Selalu juga kita melihat penunggang motosikal paling cepat menghulurkan bantuan sekiranya berlaku apa-apa insiden di jalan raya, walaupun kadang kala tindakannya kelihatan seperti boleh mengundang bahaya.
Dalam satu rakaman video dari kamera papan pemuka yang tular di Facebook, seorang pemandu kereta agak terkejut dan terpaksa memberhentikan kenderaannya apabila tiba-tiba ternampak dari jauh kelibat seorang mat motor.
Dia menunggang motosikal dari laluan bertentangan dan tiba-tiba berada di hadapannya.
Tanpa menyedari dari jauh mat motor ini seperti mengangkat tangan dengan isyarat untuk meminta pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka dan berhenti.
Kerana sebelum itu, dia telah ternampak seorang pak cik tua sedang melintas jalan dengan menggunakan tongkat empat kaki (walker).
Setelah memastikan laluan kenderaan dapat dihalang seketika, sementara warga emas ini berada selesa melintas jalan menuju ke seberang dan ke lokasinya dengan selamat.
Kelihatan dia menoleh kepada pak cik tua yang berjalan amat perlahan itu dengan wajah yang agak bimbang dan amat prihatin dengan keselamatannya.
Takut jika tiada sesiapa pengguna jalan raya yang peka sepertinya, orang tua ini mungkin boleh terlibat dengan kemalangan.
Tindakan mat motor yang pada mulanya seperti mahu dikecam netizen kerana aksinya menghalang jalan kelihatan agak membahayakan dan merisikokan diri sendiri.
Namun semua orang tidak dapat menafikan niat ikhlas dan hatinya yang mulia dengan sifat belas kasihan untuk membantu warga emas itu.
Lalu tindakan penunggang motosikal yang satu ini wajar mendapat pujian.
Tonton video di sini.
Pilihan Editor: