Jika di Malaysia atau negara jiran, kita biasa melihat monyet capuchin bekerja membantu tuan di kebun dan paling terkenal sebagai pemetik buah kelapa yang mahir dan kesemua monyet ini tidak popular pun.
Namun sebuah keluarga dari Tennessee, Amerika Syarikat memelihara seekor monyet capuchin bernama Gaitlyn Rae yang dianggap seperti ahli keluarga sendiri, dan dia seekor monyet yang memiliki ramai peminat.
Gaitlyn Rae monyet capuchin berusia 9 tahun yang menjadi sensasi tular di TikTok dengan mempunyai 7 juta pengikut.
Monyet yatim piatu ini telah tinggal bersama tuannya sejak dia berusia 8 minggu selepas diselamatkan dari hidupan liar, dan sejak itu Gaitlyn Rae menganggap dirinya seperti seorang manusia.
Dalam salah satu video yang dimuat naik di TikTok dan tular di laman media sosial lain, Gaitlyn Rae mengubah tugas biasa memetik kacang buncis menjadi sesuatu yang mencuit hati dengan wajah comel yang dibuatnya.
Monyet peliharaan ini sedang membantu ibunya menyediakan makan malam.
Dia diberikan seperiuk besar kacang buncis untuk dipetik di hadapannya dan tugasnya adalah untuk mengambil lalu memetiknya.
Dan setiap kali Gaitlyn Rae memetik kacang buncis menjadi dua, dia membuat muka yang paling kelakar!
Patahkan satu demi satu dengan mukanya itu, dengan begitu tekun dan fokus, sampai kesemuanya dipatahkan menjadi dua.
Gaitlyn Rae seekor monyet yang amat rajin membantu ibu bapanya di dapur.
Monyet ini dilayan lebih seperti kanak-kanak berbanding haiwan peliharaan. Dan ia tidak mengambil masa yang lama apabila Gaitlyn Rae yang selalu dimanjakan itu mula menjadi tular apabila aksi lucu dan bijaknya dirakam serta dimuat naik di media sosial.
Buktinya, tengok sahajalah riak mukanya ketika bersungguh-sungguh mematahkan kacang buncis itu. Siapa sahaja boleh tergelak dibuatnya.
Dengan pengikut teguh melebihi 7 juta pengikut di TikTok sahaja, agak selamat untuk mengatakan si monyet comel Gaitlyn Rae sebagai bintang sensasi internet.
Keazaman si monyet yang agak memukau dan menggelikan hati pada masa yang sama. Dia memetik kacang demi kacang, mengerutkan mukanya, mengembangkan hidung yang siap dengan memuncung sekali.
Dan, sudah tentu, akhir sekali Gaitlyn Rae mahu mencuba merasa kacang buncis itu buat sebatang dua.
Kena bagi upahlah buat si monyet yang kuat bekerja. Kerja yang bagus Gaitlyn!
Tonton video di sini.
Pilihan Editor: