26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaBerita UtamaEnam maut kemalangan, lebih 500 Pati lolos dalam rusuhan depot imigresen Sungai...

Enam maut kemalangan, lebih 500 Pati lolos dalam rusuhan depot imigresen Sungai Bakap

SEBERANG PERAI – Satu kejadian rusuhan dilaporkan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang yang menyaksikan lebih 500 tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) melarikan diri awal pagi Rabu, 20 April, mengakibatkan enam daripadanya maut.

Rusuhan itu dipercayai bermula dengan protes yang berlaku kira-kira jam 5 pagi Rabu dengan membabitkan sejumlah 528 tahanan etnik Rohingya.

Facebook

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kira-kira 362 orang tahanan telah berjaya ditangkap semula setakat jam 10 pagi.

Mereka melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan grill penghadang. Pegawai-pegawai bertugas telah mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi pihak polis dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

Facebook

Gerakan mencari dan menangkap tahanan yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan (Rela) dan orang ramai. Gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan tahanan yang lari ini dipohon supaya memaklumkan kepada pihak Jabatan Imigresen atau PDRM,” kata Khairul Dzaimee dalam satu kenyataan.

Facebook

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, enam tahanan Pati yang maut akibat terlibat kemalangan lebuh raya ketika cuba menyeberang jalan ketika kekecohan berlaku.

“Mangsa ialah dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, satu kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki. Buat masa ini, polis sedang mengesan baki 205 tahanan lain,” katanya dalam sidang akhbar pada 20 April.

Berikutan itu, operasi menahan semula semua tahanan terpaksa dilakukan JIM yang turut mendapat bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu, Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang.

Facebook

“Hebahan telah dibuat kepada Gerakan IPD SPS bagi mencegah sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku.

“Pihak depot juga telah maklum kepada IPD Bandar Baharu untuk tindakan susulan oleh kerana kawasan berkenaan dalam pentadbiran Bandar Baharu. Perkembangan diawasi,” menurut kenyataan polis itu.

Sementara itu, operasi mengesan Pati yang masih bebas masih dilakukan pihak berkuasa.

Facebook

Difahamkan terdapat 663 warga asing ditempatkan di depot imigresen sementara Sungai Bakap dengan majoriti terdiri daripada etnik Rohingya.

Polis memaklumkan pihak mereka turut dibantu penduduk setempat untuk menangkap saki baki tahanan yang ternampak mereka pada pagi selepas kejadian rusuhan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI