26 C
Kuala Lumpur
Friday, July 18, 2025
Utama Blog Laman 111

Budi baik dikenang juga

0

Seorang wanita warga emas berusia 65 tahun menangis kepanikan kerana tidak dapat membeli tiket pulang ke rumah. Melihatkan wanita berbangsa Cina itu keseorangan, seorang lelaki Melayu menawarkan bantuan kepadanya. Dia membawa wanita itu pulang ke rumah adik perempuannya. Apabila tiba di destinasinya, wanita itu memberikan sekeping sampul berwarna merah.

8world

Menurut laporan Sin Chew, lelaki bernama Syed Azmi itu telah memuat naik kisahnya membantu nenek tersebut di Facebook nya.

Kata Azmi, ketika dia melewati stesen kereta api KTM pada waktu malam bersama dengan dua orang rakannya, dia terlihat seorang wanita Cina menjerit meminta tolong di kaunter perkhidmatan yang telah pun ditutup. Tanpa berlengah, Azmi terus mendapatkan nenek tersebut memandang jam pun sudah menunjukkan pukul 10 malam. Dia cuba mendapatkan tiket dengan cara membelinya melalui mesin namun gagal kerana mesin tidak berfungsi.

Berdasarkan maklumat yang ditulis Azmi, wanita Cina itu mahu pulang ke rumahnya di Wangi. Memandangkan dia keseorangan dan tidak berdaya, Azmi mencadangkan kepada wanita berkenaan untuk mengikutnya pulang ke rumah adik perempuannya.

Sebelum bergerak pulang, Azmi terlebih dahulu menghubungi adik nenek tersebut. Azmi meminta kebenaran untuk membawa kakaknya itu pulang ke rumah. Selepas mendapat kebenaran barulah nenek tersebut mengikut Azmi pulang ke rumah.

Semasa dalam perjalanan, wanita tersebut memperkenalkan dirinya kepada Azmi. Setibanya di lokasi yang dituju, wanita itu menyerahkan sekeping sampul berwarna merah kepadanya Azmi dan adik perempuannya.

Orang ramai mengucapkan terima kasih kepada Azmi kerana telah membantu nenek tersebut. Azmi sendiri berasa gembira kerana dapat membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Pilihan Editor:

Jeti runtuh di Semporna, tindakan pantas guru berjaya selamatkan lebih 20 murid

0

Pagi Isnin 30 Januari bertukar traumatik buat murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag apabila jeti Pulau Pababag, di Semporna tiba-tiba runtuh.

Kejadian itu mengakibatkan kira-kira 25 murid terjatuh ke laut dan dua orang guru dengan pantas bertindak terjun untuk menyelamatkan mereka. Mujurlah ketika itu air laut surut.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (pengurusan sekolah), Abidin Marjan berkata kejadian berlaku pada 6.45 pagi ketika pelajar sekolah turun dari bot untuk berjalan melintasi jeti yang telah uzur itu.

Twitter

Syukur kesemua murid dan guru dilaporkan selamat, namun dua murid cedera ringan di bahagian bibir dan tangan selepas terlanggar bahagian kayu dan konkrit jeti.

“Ketika kejadian, dua orang guru terjun untuk menyelamatkan murid-murid. Guru dan murid terbabit dibenarkan pulang dan tiada kecederaan serius,” kata Abidin Marjan.

Beliau berkata jeti kampung itu adalah sebahagian daripada jeti menuju ke sekolah rendah Pulau Pababag.

Satu video berdurasi satu minit 30 saat yang tular memaparkan murid-murid itu diselamatkan oleh guru mereka dan penduduk kampung selepas jeti di Kampung Pababag runtuh.

Twitter

Di Kota Kinabalu, ketua pembangunan masyarakat Sulabayan Abdul Manan Indanan berharap peruntukan segera daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKDW) untuk membina semula jeti yang runtuh di Pulau Pababag.

“Saya kebetulan bertemu dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dan tunjukkan video jeti runtuh yang membabitkan pelajar itu. Kita harap pembinaan dapat dilaksanakan segera, kita juga akan berjumpa ketua kampung dan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengambil langkah melalui Pejabat Pendidikan Daerah Semporna untuk menyiasat kejadian itu dan memberi bantuan segera kepada semua yang terlibat.

Twitter

“KPM memandang serius kejadian itu dan akan memastikan aspek keselamatan dipertingkatkan dengan mewajibkan penggunaan jaket keselamatan dan juga memeriksa struktur jeti.

“KPM juga akan mengadakan sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan dan pihak berkuasa tempatan dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur di jeti bagi memastikan kejadian ini tidak lagi berulang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, sokongan psikososial akan diberikan kepada guru dan murid terbabit, selain meminta kerajaan tempatan menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk pelajar, ibu bapa dan guru ke sekolah berkenaan.

Pilihan Editor:

Kucing dari Thailand bermata ‘berlian’ yang dipercayai membawa ‘tuah’

0

Baru-baru ini seekor kucing tom oyen dengan mata kiri seperti berlian berkilauan menjadi tular di Thailand.

Ekoran video TikTok yang menarik perhatian lebih 1.5 juta tontonan dalam masa sehari, ramai warganet yang meninggalkan komen menasihatkan pemiliknya supaya menjaga kucing itu dengan baik kerana dia akan membawa kemakmuran.

Facebook

Video yang dimuat oleh pengguna TikTok @user30266088746242 itu menunjukkan kucing tom oyen jantan dengan mata kiri yang pelik dalam pelbagai aksi.

Kebanyakan warganet memberitahu kucing bermata ‘berlian’ itu akan membawa tuah dan kemakmuran.

Facebook

Ada yang mengambil peluang untuk meramalkan nombor bertuah untuk loteri Thailand 1 Februari.

Kata mereka, nombor yang mungkin telah dipilih berdasarkan nama pengguna TikTok itu atau nombor bertuah yang dikaitkan dengan mimpi kucing yang biasanya 4,8 dan 7.

Facebook

Ramai rakyat Thailand yang mempercayai bahawa kucing bermata dengan warna berlian akan menyebabkan berlian akan diberikan kepada pemiliknya.

Mereka menggambarkan keadaan itu berdasarkan filem Thai 1972 Cat’s Eye Diamond.

Facebook

Walau bagaimanapun, apa yang disebutkan sebagai mata ‘berlian’ pada kucing itu adalah satu keadaan yang disebabkan oleh glaukoma atau sejenis gangguan penglihatan dan bukannya membawa tuah atau kemakmuran.

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

Song Joong-Ki umum perkahwinan dan bakal jadi bapa

0

Bintang Vincenzo dan Descendants of the Sun, Song Joong-Ki secara rasmi mengumumkan beliau telah berkahwin dengan pelakon British Katy Louise Saunders.

Dalam surat yang ditulis di kafe peminatnya, Ki Aile dan disahkan oleh agensinya, HighZium Studio pada 30 Januari, pelakon Korea Selatan itu mengumumkan telah mendaftarkan perkahwinan dan isterinya sedang hamil.

Agensi itu menambah majlis resepsi akan diadakan kemudian.

Gambar Soompi

Menerusi Soompi, berikut adalah pengumuman itu kepada peminatnya:

“Helo, ini Joong-Ki. Saya ingin berkongsi janji yang paling gembira dan paling penting dalam hidup saya bersama anda semua. 

Saya telah berjanji kepada Katy Louise Saunders, yang telah menyokong saya dan berkongsi masa berharga bersama, untuk menghabiskan kehidupan berharga bersama-sama.

Beliau mempunyai hati yang baik dan sentiasa menjalani kehidupan dengan penuh semangat. Beliau seorang yang bijak dan menakjubkan, yang saya kagumi. 

Terima kasih kepadanya, saya menjadi insan yang lebih baik.

Sememangnya kami berdua mengimpikan untuk membina keluarga bahagia. Kami telah berusaha keras untuk mengotakan janji masing-masing dan bersyukur kerana kami bakal menerima kehadiran insan baharu tidak lama lagi.

Jadi hari ini, kami telah mendaftarkan perkahwinan kami sebagai pasangan, atas dasar cinta dan kepercayaan yang paling mendalam.

Kami akan terus berjalan ke arah yang sama. Terima kasih kepada semua peminat yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dari lubuk hati saya.

Saya akan meletakkan lebih semangat dan tanggungjawab untuk menjadi seorang pelakon dan individu yang lebih baik, membalas segala harapan dan sokongan anda di sepanjang kerjaya lakonan saya.

Saya berharap anda semua kekal sihat dan gembira sehingga kita dapat bertemu lagi secara peribadi kelak.”

Gambar Vizaca.com

Aktor itu mengesahkan beliau sedang menjalin hubungan istimewa pada bulan Disember, selepas khabar angin tersebar bahawa teman wanitanya hamil.

Agensinya mengesahkan mereka menjalinkan hubungan cinta pada tahun lalu, tetapi tidak mendedahkan sebarang maklumat tambahan mengenai Katy.

Menurut laporan, Katy adalah bekas pelakon British berusia 38 tahun. Pasangan itu berkenalan melalui rakan dan telah bercinta selama lebih setahun.

Gambar Newsen

Song Joong-Ki nampaknya tidak menyembunyikan hubungan mereka, kerana secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada Katy dan anjing mereka semasa ucapan di Anugerah Bintang APAN pada September lalu apabila memenangi anugerah Daesang untuk drama hit Vincenzo.

Menurut halaman IMDb Katy Louise Saunders berketurunan Inggeris dan Colombia. Semasa kecil, pelakon itu berpindah ke Rom, Itali dan telah membintangi filem seperti The Lizzie McGuire Movie, Los Borgia dan Third Person.

Pilihan Editor:

Hot FM lamar Khairy Jamaluddin jadi penyampai radio

0

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi tumpuan pelbagai organisasi swasta yang menawarkan jawatan kepada beliau selepas dipecat keahlian oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Terbaharu, bekas Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu dilamar oleh sebuah stesen radio swasta, Hot FM.

Twitter

Menerusi surat terbuka Hot FM yang dimuat naik di media sosial, Khairy ditawarkan menjadi penyampai radio bersama Johan, Farah Fauzana serta AG Azmeer dalam segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat.

Hot FM memaklumkan, pihaknya ingin menawarkan jawatan kepada bekas Menteri Kesihatan itu sebagai penyampai radio yang akan bertugas pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.

“Salam Tuan Khairy Jamaluddin, apa kata cuba bidang baru sebagai penyampai di Hot FM bersama Johan, Fafau (Farah Fauzana) dan AG di Bekpes Hot? On ke tak on?,” hantaran Hot FM di ruangan kapsyen Instagram, Facebook dan Twitter.

Stesen radio itu berkata pihak mereka sentiasa mengalu-alukan penyampai baharu dan percaya bahawa gandingan itu akan menjadi “hangat dan terbaik”.

Sebelum ini, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’azim (JDT) FC, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pantas ‘melamar’ bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab tersebut.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memuat naik gambar beliau bersama Khairy di media sosial dengan kapsyen, “Ketua Pegawai Eksekutif JDTFC dan penasihat belia Johor di masa depan.”

@HRHJohorII/Twitter

Khairy kemudian menyiarkan semula gambar itu di Instagram dengan jawapan ringkas, “Satu pintu ditutup, yang lain akan terbuka. Rezeki di tangan Allah.”

Umno memecat keahlian Khairy dengan alasan beliau telah melanggar perlembagaan parti ketika berkempen pada PRU15 lalu.

Khairy yang bertanding di kerusi Sungai Buloh pada PRU15, namun tewas kepada Datuk R. Ramanan dari PKR.

Pilihan Editor:

Bapa terkejut Arowana RM4,000 miliknya bukan hilang tetapi telah digoreng oleh anak 

0

Boleh bayangkan bagaimana perasaan seseorang itu jika ikan peliharaan kesayangannya yang bernilai ribuan ringgit telah dimasak oleh ahli keluarga sendiri. Hendak marah tetapi tidak boleh marah.

Itulah perasaan yang terpaksa dihadapi Nizam Nabahan dari Sumatera Utara, Indonesia apabila mendapat tahu ahli keluarganya telah menggoreng ikan Arowana peliharaannya yang berharga RM4,000 (15 juta rupiah).

Alkisah bermula apabila Nizam menyedari ikan kesayangannya Arowana jenis super red short telah hilang dari akuariumnya.

Sekadar Gambar Hiasan

Pada mulanya, Nizam menyangka ikan itu telah melompat keluar dari akuarium lantas segera mencarinya.

“Saya berada di tingkat atas, sedang melakukan beberapa kerja memasang peralatan di siling. Apabila saya turun ke bawah, saya melihat akuarium itu kosong jadi saya memberitahu isteri saya yang ikan itu telah melarikan diri tetapi saya tidak tahu di mana ia berada,” Kompas.com memetik kata Nizam.

Tidak lama kemudian, dua orang anak Nizam yang masih bersekolah rendah masuk dengan membawa sepinggan ikan.

Gambar Kompas.com

Nizam melihat seekor ikan terbaring tidak bernyawa di atas pinggan plastik yang dipegang oleh anaknya adalah ikan Arowana yang hilang itu. Bapa ini terpegun dan terus terduduk tanpa mengeluarkan kata-kata.

“Saya mahu marah, kemudian saya teringat sesuatu yang berlaku semalam,” kata Nizam.

“Anak-anak sebenarnya makan ikan Arowana yang digoreng semalam dan berkata mereka mahu makan lagi kerana ia memang sedap. Jadi saya fikir, mereka mungkin memutuskan untuk menangkapnya dan memasaknya sendiri hari ini,” jelas Nizam.

Gambar Kompas.com

Nizam kemudian memutuskan untuk memberitahu isteri dan anak-anaknya bahawa harga ikan itu ialah RM1,400 dan bukannya RM4,000 supaya keluarganya tidak berasa bersalah kerana memasak ikan itu.

“Sebenarnya ada dua lagi ekor ikan di situ, tetapi kenapa mereka tidak ambil yang itu?” kata Nizam.

“Mungkin niat mereka baik kerana hanya mahu mengambil yang kecil. Tapi yang kecil itulah yang paling mahal,” kata Nizam sambil ketawa.

Pilihan Editor:

Pemuda ini berbangga dapat beli Kancil, dengan bayar tunai janji bebas hutang

0

Ketika ramai anak muda berbangga menayang kereta baru dengan menanggung beban hutang sampai sembilan tahun, pemuda ini berbangga dapat membeli kereta sendiri secara tunai walaupun ia hanya Perodua Kancil yang berusia 25 tahun.

Muhammad Uwais Al-Qarni Mad Jan, 23 tahun membeli kereta itu secara tunai dengan harga RM5,500 melalui wang simpanannya selama 18 bulan.

Kata Uwais, salah satu sebab mengapa dia membeli kereta Kancil adalah kerana belanja penyelenggaraan kereta ini murah dan jimat petrol, termasuk jika rosak dia masih mampu membaikinya.

TikTok

“Sebelum buat keputusan membeli kereta yang mana, sepuluh tempat juga saya buat tinjauan. Sampai ke Segamat saya pergi tengok kereta-kereta Kancil ni,” kata Uwais.

“Akhirnya saya jumpa satu Kancil dekat Bachang, Melaka dengan gearbox dia masih elok lagi. Saya pun pergi ke rumah pak cik tu untuk urusan jual beli,” jelasnya setelah menemui kereta idaman itu.

Pemuda ini mendedahkan yang dia tidak malu memandu Kancil dan tidak peduli dengan pandangan masyarakat yang memandang rendah dengan pembelian kereta tersebut.

TikTok

Katanya, dia lebih selesa hidup sederhana dan tidak terikat dengan hutang untuk membayar ansuran kereta.

Pemuda yang merupakan anggota badan beruniform dan berasal dari Johor Bahru ini berkata pasangannya menghormati dan memahami keputusannya untuk membeli Kancil yang bukan menjadi pilihan masyarakat hari ini.

“Antara sebab saya beli kereta Kancil pun sebab saya hendak simpan duit untuk kahwin. Kalau saya beli kereta baru nanti terikat dengan ansuran bulanan sampai sembilan tahun pula,” katanya kepada mStar.

TikTok

Pemuda ini berkata dia tidak mengikut mana-mana trend atau kelab kereta Kancil, tetapi memerlukan kereta memandangkan dia berulang alik dengan motosikal ke tempat kerjanya di Melaka dalam keadaan berhujan sebelum ini.

“Saya sudah setahun lebih naik motosikal pergi balik kena hujan. Jadi saya sebenarnya terdesak hendak pakai kereta sekarang ini,” katanya.

Gambar mStar

Sebelum ini, video TikTok yang dimuat naik Uwais yang memaparkan pembelian kereta Kancil tersebut telah menerima perhatian ramai dengan lebih 200,000 tontonan.

Uwais telah berkongsi tips menabung kepada mereka yang menyimpan cita-cita untuk membeli dan memiliki kereta sendiri.

“Konsep yang saya amalkan sampai boleh beli kereta secara tunai adalah 20 peratus daripada gaji adalah simpanan. Mungkin setiap orang ada cara masing-masing dalam menabung tetapi saya sendiri memang menggunakan tips ini selama setahun enam bulan,” katanya.

Pilihan Editor:

Amaran banjir kilat bagi enam negeri

0

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam bagi enam negeri di seluruh negara. Notis tersebut dikeluarkan pada 27 Januari, jam 5.00 petang.

JPS MALAYSIA

Negeri yang terbabit ialah Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

JPS MALAYSIA

Kawasan berisiko terjejas di negeri Perak ialah daerah Kerian (Mukim Gunong Semanggol, Mukim Beriah serta kawasan sekitarnya).

Bagi negeri Pahang, daerah yang berisiko ialah Kuantan (Mukim Sungai Karang serta kawasan sekitarnya).

Di Terengganu pula, daerah yang berisiko banjir kilat ialah Kuala Terengganu (Mukim Cenering, Mukim Batuk Buruk, Mukim Kuala Terengganu serta kawasan sekitarnya) dan daerah Marang (Mukim Bukit Payung serta kawasan sekitarnya).

Daerah Kota Bharu, Kelantan (Mukim Padang Raja, Mukim Tiong, Mukim Tok Ku serta kawasan sekitarnya) juga antara kawasan yang berisiko dilanda banjir kilat.

Bagi Sarawak pula, daerah yang diberikan amaran banjir kilat ialah Kuching, Samarahan dan Miri. Manakala di Sabah pula, daerah Tuaran di Pekan Tenghilan, Kampung Berungis serta kawasan sekitarnya diberikan amaran yang sama.

Menurut kenyataan JPS, notis yang dikeluarkan itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

Katanya, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

Anda boleh melihat info terkini mengenai banjir di tempat anda melalui laman sesawang rasmi Public InfoBanjir.

PUBLIC INFOBANJIR

Selain itu, melalui laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca semasa, amaran bencana alam dan lain-lain lagi.

MET MALAYSIA

Semua penduduk khususnya di kawasan yang disebutkan hendaklah berwaspada dan bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Pilihan Editor:

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

0
Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia
Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’

法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik, dan Sabar.

Selepas Encik Li memperkenalkan amalan ini kepada orang awam di China pada awal 1990-an, dianggar 100 juta orang bermula amalan ini. Sejak itu, amalan itu telah tersebar ke lebih daripada 100 negara di seluruh dunia.

Encik Li menjadi calon Hadiah Keamanan Nobel sebanyak empat kali dan telah dicalonkan oleh Parlimen Eropah bagi Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Kebebasan Beragama Antarabangsa Freedom House.

Artikel Encik Li ini diterjemahkan daripada bahasa Cina, diterbitkan oleh The Epoch Times sempena Tahun Baru Cina.

Mengapa Wujudnya Manusia

Pertama sekali, saya ingin bertanya khabar kepada semua orang sempena Tahun Baru China.

Saya sepatutnya mengatakan beberapa perkataan mengenai Tahun Baru yang semua orang suka mendengar, namun saya telah melihat bahaya sedang menghampiri manusia langkah demi langkah. Atas sebab ini, para dewa dan Buddha meminta saya untuk mengatakan beberapa perkataan yang Tuhan ingin katakan kepada semua makhluk di dunia. Setiap perkataan yang akan saya ujar ini adalah rahsia syurga yang diberitahu orang ramai untuk mengetahui kebenaran dan memberi mereka peluang untuk diselamatkan.

Mengapa wujudnya manusia, alam semesta dari lahir hingga akhirat perlu melalui proses yang panjang dengan empat peringkat, iaitu pembentukan, pengekalan, kemerosotan dan kepupusan. Sebaik sahaja alam semesta mendekati proses “kepupusan” yang terakhir, segala-galanya di badan angkasa, termasuk alam semesta di mana kita hidup, akan hancur sehingga tiada kewujudan dalam sekelip mata! Semua makhluk akan pupus!

Kematian manusia hanyalah kerosakan dan penuaan badan fizikal, manakala primordial manusia (diri sejati tidak mati) akan dilahirkan semula dalam kehidupan yang seterusnya. Alam semesta mempunyai proses pembentukan, pengekalan, kemerosotan dan kepupusan, manakala manusia mempunyai proses kelahiran, penuaan, kesakitan, dan kematian, ini adalah prinsip alam semesta. Tuhan juga akan melalui proses ini, tetapi jangka masanya sangat panjang, manakala Tuhan yang lebih besar akan melalui proses ini dengan jangka masa yang lagi panjang. Tidak ada kesakitan dan penderitaan dalam kehidupan dan kematian mereka, malah proses itu berlaku dalam keadaan yang sedar, bagai menukar pakaian. Ini bermakna nyawa itu secara amnya tidak akan mati. Sekiranya alam semesta dan badan angkasa hancur di peringkat akhir pembentukan, pengekalan, kemerosotan, dan kepupusan, maka tidak wujud lagi kehidupan seterusnya selepas nyawa itu mati, semua makhluk dan benda tidak akan wujud, segala akan menjadi habuk dan semuanya akan kembali kepada kekosongan. Pada masa ini, alam manusia sedang melalui peringkat terakhir “kepupusan” dalam proses pembentukan, pengekalan, kemerosotan dan kepupusan. Segala-galanya pada zaman akhirat akan menjadi buruk, jadi ia akan dihapuskan. Inilah sebabnya masyarakat kini begini huru-hara. Manusia tidak mempunyai pemikiran yang baik, keruntuhan akhlak, psikopati, penyalahgunaan dadah, ketidakpercayaan kepada Tuhan dan kejadian huru-hara yang lain, ini adalah akhirat badan angkasa yang tidak dapat dielakkan, sudah tibanya masa ini!

Pencipta menghargai para dewa dan banyak makhluk yang baik dan indah, serta ciptaan indah dalam badan angkasa. Maka, pada peringkat awal proses “kemerosotan”, Pencipta membawa sebahagian Tuhan ke lapisan paling luar badan angkasa (secara kolektif dikenali sebagai luar Alam Fa) iaitu tempat tanpa Tuhan dan mencipta bumi di situ. Bumi tidak boleh wujud secara bersendirian, struktur angkasa yang sepadan diperlukan untuk membentuk sistem kitaran bagi makhluk dan organisma. Atas sebab ini, Pencipta mencipta kawasan yang besar di luar bumi, yang dipanggil “Tiga Alam” oleh para dewa. Apabila belum sampainya masa penyelamatan terakhir, tidak kira betapa tingginya Tuhan itu, tanpa persetujuan Pencipta, Dia tidak dibenarkan masuk dan meninggalkan Tiga Alam sesuka hati. Terdapat tiga alam utama dalam kawasan Tiga Alam, lapisan bumi ini di mana wujudnya segala makhluk termasuk manusia, dipanggil “Alam Nafsu” ; Di atas Alam Nafsu adalah alam kedua sebagai “Alam Segala Warna” ; Di peringkat seterusnya, alam ketiga adalah “Alam Tidak Berwarna” . Satu alam lebih tinggi dan lebih indah daripada yang lain, namun ia tidak boleh dibandingkan dengan syurga-syurga di Alam Fa dan alam di atas Alam Fa. Apa yang biasanya dipanggil syurga oleh manusia sebenarnya adalah syurga dalam Tiga Alam, iaitu syurga dalam  Alam Segala Warna dan Alam Tidak Berwarna. Kerana setiap alam mempunyai sepuluh lapisan syurga. Dalam Tiga Alam, terdapat sejumlah tiga puluh tiga lapisan syurga ditambah dengan Tiga Alam itu sendiri. Manusia berada di Alam Nafsu, ini adalah tingkat yang terendah, alam sekitarnya juga paling teruk. Kehidupan manusia itu adalah pahit dan pendek, dan perkara yang paling dahsyat adalah tidak ada prinsip benar di dunia manusia. Dalam alam semesta ini, prinsip manusia adalah bersifat bertentangan (kecuali prinsip yang diberitahu oleh Tuhan kepada manusia). Sebagai contoh: pemenang adalah raja, tentera melawan untuk menakluk dunia, yang kuat adalah wira, dan lain-lain. Segala ini bukan prinsip yang benar di mata Tuhan, semua ini didapati dengan pembunuhan dan perompakan. Alam semesta dan Tuhan tidak akan berlakunya, namun prinsip ini perlu dan boleh dilaksanakan di dunia manusia, ini adalah prinsip dunia manusia, ia bertentangan dengan prinsip alam semesta, jadi jika anda ingin kembali ke syurga, anda mesti “xiu” (membaiki diri) berdasarkan prinsip yang benar. Sesetengah orang mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada yang lain, dan mereka sudah berasa sangat baik. Itu cuma membandingkan diri dengan orang lain di dunia manusia ini. Sebenarnya manusia ini semua hidup di timbunan sampah alam semesta sahaja.Tiga Alam dibina di lapisan paling luar angkasa alam semesta,ia terbentuk daripada zarah-zarah yang terendah, paling kasar dan paling kotor, iaitu molekul, atom dan lain-lain. Menurut/Dalam pandangan Tuhan, di sinilah sampah alam semesta dibuangkan. Oleh itu, Tuhan melihat zarah lapisan molekul sebagai tanah, lapisan yang terendah. Inilah makna asal ayat “Tuhan menciptakan manusia dari tanah liat” yang disebutkan dalam agama.  Sebenarnya manusia diciptakan daripada lapisan bahan yang terdiri daripada molekul.

Para Tuhan ditugaskan untuk menciptakan manusia atas arahan Pencipta, Tuhan yang berbeza wajahnya diarah untuk mencipta manusia yang berbeza mengikut penampilan mereka sendiri. Maka adanya orang putih, orang kuning, orang kulit hitam dan kaum lain, mereka hanya berbeza dalam penampilan, nyawa dalaman adalah dianugerahkan oleh Pencipta, jadi mereka semua mempunyai sifat nilai bersama. Pencipta memerintah Tuhan untuk mencipta manusia bertujuan untuk menyelamatkan semua makhluk termasuk para Tuhan di alam semesta pada hari-hari terakhir.

Jadi mengapakah Pencipta mengarah para Tuhan untuk mencipta manusia dalam  persekitaran yang begini rendah dan buruk? Kerana alam ini adalah lapisan alam semesta yang paling rendah, tempat yang paling pahit, dalam penderitaan manusia dapat xiulian, iaitu meningkatkan akhlak dirinya secara spiritual, penderitaan itu mampu menghapuskan karma berdosa. Di tengah-tengah penderitaan, seseorang itu masih boleh kekal baik, tetap bersyukur, dan menjadi orang yang baik, inilah proses meningkatkan diri mereka. Penyelamatan itu adalah proses dari bawah ke atas, yang mesti bermula dari tempat yang paling bawah. Bukan sahaja makhluk hidup susah di sini, konflik mengenai kepentingan diri berlaku di antara manusia, persekitaran semula jadi yang buruk, manusia perlu bekerja keras dan memikir cara untuk meneruskan kehidupan dan sebagainya, segala ini dapat memberi peluang kepada manusia untuk meningkatkan diri dan menghapuskan karma. Penderitaan pasti dapat menghapuskan karma berdosa, dan di tengah-tengah kesakitan, penderitaan dan perbalahan, manusia masih dapat mengekalkan jati dirinya, ia akan mengumpulkan gong (pencapaian, tenaga latihan) dan de (kebajikan, merit, bahan putih yang suci), pada masa yang sama makhluk ini dapat meningkatkan dirinya.

Pada zaman terdekat, Pencipta ingin menggunakan tubuh manusia untuk menyelamatkan semua makhluk di alam semesta. Kebanyakan kehidupan asal dalam tubuh manusia digantikan dengan “Tuhan” yang dilahirkan semula sebagai manusia. Hal ini kerana tubuh manusia dapat menghapuskan karma berdosa dalam penderitaan. Pada masa yang sama, di tengah-tengah zaman yang tiada prinsip benar, kehidupan ini masih mematuhi prinsip kebenaran yang dikatakan Tuhan dan mengekalkan jati dirinya, nyawa ini akan meningkat. Akhirat telah datang, pintu gerbang Tiga Alam telah dibuka, dan Pencipta sedang memilih orang seperti ini untuk diselamatkan.

Dalam proses pembentukan, pengekalan, kemerosotan, segala dalam angkasa alam semesta tidak lagi tulen dan baik jika dibandingkan dengan peringkat awal pembentukannya, maka ia akan berlangkah ke “kepupusan”. Maksudnya, segala-galanya dalam badan angkasa sudah buruk, semua makhluk tidak sebaik seperti mereka sendiri pada mulanya, nyawa itu sudah tidak suci, dan mereka semua mempunyai karma berdosa, jadi mereka akan pupus. Agama memanggil dosa ini sebagai “dosa asal.” Bagi menyelamatkan syurga dan alam semesta, Pencipta mengarah para Tuhan dan para Tuan turun ke alam ini dan menjadi manusia di alam ini, untuk menanggung penderitaan, meningkatkan diri, menghapuskan dosa, dan mencipta semula diri, untuk kembali ke syurga. (Kerana Pencipta juga sedang mencipta semula alam semesta semasa menyelamatkan makhluk) Ketulenan dan keindahan syurga alam yang baru adalah mutlak. Dalam persekitaran yang sukar manusia dapat mengekalkan pemikiran yang baik, dalam menghadapi ancaman pemikiran moden, manusia dapat berpegang pada nilai tradisional, dalam ancaman teori ateisme dan evolusi, manusia masih boleh percaya kepada Tuhan, orang seperti itu dapat mencapai matlamat penyelamatan dan kembali ke syurga. Semua kejadian huru-hara itu diatur oleh Tuhan pada masa akhir, tujuannya adalah untuk menguji sama ada makhluk boleh diselamatkan. Pada masa yang sama, penderitaan juga dapat menghapuskan karma berdosa dalam proses itu, semuanya dilakukan untuk menyelamatkan orang dengan mengembalikan mereka ke syurga.

Dengan kata lain, kehidupan di dunia ini bukan untuk kejayaan di masyarakat. Segala usaha dan percubaan dalam kehidupan, serta dorongan mereka untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan tanpa memilih cara, pada akhirnya akan merosakkan diri seseorang itu. Sebab orang datang ke dunia ini dan menjadi manusia adalah untuk menghapuskan dosa dan karma mereka, juga bertujuan untuk memperbaiki diri sendiri. Manusia datang ke dunia ini untuk diselamatkan, menunggu Pencipta menyelamat balik dunia syurga, inilah sebab datangnya makhluk untuk menjadi manusia. Sementara penungguan satu kehidupan demi kehidupan yang seterusnya,  makhluk juga sedang mengumpul gong dan de. Inilah tujuan kelahiran semula manusia, dunia huru-hara adalah untuk menjayakan semua makhluk. Walau bagaimanapun, apabila menghadapi kesukaran dan meminta pertolongan Tuhan, hajat sesetengah orang tidak tertunai maka mereka mula membenci Tuhan, seterusnya mereka melangkah ke tahap membantah Tuhan bahkan memasuki jalan iblis dan melakukan karma dosa yang baru. Orang sebegini ayuh bergegas kembali, memohon ampunlah kepada Tuhan, dan kembali ke pantai selamat. Sebenarnya, segala-galanya dalam kehidupan, layak dan tidak layak memperoleh, semuanya punca sebab daripada perbuatan baik dan buruk dari kehidupan sebelumnya. Jumlah berkat dan de yang terkumpul dalam kehidupan sebelumnya menentukan jumlah berkat dalam kehidupan ini atau seterusnya. Sekiranya terdapat banyak berkat dan de, dalam kehidupan seterusnya, anda boleh menukarkan berkat dan de kepada pangkat pegawai tinggi dan gaji tinggi, juga boleh menukarkannya kepada pelbagai berkat, kekayaan dan lain-lain , termasuk sama ada keluarga itu bahagia atau tidak, termasuk keadaan anak-anak. Inilah sebab asas mengapa sesetengah orang kaya, sesetengah orang miskin, sesetengah orang ialah pegawai tinggi, dan sesetengah orang kehilangan tempat tinggal, ia tidak seperti mana omong kosong jahat tentang kesaksamaan antara kaya dan miskin yang dikatakan oleh Parti Komunis jahat. Alam semesta adalah adil, jika makhluk itu baik, ia akan diberi ganjaran, yang melakukan perkara jahat mesti kena bayar balik. Jika tidak dalam kehidupan ini maka dalam kehidupan yang seterusnya. ini adalah prinsip alam semesta yang mutlak! Syurga, bumi, Tuhan, dan Pencipta berbelas kasihan kepada semua makhluk hidup. Syurga, bumi, manusia, dan Tuhan semuanya dicipta oleh Pencipta, pastinya tidak akan mengasihi makhluk yang ini dan tidak mengasihi makhluk yang itu. Punca sebab dan balasan adalah sebab asal kehidupan itu berkat atau susah.

Manifestasi keuntungan dan kerugian, pada hakikatnya, kelihatan seperti manifestasi normal masyarakat, pada asasnya adalah punca sebab yang dibina oleh nyawa itu sendiri. Namun begitu, milik dan tidak, untung dan rugi, dilihat di masyarakat manusia adalah selaras dengan keadaan sosial manusia. Jadi dalam kehidupan, sama ada hidup anda kaya atau miskin, anda mesti melakukan perbuatan baik, tidak melakukan perkara buruk, mengekalkan sifat baik hati, menghormati syurga dan Tuhan dan sudi membantu orang lain. Dengan ini, berkat dan de akan terkumpul, maka ada ganjaran dalam kehidupan seterusnya. Di China, orang tua pada masa lalu sering mengatakan bahawa dalam kehidupan yang pahit ini, jangan mengadu tentang dunia, melakukan lebih banyak perkara yang baik dan mengumpul lebih banyak de, kehidupan seterusnya akan menjadi baik. Dengan kata lain, jika anda tidak melakukan perkara yang baik dalam kehidupan sebelumnya, tidak mengumpul berkat dan de maka tidak akan berguna jikalau anda meminta pertolongan Tuhan. Alam semesta mempunyai prinsip alam semesta, dan Tuhan turut perlu mematuhinya. Tuhan akan dihukum jika melakukan apa yang tidak harus dilakukan. Ia tidak semudah yang difikirkan oleh manusia, apa-apa yang anda mahu, Tuhan harus melakukannya untuk anda? Syaratnya ialah anda mesti mempunyai berkat dan de yang terkumpul dalam kehidupan sebelum ini dan menukarkannya apa yang anda mahu dengan berkat dan de! Kerana ini ditentukan oleh prinsip alam semesta. Tetapi pada akarnya, ini bukan tujuan asas pengumpulan berkat dan de. Pada masa kehidupan di dunia ini,  mengumpul lebih banyak berkat dan de, adalah untuk membuat persediaan untuk kembali ke syurga. Ini adalah yang paling penting, bukannya sebagai pertukaran untuk kebahagiaan sementara dan seumur hidup!

Guru, Li Hongzhi

20hb Januari 2023

Buaya hantar jasad budak lelaki yang lemas ke pangkuan keluarganya

0

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dari Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia, secara tidak sengaja terjatuh ke dalam sungai dan lemas. Dua hari selepas kehilangannya, seekor buaya menghantar jasad budak lelaki itu pulang ke pangkuan keluarganya. 

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia mengesahkan mayat budak lelaki dikenali Muhammad Ziyad Wijaya yang hilang telah ditemui di atas kepala seekor buaya dan punca kematiannya dipercayai kerana lemas.

Facebook

Apa yang mengejutkan ialah jasad budak lelaki itu telah dipulangkan dengan keadaan lengkap tanpa sebarang kerosakan dan kesan gigitan.

Berdasarkan laporan Detiknews, Muhammad Ziyad dilaporkan hilang di tebing Sungai Mahakam pada 18 Januari lalu. Pasukan mencari dan menyelamat tidak berjaya menemuinya, tetapi kemudian dimaklumkan pada kira-kira jam 7:00 pagi, 20 Januari bahawa mayat kanak-kanak itu telah ditemui.

Menurut ahli keluarga dan saksi lain, buaya sepanjang 3 meter itu menghantar jasad Muhammad Ziyad ke arah sebuah bot kecil, mengoncangnya, dan kemudian menyelam ke dalam air, yang jauh dari penglihatan selepas jasad budak lelaki itu berjaya dipulangkan, kira-kira 200 meter dari bahagian tebing.

Insiden pelik itu dengan cepat telah tular di media sosial dan menjadi tumpuan laporan media utama Indonesia.

Facebook

Setakat ini, tiada siapa yang dapat memberikan penjelasan munasabah dengan tingkah laku buaya itu, tetapi sesetengah orang percaya bahawa buaya biasanya tidak memburu dan membunuh manusia secara langsung, dan mungkin menghantar jasad budak lelaki yang lemas itu kembali ke penempatan manusia kerana rasa simpati atau menurut nalurinya.

Menurut statistik dari laman web saintifik ResearchGate, terdapat 221 serangan buaya di wilayah Borneo antara tahun 2007 dan 2016, yang mengakibatkan 129 kematian, dengan jumlah tertinggi di Sarawak dan Kalimantan Timur.

Pilihan Editor: