Segelintir individu yang cintakan haiwan sanggup melakukan apa sahaja atas dasar kasih sayang. Menyediakan tempat penginapan yang selesa, membelikan alat mainan, membersihkan kawasan najis dan memberikan makanan terbaik bagi menjamin kesenangan hati si manja.
Malah, ada individu yang terlalu sayangkan haiwan peliharaan mereka sehingga sanggup menahan sakit akibat digigit atau dicakar seolah-olah mereka dibutakan oleh kecomelan haiwan tersebut.

Malangnya bagi kucing ini, gigitan yang diberikan kepada tuannya telah menyebabkan kemudaratan kepada dirinya sendiri apabila taring kucing ini telah tercabut dan terbenam di dalam lengan tuannya. Boleh anda bayangkan betapa kuat dan dalamnya gigitan kucing itu sehinggakan taringnya sendiri boleh tercabut? Oh tuhan, ganas sungguh!

Menerusi perkongsian di Facebook, individu yang berasal dari Turki ini telah menunjukkan taring kecil kucing peliharaannya yang masih terbenam pada lengan. Taring itu juga kelihatan jelas dengan kesan kemerah-merahan pada akar gigi itu.
Gigitan itu begitu kuat sehingga kucing itu sendiri kelihatan keliru dan terpinga-pinga dengan apa yang telah berlaku kepada tangan tuannya dan juga giginya sendiri. Lihatlah gambar kucing ini yang terkejut dan membulatkan matanya seolah-olah tidak mempercayai giginya telah tercabut!
Penularan perkongsian ini mendapat pelbagai respon daripada warganet. Antaranya:
”Adakah ini senjata rahsia kucing itu?”
”Inilah bukti yang menunjukkan kucing itu telah menyerang manusia”.
“Kenapa gigi saya tinggalkan saya?”.