25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 13, 2025
Utama Blog Laman 118

Dalai Lama ke-14 bongkar penganiayaan oleh PKC menerusi filem

0

Tenzin Gyatso, Dalai Lama ke-14 yang dibuang negeri selama 64 tahun akhirnya membongkar kebenaran penganiayaan yang dilakukan oleh Parti Komunis China (PKC). Terdahulu Tenzin dibuang negeri selepas berlakunya pencerobohan China terhadap Tibet dan kini dia mengetuai kerajaan buangan di Dharamsala, India.

TVBS

Seperti yang dilaporkan oleh Luo Zixin menerusi TVBS, Tenzin telah mengadakan pertemuan Dharma di Bodh Gaya, India pada 23 Disember lalu. Hampir 60,000 penganut dan pengikut dari 50 buah negara diseluruh dunia telah menghadiri pertemuan tersebut.

Tujuan Tenzin ke situ adalah untuk berdoa bagi kesejahteraan manusia diseluruh dunia. Dia berharap agar setiap insan dapat menghapuskan sifat tamak dan keinginan mereka serta mendapat kembali kuasa ketenangan fikiran di bawah pembangunan material yang pesat.

Sudah 64 tahun Dalai Lama ke-14 meninggalkan Tibet. Walaupun dibuang negeri dan belum kembali ke Tibet, namun jejaknya tetap diketahui orang ramai.

TVBS

Baru-baru ini, Tenzin dilihat muncul dalam filem “Dream Back to Tibet”: The Officer and the Dalai Lama” yang akan ditayangkan di seluruh Taiwan pada 30 Disember. Tenzin secara peribadinya membongkarkan kebenaran tentang pelariannya dari Tibet.

Ketika PKC menakluk Tibet pada tahun 1959, Tenzin mengetuai kumpulan yang disertai seramai 80,000 orang Tibet untuk melarikan diri ke India.

Dengan bantuan kerajaan India, Tenzin kemudiannya menubuhkan “Pusat Pentadbiran Tibet” di Dharamshala, mengasaskan sekolah dan mengajar lebih daripada 5,000 kanak-kanak untuk mewarisi dan mempromosikan bahasa Tibet.

TVBS

Filem itu turut mengetengahkan budaya Tibet, pembongkaran perjalanan dari Tibet ke India dan kebenaran mengenai penganiayaan yang dilakukan oleh PKC.

Menerusi filem itu, orang ramai begitu terkejut apabila mengetahui hakikat yang tersembunyi selama ini. Filem berkenaan telah ditayangkan di lebih 800 buah pawagam di seluruh Amerika Syarikat.

Sebelum meninggalkan Tibet, persahabatan Tenzin dengan pendaki gunung Austria, Heinrich Harrer turut dibongkarkan dalam sebuah filem lain. Heinrich bukan sahaja sahabat malah berperanan sebagai guru dalam hidup Tenzin.

Sepanjang tujuh tahun persahabatan mereka, terdapat banyak gambar berharga yang dirakam. Namun malang sekali kerana semuanya telah dimusnahkan oleh PKC di Tibet.

Filem Hollywood “The Great Escape” diadaptasi daripada sejarah persahabatan Tenzin dan Heinrich.

TVBS

Untuk makluman, Dalai Lama merupakan pemimpin rohani dalam agama Buddha Tibet. Penganut Buddha Tibet percaya bahawa Dalai Lama ialah inkarnasi (kelahiran semula) Avalokiteśvara seorang bodhisattva zaman silam. Antara abad ke-17 dan tahun 1959, Dalai Lama merupakan ketua kerajaan Tibet.

Pilihan Editor:

Nenek ditemani kucing kesayangan ke pasar, bila hujan lebat nenek berpayung tetapi ideanya pastikan si comel tidak kuyup undang ketawa

0

Urusan kerja orang muda yang sibuk menyebabkan ramai yang jarang berpeluang meluangkan masa bersama keluarga. Bagi menjaga emosi ahli keluarga lebih tua yang berada di rumah dan menghindarkan rasa kesunyian, memelihara haiwan peliharaan adalah cara yang baik untuk menghilangkan kebosanan. 

Selepas memiliki haiwan peliharaan, ahli keluarga boleh memberi fokus kepada haiwan itu, dan ia mungkin mampu menjadikan hidup golongan tua lebih menceriakan.

Gambar 88lovelypet

Seorang netizen dari Taiwan bercerita dia terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa berada di rumah menyebabkan neneknya selalu keseorangan. 

Untuk mengelakkan neneknya berasa terlalu bosan di rumah, dia telah memelihara seekor kucing kerana pada pendapatnya kucing itu lebih tenang dan pembersih.

Dengan cara ini, nenek tidak perlu terlalu risau banyak untuk menguruskan kehidupan kucing, kerana kucing berjiwa bebas dan memang pandai menjaga dirinya sendiri.

Walaupun cucu ini adalah pemilik kucing tersebut, nenek berada di dalam hati kucingnya sebagai pemilik dan tuan kesayangan sebenar untuk dia menurut kata.

Gambar Hiasan / Pexels

Pada suatu hari ketika netizen ini baru bangun dari tidur, dia telah mendapati neneknya sedang berpakaian elok untuk keluar. Kata nenek, dia mahu membeli sayur di pasar dan nenek tidak mahu berenggang dengan kucingnya lalu mahu membawanya bersama. Kucing itu mengikutnya ke pasar.

Jadi nenek pun keluarlah ke pasar dengan kucingnya, tetapi tidak lama kemudian hujan telah turun dengan lebat.

Cucu ini mula bimbang dengan menyangka neneknya tidak membawa payung, sambil mula berkira-kira perlukah dia ke pasar untuk membawa payung untuk nenek?

Nenek rupa-rupanya ada membawa payung bersama semasa dia keluar ke pasar tadi. Apabila netizen menuju ke pasar pada separuh jalan dan melihat neneknya berpayung, dia berasa lega.

Gambar 88lovelypet

Tetapi tidak tahan ketawa berdekah-dekah apabila melihat kucingnya.

Idea kreatif nenek bagi mengelakkan si comel daripada basah kuyup dek hujan lebat, jadi dia terpaksa diletakkan di dalam beg plastik.

Gambar 88lovelypet

Begitulah mukanya ketika dijinjing dalam beg plastik. Sakit perut netizen ini tergelak dibuatnya.

Sabar sahajalah tahan nafas dalam plastik tu…

Pilihan Editor:

Monyet petik kacang buncis dan riak mukanya ketika gigih bekerja sungguh mencuit hati

0

Jika di Malaysia atau negara jiran, kita biasa melihat monyet capuchin bekerja membantu tuan di kebun dan paling terkenal sebagai pemetik buah kelapa yang mahir dan kesemua monyet ini tidak popular pun.

Namun sebuah keluarga dari Tennessee, Amerika Syarikat memelihara seekor monyet capuchin bernama Gaitlyn Rae yang dianggap seperti ahli keluarga sendiri, dan dia seekor monyet yang memiliki ramai peminat. 

Facebook

Gaitlyn Rae monyet capuchin berusia 9 tahun yang menjadi sensasi tular di TikTok dengan mempunyai 7 juta pengikut.

Monyet yatim piatu ini telah tinggal bersama tuannya sejak dia berusia 8 minggu selepas diselamatkan dari hidupan liar, dan sejak itu Gaitlyn Rae menganggap dirinya seperti seorang manusia.

Facebook

Dalam salah satu video yang dimuat naik di TikTok dan tular di laman media sosial lain, Gaitlyn Rae mengubah tugas biasa memetik kacang buncis menjadi sesuatu yang mencuit hati dengan wajah comel yang dibuatnya.

Monyet peliharaan ini sedang membantu ibunya menyediakan makan malam. 

Facebook

Dia diberikan seperiuk besar kacang buncis untuk dipetik di hadapannya dan tugasnya adalah untuk mengambil lalu memetiknya.

Dan setiap kali Gaitlyn Rae memetik kacang buncis menjadi dua, dia membuat muka yang paling kelakar!

Facebook

Patahkan satu demi satu dengan mukanya itu, dengan begitu tekun dan fokus, sampai kesemuanya dipatahkan menjadi dua.

Gaitlyn Rae seekor monyet yang amat rajin membantu ibu bapanya di dapur.

Facebook

Monyet ini dilayan lebih seperti kanak-kanak berbanding haiwan peliharaan. Dan ia tidak mengambil masa yang lama apabila Gaitlyn Rae yang selalu dimanjakan itu mula menjadi tular apabila aksi lucu dan bijaknya dirakam serta dimuat naik di media sosial.

Buktinya, tengok sahajalah riak mukanya ketika bersungguh-sungguh mematahkan kacang buncis itu. Siapa sahaja boleh tergelak dibuatnya.

Facebook

Dengan pengikut teguh melebihi 7 juta pengikut di TikTok sahaja, agak selamat untuk mengatakan si monyet comel Gaitlyn Rae sebagai bintang sensasi internet.

Keazaman si monyet yang agak memukau dan menggelikan hati pada masa yang sama. Dia memetik kacang demi kacang, mengerutkan mukanya, mengembangkan hidung yang siap dengan memuncung sekali. 

Facebook

Dan, sudah tentu, akhir sekali Gaitlyn Rae mahu mencuba merasa kacang buncis itu buat sebatang dua.

Facebook

Kena bagi upahlah buat si monyet yang kuat bekerja. Kerja yang bagus Gaitlyn!

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

Mat motor tiba-tiba halang jalan ingat hendak buat apa, rupanya mahu bantu warga emas selamat melintas jalan

0

Selalu juga kita melihat penunggang motosikal paling cepat menghulurkan bantuan sekiranya berlaku apa-apa insiden di jalan raya, walaupun kadang kala tindakannya kelihatan seperti boleh mengundang bahaya.

Dalam satu rakaman video dari kamera papan pemuka yang tular di Facebook, seorang pemandu kereta agak terkejut dan terpaksa memberhentikan kenderaannya apabila tiba-tiba ternampak dari jauh kelibat seorang mat motor.

Facebook

Dia menunggang motosikal dari laluan bertentangan dan tiba-tiba berada di hadapannya.

Tanpa menyedari dari jauh mat motor ini seperti mengangkat tangan dengan isyarat untuk meminta pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka dan berhenti.

Facebook

Kerana sebelum itu, dia telah ternampak seorang pak cik tua sedang melintas jalan dengan menggunakan tongkat empat kaki (walker).

Setelah memastikan laluan kenderaan dapat dihalang seketika, sementara warga emas ini berada selesa melintas jalan menuju ke seberang dan ke lokasinya dengan selamat.

Facebook

Kelihatan dia menoleh kepada pak cik tua yang berjalan amat perlahan itu dengan wajah yang agak bimbang dan amat prihatin dengan keselamatannya.

Takut jika tiada sesiapa pengguna jalan raya yang peka sepertinya, orang tua ini mungkin boleh terlibat dengan kemalangan.

Facebook

Tindakan mat motor yang pada mulanya seperti mahu dikecam netizen kerana aksinya menghalang jalan kelihatan agak membahayakan dan merisikokan diri sendiri.

Namun semua orang tidak dapat menafikan niat ikhlas dan hatinya yang mulia dengan sifat belas kasihan untuk membantu warga emas itu.

Lalu tindakan penunggang motosikal yang satu ini wajar mendapat pujian.

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

Korea Selatan lapor kes kematian pertama ‘amoeba pemakan otak’

0

Korea Selatan melaporkan kes pertama jangkitan Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai ‘amoeba pemakan otak’, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Isnin, 26 Disember.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KDCA) mengesahkan kematian warga tempatan berusia dalam lingkungan 50-an selepas mangsa kembali dari Thailand pada 10 Disember lalu setelah menetap selama empat bulan di sana.

“Pesakit dimasukkan ke hospital pada keesokan harinya dan meninggal dunia pada Rabu lalu. Kami telah melakukan ujian genetik ke atas tiga jenis patogen yang menyebabkan Naegleria fowleri untuk mengesahkan punca kematiannya,” kata jurucakap KDCA Dr Jee Young-mee.

CDC / YouTube

“Keputusan ujian itu menunjukkan gen dalam tubuh lelaki itu adalah 99.6 peratus sama dengan yang ditemui pada pesakit meningitis di luar negara,” jelas KDCA.

Ini adalah kes pertama jangkitan itu yang dilaporkan di Korea Selatan selepas Naegleria fowleri muncul di Virginia, Amerika Syarikat pada 1937.

Naegleria fowleri ialah amoeba atau organisma sel tunggal yang hidup di dalam tanah dan air tawar hangat seperti mata air panas, tasik dan sungai di seluruh dunia.

Amoeba itu memasuki tubuh manusia melalui hidung dan menuju ke otak.

Antara simptom awal termasuk sakit kepala yang teruk, demam, loya atau muntah dan tempoh inkubasi Naegleria fowleri biasanya dua hingga tiga hari atau boleh mencecah sehingga 15 hari.

Sebagai langkah berjaga-jaga, KDCA telah menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti berenang di kawasan di mana penyakit itu dikesan walaupun penyebaran antara manusia adalah mustahil.

Sehingga 2018, sebanyak 381 kes Naegleria fowleri telah dilaporkan di seluruh dunia termasuk India, Thailand, Amerika Syarikat, China dan Jepun.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, sebanyak 154 kes jangkitan ‘amoeba pemakan otak’ dilaporkan dari 1962 hingga 2021 dan hanya empat pesakit terselamat dengan kadar kematian lebih 97 peratus.

Pilihan Editor:

Gabungan hiasan dua perayaan di pasar raya jadi bualan netizen!

0

Antara perkara yang mengujakan setiap kali menjelmanya apa-apa perayaan di Malaysia ialah keindahan hiasan yang dipersembahkan. Walau bagaimanapun nampaknya kali ini, gabungan hiasan dua perayaan utama di sebuah pasar raya jadi bualan netizen!

Facebook

Seperti kebanyakan pusat beli-belah di Malaysia, Pusat Beli-Belah Suria Sabah turut mengambil peluang menghias premis mereka sempena perayaan Krismas. Melalui laman Facebook, pihak pengurusan memuat naik beberapa keping gambar hiasan dalaman premis tersebut.

Namun yang menjadi kelainan adalah apabila Pusat Beli-Belah Suria Sabah turut menyelitkan hiasan Tahun Baru Cina memandangkan perayaan tersebut akan tiba tidak lama lagi.

Seperti kapsyen yang ditulis oleh pihak mereka, “Dua sambutan, satu mesej: semoga musim cuti anda dipenuhi dengan kasih sayang, tawa riang dan kegembiraan”, hiasan kedua-dua perayaan utama itu dapat dilihat di sana.

Pengunjung pusat beli-belah turut dilihat mengambil kesempatan merakam memori berlatarbelakangkan hiasan yang tersergam indah itu.

Hiasan tersebut mendapat pelbagai maklum balas dari warga siber. Ada yang menyokong dan ada yang melahirkan rasa kecewa.

Tinjauan di ruang komen menyaksikan warga siber yang kecewa berpendapat Pusat Beli-Belah Suria Sabah tidak seharusnya melebihkan hiasan Tahun Baru Cina sedangkan perayaan Krismas yang akan disambut dahulu.

Ini kerana keketaraan penggunaan warna merah di sana sini memperlihatkan sambutan Tahun Baru Cina seperti mendominasi premis tersebut. Tambahan pula, hiasan perayaan Tahun Baru Cina dilihat lebih banyak dan terserlah berbanding hiasan perayaan Krismas.

Terdapat juga netizen yang melahirkan rasa keliru dan tertanya-tanya sama ada mereka meraikan Krismas atau Tahun Baru Cina terlebih dahulu pada waktu ini.

Bagi warga siber yang menyokong pula, mereka melihat gabungan hiasan dua perayaan utama ini sangat menarik.

Ada juga di antara mereka yang bergurau dengan mengatakan, “Santa Claus sebenarnya menyamar menjadi Dewa Kekayaan”.

Jadi, bagaimana dengan pendapat anda pula? Adakah anda menyukai konsep hiasan yang ditampilkan oleh pusat beli-belah ini atau tidak?

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru.

Pilihan Editor:

Lupa kurung kucing ketika keluar, pemilik fikir habislah perabot mahogani musnah dicakar tanpa menyangka kebimbangannya bertukar ketawa

0

Kebanyakan pencinta haiwan suka memelihara kucing kerana menyangka makhluk comel ini tidak akan merobohkan rumah seperti anjing, namun sebenarnya bukan kucing tidak boleh merobohkan rumah, tetapi cara mereka merobohkan rumah adalah berbeza. 

Dan tahukah anda kucing suka menggunakan perabot sebagai bahan penggaru, kerana papan dan kayu sering menjadi kesukaannya.

Gambar lifenewsjr.com

Seorang pemilik kucing menceritakan bagaimana baru-baru ini dia terpaksa bergegas pulang kerana bimbang perabot mahogani di rumahnya dicakar kucing, tetapi bertukar geli hati pada ketika membuka pintu rumah dan melihat perabot itu.

Pemilik ini dalam hantarannya berkata bapanya membelanjakan $300,000 untuk membeli satu set perabot mahogani sebagai hiasan mewah di rumah. Pada mulanya, dia tidak menghiraukannya tetapi selepas keluar, tiba-tiba dia tersedar telah terlupa memasukkan kucing peliharaannya ke dalam sangkar kerana kucing itu sangat lincah dan suka bermain.

Fikirnya, jika kucing itu mencakar perabot mahogani ayahnya, orang tua itu mungkin akan berada dalam mood untuk merebusnya!

Gambar lifenewsjr.com

Memikirkan perkara ini, pemilik ini segera memusingkan kereta dan berpatah balik, dengan harapan dapat menyelamatkan keadaan seperti mana dalam bayangannya. 

Apabila dia bergegas pulang dan membuka pintu, dia begitu terkejut dengan pemandangan yang dilihatnya, kerana tidak menyangka gerak cemas boleh bertukar ketawa apabila melihat lokasi kucing itu berada.

“Saya melihat kucing saya Ge You berbaring dengan selesa di atas sofa kayu, dengan kepala kecilnya bersandar pada anak patung, kelihatan sangat selesa dan sangat mengantuk dengan mata tertutup,” tulisnya. Kucing itu sangat nyenyak tidurnya sehinggakan tuan datang menjenguk pun dia tidak perasan.

Gambar lifenewsjr.com

Melihat postur ini, ia betul-betul sama dengan gaya tuannya terbaring di rumah ketika bermain telefon pintar, sehingga terlelap.

Walaupun dia terbukti tidak membuat apa-apa masalah, pemilik itu tetap mengambil kucing ini dan memasukkannya ke dalam sangkar bagi mengelakkan adegan cakar-mencakar berlaku.

Gambar lifenewsjr.com

Gambar si comel berbaring itu telah dimuat naik di media sosial sehingga mendapat perhatian netizen yang memberi komen sambil tersenyum:

“Tidak mungkin kucing ini pandai mencari kelasnya yang tersendiri..”

“Selepas bertahun-tahun bekerja keras, kucing itu berkata, ‘Inilah kehidupan yang saya mahukan’.”

Apa yang penting, nasib baik tidak terjadi apa-apa kepada perabot yang mahal itu.

Pilihan Editor:

“Jangan belanja saya lagi,” Budak pemungut kotak bayar harga roti yang dimakan selama 7 tahun kepada pengurus kedai buat air mata mengalir

0

Seorang pengurus kedai roti dari Zhongli, Taoyuan di Taiwan mendedahkan dia sering membelikan roti kepada budak lelaki yang selalu datang ke kedai rotinya untuk memungut kotak kitar semula sejak dia masih kecil. Kini selepas 7 tahun berlalu sejak memberikan roti untuk alas perutnya, budak itu datang ke kedai dengan wang NT$200 sambil berkata, “Saya mahu membeli roti daripada kakak mulai hari ini. Jangan belikan saya roti lagi. Kamu juga bekerja keras..” 

Hantaran Facebook pengurus kedai roti wanita dari Zhongli, Taoyuan di Taiwan berbunyi, “Saya tidak akan melupakan budak lelaki ini ketika melihatnya buat pertama kali ketika musim sejuk. Dia memakai pakaian yang kurang sesuai dengan susuk tubuhnya, dan menarik troli berat sambil bertanya, “Kakak, bolehkah saya ambil kotak kadbod di sini?”

Pengurus itu tidak menjawab tetapi berpaling dan menuju ke dalam kedai untuk membungkus sebuku roti buat budak lelaki itu, juga mengambil semua kotak yang boleh dikitar semula untuk diberikan kepadanya.

Gambar Hiasan / Pixabay

Wanita itu memberitahu, “Saya bekerja di sini, dan kamu dialu-alukan untuk datang berjumpa saya bagi mendapatkan roti pada bila-bila masa jika kamu terasa lapar. .” Selepas itu, pengurus ini juga memberitahu semua rakan sekerjanya supaya menyerahkan apa-apa barang kitar semula yang terdapat di dalam stor untuk diberikan kepada budak lelaki itu.

Pengurus kedai roti ini berkata selepas 7 tahun, walaupun budak lelaki itu telah bersekolah di menengah rendah, susuk tubuhnya masih kecil dan kurus. Baru-baru ini, ketika dia datang ke kedai roti bertanyakan kotak, wanita ini berkesempatan berbual dengannya. Tulisnya, “Sudah dekat pukul sembilan malam, tetapi dia memberitahu masih belum makan. Musim sejuk begini, dia juga tidak memakai baju tebal dan saya menasihatkannya untuk menjaga badannya dan kesihatan dengan baik..”

Tetapi 15 minit kemudian, budak lelaki itu datang semula ke kedai dengan NT$200 (RM28) dalam tangan, dan berkata kepadanya, “Kakak, saya ingin membeli roti daripada kamu mulai hari ini, jangan belanja saya lagi, kamu juga bekerja keras.. .” Pengurus kedai menerima wang itu dengan senyuman, dan masih menasihatkannya, “Hidup dengan baik bersama datuk dan nenek kamu, dan sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Selagi kedai kami masih ada di sini, kamu sentiasa dialu-alukan untuk makan roti kami.”

Facebook

Pengurus kedai roti ini melihat budak lelaki itu berlalu pulang, tanpa disedari air mata mengalir membasahi pipinya.

Hantaran kisah menyentuh hati itu segera menarik perhatian orang ramai yang prihatin dan telah menelefon kedai roti itu, bertanyakan tentang budak lelaki itu dan berharap dapat membantunya. Pengurus kedai berterima kasih atas keprihatinan semua, tetapi malangnya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keluarga budak lelaki itu, dan katanya mereka hanya bertemu sekali-sekala di jalanan.

“Tujuan saya memberinya roti adalah untuk membantu sarapan paginya atau menjadi makanan ringan supaya dia boleh membesar dengan baik. Terima kasih atas jasa baik anda membuktikan masyarakat kita mempunyai hati yang mulia dan hangat,” kata wanita itu.

Pilihan Editor:

Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest, Sandakan

0

Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di Sandakan, Sabah roboh akibat fenomena air pasang besar yang berlaku sejak malam 24 Disember.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata sehingga 10 pagi 26 Disember, terdapat pertambahan jumlah rumah roboh akibat fenomena berkenaan kepada angka sah iaitu 70 yang direkodkan pada 25 Disember.

“Pada pagi tadi, kita kenal pasti sebanyak 38 buah rumah telah roboh, menjadikan jumlah keseluruhan 108 buah rumah.

“Kemudian, di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 telah meningkat menjadikan jumlah 684 orang,” katanya kepada Bernama di Kampung Forest pada 26 Disember.

Twitter

Abdul Fuad bersyukur ramai penduduk yang tinggal di pesisir pantai akur kepada nasihat pasukan keselamatan untuk meninggalkan rumah masing-masing pada malam 25 Disember sehingga tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau sekali lagi mengulangi nasihat sama kerana dijangkakan air pasang besar akan berlaku lagi malam ini (26 Disember).

“Seperti mana semalam, kita telah plotkan beberapa kenderaan dan juga pegawai serta anggota untuk memindahkan lebih awal penduduk yang berada di perumahan pesisir pantai,” katanya.

Pilihan Editor:

Selepas mendapat upah, gelandangan ini melakukan hal yang sungguh mengejutkan majikannya

0

Seorang gelandangan begitu gembira sekali apabila ditawarkan pekerjaan oleh pemilik kedai makan. Namun, Selepas mendapat upah, gelandangan ini melakukan hal yang sungguh mengejutkan majikannya. Kisah penuh inspirasi ini dikongsi oleh Sense di Facebooknya. Mari teruskan pembacaan.

Sense

Pada suatu hari ada seorang lelaki yang tidak terurus datang ke kedai makan Sense. Dia meminta sedikit wang daripada Sense. Sense tidak memberikan wang kepada lelaki itu sebaliknya dia menasihati lelaki tersebut agar mencari pekerjaan. Kata Sense, tiada apa yang percuma.

Lelaki yang berpenampilan kusut-masai itu membalas dengan berkata, “Sebenarnya, saya melakukan banyak jenayah serius dan disebabkan itu tiada siapa yang mahu mengambil saya bekerja. Jadi sekarang saya terpaksa menjadi gelandangan dan dapatkan duit sama ada mencuri atau mengemis.”

PEXELS

Selepas mendengar kata-kata lelaki tersebut, Sense bertanya, “awak nak kerja? saya ada kerja untuk awak!”. Kebetulan ketika itu Sense kekurangan pekerja, jadi dia menawarkan pekerjaan kepada lelaki berkenaan.

Lelaki yang kasihan itu kelihatan begitu teruja dengan tawaran Sense. Dia sangat gembira kerana ada orang yang sudi mengambilnya bekerja walaupun sudah tahu kedudukannya sebagai gelandangan dan penjenayah. Dia tersenyum lebar bagai bertemu sinar harapan yang begitu cerah di hadapannya ketika itu. Sense sendiri berasa gembira melihatkan senyuman lelaki tersebut.

Tanpa berfikir panjang, lelaki itu menerima tawaran Sense, malah katanya dia sanggup melakukan apa sahaja demi sesuap nasi.

PEXELS

Kini selepas dua minggu bekerja, lelaki yang tidak dinyatakan namanya itu datang bekerja tepat pada waktunya. Menurut Sense, lelaki itu membantunya membuang sampah, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya.

Sense begitu gembira kerana dapat membantu lelaki tersebut mencari rezeki. Namun, selepas memberikan upah, Sense sangat terkejut dengan tindakan lelaki itu. Sense tidak menyangka bahawa lelaki itu mahu membeli makanan di kedainya dan memutuskan untuk membayarnya.

Kata lelaki itu, dia berasa lega dan bersyukur kerana akhirnya dia dapat membeli makanan dengan duitnya sendiri. Sense meraikan ketulusan hati lelaki tersebut dan memberikan potongan harga makanan kepadanya.

Dikesempatan itu, Sense mengingatkan orang ramai agar berbuat baik pada orang lain dan tidak menghakimi seseorang lebih-lebih lagi jika orang itu meminta duit. Ini kerana kita tidak tahu keadaan sebenar dan mungkin orang itu sungguh terdesak sehingga terpaksa mengemis.

Kata Sense lagi, Tuhan telah merahmati hidupnya, jadi tidak salah jika dia berkongsi rezeki dengan orang lain.

Tinjauan di ruang komen menunjukkan warganet bersetuju dan menyokong tindakan Sense yang mengambil gelandangan itu bekerja dengannya. Mereka malah mengucapkan terima kasih kepada Sense kerana berbuat baik dengan lelaki itu.

Kesimpulannya, kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan dan tidak menjatuhkan hukuman kepada seseorang hanya dengan memandang luaran sahaja.

Pilihan Editor: