuatkan lelaki itu tersentuh dan menangis. Selepas pulang sahaja ke rumah lelaki tersebut terus mengalihkan pendangan di pintu bilik tidurnya. Dia juga meletakkan katil anjing di dalam bilik tidurnya supaya anjingnya dapat tidur bersamanya.

Dia berharap dengan melakukan semua itu akan memberikan keselesaan buat anjingnya. Dia mahu anjingnya berasa selamat dan dapat tidur dengan baik setiap malam.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Enam maut kemalangan, lebih 500 Pati lolos dalam rusuhan depot imigresen Sungai Bakap

0

SEBERANG PERAI – Satu kejadian rusuhan dilaporkan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang yang menyaksikan lebih 500 tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) melarikan diri awal pagi Rabu, 20 April, mengakibatkan enam daripadanya maut.

Rusuhan itu dipercayai bermula dengan protes yang berlaku kira-kira jam 5 pagi Rabu dengan membabitkan sejumlah 528 tahanan etnik Rohingya.

Facebook

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kira-kira 362 orang tahanan telah berjaya ditangkap semula setakat jam 10 pagi.

Mereka melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan grill penghadang. Pegawai-pegawai bertugas telah mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi pihak polis dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

Facebook

Gerakan mencari dan menangkap tahanan yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan (Rela) dan orang ramai. Gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan tahanan yang lari ini dipohon supaya memaklumkan kepada pihak Jabatan Imigresen atau PDRM,” kata Khairul Dzaimee dalam satu kenyataan.

Facebook

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, enam tahanan Pati yang maut akibat terlibat kemalangan lebuh raya ketika cuba menyeberang jalan ketika kekecohan berlaku.

“Mangsa ialah dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, satu kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki. Buat masa ini, polis sedang mengesan baki 205 tahanan lain,” katanya dalam sidang akhbar pada 20 April.

Berikutan itu, operasi menahan semula semua tahanan terpaksa dilakukan JIM yang turut mendapat bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu, Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang.

Facebook

“Hebahan telah dibuat kepada Gerakan IPD SPS bagi mencegah sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku.

“Pihak depot juga telah maklum kepada IPD Bandar Baharu untuk tindakan susulan oleh kerana kawasan berkenaan dalam pentadbiran Bandar Baharu. Perkembangan diawasi,” menurut kenyataan polis itu.

Sementara itu, operasi mengesan Pati yang masih bebas masih dilakukan pihak berkuasa.

Facebook

Difahamkan terdapat 663 warga asing ditempatkan di depot imigresen sementara Sungai Bakap dengan majoriti terdiri daripada etnik Rohingya.

Polis memaklumkan pihak mereka turut dibantu penduduk setempat untuk menangkap saki baki tahanan yang ternampak mereka pada pagi selepas kejadian rusuhan.

“Lawan dan usir sungguh-sungguh,” Detik dramatik kambing bertukar wira selamatkan rakan ayam daripada serangan helang

0

Ayam malang kelihatan seperti makan tengah hari seekor helang sehinggalah dua rakan ladangnya yang berani bergegas menyelamatkannya dalam satu rakaman video dramatik.

Tidak ubah seperti dalam kisah buku cerita kanak-kanak dan filem Disney tetapi di alam nyata apabila seekor ayam jantan dan seekor kambing bergegas menyelamatkan rakan ayam mereka apabila dia diserang oleh helang pemangsa, seperti yang dirakam dalam video yang tular.

Facebook

Seorang petani di Gelderland, di Belanda, Jaap Beets berada di rumah ladangnya pada satu hari di bulan September tahun lalu apabila dia tiba-tiba terdengar kekecohan yang datang dari rumah ternakannya di luar.

Facebook

“Saya sangat berbangga dengan tindakan pantas ayam jantan dan kambing itu melompat masuk untuk mempertahankan ayam kami,” kata petani Beets.

“Saya juga sangat lega kerana ayam itu terselamat,” tambahnya.

Facebook

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan saat seekor helang terbang menceroboh dengan meluncur laju ke arah seekor ayam dan cuba mengancamnya.

Kelihatan bulu-bulu berterbangan di udara dan ayam malang itu nampak melawan mempertahankan dirinya. 

Facebook

Tidak lama dan hampir serta-merta, salah seekor ayam jantan di ladang itu dilihat berlari untuk menyelamatkan ayam malang ini, membela rakan yang diancam nyawanya.

Turut serta dalam beberapa saat ialah kambing Beets, Bruin yang mahu terlibat dalam pertarungan itu, menanduk helang itu untuk menakutkan serta mahu mengusirnya keluar dari kandang. 

Facebook

Kambing itu benar-benar seekor wira berani yang bertindak sebagai penjaga sejati membela dan mempertahankan semua rakannya dalam rumah ternakan itu apabila situasi cemas menolak ke had kesabaran mereka.

Facebook

Duo dinamik ini akhirnya menyelamatkan ayam itu, memaksa helang terbang beredar dari lokasi kejadian dengan cakar kosong dalam masa hanya 17 saat selepas menyelinap masuk.

Facebook

Ayam itu mengalami kecederaan ringan tetapi Beets berkata haiwan ternakan lain ‘berkumpul mengelilinginya’ untuk memulihkan kesihatan fizikal dan emosi si ayam dengan sepenuhnya.

Facebook

Sementara itu, ini bukan kali pertama petani Beets mengalami drama sedemikian kerana kambing dan ayam belandanya yang lain telah melompat masuk untuk menyelamatkan ayamnya dua kali sebelum ini.

“Selama tujuh tahun saya tinggal di sini, ia adalah serangan ketiga terhadap ayam kami,” kata Beets.

Facebook

Legalah semua haiwan ternakan itu selamat, dan mereka juga sama seperti manusia ada kawan-kawan yang tahu melindungi satu sama lain ketika berdepan ancaman.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cara mudah tanggalkan stiker cukai jalan tanpa tinggalkan kesan gam atas cermin kereta

0

Setahun sekali anda wajib menukar cukai jalan lama dengan yang baru. Biasa ramai yang hadapi masalah apabila kesan gam pada stiker cukai jalan masih melekat di atas cemin kereta membuatkan ia nampak buruk dan selekeh pula bila dipandang.

Kini anda tidak perlu lagi hendak mengunakan macam-macam cara seperti cari benda tajamlah, minyaklah atau apa-apa yang lain untuk mencungkilnya kerana sebenarnya terdapat cara yang sangat mudah untuk menanggalkan kesan gam stiker cukai jalan tersebut.

Seorang pengguna Facebook dikenali Debu Putih berkongsi cara-cara yang lebih mudah dan cepat untuk menanggalkan cukai jalan lama ‘tampal direct’ tanpa perlu meninggalkan kesan gam yang kotor pada cermin kereta.

Facebook

Berikut adalah cara-caranya:

1.Rendam kain dalam air panas.

Facebook

2.Letakkan kain yang direndam tadi di permukaan luar cermin kereta pada tampalan stiker cukai jalan.

Facebook

3.Tunggu dalam masa 5 hingga 10 minit. Biarkan gam dia menjadi cair.

Facebook

4.Kemudian boleh cuba tarik.

Facebook

5.Cuba tengok senang saja cukai jalan tanggal ditarik.

Facebook

6.Inilah hasilnya. Langsung tiada kesan gam pada cermin kereta.

Facebook

Tugas pun selesai. Bolehlah tampal cukai jalan yang baru di tempat yang sama.

Semoga perkongsian Debu Putih memberi manfaat kepada semua.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Sanggup jalan selama 3 jam untuk masuk sekolah menengah, guru kongsi keazaman pelajarnya

0

Tidak semua orang bertuah untuk memiliki segala-galanya dalam hidup. Ada yang perlu bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu. Kadangkala untuk mendapatkan keperluan sehari-harian juga sukar. Apa yang lebih mencabar ada yang perlu bersusah payah untuk mendapatkan pendidikan yang merupakan hak setiap orang.

Kemiskinan dan kepayahan hidup walau bagaiamanpun tidak menjadi penghalang untuk terus berusaha. Ianya sukar tetapi tidak bermakna impian yang ada perlu dikuburkan selamanya. Jadi, untuk merealisasikan impian itu, seorang murid di Sabah ini sanggup berjalan kaki selama tiga jam untuk ke sekolahnya.

Kisah penuh pengajaran dan insipirasi ini diceritakan oleh seorang guru di laman Facebooknya. Menurut guru tersebut bekas anak muridnya yang berumur 13 tahun itu sanggup berjalan bersendirian di antara bukit selama tiga jam hanya untuk dia ke sekolah menengahnya di kampung jiran.

Dalam catatan Facebook yang tular, guru Sekolah Kebangsaan St Theresa Inobong, Fera Erna Bonis berkongsi bekas pelajarnya, Ayon Manson, yang pernah mengajarnya di sekolah rendah, sanggup menempuh perjalanan sejauh 14km dengan berjalan kaki.

Menurut Fera Ayon berjalan kaki dari rumahnya di Terian yang terletak jauh di daerah Penampang untuk pergi ke sekolahnya di Sugud.

“Dikala ramai yang mengeluh beg sekolah berat.. Demi sebuah impian, adik Ayon ex student sya dulu d sk terian sanggup berjalan kaki 3jam seorang diri, dengan mengalas beg yg berisi buku teks dan beberapa keperluan lain dari terian ke sugud, untuk urusan persekolahan pada esok hari.. semoga segala urusan kita dipermudahkan..”

Guru itu kemudian menjelaskan bahawa Ayon hampir memutuskan untuk berhenti belajar di peringkat menengah kerana keluarganya menghadapi masalah kewangan ditambah lagi dengan keadaan geografi untuk ke sekolah setiap hari.

Berasal daripada keluarga miskin, Fera berkata Ayon terpaksa memilih antara tinggal di rumah untuk membantu ibu bapanya atau bersekolah seperti kanak-kanak berusia 13 tahun yang lain, yang akan memakan belanja yang banyak untuk menampung kos pengangkutan dan makanan.

Menurut Fera lagi dia sebenarnya kenal dengan keluarga Ayon dan pada suatu hari, dia bertanya Ayon tentang rancangannya selepas itu dan sekolah menengah mana dia akan masuk.

“Apabila saya mendapat tahu bahawa dia mungkin tidak dapat pergi ke sekolah menengah atas sebab kewangan, saya bertanya kepadanya satu soalan iaitu ‘adakah kamu mahu terus ke sekolah?’ dan dia berkata ‘ya’,” kata Fera kepada The Star dalam satu temu bual.

Kemudian, Fera memberitahu Ayon bahawa jika dia serius, dia akan membantunya tetapi dia perlu mencari jalan untuk keluar dari kampung, dan membawa apa yang diperlukan seperti pakaian.

Perkara yang lain pula akan diuruskan oleh guru itu.

“Ibu saya yang tinggal berhampiran kediaman keluarga Ayon menelefon tidak lama selepas itu dan memberitahu bahawa Ayon telah meninggalkan rumahnya dan sedang berjalan keluar dari kampung, kira-kira 14km dari jalan utama,” kata Fera.

Menurutnya, anak keempat daripada enam beradik itu terpaksa meredah jalan tanah yang berlumpur dan licin akibat musim hujan. Dia juga terpaksa mendaki bukit semata-mata untuk ke jalan besar.

“Saya segera mengambil kereta saya, dan mula memandu ke kampung dari tempat saya berada, yang agak jauh,” kata Fera sambil menambah dia terserempak dengan budak lelaki itu ketika dia sudah separuh jalan mendaki bukit selepas mendaki selama tiga jam.

Dia mengambil gambar Ayon di telefon bimbitnya dan memuat naik ke laman Facebooknya, dengan kapsyen ringkas menjelaskan keazaman Ayon bagi mencapai impiannya untuk masuk ke sekolah menengah.

Mengetahui jarak yang perlu ditempuhi Ayon, guru itu berkata dia terkejut kerana pelajar itu sanggup berjalan bersendirian selama berjam-jam semata-mata untuk masuk ke sekolah.

Foto Ayon yang dimuat naiknya menjadi ‘viral’ dalam masa beberapa hari dan turut menarik perhatian pelakon tempatan, Adrian Edy, yang pergi ke Terian untuk bertemu pelajar itu.

Adrian berkongsi di Facebook bahawa dia membawa Ayon untuk membeli peralatan sekolah seperti pakaian sekolah, pakaian sukan, kasut sekolah, alat tulis, dan buku kerja.

“Saya suruh dia ambil apa sahaja yang dia mahu, tetapi dia anak yang baik, dia pemalu dan sopan, dan memberitahu saya bahawa saya sudah cukup berbelanja untuknya dan dia hanya akan mengambil apa yang dia perlukan,” kata pelakon asal Sabah itu.

Adrian juga mendapat tahu Ayon adalah anak keempat daripada tujuh beradik dan ibunya seorang suri rumah dan bapanya seorang petani yang baru menjadi pengawal keselamatan.

“Mereka benar-benar menjalani kehidupan yang kurang bernasib baik,” dia memerhati dan terharu dengan sikap Ayon untuk tidak mengambil lebih daripada yang diperlukan.

Dia juga membelikan Ayon sebuah basikal, sesuatu yang selalu diinginkan olehnya tetapi tidak mampu dibelikan oleh orang tuanya. Adrian juga sempat memberikan kata-kta semangat dan galakkan supaya Ayon terus belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai impiannya menjadi seorang bomba.

Sementara itu, menurut Fera ramai lagi yang telah menghubunginya untuk menderma semua jenis keperluan kepada Ayon, dan mereka telah menerima bantuan yang mencukupi setakat ini.

Fera berkata, dia dan suaminya sudah mengatur kemasukan Ayon ke Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin di Penampang, dan juga telah mendapat tempat di asrama sekolah itu, jadi dia tidak perlu berjalan jauh atau risau tentang makanan.

“Jutaan Terima kasih kepada SMK Datuk Peter Mojuntin dan kerjasama daripada PPD Penampang kerana prihatin dan menerima dengan baik rayuan permohonan daripada adik Ayon untuk tinggal di asrama…”

“Ribuan terima kasih juga kepada puan Nora Arin kerana telah menguruskan pembayaran yuran sekolah untuk adik Ayon.. dan Mr Adrian Edy untuk segala urusan pembelian kelengkapan persekolahan dan kelengkapan asrama adik Ayon…”

“Terima kasih juga kepada my husband, JG Mini Farm dan uncle saya Boybuayan Boybuayan sanggup dorang kasi tinggal kerja untuk tolong saya jalan ke sana ke mari mengurus. Terima kasih juga atas semua yg mendoakan urusan ini berjalan dengan lancar.. Anda semua hebat… Semoga adik Ayon terus maju jaya..”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Anak termasuk dalam longkang ketika hujan, cara anjing minta bantuan buat ramai kagum

0

Ramai pasti yang bersetuju jika dikatakan anjing adalah antara haiwan yang paling bijak di dunia. Selain memiliki deria bau yang tinggi, spesies ini juga selalu mempunyai fikiran seperti manusia sehingga mereka tahu jika mereka atau sesiapa di sekeliling mereka berada dalam bahaya.

Tidak hanya itu, mereka juga memiliki sifat penyayang yang tinggi. Mereka juga sangat setia terutama kepada tuan mereka. Ada yang setia berada di sisi tuan mereka sejak kecil sehinggalah tuan mereka meninggal dunia. Siapa kata haiwan tiada perasaan?

Selain itu, spesies ini juga sangat menyayangi anak-anaknya dan selalu ada untuk melindungi mereka. Misalnya seperti yang dilakukan oleh ibu anjing di dalam video ini yang jelas menunjukkan dia risau akan keadaan anak-anaknya yang dalam kesusahan itu.

Menurut sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini menunjukkan seekor ibu anjing datang kepada seorang pemuda untuk memberitahu sesuatu. Dapat mengagak apa yang terjadi pemuda ini terus mengikuti anjing tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hezrazenky, anjing tersebut sedang meminta bantuan seorang pemuda untuk menyelamatkan anaknya yang terperangkap di dalam longkang.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila anjing tersebut kelihatan sangat pandai untuk menunjukkan arah di mana keberadaan anak-anaknya itu.

Rupa-rupanya kedua-dua ekor anaknya berada di dalam longkang dan sedang berusaha untuk naik semula ke atas. Keadaan menjadi bertambah sukar kerana air terus mengalir di dalam longkang memandangkan hujan turun ketika itu.

Apa yang lebih melucukan ialah apabila pemuda itu terus membebel kepada anjing tersebut. Sejak anjing itu meminta bantuannya sehinggalah anak-anaknya diselamatkan, pemuda tersebut terus berleter seolah-olah anjing itu faham dengan kata-katanya. Anak-anak anjing itu walau bagaimanapun akhirnya berjaya diselamatkan.

Sehingga kini video tular tersebut telah ditonton lebih daripada 3.4 juta kali dan menerima hampir 350,000 ‘like’ di laman sosial itu.

Netizen juga sempat meninggalkan komen yang memberitahu mereka kagum dengan anjing tersebut yang bijak mendapatkan bantuan. Ada juga yang terhibur dengan bebelan lelaki itu ketika menyelamatkan anak-anak anjing tersebut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pasangan pemandu sorak melakukan gaya akrobatik untuk penggambaran perkahwinan di pusat bandar Singapura

0

Pasangan pengantin warga Singapura mengambil peluang untuk mengabadikan kenangan mereka dalam bentuk gambar di pusat bandar Singapura. Memilih Jalan Orchard sebagai latarbelakang sesi penggambaran, pasangan ini telah melakukan gaya akrobatik sinonim dengan karier mereka sebagai pemandu sorak.

Pengantin perempuan, Denise Alexis berkongsi video penggambaran pada hari tersebut bermula daripada perancangan dan penyelarasan di kawasan penggambaran, persiapan rapi untuk mengelakkan sebarang kesilapan semasa melakukan aksi akrobatik sehinggalah babak mengambil gambar dengan menggunakan apa sahaja cahaya yang tersedia pada waktu senja. Hampir 300 000 pengikut Denise melalui akaun TikTok @denisealexis mengikuti perkongsian penggambaran itu.

Pasangan itu dibantu oleh sebuah kumpulan pembantu yang sangat menyokong. Mereka mempersiapkan pasangan pengantin itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan keseronokan. Mereka bersiap-siap di Jalan Orchard, bersedia untuk melakukan penggambaran yang mengujakan.

Taklimat ringkas diberikan agar setiap orang tahu peranan masing-masing.

Pengantin perempuan memakai kasut yang lebih sesuai supaya dia dapat melakukan gaya akrobatik dengan lebih baik dan kemas. Beginilah bagaimana pasangan pengantin mengambil tempat dan bersedia untuk merakam gambar.

Pengantin lelaki begitu gagah mengangkat dan menahan pengantin perempuan dengan sebelah tangannya sahaja. Ya, bukan semua orang boleh melakukannya. Tanpa ilmu, tidak mungkin seseorang itu dapat melakukan aksi seperti mereka.

Selama 2 saat mereka bertahan dan gambar dirakam dengan begitu baik. Pasti hasilnya sangat mengagumkan!

Selepas itu, mereka merakam pelbagai gaya dengan berlatarbelakangkan suasana di Jalan Orchard.

Pelbagai aksi dan momen bernilai yang berjaya mereka rakam pada hari tersebut. Semuanya dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku memandangkan Jalan Orchard tidak sunyi daripada kenderaan dan orang ramai.

Cahaya senja ditambah dengan cahaya daripada kenderaan yang lalu-lalang serta lampu daripada bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar Jalan Orchad menjadikan gambar-gambar mereka nampak unik dan indah.

Terdapat orang awam yang lalu-lalang ketika sesi penggambaran itu mengambil peluang untuk merakam gambar pasangan pengantin ini. Kebetulan kenalan pasangan pengantin itu lalu di kawasan itu dan sesi penggambaran yang menarik itu telah berjaya dirakam oleh dashboard camera keretanya. Kedengaran sorokan kegembiraan apabila pengantin lelaki itu berjaya mengangkat pengantin perempuan dengan sebelah tangannya sahaja.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Sijil peperiksaan yang hilang boleh didapatkan semula

0

Bagi apa-apa jenis permohonan pekerjaan pasti bakal majikan meminta pemohon melampirkan dokumen-dokumen peribadi untuk rujukan termasuklah sijil peperiksaan. Pemohon bukan sahaja diminta untuk melampirkan salinan dokumen tersebut bahkan mereka juga diminta mengemukakan salinan asal dokumen bagi mengesahkan dokumen salinan berkenaan. Namun, jika sijil peperiksaan hilang, bagaimana hendak memberitahu bakal majikan? Bolehkah mereka menerima permohonan kerja tanpa lampiran sijil asal? Mari ikuti perkongsian Khairul Fahmi di Facebook mengenai cara untuk mendapatkan salinan sijil peperiksaan yang baharu.

Jika anda kehilangan mana-mana sijil peperiksaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, anda bolehlah membuat permohonan salinan sijil yang baharu melalui laman web e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my.

Pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah, daftar akaun dengan menggunakan emel anda sendiri yang masih aktif.

Selepas itu, login dan pilih salinan keputusan.

Dibahagian keputusan, klik butang (+) tersebut. Untuk makluman, jika anda pernah memohon salinan sijil peperiksaan sebelum ini, anda akan dapat melihat sejarah carian tersebut di situ.

Menurut Khairul Fahmi, pemohon perlu memilih jenis keputusan yang mereka mahukan. Dia juga mengingatkan bahawasanya pemohon hanya akan menemukan sijil peperiksaan di bawah KPM sahaja, sijil selain daripada itu tidak ada.

Paparan seterusnya ialah, pemohon akan dapat melihat bilakah pemohon menduduki tarikh peperiksaan yang lepas.

Akhir sekali, anda bolehlah memilih untuk mengambil sendiri sijil baharu itu atau meminta mereka mengeposkannya. Untuk bayaran pula, anda bolehlah berbuat demikian secara atas talian dengan mengikut arahan seterusnya. Tunggu dokumen anda sampai ke tangan anda.

Ternyata begitu mudah sekali permohonan sijil peperiksaan baharu ini. Masalah untuk melampirkan sijil asal pun selesai. Jika anda memerlukan sijil peperiksaan tersebut, segeralah membuat permohonan di laman web yang telah dinyatakan di atas.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ibu tunggal gigih membesarkan empat anak dengan hasil mengumpul barangan kitar semula

0

Walaupun dipandang rendah termasuk diherdik dengan kata-kata kesat, ibu tunggal, Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi, 39 tahun terus berusaha gigih mengumpul barangan lusuh untuk kitar semula sebagai pertukaran dengan wang tunai demi membesarkan empat anak perempuannya.

Umi Nur Faizah atau lebih dikenali sebagai Umi berkata, dia terpaksa bekerja dalam persekitaran dianggap umum sebagai kotor, menjijikkan dan berbau busuk sejak lebih lima tahun lalu, dengan mengumpul barangan terpakai menggunakan kereta sorong di sekitar Kawasan Perindustrian Malim di Melaka.

“Biasalah ada orang yang kasihan melihat saya mengutip barang terpakai, ada pula yang menyindir kerana saya mencari kotak kosong dan ada yang mengatakan kerja saya ‘paiseh’ (memalukan)…kerana saya menyelongkar sampah,” kata Umi.

Gambar oleh The Star

“Tetapi saya hanya perlu telan semua itu…apa yang lebih penting adalah mencari nafkah yang jujur ​​untuk membesarkan anak-anak,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya sepanjang Ramadan, dia akan mula mencari kotak dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan pendapatannya bergantung kepada jenis barangan terpakai yang berjaya dikutip.

Katanya, dia sering membawa pulang hanya RM10 walaupun bekerja sepanjang hari tetapi ia boleh mencecah sehingga lebih RM100 sehari sekiranya bernasib baik terjumpa besi, aluminium atau tembaga.

Umi berkata, dia berhadapan dengan kesusahan yang dilalui setiap hari bersama empat orang anak perempuannya dengan fikiran terbuka dan akan sentiasa mengutamakan keperluan berbanding keinginan atau kehendak mereka.

Gambar oleh Bernama

“Saya terpaksa hidup dengan pendapatan yang saya perolehi dalam sebulan tidak kira ia mencukupi atau tidak..kita tidak boleh melihat atau membandingkan dengan kehidupan orang lain kerana ia tidak akan pernah cukup,” katanya.

“Saya bersyukur kerana anak saya memahami dengan apa yang mereka lalui dan tidak pernah meminta, merungut atau cerewet tentang makanan,” kata Umi yang juga bekerja sebagai pembantu gerai makan dengan pendapatan RM50 sehari.

Beliau berkata, dua anaknya berusia enam dan sembilan tahun sering menemaninya mengumpul barangan terpakai manakala dua lagi berusia 13 dan 15 tahun terpaksa dihantar ke sekolah agama di Alor Gajah, kira-kira 27 kilometer dari Malim, bagi memastikan mereka mendapat pendidikan dan perhatian yang lebih baik.

Umi berkata empat anaknya menerima bantuan RM650 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala Majlis Agama Islam Melaka memberi bantuan makanan RM200 dan RM50 setiap seorang kepada tiga anaknya.

Gambar oleh Harian Metro

Ibu tunggal ini berkata dia amat berhati-hati dengan perbelanjaan harian mereka demi memastikan bantuan itu digunakan dengan sebaik mungkin terutama untuk membayar sewa rumah dan membeli barangan dapur serta keperluan mereka.

Menyentuh mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri, Umi berkata, sehingga kini, dia tidak mampu membeli pakaian baru untuk anak-anak dan dirinya tetapi lebih mementingkan untuk memastikan makanan dan keperluan harian adalah mencukupi.

“Memang sedih tetapi tidak berbaju raya baru, itu tidak bermakna kami tidak boleh menyambut raya seperti orang lain…anak-anak saya faham kami dalam keadaan susah,” tambahnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bihun kering terbenam dalam kuku tidak sengaja, gadis ini tidak sangka perit sakitnya membawa ke hospital

0

Biasa ketika berada di dapur, orang yang memasak kadang-kadang terdedah kepada kecederaan seperti tangan terkena pisau, tertusuk tulang ikan, ayam dan duri udang atau ketam, terkena air dan minyak panas yang memang boleh rasa sakit berbisa.

Jadi ketika berada di dapur untuk memasak atau urusan dapur memang selalu kena berhati-hati.

Tetapi tidak sangka pula untuk berada dalam senarai berhati-hati itu kini termasuk bihun kering.

Facebook

Baru-baru ini, tular di TikTok seorang wanita muda dikenali Cik Shaa@sweetsecrettt21 menceritakan kisahnya yang dia terpaksa ke hospital akibat kuku ibu jari kanannya telah tertusuk dan terbenam bihun kering.

Kejadian itu berlaku ketika dia sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur, dan serpihan bihun terbenam itu telah membuatkan isi kukunya menjadi bisa, ngilu dan terus sakit.

Facebook

Walaupun berasa sakit, dia masih boleh meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa.

Namun, gadis ini mula menjadi bimbang apabila melihat kuku ibu jari itu mula bernanah dan rasanya telah berdenyut-denyut kesakitan.

Facebook

Maka untuk tidak membiarkan luka itu membawa mudarat dan membahayakan kesihatannya, Cik Shaa telah bergegas ke klinik sebelum akhirnya hospital untuk mendapatkan rawatan mengeluarkan bihun kering itu daripada kukunya.

Facebook

“Tunggu lima jam, buat x-ray. Doktor bagi dua pilihan, cabut kuku atau tahan sakit untuk cucuk tiga ubat bius pada jari. Jadi saya pilih nombor dua,” kata Cik Shaa kepada mStar.

Facebook

“Doktor korek, darah mengalir tapi nasib baik tak rasa. Lepas itu dia ambil jarum yang keluarkan air, dia cucuk dekat dalam saluran yang buatkan bihun tersangkut itu terkeluar sendiri,” kongsinya.

Akhirnya serpihan bihun berjaya dikeluarkan dan Cik Shaa kata kesakitan masih dirasai selepas kesan ubat bius itu hilang.

Facebook

“Jadi hati-hatilah semua walaupun basuh pinggan. Jangan jadi macam saya, malu je nangis dekat klinik dan hospital sampai tersedu-sedu,” nasihatnya.

Facebook

Video TikTok yang tular itu meninggalkan komen yang menarik perhatian warganet serta perkongsian mereka dengan pengalaman yang hampir serupa:

“Jangan malu awak, saya pun pernah kena bedah kuku ibu jari sebab terselit rambut lepas tu kuku patah separuh, asalnya sebab ada darah beku.”

“Dulu pernah terkikis kerak nasi, memang perit rasa. Nasib tak tercucuk masuk sampai dalam je..”

“Aduh baru rancang nak makan bihun, kena hati-hati ni, bahaya betul.. Cepat sembuh awak!”

Facebook

“Macam kelakar sebab bihun tapi takutnya, cepat sembuh!”

“Kena hati-hatilah lepas ni kalau hendak basuh pinggan, kena pakai sarung tangan.. Bab menangis tersedu-sedu dekat klinik sebab jari sakit, saya pun ada pengalaman. Cepat sembuh!”

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: