30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaKisah BenarDalai Lama ke-14 bongkar penganiayaan oleh PKC menerusi filem

Dalai Lama ke-14 bongkar penganiayaan oleh PKC menerusi filem

Tenzin Gyatso, Dalai Lama ke-14 yang dibuang negeri selama 64 tahun akhirnya membongkar kebenaran penganiayaan yang dilakukan oleh Parti Komunis China (PKC). Terdahulu Tenzin dibuang negeri selepas berlakunya pencerobohan China terhadap Tibet dan kini dia mengetuai kerajaan buangan di Dharamsala, India.

TVBS

Seperti yang dilaporkan oleh Luo Zixin menerusi TVBS, Tenzin telah mengadakan pertemuan Dharma di Bodh Gaya, India pada 23 Disember lalu. Hampir 60,000 penganut dan pengikut dari 50 buah negara diseluruh dunia telah menghadiri pertemuan tersebut.

Tujuan Tenzin ke situ adalah untuk berdoa bagi kesejahteraan manusia diseluruh dunia. Dia berharap agar setiap insan dapat menghapuskan sifat tamak dan keinginan mereka serta mendapat kembali kuasa ketenangan fikiran di bawah pembangunan material yang pesat.

Sudah 64 tahun Dalai Lama ke-14 meninggalkan Tibet. Walaupun dibuang negeri dan belum kembali ke Tibet, namun jejaknya tetap diketahui orang ramai.

TVBS

Baru-baru ini, Tenzin dilihat muncul dalam filem “Dream Back to Tibet”: The Officer and the Dalai Lama” yang akan ditayangkan di seluruh Taiwan pada 30 Disember. Tenzin secara peribadinya membongkarkan kebenaran tentang pelariannya dari Tibet.

Ketika PKC menakluk Tibet pada tahun 1959, Tenzin mengetuai kumpulan yang disertai seramai 80,000 orang Tibet untuk melarikan diri ke India.

Dengan bantuan kerajaan India, Tenzin kemudiannya menubuhkan “Pusat Pentadbiran Tibet” di Dharamshala, mengasaskan sekolah dan mengajar lebih daripada 5,000 kanak-kanak untuk mewarisi dan mempromosikan bahasa Tibet.

TVBS

Filem itu turut mengetengahkan budaya Tibet, pembongkaran perjalanan dari Tibet ke India dan kebenaran mengenai penganiayaan yang dilakukan oleh PKC.

Menerusi filem itu, orang ramai begitu terkejut apabila mengetahui hakikat yang tersembunyi selama ini. Filem berkenaan telah ditayangkan di lebih 800 buah pawagam di seluruh Amerika Syarikat.

Sebelum meninggalkan Tibet, persahabatan Tenzin dengan pendaki gunung Austria, Heinrich Harrer turut dibongkarkan dalam sebuah filem lain. Heinrich bukan sahaja sahabat malah berperanan sebagai guru dalam hidup Tenzin.

Sepanjang tujuh tahun persahabatan mereka, terdapat banyak gambar berharga yang dirakam. Namun malang sekali kerana semuanya telah dimusnahkan oleh PKC di Tibet.

Filem Hollywood “The Great Escape” diadaptasi daripada sejarah persahabatan Tenzin dan Heinrich.

TVBS

Untuk makluman, Dalai Lama merupakan pemimpin rohani dalam agama Buddha Tibet. Penganut Buddha Tibet percaya bahawa Dalai Lama ialah inkarnasi (kelahiran semula) Avalokiteśvara seorang bodhisattva zaman silam. Antara abad ke-17 dan tahun 1959, Dalai Lama merupakan ketua kerajaan Tibet.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI