26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024
UtamaInspirasiTidak pernah tidur malam, anjing ini takut dia akan dihantar ke pusat...

Tidak pernah tidur malam, anjing ini takut dia akan dihantar ke pusat perlindungan haiwan sekali lagi

Setiap haiwan peliharaan biasanya mempunyai tabiat tersendiri sehingga adakalanya kita sendiri tidak faham mengapa mereka berpelakuan seperti itu. Namun, sebenarnya apa sahaja yang mereka lakukan, mereka punya alasan dan sebab yang tersendiri. Misalnya, seperti apa yang dilakukan oleh anjing kepada seorang netizen ini. Apa yang berlaku ialah anjingnya tidak pernah tidur malam, malah hanya memerhatikan tuannya setiap malam. Persoalannya, mengapa dia berpelakuan seperti itu?

Seorang netizen memelihara anjing baka Golden Retriver yang diambil dari tempat perlindungan haiwan. Keluarganya juga sangat sayang akan anjing tersebut kerana kecomelannya. Tidak hanya itu, anjing itu juga sangat setia kepada tuannya.

Walau bagaimanapun, sesuatu yang aneh berlaku pada waktu malamnya. Anjing tersebut mula berpelakuan pelik. Menurut tuannya, anjing tersebut akan duduk di luar bilik tidurnya setiap malam dan merenung tuannya sehingga tertidur.

Pada mulanya, lelaki itu beranggapan anjing tersebut berkelakuan begitu kerana dia masih tidak biasa dengan persekitaran baru di rumah mereka. Namun begitu, selepas beberapa lama, anjing tersebut masih sahaja berpelakuan seperti itu. Sepertinya tiada yang berubah dengannya dan dia masih dengan ‘habit’ nya itu setiap malam.  Hal ini membuatkan lelaki tersebut mula berasa tidak selesa dengan keadaan itu.

Lelaki itu kemudian mula memastikan supaya anjingnya tidur pada waktu malam. Apa yang dilakukan ialah dia akan bermain dengan anjingnya pada waktu siang supaya anjingnya kepenatan dan keletihan. Jadi, dia akan tertidur kepenatan pada waktu malam. Namun begitu, usahanya tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Walaupun seharian penat bermain, anjing tersebut tetap mempunyai tenaga untuk terus berjaga pada waktu malam dan menunggu di luar bilik tuannya sehingga lelaki itu tertidur.

Lelaki itu mula risau dengan keadaan anjingnya. Dia menyangka yang anjingnya mempunyai masalah kesihatan jadi dia memutuskan untuk membawanya ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan doktor. Doktor kemudian memberitahu bahawa tiada yang tidak kena dengan anjing tersebut. Anjing tersebut dalam keadaan baik dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Masih dibelenggu dengan segala tanda tanya dan misteri tentang anjingnya, lelaki tersebut kemudian pergi semula ke tempat perlindungan haiwan di mana dia mengambil anjing berkenaan. Dia mahukan jawapan kepada persoalannya.

Rupa-rupa ada ‘rahsia’ yang tersembunyi di sebalik tabiat pelik anjing tersebut. Pekerja di tempat perlindungan haiwan itu memberitahu bahawa anjing tersebut berpelakuan seperti itu kerana pengalaman pahitnya sebelum itu.

Sebenarnya, anjing tersebut telah dihantar ke pusat perlindungan itu secara senyap-senyap Ketika dia tidur oleh tuan lamanya. Pemilik lama anjing itu terpaksa berbuat begitu kerana isterinya hamil dan mereka tidak mampu untuk menjaga anjing itu lagi.

Apabila anjing itu bangun, dia mendapati dirinya berada di tempat lain, bukan lagi berada di rumahnya seperti biasa. Dalam keadaan bingung dia mendapati dirinya berada di tempat perlindungan haiwan.

Mengetahui apa yang telah berlaku barulah lelaki itu faham mengapa anjingnya sering melihatnya tidur setiap malam. Rupa-rupanya anjingnya tidak tidur pada waktu malam kerana dia takut dia akan dihantar ke tempat perlindungan haiwan seperti sebelum ini.

Mendengar kisah sedih itu membuatkan lelaki itu tersentuh dan menangis. Selepas pulang sahaja ke rumah lelaki tersebut terus mengalihkan pendangan di pintu bilik tidurnya. Dia juga meletakkan katil anjing di dalam bilik tidurnya supaya anjingnya dapat tidur bersamanya.

Dia berharap dengan melakukan semua itu akan memberikan keselesaan buat anjingnya. Dia mahu anjingnya berasa selamat dan dapat tidur dengan baik setiap malam.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI